Tuesday, August 21, 2012

Raya Raya Raya!!

Selamat Hari Raya semua! Seperti tahun-tahun sebelumnya, raya-raya ni, tempat aku kat dapur je. Jadi bibik. Memang comot lah 24 jam. This is what I did..

1. Buat sarung ketupat. Terer tau. Cakap je ketupat jantung, sate, bawang semuanya kacang goreng. Hehehehe..


2. Masak Rendang. Aku tukang kacau je. Hehehe.. Nak masak sendiri dari scratch haruslah tak pandai sebab nak masak dalam kuantiti yang banyak. Jadinya aku tukang campak-campak je lah.



3. Buat lepet. Ini namanya lepet. Intinya pulut dan kacang merah yang direndam. Nak buat sangkarnya ya ampun. Susah gila. Dah lah first time buat. Sebelum-sebelum ni nenek dan makcik aku yang buat tapi tahun ni kami yang pangkat-pangkat cucu dan anak saudara ni yang mengerjakannya. Alhamdulillah, last-last menjadi jugak. Tahun depan ada gaya kami pulak yang mengambil tender.


4. Buat sambal goreng. Lauk raya paling aku suka. Ni paling kacang. Senang je nak buatnya sebab semua setakat goreng-goreng dan campak-campak je. 


Motip semuanya gambar makanan je? Ye lah. Dah duduk kat dapur je. Kalau duduk kat depan melayan tetamu haruslah gambar pakai baju cantik-cantik. Hehehe.. Ye lah. Tahun ni tak bergambar pun. Gambar family pun takde. Masing-masing takde perasaan nak raya. Raya-raya ni dah macam event kumpul ramai-ramai makan-makan je. Hehehe..

Hasil tangan CikSengal.. Bangga wei!

Dah pandai masak lauk-lauk raya ni senang lah kan. Boleh kahwin dah. Hohohohohoho...

0 comments :