Thursday, August 2, 2012

From Taipei With Love ~ Day 4: Taipei Bus Station, Luodong Biscuit Shop, National Center for Traditional Arts, EverySing, Shida Night Market

Monday, 6th February 2012

Hari keempat meroyan di Taipei. Habis dah aktiviti-aktiviti lagha. Now aktiviti jalan-jalan pulak. Hari ni kami ke Luodong. Ada apa kat sana? Meh aku cerita.

Setelah breakfast ala kadar roti cicah tuna mayonis dan sedos banana milk, kami berjalan kaki ke stesen bas. Nak pergi Luodong ni jauh lah jugak sebab letaknya di luar Taipei. Kenalah naik bas ekspres. Harga tiket ke Luodong ialah NTD135 sehala. Pergi balik dah NTD270. Perjalanan ke sana pulak mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit untuk sampai. Sempat lah jugak nak tidur-tidur.

Sebenarnya kami ke Luodong ni untuk meneman Aleng shopping biskut. Luodong ni letaknya kat dalam daerah Yilan. Yilan pulak terkenal dengan local homemade biskutnya. Aku pun blur lah jugak biskut yang bagaimanakah rupa bentuknya tu. Aleng dok explain pun satu haprak aku tak paham. Kena pergi sana tengok dengan mata kepala sendiri baru boleh describe rupa bentuk biskut tu.

Mari cari kerja kosong.. Kekekeke..


Oleh kerana stesen bas Taipei ni tak jauh mana dari hostel kami, makanya sekejap saja kami dah sampai. Agak besar jugak lah stesen bas ni. Bertingkat-tingkat. Kita kena naik ke tingkat yang betul untuk pergi ke destinasi yang betul. Kami ke kaunter utama yang terletak di tingkat bawah untuk membeli tiket, tapi kami disuruh untuk terus naik ke tingkat atas dan beli tiket bas di pintu departure. Hurmm.. Kaunter kat bawah ni untuk destinasi ke mana lah agaknya ye.

Naiklah kami ke atas dan beratur lah di tempat yang betul. Suasana agak sesak jugak. Ramai orang ke sana ke mari. Barisan membeli tiket takdelah panjang mana. Dapatlah juga kami tiket bas yang dihajati. Bas akan bertolak pada pukul 9.38 pagi. Kelessss ko. Kenapa tak genapkan je pukul 9.40 kan? 

Beratur beli tiket..

9.38 hokkay..

Tiba masanya, kami pun naik lah ke atas bas. Bas ekspress kat Taiwan ni tinggi-tinggi rupanya. Macam duduk kat tingkat atas bas dua tingkat. Selesa jugaklah. Boleh tidur-tidur. 

My seat..

Ini lah bentuk bas kami..

Let's go!

Bergerak lah kami. Aku tak ingat apa-apa pun sebab sedap terlentok. Alih-alih je dah sampai Luodong. Dengan muka terpisat-pisat kami pun turun bas. Blur tak tau nak menghala ke mana. Tapi dari tempat kami berdiri dah nampak kedai biskut yang dimaksudkan di seberang jalan. Apa lagi. Mari serbu!

Meriah! Itu yang aku boleh cakapkan bila masuk ke kedai biskut ni. Berwarna warni packaging biskut yang dijual. Semuanya local and handmade katanya. Kagum jugak lah aku. Mari lah tengok satu-satu.

Belek punya belek punya belek, kebanyakkan packaging ada gambar lembu. Why lembu? Inti dia daging lembu kah? Wah. Tak boleh makan ni. Nak baca pulak tak pandai. Jadinya, jangan jadi bodoh dan bertanyalah kepada orang yang menjualnya. Aleng lah yang tolong tanyakan. Padahal orang tu boleh je cakap English. Boleh je kalau aku nak tanya sendiri. Kekekeke..

Kenapa lembu? Sebab biskut ni adalah biskut lidah lembu. What is that? Biskut ni bentuknya macam lidah lembu. Ohhh.. Gitu rupanya. Ox-Tongue Biscuit namanya. Amat terkenal kat daerah Yilan ni. Dah lah bentuknya unik, macam-macam jenis ketebalan pulak tu. Ada ukuran 1mm, 0.5mm. Nipis-nipis belaka. Pilih je nak tahap nipis yang macam mana.

Ox-Tongue Biscuit..

More of Ox-Tongue Biscuit..

Ada macam-macam flavour biskut lidah lembu ni. Ada perisa seaweed, susu, cheese, kelapa, maple sugar, green tea, bamboo charcoal, dan banyak lagi. Test sample ada disediakan. Bolehlah beli mengikut selera sendiri. More on this biscuit can be found here.


Perisa biskut lidah lembu..


Sesuai untuk vegetarian..

Selain biskut lidah lembu, ada biskut yang menyerupai tart. Sedap jugak. Ingredients untuk biskut ni dijamin boleh makan. Tak ada letak benda yang pelik-pelik yang kita tak boleh makan.

More biscuits..

Biskut rokok..

Hoyeh hoyeh. Dengan packaging yang comel-comel ni, mau aku beli satu kedai ni. Hehehe.. Tapi bertabah je lah. Pilih yang mana yang paling berkenan je. Gitu-gitu pun, aku teleh membelanjakan lebih kurang RM50 untuk membeli biskut-biskut ni. Boleh lah nak buat melantak kat office kalau lapar-lapar nanti. 

Ni entrance depan kedai biskut ni..

Jam belum menunjukkan pukul 12 tengahari. Dah habis shopping biskut, kami tak tau nak buat apa dah. Skodeng sana sini, macam tak ada tempat menarik yang nak di tuju. Sehinggalah kami nampak peta kat bawah ni.

Peta Luodong..

Macam banyak tempat boleh pegi. Tapi nak menghala ke mana pun kami tak pasti. Ada free tour bus, tapi dah bertenggek agak lama kat situ, tak nampak pun mana-mana bas yang boleh dikategorikan sebagai tour bus. Ke hulu ke hilir kami jalan sambil heret beg biskut. Jalan dan jalan dan jalan sampai lah kami tiba di stesen keretapi Luodong. Suasana sunyi bebenor. Dah tu kami lepak-lepak di bus stand yang berdekatan. Semakin lema semakin ramai orang datang ke bus stand tu. Permulaan tour bus route kot ni, kata aku dalam hati.

Stesen keretapi Luodong..


Bas yang dinanti-nantikan pun sampai. Tapi macam bukan free tour bus je sebab kena bayar. Hahaha.. Bertabah je lah. Ikut je lah ke mana bas ni bawak. Kalau dia berhenti kita turun. Lepas tu naik lah bas lain patah balik ke stesen keretapi ni. At least dapat lah jugak pusing-pusing tengok Luodong.

Pekan Luodong ni tenang je. Macam kawasan kampung-kampung. Kereta tak banyak. Jalan raya pun kecik-kecik belaka. Rumah banyak sebijik-sebijik. Dah tu keliling rumah tu mesti ada kolam. Tak sure pulak aku kolam apa tu. Tanam padi kah? Tepek je lah gambar-gambar kat bawah ni.


Rumah ke kilang ni?

Rumah orang kaya?

Kolam-kolam..

Menurut kata Aleng, Luodong ni kampung halaman si Zai Zai. Alah.. Budak F4 yang glamer satu ketika dulu tu. Walaweii.. Aku minat jugak dengan Zai Zai ni. Kot-kot lah kan Zai Zai balik kampung, boleh lah jumpa. Pergi skodeng rumah dia ke. Pergi skodeng sekolah dia ke. Kekeke.. Macam lah tau kat mana kan. Bukannya kecik Luodong ni.

Another pekan..

Tempat tanam padi lah kot kan?



Jambatan merentasi sungai..

Ada festival apakah?

Dah pusing-pusing, akhirnya bas berhenti di hentian terakhir. Orang agak ramai kat kawasan ni. Ah sudah.. Tempat apakah ini? Turun lah kami dari bas dan mata pun mula melilau ke sana sini mencari penunjuk. Satu kain rentang yang besar berada di depan kami. Wahh.. Rupanya kami berada di National Center for Traditional Arts. Hurmm.. Dah alang-alang sampai, masuk je lah.

Pintu masuk..

Ada performance ni..

Okeh! Harga tiket NTD150 per person. Kawasan dia agak luas jugak lah. Boleh lah kita jalan-jalan buang masa kat sini sebelum balik ke Taipei. Kat sini ada locker room. Makanya, beg-beg biskut yang berbondong-bondong tu kami sumbat je dalam locker. Senang nak jalan-jalan makan angin kat sini.

Harga tiket..

Tiket..

Tempat ni, dah namanya Arts Center mestilah berkaitan dengan arts. Arts yang berkaitan dengan Taiwan lah. Ada culture performance, ada activities for kids, etc. etc. Banyak benda yang boleh dibuat, tapi kami sekadar jalan-jalan melayan blues je lah. Bangunan kat sini unik-unik belaka. Terasa macam tercampak balik ke zaman dulu-dulu je.

Cuaca hari ni amat panas. Terbakar jugak lah aku dibuatnya. Jadinya ala-ala express jugak lah meneroka tempat ni. Aku tepek gambo je lah ye..

Hihihihi.. Comel..

Cuaca terik ya amat..

Auditorium..

Ada tasik..

Bangunan..

Boleh main terbang-terbang kat sini..

Hiarrghhhh!!

Nice and peaceful..

Baring-baring kejap..

Set meja makan zaman tok nenek moyang dia..

Rumah lama..

Penerangan tentang rumah tu..

Cak!!

Ada gazebo..

Kat sini banyak kedai-kedai, cafe..

More..

Restaurant..

Dah penat berjalan, kami lepak-lepak sambil minum-minum. Aku order air belimbing. Sedap!! Huhuhuhu.. Tengah-tengah panas macam ni sambil minum benda sejuk. Sangat lah nyaman..

Beli air belimbing kat sini..

Ni dia air belimbing..

Sambil srot-srot air belimbing, kami jalan-jalan dan tengok culture performance. Singgah sekejap je sebab orang ramai sangat kat sini.

Culture Performance..

Tarian ke lawan-lawan ke aku tak sure..

Dah tu kami berjalan menuju ke deretan kedai yang comel dan unik ni. Macam-macam ada jual kat sini. Souvenir pun ada. Tapi biasalah, mahal harganya. Aku cuci mata sajalah.

Deretan kedai..

Beads buat rantai..

Sapo punya selipar beso sangat neh!!

Hambik kau!

Then it's time to leave. Makcik interpreter kat situ rajin bebenor lah mengvolunteerkan diri mengsnapkan gambar kami. Berposing lah 4 dara pingitan kat mana-mana saja yang boleh. Wokey. Dah settle bergambar, kami ambik beg biskut, tunggu bas dan cabut balik Luodong. On the way, kami nampak sekolah Zai Zai. Termoyan sekejap lah. Hahhaaha.. Nampak sekolah je kau pun. Adeh..



Meowww..


Dah sampai Luodong, Beli tiket bas balik ke Taipei. Atas bas seperti biasa lah, aku ngorok. Bangun just in time sampai Taipei. Kekeke..


Beli tiket..


Tunggu bas..

Naik bas..

Kami sampai di Taipei lebih kurang pukul 5 petang. Balik ke hostel letak barang, relaks-relaks, makan-makan, solat and freshen up. Dah tu kami keluar lagi. Baru pukul 6 petang tapi dah gelap. Kami merayap ke Everysing sekali lagi untuk last shopping. Barang-barang yang tak dapat dibeli hari tu, kiranya nak beli hari ni lah.

Cross jalan..

Masuk je dalam Everysing kami terus ternganga. Suasana dalam tu macam lepas kena serang garuda! Hahahaha.. Banyak barang dah habis! Hambik kau. Padan muka, kenapa tak beli awal-awal hari tu. Budak-budak ELF ni lepas habis konsert, maunya singgah sini memborong. Kita yang lambat ni geget jari je lah. Menangis tak berlagu pun takdenya boleh dapat barang tu lagi. Semua dah habis stok. Bulan depan baru sampai. Hehehe.. Makanya, bila dah nampak tu terus beli. Jangan ditangguh-tangguh. Next time, kita belajar dari kesilapan.

Cik Kia membelek-belek barang yang dihajati tapi dah habis..

Habis stok pun, ada jugak lah saki baki barang yang boleh dibeli. Aku adalah jugak beli seketul dua merchandize. Yang murah-murah je. Yang mahal tak mampu.

Next stop? Kami nak tengok wayang! Filem yang bertajuk Perfect Two. Filem terbaru lakonan Zai Zai and Ella. Bajet macam paham je lah kan tengok cerita ni. Takpe. Janji boleh tengok Zai Zai. Hehehe.. Bergerak lah kami ke cinema yang terletak di Q Square. The same building dengan Taipei Bus Station tadi tu. Naik ke atas dan belek jadual tayangan.

Walawei, timing tak best! Adoihlaaa.. Ni baru pukul berapa. Nak tunggu sampai pukul berapa. Last-last tak jadi tengok. Sobss.. Dah tu, kami angkat kaki dan pergi ke Shida Night Market.

Moh check jadual..

Ramai orang..

Nak ke sana kami naik train dan turun di stesen Taipower Building. Lepas tu jalan kaki 5 minit je, sampai lah kat pasar malam tu. Shida night market ni lain sikit daripada Xilin night market. Shida ni aku tengok dah macam Hongdae pun ada. Macam Ewha pun. Lebih kurang je. Aku jalan-jalan cuci mata je lah. Tak ada beli apa-apa. Tapi bila dah nak balik tu terus terbekenan kat dua baju ni. Adehh.. Terus rembat sebab harga dia murah! Huhuhuhuhu.. More on Shida Night Market can be found here.

Oh! Oh! Oh!

Cik Ina meniaga sampai sini..

Hokkay.. Saya konpius!


Dasat kau.. Malaysian Curry lagi..

Dah habis pusing-pusing kami pun balik. Memang penat lah satu hari ni meronggeng. Dah sampai hostel tu, apa lagi. Posing sakan lah dengan barang yang dibeli. Kekekeke.. Dah tu, titon lah kami semua. Dah, habis day 4!

Bini-bini Hyukjae..

Perbelanjaan keseluruhan hari ni :- NTD2285

0 comments :