Friday, August 17, 2012

Enjoy Kitchen, Taipei

Another place to melantak in Taipei. It's Enjoy Kitchen bebehhh~!! Macam-macam menu ada kat sini dari nasi, mee, burger, salad, macam-macam lah. Yang penting restoran ni menyediakan makanan Halal. Apa lagi. Memang seronok untuk menketedarah dengan hebatnya. Nyamm!

Enjoy Kitchen ni letaknya kat Roosevelt Road. Daerah Zhongzheng jugak. Nak ke Enjoy Kitchen ni, paling senang naik MRT kot? Naik train dan turun di stesen Taipower Building. Dah tu, keluar dari stesen, jalan kaki tak sampai 5 minit. Sampai lah kat Enjoy Kitchen tu.

Taipower Building Station to Enjoy Kitchen..


Pintu masuk ke Enjoy Kitchen..

Owner Enjoy Kitchen ni Muslim. Local Taiwanese lah. Dah berumur jugak orangnya. Tahap pakcik-pakcik jugak ni. Dia dah merantau merata-merata tempat. Balik dari merantau dia buka restoran kat Taipei ni. Orangnya sangat peramah. Very fluent in English berkat merantau kan. Jadi tak ada masalah lah nak mengorder makanan.

Awal betul kami sampai Enjoy Kitchen ni. Tak ada customer lain pun, jadi tak berapa busy lah uncle ni. Aku lupa nak tanya nama dia siapa. Lepas settle down duduk, menu pun dihulur. Aku belek-belek. Semua makanan nampak sedap belaka. Kang ada yang aku order semuanya. Dasar perut anaconda..

Menu..

Specials..


Uncle sedia menanti. Kami terus membelek. Tiga orang, makan set meal tambah dengan satu appetizer each. Memang banyak ler. Uncle tu senyum-senyum. Macam tak percaya kami nak makan banyak tu. Tengoklah nanti uncle. Memang habis punya tu. No worries. Hehehe..

Uncle pun pergi dan menyiapkan makanan. Yang aku perasan, ada seorang makcik kat dalam dapur tu. Isterinya mungkin. Dan beberapa orang anak muda. Anak-anaknya mungkin. Hehehe. Semua main mungkin-mungkin je. Manalah tau kan, ni bisnes famili. Semua anak beranak kerja di bawah satu bumbung.

Suasana dalam restoran sangat tenang. Ruangnya tak lah besar mana. Dan takdelah kecik. Just nice. Nak buat port lepak-lepak pun sesuai. Tak lama tu ada beberapa orang customer masuk ke dalam. Uncle pergi melayan mereka pulak.

Table Mat..

Suasana dalam restoran..

Customer datang..

Mustard and Ketchup.. No Chilli...

Tak lama tu makanan pun sampai. Dimulakan dengan appetizer. Fuhh.. Tak tau nak cakap macam mana. Memang sedap lah! Mungkin sebab dah beberapa hari dah tak makan dengan proper kan. Tapi tak kisahlah. Yang pasti memang sedap!!

Cream Dumpling..

Dalam Cream Dumpling... Slurrrrpppp...

Fried Mushroom..

Chilli Beef Fries..

Lepas satu, satu appetizer datang. Kami makan dengan meriahnya. Memang fokus habis tak pandang kiri kanan. Then, the main course pun sampai. Hulalalalalalalala.. Mau pecah perut macam ni.

Chilli Burger with French Fries..

Gigih nak menghabiskan makanan ni. Memang lama jugak lah kami bertapa dalam restoran tu. Customer yang datang kemudian tadi pun dah balik. Uncle sekali sekala datang ke meja kami dan ajak berborak. Seronok betul dia ada guest datang dari Malaysia. "You came with Air Asia?" Nak tersedak aku. Kekeke.. Ye uncle. Saya datang naik AA. Direct lagi dari KK. Senang. Dah tu dia tanya lagi kat Malaysia ada kepsi dengan mekdi tak. Halal ke tak. Of course lah kan mekdi dan kepsi kat Malaysia halal. Bertambah kagum dia. Kat Taipei ni tak halal katanya so ramai yang tak dapat makan fast food yang halal. Ye lah uncle. Tapi diorang boleh datang kedai uncle ni. Tersengih-sengih Uncle tu.

Sebelum..

Selepas..

Done! Harga makan around NTD350 per person. Lebih kurang RM35 lah. Kira ok lah jugak. Nak murah-murah, makan kat Malaysia je kan? Next time datang Taipei boleh datang sini lagi. ^___^

For more info & menu boleh pergi ke http://www.enjoykitchen.tw

0 comments :