Saya ada seorang boyfriend. Saya sayang boyfriend saya. Tiap-tiap hari saya dating dengan boyfriend saya. Hujung minggu tak pernah lekang berkepit 24 jam. Sampai kawan-kawan ajak keluar meronggeng pun saya terpaksa tolak. Kalau saya keluar outstation saya akan jadi gelisah. Tak sanggup rasanya saya berpisah dengan boyfriend saya yang seorang itu.
Tetapi dua tiga menjak ni boyfriend saya mula berubah. Kadangkala dia diam seribu bahasa. Kadangkala suaranya meninggi. Wajahnya kadang-kadang pucat. Kadang-kadang dia sakit terkena semut-semut. Kadang-kadang dia ketawa lepas tu dia menangis. Kadang-kadang dia menangis dulu lepas tu tiba-tiba ketawa. Melihatnya, saya amat susah hati. "Awak jangan lah buat saya macam ni ya. Sedih saya dibuatnya." Kata saya dalam hati.
Dua hari sebelum balik beraya saya dating dengan boyfriend saya. Saya sakit hati dengan perangai boyfriend saya yang berubah kebelakangan ini. Makanya, saya pun naik hantu dan marah boyfriend saya. Saya pukul-pukul boyfriend saya. Saya goncang-goncangkan badan dia. Saya hentak-hentak dia. Kalau orang nampak saya bergaduh dengan boyfriend saya ni, mesti orang ingat saya ni gila. Memang saya gila. Sebab boyfriend saya lah saya jadi gila!
Boyfriend saya terima saja makian saya. Dia terima saja pukulan, sepak terajang saya. Seolah-olah redha dengan kelakuan saya. Dia diam seribu bahasa. Tapi.... Dengan tak disangka-sangka tiba-tiba boyfriend saya naik hantu dan meletup. Boom boom kebabom bommmmm DUSHHH~!! What? Kenapa dengan boyfriend saya ni? Saya jadi panik. Saya tak tau nak buat apa. Boyfriend saya terbujur kaku. Saya check nadinya. Tiada pergerakan. Saya picit sini sana. Pun tiada respons. Oh tidak.. Boyfriend saya telah pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. "Awak! Sampai hati awak! Sanggup awak buat saya macam ni? Dah lah nak raya. Awak! Awak tau tak saya tak boleh hidup tanpa awak? Awak kejam! Macam mana saya nak cari pengganti awak?" Saya meraung sekuat-kuat hati.
Saya sedih. Dua hari ini merupakan hari-hari yang paling sukar untuk saya. Tiada lagi kedengaran suara boyfriend saya. Saya rindukan dia! Saya balik kampung beraya dengan hati yang sedih. Saya mengadu dengan ibu saya. Ibu saya memujuk, tak apa. Nanti adalah pengganti tu. Ye, memang saya akan dapat pengganti. Tetapi saya harus berkorban untuk mencari pengganti itu!
Setelah berkorban jiwa raga, saya mendapat boyfriend baru selepas seminggu beraya. Boyfriend saya yang baru ini lebih handsome dan gagah perkasa. Makanya, saya lagi sayang boyfriend baru saya ini. We will be together forever kan sayang? I Love You.... ^_____^
CERITA SEBENAR............
Aku suka tengok TV. Tiap-tiap hari mesti nak tengok TV. Time makan, makan depan TV. Time mengemas rumah mesti nak pasang TV. Time memasak pun mesti aku berlari-lari ke ke dapur dan lari-lari ke depan TV. Pendek kata TV is my life. TV is my boyfriend. Kerana TV aku sanggup duduk rumah pada hujung minggu. Aku sanggup tak keluar ke mana-mana demi melayan rancangan-rancangan yang ada kat TV tu. Kalau aku keluar, mesti nak kena pakai duit. Baik duduk rumah je tengok TV. Boleh tergolek-golek. Boleh jimat duit. Kan?
Tapi sejak dua menjak ni TV aku bengong. Dah tua agaknya. Dah layak dicampakkan ke lombong. Sekejap-sekejap tak ada suara. Sekejap-sekejap tak ada gambar. Sekejap-sekejap tengah syok-syok tengok rancangan yang ada tiba-tiba dia pergi search channel sendiri. Sekejap-sekejap search UHF lah. Sekejap-sekejap VHF lah. Bila dah ok, tiba-tiba volume naik sendiri. Lepas tu boleh dia turun sendiri. Memang dah gila TV aku ni. Tension aku dibuatnya bila tak dapat tengok rancangan kegemaran aku
Dua hari sebelum balik beraya raya, TV aku buat hal lagi. Damn you!! Aku nak tengok Gaksital tau tak? Nak tengok Joowon yang comel tu. Hisshhh.. Geramnya aku. Aku ketuk-ketuk, aku goncang-goncang dan aku hentak-hentak TV aku tu. Memang tak ada respons. Blank all the way. Keluar semut-semut tanpa gambar. Sangat tension. Ye. Korang akan cakap aku dah gila. Memang gila dah. Motip pergi hentak-hentak, goncang-goncang TV tu kan. Dah lah berat kemain nak angkat TV tu. Bajet kalau goncang lebih-lebih boleh nampak gambar terus lah tu. Hahahahhaahhaa.. Gila aku ni.
Tiba-tiba tak semena-mena dia meletup! Boom boom kebabom bommmmm DUSHHH~!! Dan keluar lah bau hangit. Hoi kenapa ni? Aku tekan-tekan, switch on off tapi tak ada respons. Sah lah. Kojol dah TV aku ni. Hul~!! Ko saja nak sakitkan hati aku kan TV? Dah lah nak raya ni. Mana aku nak cekau duit nak beli TV baru? Takde TV memang tak meriah lah hidup aku. Grrr...
Dua hari aku melopong. Tengok dinding, tengok siling tengok lantai. Nak surf internet pun, internet lemau hazabedah. Dua hari ni tak pasal-pasal aku tidur awal. Semuanya disebabkan kau TV!! Balik kampung, mengadu kat Cik Ina. Cik Ina kata, beli lah yang baru. Ye. Memang nak kena beli yang baru. Selamat lah bonos kerajaan bagi aku buat beli TV. Huwaaaaa~!!
Selamat. Seminggu selepas raya dapat dah TV baru. SENGKEK tau tak! Tapi tak kisah lah. It's the latest model katanya. Huwahuwahuwa.. Lagi segak bergaya TV aku yang baru ni. Pori-pori muka pelakon kat TV tu pun aku boleh nampak. Jerawat batu pulak semakin detail. Suka banget! So, bye bye TV lama. Tak nak dah geng kau sebab aku dah ada TV baru. Encik TV baru, I Love You.... ^_____^
Hokhokhokhokhokhhhhokkokohohok.............
1 comments :
yeay.. dah bleh view balik blog cik sengal..
suke!=)
Post a Comment