Sunday, November 10, 2013

Korea 330K Won ~ Day 3: A Twosome Coffee, Coffee Cojjee & Tous les Jours

Friday, 22nd March 2013

Hari ni ialah hari makan dan minum sedunia. Mana taknya, kami tak ke mana-mana pun melainkan lepak-lepak untuk minum kopi, minum lemonade, makan ikan bakar dan minum kopi lagi. Memang lah muntah kopi pelangi sampai hostel malam tu.

Our first stop, A Twosome Coffee. Yes. Pop-up coffee shop katanya ni. Untuk beberapa bulan ni, A Twosome Coffee buat collaboration dengan si kuda Choi Siwon tu. Kemain sungguh kan. Semua nak bukak kedai kopi. Pandai diorang ni buat strategi nak cari untung berlipat-lipat kali ganda. Panggil je retis collaborate. Kalau dah retis meniaga, mesti fans datang menepek kan? Secara tak langsung, naik lah sales mereka. Gitu lah ceritanya.

Malangnya collaboration ni berakhir pada April 2013. Tapi sempat lah jugak kami pergi. Skodeng-skodeng tengok macam mana rupanya cafe si kuda ni. Dah alang-alang lepak sini boleh lah kita minum-minum. Sambil minum-minum boleh lah kita bergambar berposing sakan.

Lai lai..


Naik sini..

Kat main entrance..

Moh masuk..

Boleh tahan besar jugak lah cafe dia ni. Kebetulan masih awal pagi, orang tak ramai sangat. Kami pun boleh lah tergedik-gedik melompat-lompat nak duduk kat mana-mana kerusi yang kami suka. Sebelum cari tempat duduk yang strategik, pergilah kami ke counter. Humang aihhh.. Boleh tahan mahal rege kopi si choyy ni. Terbeliak mata tengok harga. Tapi, tekak dah kering ya amat. Makanya, tutup mata dan bayar saja. Nak jugak rasa Caramel Macchiato kat sini. Dah bayar, boleh lah lepak-lepak duduk.

Duduk sini kejap..

Duduk sini pulak..

Duduk sini lepas tu..

Last-last duduk sini..

Kat satu sudut ada lah some kind of pameran. Benda-benda arts lah yang aku tak berapa nak paham. Adalah jugak penerangan kat situ. Sekadar baca gitu-gitu je pameran tu tentang apa.

Kisahnye..

Kemain ko..

Tak lama tu, buzzer pun berbunyi dan pergilah balik ke kaunter untuk ambik kopi. Sedut sikit, heeeeiiiiiiiiii... Memang ikhlas betul diorang letak gula ye. Terkebil-kebil mata aku nak mengabiskan kopi ni. Manisnya entah macam apa. Mungkin Siwon ada share jugak kot dalam industri gula. 

My Sweet Caramel Macchiato..

Lokasi cafe ni? Myeongdong. Tak jauh dari Myeongdong subway station. Boleh keluar ikut Exit 6 atau 8. Walaupun Siwon dah tak pakai dah cafe ni lagi, boleh lah refer kat map bawah ni kalau saja-saja je nak tau lokasinya kat mana.


Lokasi..

Ok dah! Lepas ni ke mana kita? Kita ke kedai Jaejoong pulak! Memang perah duit fans betul lah retis-retis ni. Habis kayap. Cafe Jaejoong yang bernama Coffee Cojjee ni sebenarnya tak ada dalam senarai tempat yang nak dituju, tapi kami ke sana sebab nak jumpa Zurien, student Malaysia yang study kat Korea ni. Banyak jasa Zurien kat kami, makanya kami nak jumpa, lepak-lepak, belanja-belanja dia makan lah gitu. Sebelum pergi makan, kita minum-minum dulu kat sini. 

Coffee Cojjee ni letaknya kat Apgujeong. Katanya berhampiran dengan bangunan SM Entertainment. Heol. Jauh tu nak menapak dari station Apgujeong. Berlagak takmo naik bas. Rela jalan kaki. So kami jalan lah kaki menuju ke sana. Kat pertengahan jalan, kami ternganga. Wengg?? Ada subway station baru? Ehh bila masanya ada station ni? Dah blur tahap gaban kat situ. Station baru tu namanya Apgujeongrodeo Station. Betul-betul kat area SM Entertainment. HAMPEH. Kenapa tak tau? Hahaha.. Tu lah. Tak nak update subway apps. Padan muka. 

Ni dah ada station baru, dekat sangat lah kalau nak pergi kan. Eiii.. Penat dah jalan jauh tadi. Takpolah, kami sambung je jalan ke Coffee Cojjee..


Lokasi Coffee Cojjee..

Dah lalu depan SM Entertainment (yang lama ye) kami terus ambik simpang ke kanan. MAK DATUK. Ini jalan raya ke cerun gunung ni. Jalan kat depan mata tu boleh dikatakan almost 45 darjah curamnya. Mak aihhh.. Terbongkok-bongkok, terkedek-kedek nak naik bukit. Sangat semput gegirl dibuatnya.. 

SM Entertainment under renovation..

Dah sampai!!

Kisahnya, ada satu hair salon yang agak glamer situated dalam satu bangunan yang sama dengan Coffee Cojjee ni. The Red Carpet. Katanya banyak lah retis Korea sebelum pergi show apa-apa akan buat rambut dan mekap kat sini. Katanya lah kan. Mana lah tau kot-kot nampak sesiapa yang dikenali. Berangan lah gitu konon.

So, kami berjumpa lah dengan Zurien. Sengal sungguh budak ni. Borak lah borak lah borak dan borak. Entah apa-apa yang diborakkan kan. 

Kat dalam Coffee Cojjee ni boleh tahan ramai fans. Kebanyakannya dari Jepun. Memang glamer lah kan budak-budak ni kat Jepun nun. Fans Jepun ni pun, berapa sen sangat lah nak datang Korea ni. Tiap-tiap weekend datang pun boleh. Huhuhuh.. Apa-apa pun kita skodeng je lah interior Coffee Cojjee ni.

Tu dia Jaejoong..

Gambar-gambar..

Fan's project?

Counter nak mengorder makan minum..

Counter jual CD K-Pop Idols..

Eheyyy.. BROWNIE!!

Oleh sebab tadi kat tempat Siwon dah minum kopi, tekak aku dah tak boleh terima lagi dah kopi. Makanya aku order lemonade je. Biar kaw-kaw bergelodak isi perut aku. Lepas tu singgah memerut kat subway station kan macam trip yang lepas. Hahahhahaha..

Label haruslah dicabut bawak balik..


So lepas ni ke mana kita? Marilah kita pergi jenguk mak mertua. Hahahahahaha.. Banyak lah aku punya mak mertua. Ke Tous Les Jours kita! Tak susah mana kalau nak naik subway. Yang susahnya kalau nak jalan kaki dari subway station tu ambik masa dalam 20 minit lah jugak. Kita try je lah jalan kaki ye. Boleh refer clip by Kim ni untuk ke TLJ.


How to go to TLJ..

Jalan kaki tu ok lah jugak, tapi semput jugak aku dibuatnya. Bila dah sampai tu lega sangat-sangat. Sangat gigih berjalan kaki dalam sejuk. Teringin lah jugak nak jenguk macam mana kedai bakery mak si Eunhyuk ni kan. Untung-untung mak dia ada. Boleh lah ambik gambar sesama gitu. Eheeee..

TLJ ni letaknya kat kawasan bangunan-bangunan office. Memang jadi tumpuan orang bekerja lah kot kan? Untuk breakfast ke, snacking ke apa ke. Senang.

TLJ!

Debar-debar gitu nak masuk. Hahahaha.. Motip sangat lah kan. Tapi dah dekat pintu tu, kaki stop melangkah. Terdiam gitu dan mula spazzing tepuk-tepuk member kat sebelah sebab nampak omonim kat dalam. Ahahaha.. Giler aku ni. Dia cuma seorang makcik je kot. Tapi makcik yang glamer sebab anak dia glamer. Hehehe.. So, sangat lah ayu dan sopan santun kami masuk ke dalam. 

Omonim!!

Kami masuk dan senyum pada mak Eunhyuk dan terus menuju ke bahagian belakang kedai. Kat situ ada beberapa meja dan kerusi boleh duduk. Sebenarnya TLJ ni kecik je. Tak ada lah besar mana. Ni kalau budak bilis tu datang, maunya sesak kat dalam kedai ni penuh dengan fans. Kami lepak-lepak dulu, skodeng-skodeng, cuci mata tengok kedai sebelum ambik order. Kat dinding kemain penuh dengan gambar abe senget.

Meja..

Si bilis yang senget..

Nyiahhahahaha..

Daun je bang?

Boleh tinggal mesej..

Dah tengok keliling baru lah kami order. Kat sini aku minum latte je. Harga? PALING MURAH dari kedai-kedai budak SuJu yang lain. Hehehehe.. 

Cafe Latte..

Sambil minum, sambil jengah omonim. Agak-agak omonim tak busy kami mencelah nak ambik gambar sama-sama. Hehehehe.. Memang muka tak malu kami ni. Omonim pun sangat lah peramah dan friendly. Gasak lah dia cakap Korean kan. Kami angguk-angguk je konon paham. Hahaha.. Tapi aku paham lah jugak apa yang dia cakap. Cuma nak reply balik tu agak ke laut sikit lah.

Dah dapat ambik gambar tu, gediknya macam apa. Suka sangat ler tu.. Ni baru gambar dengan maknya. Kalau gambar dengan anaknya mau pengsan. Tak payah bergambar lah. Tengok depan mata confirm kaku. Huhuhuh..

Bawak bekal cookies balik GH..

Sedor tak sedor dah malam dah time kami keluar dari TLJ tu. Lepas say bye bye kat Zurien kami pun balik semula ke GH. Dah sampai GH moyan. Moyan pasal hari ni, dan moyan sikit pasal hari esok. Ada apa esok? Tunggguuuuuuuuuuuuuu...

6 comments :

Aliah Nuqmans said...

kak.... jelesnyeee g kedai eunhyukkk huhuhuuuuu

CikSengal said...

kalau saya bagitau baru2 ni saya pergi saya jumpa dia face to face siap borak2 lagi camne? kekekeke..

Irfa said...

peminat drama korea cam akak, harus kena buh korea sbg destinasi wajib pegi,hihi

CikSengal said...

yes, drama, running man and 1n2d.. asal ada tempat best je dalam tiga2 benda ni memang mesti pergi..

Radin Fadli said...

hello,, tumpang tanya, gosami ni saya ada baca menyediakan stir fried pork selain dari octopus tu, masa awak pergi mereka masih menyediakan pork lagi?

CikSengal said...

Radin Fadli,
Saya tak perasan lah pulak menu dia ada stir fried pork. Kami ke sini, student malaysia yang bawak. Kami makan ikut apa yang dia order.