Monday, August 13, 2012

Majlis Penutup Infosys Foundation Program 2012

Yosh.. Inilah antara sebab kenapa aku balik raya awal. Sebab event ni lah. Balik raya awal, tapi ada kerja for the next 4 days. Kill two birds with one stone lah kiranya ni.

Hari ini datang lagi. Majlis penutup Infosys Foundation Program 2012. Oleh kerana tahun ni program ini diadakan di dua tempat, makanya majlis penutup juga diadakan di dua tempat. Majlis yang pertama di adakan di UTHM. Majlis kedua pulak di Vistana Kuantan pada keesokkan harinya. Dan aku telah menghadiri kedua-dua majlis ini. Ponekk!!

Aku gerak ke UTHM dari rumah. Drive sendiri ke Batu Pahat sana. Tak jauh mana lah. Lebih kurang satu jam 15 minit je. Majlis penutup ni diadakan sekali dengan majlis berbuka puasa. Makanya, aku datang ini untuk melantak dan menunjukkan muka aku yang rajin ni je. Mana taknya, aku tak ada hantar students ke UTHM ni. Semua students aku, aku campakkan ke UMP. Datang ke UTHM ni sekadar untuk memeriahkan majlis je. Hehehehe..

Belok kiri!

I'm here..

Ku pikirkan aku sudah lambat. Tapi dewan kosong. Lah. Aku paling awal rupanya. Tak apalah. Duduk je lah lepak-lepak. Lebih kurang setengah jam kemudian, dewan mula dipenuhi peserta-peserta program serta SPoC dan ahli jawatankuasa Infosys yang lain.  Majlis pun dimulakan!

Buku aturcara..

Terdapat beberapa ucapan bla bla bla, acara pemberian sijil, penganugerahan top 10 peserta terbaik, best group dan sebagainya. Selepas selesai semua kami bergambar beramai-ramai. Then it's makan time! Berbuka lah kami semuanya. Alhamdulillah. ^___^

Nasi Beriyani!!

Ada doorgift..

Sambil makan, sambil mata aku melilau mencari kot-kot ada yang dikenali. Almaklumlah aku ni ramai geng kat UTHM ni tapi nampak gaya macam tak ada lah pulak. Masing-masing sebok berbuka puasa dengan keluarga masing-masing kot. Kalau tak boleh buat acara jejak kasih.

Dah abis event, aku terus balik rumah. Besoknya aku bergerak ke UMP pulak. Naik bas dari Batu Pahat sebab pihak Infosys Committee ada menyediakan bas dari UTHM ke UMP. Aida dan Cik Ina menghantar aku ke Batu Pahat semula. Dah alang-alang sampai tu mereka pergi shopping kerepek untuk raya ni.

Dah lama sebenarnya aku tak ke pantai timur melalui jalan darat. Tak boleh nak bajet berapa jam perjalanan dan lalu jalan yang mana. Sepanjang perjalanan kerja aku tidur, bangun, tidur, bangun. Tak sampai-sampai. Jauh betul rasanya. Memang jauh pun. Aku sampai di Kuantan selepas hampir 5 jam mengerekot kat atas bas. Lenguh satu badan.

Majlis bermula jam 5 petang. Selepas check in, aku sempat menggolek-golekkan diri tidur. Bila aku turun ke bawah, dewan kosong. Aikkk?? Tak kan aku paling awal? Rupa-rupanya masing-masing berada di luar hotel untuk sesi bergambar. Cepat-cepat aku turun. Muka aku ni mesti masuk dalam gambar!


Then the event started. Majlis yang ini agak meriah sebab peserta lagi ramai, dan ahli committee pun ramai yang turun padang. Students aku tak nampak pun batang hidung. Menyorok agaknya.

Buku aturcara..

Seperti majlis semalam, ada ucapan, ada majlis pemberian sijil dan penganugerahan top 10 peserta terbaik. Rasa nak nangis aku bila diumumkan dari 10 orang peserta terbaik tu, 4 orang merupakan anak murid aku. Huhuhuhuhu.. Sangat terharu. Setiap kali nama UMS diumumkan, aku menjerit macam orang gila. Hahahaha.. Suka wei. Macam tak percaya pun ada. Yelah, budak-budak ni, masa belajar huha huha banyak sangat. Kat sini tiba-tiba korang excel ye. Bangga betul lah.

Prof K giving his speech..

UMS Warriors.. 

Dah habis semua acara anugerah, aku diasak dengan request untuk jadi hos tahun depan dengan alasan budak-budak UMS pandai-pandai. Hul~!! Masak lah aku! Banyak paperwork nak kena buat ni. Management aku pulak entah nak sokong ke tak. Terpaksa lah aku mentabahkan diri untuk buat semua ni.

Then it's makan time! Majlis berbuka puasa kat hotel. Perghhh.. Harus lah meriah. Macam-macam makanan ada. Senak-senak aku dibuatnya. Sambil melantak sambil borak, Dekat pukul 10 baru kami beredar. Hahaha.. Melampau na kan.

Makannnnn~!!

Alkisah. Tamat lah Infosys Foundation Program 2012. Nantikan tahun depan di UMS pulak. Hahahahaha.. InsyaAllah. ^___^

0 comments :