Friday, June 22, 2012

From Taipei With Love ~ Day 3: Taipei Arena, Daan Park, Taipei Central Mosque, Guang Hua Electronic Plaza, Shilin Night Market

Sunday, 5th February 2012

Hari ketiga. Dek kerana si sengal Teuk, kami dah menebeng di Taipei Arena sepagi yang boleh mencari tiket. Tapi what to do. Memang tak ada tiket langsung. Beratur sampai besok pun tak guna. Fans kat belakang kami dah nangis-nangis tak dapat masuk. Aku nak gelak pun ada jugak. Tapi tahan je lah. 

Makcik ulat tiket tu ada jual. Tapi giler dia markup sampai NTD10,000. RM1,000 tu~!! Memang sewel. Tak tau lah ada orang beli ke tak. Time kami riki-riki tu ada fans dari Jepun dok pikir-pikir nak ambik ke tak. Kalau sampai seribu kirim salam je lah. Sangat tak berbaloi. Dah tu, kesengalan lah kami dok menebeng kat perkarangan Taipei Arena dengar konsert dari luar. Huhuhuhuhu..

Nampak kereta ni.. Lee Hyukjae pakai kereta jenis ni.. ^____^



Oppa Oppa~!!

Beratur nak beli tiket..

Jalan-jalan kat luar..

Ramai orang tengah panas buta..

Marylin Monroe..

Beli beg 10 hengget..

Kat depan sekali tauuu.. Tapi tix takde..

Belakang kami..


Bye bye..

Dah habis menebeng, kami terus bergerak menuju ke Taipei Grand Mosque. Dari stesen Nanjing E. Road ambil train menuju ke Taipei Zoo dan turun di stesen Technology Building. Dah tu kena berjalan lebih kurang 20 minit. Senak jugak lah jalan kaki. Jauh banget!

Menyusuri kedai-kedai..

Daan Park..

Kunun-kunun nak cepat sampai, kami ambil jalan shortcut merentasi Daan Park. Jalan-jalan di bawah rimbunan pokok-pokok. Tenang lah jugak dibuatnya. Tengah jalan-jalan tu, kami nampak ada beberapa orang Indonesia kalau tak silap tengah menolak kerusi roda warga emas. Ramai pulak tu. Kami pandang dia, dia pandang kami. Tiba-tiba boleh Queen tanya "Masjid kat mana ye?" Hahahahahaha.. Nasib baik lah tekaan kami tu betul orang Indonesia. Dia pun explain jalan terus belok kiri bla bla bla. ^____^

Ramai rupanya orang-orang Indonesia kat sini. Mungkin bekerja sebagai pembatu rumah atau pun bekerja kat pusat-pusat jagaan orang-orang tua. Demi mencari rezeki kan. Akhirnya sampai juga kami di Masjid!

Masjid Taipei..

Penerangan tentang masjid..

Aku sempat solat asar dan maghrib kat sini. Kat satu hujung ada seorang hamba Allah ni non-stop solat. Lepas bagi salam, sambung lagi. Lepas tu sambung lagi. Mungkin dia tengah mengqada'kan semua solat dia kot. Mungkin sepanjang minggu dia bekerja dia tak dapat nak menunaikan solat. Sedih pulak aku tengok.


 
The interior..

Jom ngaji!!

Tingkat bawah..

Tengah aku bersiap-siap nak keluar, ada seorang wanita Indonesia datang menegur. Dia kata ada seorang pelajar baru sampai ke Taipei, dan minta aku tunjuk jalan. Terkedu aku. Aku pun baru 3 hari kat sini. Nak tunjuk jalan macam mana? Dia mintak tunggu dalam sejam dua, tapi aku mintak maaf banyak-banyak kat dia sebab aku tak boleh tunggu lama sebab mengejar masa. Moga-moga ada umat lain yang dapat membantu pelajar tu.

Next, kami ke Guang Hua Electronic Plaza. Dari masjid kami patah balik ke stesen Technology Building menghala balik ke Taipei Nangang Exhibition Centre. Dah tu tukar train di stesen Zhongxiao Fuxing dan ambil train menghala ke Yonging. Turun kat stesen Zhongxiao Xinsheng. Dari stesen adalah jugak berjalan dalam 10 minit untuk sampai ke Guang Hua Electronic Plaza.


Daan at night..

Ada apa ekk kat Software Park?

Daan at night..

Kat Guang Hua Electronic Plaza ni konon-konon nak survey gadget-gadget IT lah. Kot-kot murah dari Malaysia. Tapi bila tengok-tengok harga lebh kurang je. Penangan Thailand banjir hari tu. Semua barang naik harga. Sobss..

Guang Hua Electronic Plaza..

Skodeng skodeng..

Glamer betul brand Chimei ni..

Hoh~!!

Deretan kedai elektrik/elektronik/komputer..

More shops..

Aku tengok ramai je yang beli barang kat sini. Maybe murah kot. Aku pun tak reti nak compare sangat. Tapi semua ada kat sini lah. Cakap je nak beli apa. Take your pick je nak kedai yang mana.

Then, kami ke Shilin Night Market. Dah jalan-jalan kat Taipei ni tak soheh kalau tak pergi pasar malam dia. Konon macam grand lah kan. Tengok-tengok macam pasar malam kita jugak. Aku rasa lagi best pasar malam kita sebab banyak benda yang aku boleh melantak. Kat sini tak boleh. Kekekeke..

Nak ke Shilin night market, kami balik semula ke Taipei Main Station. Dari Taipei Main Station, kami naik train (line merah) menghala ke Danshui dan berhenti kat Jiantan Station. Dari Jiantan Station, keluar exit 1 dan ikut je ke mana semua orang pergi. Memang confirm sampai lah Xilin Night Market tu. :P

Moh pergi~!!

Ramai gila orang!

Orang shopping ke apa ni?

Nampak kedai t-shirt, aku pun beli lah t-shirt. Tapi disebabkan mahal, aku beli sehelai je untuk diri aku. Kehkehkeh.. Giler kemut kedekut ini orang.

Beli baju..

Peta Xilin Night Market..

Dah boring-boring cuci mata, shopping, ada tempat main game jugak tau. Ada booth main mahjong. Paling tak tahan ada game Angry Bird fizikal lagi. Owner booth tu pegi susun blok-blok kayu, dan dibaginya soft toy angry bird kat customer. Dah tu, sila baling~!! Kekekekeke.. Sangat kreatif wooo!! Lupa pulak aku nak ambik gambo game Angry Bird tu.

Mahjong game..

Nak cari souvenir pun susah. Keychain adalah tapi mahalnye ya ampun. Tak ada jual bundle-bundle 10 RM10 ke apa ke. Satu je keychain dah RM5. Sobss. Beli untuk aku je lah.

Next pergi ke kawasan makanan. Wahh.. Kalau lah boleh dimakan. Huhuhuhu.. Paling tak tahan ada gerai "Malaysian Curry". Hahahahaha.. Terbaik lah kan.

Jual mushroom..

Ha, beli waffle ais krim je..

Penat dah jalan..

Dah tu, kepenatan. It is almost 11pm. Apo laie. Kaki dah sakit, jalan dah tak larat, meh kita balik ke hostel. Naik balik train dari Jiantan Station dan turun di Taipei Main Station. Sampai hostel, mandi, solat, makan maggi dan terbongkang hendaknya. Zzzzzzzzz..........

Perbelanjaan keseluruhan hari ini:- NTD630

1 comments :

zinziemeewah said...

amboi dah 2 hari tgok konsert nk lg pegi hari ke-3. mantapppp