Sunday, June 10, 2012

Enak Dimakan Begitu Saja

Enak dimakan begitu saja. Memang. Roti Gardenia ni memang enak dimakan begitu saja. Ye lah tu kan. Tagline tu cuma terpakai untuk Roti Gardenia di semenanjung saja ye. Roti Gardenia Sabah tak termasuk dalam kategori tu! Baru bukak plastik, dah keras kejung. Apatah lagi kalau nak makan begitu saja. Sadis tau.

Aku tak taulah apa masalahnya. Kat Sabah ni payah betul aku nak jumpa roti-roti seperti yang dijual kat semenanjung sana. Tak payah lah nak cerita pasal roti krim coklat ke, bun ikan bilis ke, bun kacang merah ke, roti bantal besar gabak ni pun tak ada hokkay. Kenapa ye? Mahal ke nak import datang sini? Owhh, takut sampai-sampai je sini, dah expired? KAPAL TERBANG KAN ADA. Cuba kira berapa banyak flight sehari dari KL pergi KK ni. Boleh aje.

Tak tipulah aku cakap, aku jarang makan roti kat Sabah ni. Sebab penjualan dia terhad. Dulu-dulu adalah jual Gardenia keras kejung ni. Tapi lepas tu dah tak nampak dah kat kedai-kedai. Rupanya sijil halal dia dah ditarik balik uols. Shilakerr. Selama ni aku makan roti haram lah ye? 

Tulisan JAWI kau.. Gardenia Semenanjung mampu?
Saya pinjam gambar ni ye Tuan Blog.. ^___^

Gardenia tak ada, ganti pulak dengan Garden Loaf ke hapa namanya. Packaging dia yang warna hijau tu. Yang ni, aku gelarkan roti tak boleh pakai. Dah banyak kali aku terkena. Baru beli hari ni, besok dah expired dah keluar kulat-kulat hijau. Padahal expiry date lagi tiga hari. Kalau kau, kau hangin tak? Aku hangin tau. Baru terbuka selera nak makan roti, terus nampak hijau-hijau. Nak kata warna packaging dia yang melekat kat roti tu, tak pulak. Huh! Memang aku boikot terus roti ni.

Sedih tau orang-orang yang suka makan roti macam aku ni. Kalau balik rumah JB, gigih dan berselera aku makan roti. Cik Ina tengok pun rasa kesian. Bila nak balik semula ke KK, berbakul-bakul roti aku shoppingkan. Tengok sajalah di LCCT dan KLIA. Seksyen roti kat convenience store kat sana selalunya macam kena serang garuda. Biasanya memang bersih lah para-para roti tu. Tapi berbakul-bakul yang dishoppingkan pun, tak banyak yang aku boleh bawak balik dek memikirkan expiry date nya. Huhuhuh..

Pernah sekali aku meminta seorang colleague tolong jagakan exam aku disebabkan aku ada meeting di KL. Upahnya kau tau apa? Dia kata cukuplah kalau dapat belikan roti krim coklat Gardenia untuk anak-anak dia. Kalau kau, kau tak sedih ke bila dengar? Aku sedih tau. Banyak-banyak upah, dia mintak upah roti je. Rasa nak nangis pun ada.

Roti angkut dari Johor.. Roti ni masa ni dah expired 2 hari tapi masih gebu dan sedap.. Huhuhu.

Oleh itu, tolonglah. Saya merayu pada pihak yang berkenaan, pihak berwajib ke siapa-siapa lah yang ada kuasa tu, tolong lah bawak masuk roti yang macam-macam pesen tu ke Sabah ni. Please. Please. Please. Dengan adanya roti-roti ini, hidup saya di sini akan menjadi lebih ceria. Huhuhhu.. 


Nota kaki: 
Ada seorang kawan ni, terus reject offer kerja kat KK bila dapat tau kat KK ni tak ada jual roti gardenia. Hahahahaha.. Hampeh betul.

7 comments :

Nashays said...

ttiba aku teringat bun sweetie yang berintikan cekelat ittew....slllrrrppppp lap air lio...

aku bace trip ko g korea..wah dah ngn korea dah mcm balik kampung mertua ye..ehehehhe

aimajemma said...

hahhaha...

1st time ble ko ckp hari 2 y sana x dok gardenia nih, terkedu kejap.. mcm x pcaye... ngeee... trus batal niat nak dok sana..

Aliah Nuqmans said...

kak ko buat post ni br aku pasan mase g sabah aritu knape payah no nk jumpe roti even kilang gardenia trletak kt tepi jalan tu aje.
hahah

CikSengal said...

nashays,
terliur duduk sabah ni..
nak buat camne.. kena pegi melawat mertua kan.. hahaha..

aliah,
sedih tak ada roti..

CikSengal said...

aima,
peminat roti susah sket laa nak dok sabah ni.. kekek..

Anonymous said...

cik sengal tau tak nape kat sabah dan sarawak ni xde roti gardenia yg sedap tu?? dgr2 dr kawan sbb ada taiko biz yg x bd msuk kat sbh swk ni takut bila gardenia tu msuk, biz drg yang ada skg akan lingkup..hm..tu la 1 sbb nape roti gardenia kat KLIA tu mcm di serang garuda..kesian kan org kat sbh swk ni..a

CikSengal said...

anon,
yep, tau pasal benda tu.. kalau roti dia sedap dan gebu takpe gak..