Monday, 4th July 2011
Hari keempat. Hari ni aku bawak Cik Dila pergi Namiseom. Yep. Aku dah pergi dah masa winter yang lepas. Tapi di kala summer ni, pergi lagi pun best jugak kot. Feel dia ada lain sikit kot. Kot laa kan. Hai berapa banyak kot ni. ^^
Kunun dah terer dah la kan pergi Namiseom ni, jadinya pergi ke sana naik train. Tak pandang pun tour bus Insadong tu. Hahaha.. Kemain kerek kan. Ye lah. Dah pernah rasa naik tour bus. Kali ni rasa naik train pulak. Kalau tak, bila lagi. At least dapat belajar alternatif lain nak ke sana.
Dari Jongno kami ambil subway line no 1 menuju ke Soyosan. Turun di station Hoegi, tukar ke line Jungang menuju ke Yongmun dan berhenti di station Sangbong. Di Sangbong ambil line Gyeongchun menuju ke Chuncheon. Stop di station Gapyeong untuk ke Namiseom. Amacam? Leceh kan? Yep. Memang leceh sebab nak kena tukar train segala. Nak kena tunggu train lagi yang tak beberapa kerap sangat masa intervalnya. Boleh hilang sabar. Tapi tahan je lah. Nak merasa experience naik train. Lagipun tambanya murah! Tak sampai KRW2000 kalau tak silap. Kalau naik bas dah berapa dah.
At Hoegi Station..
Tu dia train datang..
Balik bercuti ke bang??
Dalam train menuju ke Chuncheon, tak berapa ramai sangat orang. Dapatlah jugak duduk kat kerusi sepanjang perjalanan. Sampai tertidur-tidur aku dibuatnya. Punyalah lama bertenggek kat dalam train tu tak sampai-sampai. Cik Dila rajin jugak lah nak ambik gambar pemandangan di sepanjang jalan. Aku? Tidur lagi best. Hehehe..
Around 9.30 kami sampai di station Gapyeong. Kat pintu keluar ada tourist information counter. Rembat leaflets yang ada. Walaweiii~!! Area Gapyeong ni banyak tempat yang menarik lah! Alololololo.. Dah sampai pukul 9.30 ni mana sempat nak round semua. Cisss.. Tiba-tiba terasa menyesal tak keluar lagi awal.
Selain Namiseom, tempat-tempat yang ada kat sini ialah Petite France, ada filming location untuk drama Iris. Aku suka weh Iris. And then ada Garden of the Morning Calm ke apa namanya tu. Tak hafal pulak aku. Filming location untuk You're Beautiful. Kesimpulannya banyak jugak lah tempat-tempat best kat sini. Tapi, ada setengah hari je kan. Tak dapat nak pergi semua tempat. Jadinya pilih Namiseom and Petite France je.
Ok. Keluar station Gapyeong, kami jumpa some Malaysian Tourists. Budak-budak lagi. Students kot. Alah.. Aku ni kalau aku kat aku ni student pun orang percaya kan? Hahaha.. Diorang ni pun pergi jalan-jalan Namiseom jugak. Ramai jugak rombongan Cik Kiah diorang. Ala-ala terkedu jugak mereka bila nampak aku datang berdua je dengan Dila. Hahahaha.. Takpe. Next time korang pun boleh datang berdua jugak. Datang sorang-sorang pun boleh. Layan blues sendiri-sendiri kat Namiseom ni. ^^
Dari Gapyeong station, kami naik local bus ke Jeti Gapyeong. Tambang KRW1,000 je.
Group of Malaysians..
Namiseom..
Ok. Go through the same process again. Beli tiket harga KRW8,000 untuk entrance fee and tambang ferry. I tell you one, 1/4 of the passengers dalam ferry ni Malaysian. Hehehe..
Cuba cari bendera Malaysia..
Second time pergi. Tak tau nak cerita apa dah sebab dah cerita pasal Namiseom ni kat edisi Winter Sonata. Cuci mata tengok gambar di sekitar Namiseom je lah ye. Namiseom yang hijau. ^^
Hijau...
Selamat Datang~!!
Siapa nak naik train?
Kesiannnn..
Kali ni pergi ada pameran folks story around Asia. Malaysia tak ketinggalan. Tapi aku tak kenal lah penulis folk story ni..
Siapa ye pakcik ni?
Ini lah ceritanya. Tapi kenapa aku tak pernah dengar ye?
Then ada book sales. Boleh tahan murah jugak lah buku-bukunya. Tapi aku tak paham kalau nak baca. :P
Mari beli buku..
Aktiviti budak-budak sekolah..
Siapa sanggup baca buku tinggi neh??
Signboard ke sana sini..
Sajak dari mana entah ni..
Pintu gerbang China..
Tengah syok-syok ambgik gambar tu, kena kacau lah pulak oleh sekumpulan pakcik ni. Sibuk dia nak ambik gambar dengan kami. Motiplah ahjusshi? Aku mula-mula ingatkan orang local Korea. Sekali pakcik Siam lah. Hahahahaha.. Gigih diorang. Nak tergelak aku tengok kesungguhan diorang bergambar.
Yongajiga..
Dah tu, perut pun berkreok-kreok. Apa lagi. Mari kita terjah Yongajiga!! Tapiiiiiiiii.............. TUTUP!! Huwaaa! Dah lah tengah lapar. Sebenarnya baru je tutup sebab ada orang tengah makan tu. Cuma makcik tu dah tak bukak kaunter dah. Makcik tu kata "mori apa" Huwaa.. Ahjumma~! Janglah sakit kepala sekarang! Kami lapar ni!! Wawawawawawa... Sedih ko...
Patutlah sunyi sepi..
Dah tak boleh makan tu, kami singgah galeri lah. Aku nak tengok balik mesej yang aku tinggalkan suatu ketika dulu. Kehkehkeh..
Winter Sonata Photo Gallery..
Sekali.. SURPRISEEE~!! Hambik kau! Bersih kat dalam tu. Tak ada satu kesan contengan pun. Mesej budak Pajam yang datang dengan omak dia tu pun dah tak ada. Waduhh.. Dah kena overhaul rupanya.
Nice and clean..
Takde dah tulisan keramat aku tu..
Bagus jugak diorang bersihkan. Karang orang ingat tempat tu tempat vandalism. Hehehe.. Jalan-jalan lah kami keluar. Tengok pameran patung tanah liat kat situ. Aku tak paham motip patung-patung ni. Lucah uols~!!
Nangis...
Aku rasa temanya Omma kot.. Aku pun tak baca. Hahahaha..
Jalan lagi. Singgah kedai sat beli air and ceklat. Lapar pulak dah kan. Tak ada rezeki nak makan kat Yongajiga tu. Huhuhu.. Lepas makan, pergi skodeng kat belakang kedai tu. Yes. Jumpa arca/patung Winter Sonata tu. Hari tu tak jumpa. Sebab tak pergi belakang kedai ni. Hehehe..
Winter Sonata Casts..
Life size katanya ni.. Aku berdiri sebelah Choi JiWoo takat bahu dia je. Huhuhu..
More Green..
Jalan-jalan tepi sungai..
Well. Lain-lain aktiviti sama je dengan hari tu. So, tak payah lah aku cerita kan. Tak lama sangat kami kat sini. Cepat-cepat naik ferry balik ke darat. Nak pergi ke Petite France pulak lepas ni.
Ada cerita sebenarnya patung ni..
Sebab kelaparan yang teramat aku beli kentang rebus. Hahahaha.. Teringat time winter hari tu. Sedap makan panas-panas. Cik Dila beli buah berangan. Gigih ahjumma jual tu. "Berangan.. Berangan.. Lima ribu.. Lima ribu...." Heheheheh...
Kentang yang sedap..
Kat darat, kami tanya staff Naminara macam mana nak ke Petite France. Dia suruh kami naik tour bus. Aku ni kalau boleh nak elak lah jugak naik bas tu sebab agak mahal untuk ke Petite France semata. KRW, 5000. Tour bus ni sebenarnya pergi ke tempat-tempat menarik yang aku sebut awal tadi. Just bayar KRW5,000 and boleh pergi ke tempat-tempat ni. From one place to another. Kami ni masa tak cukup. Jadinya kurang berbaloi nak bayar KRW5,000 untuk ke Petite France saja. So, kami pergi balik ke Gapyeong station dengan harapan ada cara lain untuk ke Petite France.
Sekali tak ada donk~!! Tanya teksi, mahal lah pulak. Local bus menghala ke sana tak ada lah pulak. Staff kat tourist information center tu suruh kami naik tour bus je. Hurmm.. Terpaksa naik lah jugak ni? Huhuhuhu.. Dah tak ada cara lain. Redha je lah!!
Tunggu bas..
Hitchiking??
Peta laluan tour bus Gapyeong..
Off we go~!!
Perjalanan dari Gapyeong station ke Petite France mengambil masa lebih kurang setengah jam. Sempat aku tidur kat atas tu. Kekenyangan makan kentang kekdahnya. Hahaha..
Petite France~!
Warghh~!! Sampai dah! Yeyyyyy!! Semangat betul aku nak datang Petite France ni kan. Kenapa gigih? Ye lah. Tempat ni pernah jadi filming location untuk drama Beethoven Virus, Secret Garden, Personal Taste dan yang paling penting sekali, rancangan kegemaran aku. Running Man~!!
Bila dah sampai sini, tengok dengan mata kepala sendiri, baru tau tempat ni tak besar mana. Tapi kenapa dalam TV macam besar ekk? Ilusi optik betul lah!!
Hurmm.. Tak tau nak explain macam mana pasal tempat ni. Aku letak gambar je lah..
Jail Running Man.. Hehehehe..
Tempat Jihyo jumpa baju Little Prince..
Tempat Gwangvatar escape dari Nichkhun..
Penulis buku Little Prince..
Cik Dila layan blues sorang-sorang..
Peta Petite France..
Ada miaooww... ^^
Jang Geun Suk..
Signature retis-retis yang buat filming kat sini..
Office dalam Beethoven Virus..
Ambik berkat..
Buruk dah..
Ada tayang drama Beethoven Virus..
Supposed to be restaurant ni..
Son Ye Jin..
Lee MinHo..
Park Shinhye..
Teringat aku kat F.R.I.E.N.D.S..
Rumah orang Perancis..
Jamban hokkay~!!
Running Man Casts..
Secret Garden..
Beethoven Virus..
Boleh melaram.. Kena bayar lah..
Cak~!!
Dah habis meround tu kami lepak-lepak minum-minum. Tak tau nak buat apa dah. Rembat lah jugak souvenir seketul dua. Yang murah-murah je. Murah pun paling murah KRW2,000. Huhuhuhu..
Lunch.. Huhuhuhu..
Auditorium..
Hambik kau~! Kalau signage kat Bangkok..
Tempat Yoo JaeSuk kena tangkap ngan Taecyeon..
Dah! Abis~! Disebabkan nak tunggu tour bus tu datang, terpaksa lah kami duduk kat Petite France ni selama 3 jam. Penat tau. Sebab dah habis ronda. Tak tau nak buat apa dah. Melepek je lah kat tepi jalan tu..
Tunggu bas..
Bye-bye..
Naik bas, pergi ke Gapyeong Station and ambik train balik ke Seoul. Ngam-ngam ho kami sampai station Gapyeong, tak lama tu train pun sampai. Syukur Alhamdulillah. Kalau tak maunya kena tunggu another 30mins kot.
Namiseom..
Gapyeong Station..
Wokeh. Dah sampai Seoul tu kami terus ke area Sungshin's Women Univ. Apa lagi. Terjah sepau lah. Membeli kiriman geng-geng. Aku pun rembat jugak. Hahaha..
SuJu's Birthday T's at SPAO..
Dah habis shopping? Balik loh. Lapar kan. Tak sabar nak makan Maggi. Macam kesian je bunyinya kan. Hehehe.. Tahan je lah. Sebelum sampai Sunshine, singgah 7E beli kimchi and singgah gerai ahjumma udang beli udang. Dia tak kenal aku punye lah. Tapi aku perhatikan, macam english dia dah improve sikit. Hehehehe.. Dulu, sebut take away pun dia tak paham. Kali ni dia yang sebut dulu take away? Hahaha..
So, balik, bongkar hasil shopping, makan and lepas tu?? Paham-paham je lah ye. ^^
My T's.. ^^
My Dinner..
Menyelerakan kan?? Terasa-rasa sampai sekarang.. Huhuhuhu..
Tamat hari keempat. Hari kelima coming soon. ^^
Perbelanjaan Keseluruhan Hari Ini:- KRW76,450
4 comments :
Hurmmm kalu dulu ko amik pakej bas insadong, krw24000..mhl gak la kan..bas+feri...habis tu kalu p naik train, brapa harga feri?
Feri + entri masuk 8000.. Train dalam 2000++ and dari train station pegi nami naik bas 1000 je..
pukul berapa you bertolak dr guesthouse? i ingat nak pg naik train juga.. ingat nak plan nak gerak pukul berapa..
lagi awal lagi bagus.. kalau boleh sebelum pukul 7 dah keluar..
Post a Comment