Hallu hallu hallu.. Korang semua buat apa during CNY ni? CikSengal macam biasalah, menternak lemak je kat rumah. Tak ke mana-mana pun. 4 hari cuti ni duduk depan tv, makan minum, main internet. Warrgghh~!! Jangan terkejut kalau tong drum nampak lagi comel dari CikSengal ni.
Cuti-cuti ni CikSengal mengambil kesempatan untuk membongkar bilik CikSengal. Suka CikSengal aktiviti-aktiviti membongkar ni. Banyak betul khazanah CikSengal sana sini. CikSengal ni jenis yang sayang nak buang barang. Even pembalut gula-gula, pembalut jajan pun CikSengal lipat cantik-cantik simpan dalam kotak. Kot-kot boleh pakai later on. Nak buat projek sains ke, apa ke. Projek 1Malaysia ke.
Orang kata, pe'el suka simpan barang ni bahaya. Apa orang kata? Hoarding? Boarding? Yikes!! Spesis penyakit mental tu katanya. Dah tu, sakit mental lah CikSengal ni ye? Habislah. Tak ada siapa nak kahwin dengan CikSengal macam ni. Hahaha.. Well, CikSengal ni membongkar je suka. Mengemasnya, ya ampunn~!! M to the A to the L to the A to the S. *Sila buat aksi pompom girl*
Seriously, bila membongkar ni, CikSengal banyak kali jugak lah terkejut dinosaur. Eh, bila aku beli benda ni? Eh, macam mana ni ada kat sini? Eh, aku tak ingat pun aku ada benda ni? Eh, ni siapa punya? Macam-macam aksi dinosaur lah CikSengal berjaya buat. Terkejut satu hal, tersengih-sengih macam kerang bacen lagi satu hal. Bila pandang satu-satu barang tu, silap-silap boleh buat novel 500 muka surat. Setiap barang yang ada, ada kisahnya tersendiri. Bila teringat, tu yang boleh tergedik-gedik senyum. Itu pasal lah CikSengal tak suka nak buang. CikSengal suka hidup dalam kenangan. Iyeeewww.. Geli kan?
Ok. Mula-mula CikSengal susun balik rak novel CikSengal yang hampir nak runtuh tu. Banyak betul novel. CikSengal ni gila membeli. Bacanya, entah bila. Bila belek-belek, rasanya 2/3 novel yang CikSengal ada ni, belum dibukak lagi plastiknya. Masih elok lagi ala-ala baru je beli tadi. Adoi lah. Macam mana ni? Bila nak baca? Nasib baik dah lama tak singgah kedai buku. Kalau tak, memang roboh lah rak tu. Ini novel yang ada kat sini je ni. Kat JB sana ada lagi 3/4 kalau tak silap. Itu pun sama. Ada yang belum bukak sampul plastik. Waaaa~!! Ni kalau jual balik semua novel ni, silap-silap boleh buat deposit beli kereta baru. Huhuhuhu..
Ni baru sikit..
Then, kemas punya kemas lagi jumpa dua benda alah merchandize SuJu. Iskk.. CikSengal ni kan, dah lupa sangat CikSengal letak benda-benda ni kat mana. Dah membongkar ni baru jumpa balik. Bila tengok benda-benda, ni mula lah teringat cerita-cerita sengal kat Bangkok dengan Seoul sana tu. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya umur barang-barang ni. Hahahaha..
SS3 Postcard.. Beli kat Konsert SS3 Bangkok..
Teringat dah pulak CikSengal kat teksi motor Bangkok. Gigih nak angkut dua orang penumpang. Karang mau bontot CikSengal tercicir kat belakang. Hahahaha.. Pastu teringat lagi kat Restoran Mak Yah. Dah tu teringat lagi tidur kat airport Bangkok yang sejuk macam hapa tu. Teringat lagi kat Chatuchak. Teringat pulak kat kerabu mangga Chatuchak. Warrghh~!! Sampai besok pun tak habis cerita. Ehh.. Baru perasan, cerita jalan-jalan Bangkok edisi yang ni masih dalam draft. Aiyaaaa~!!
Bangkok Map..
Jumpa pulak map Bangkok yang lunyai ni. This map is the best map ever. Dah lunyai, sanggup CikSengal selotep balik kasi cantik. Mana tau boleh guna lagi. Ni dah jumpa ni, macam dia memanggil-manggil pulak CikSengal untuk datang lagi. Adoii laaa.. CikSengal memang teringin nak pergi Bangkok lagi. Best jalan-jalan kat Bangkok tu. One of the recommended place to visit.
KRY Bromide.. Beli kat Konsert KRY Seoul..
Yang KRY ni teringat pulak ke cerita kali pertama CikSengal ke Korea. Sampai sembilan entri CikSengal karang kan? Hahahaha.. Banyak kenangan kat sana.
Korek-korek lagi, jumpa satu album Taj Mahal ni. Serious masa ni memang dah gelak macam apa dah. One of the most memorable trip ever dalam hidup CikSengal pergi Taj Mahal ni. Macam Amazing Race~!! Van rosak tengah jalan, hampir-hampir kena tinggal kapal terbang, gaduh dengan tourist guide. Memang sewel. Cantik memang cantik Taj Mahal ni. Tapi kalau nak pergi lagi tu, rasanya tak sanggup dah CikSengal.
CikSengal dan Taj Mahal..
My CB Prescription..
Gambar kat atas ni memang lah daebak~!! It's my drug prescription. Sakit apa CikSengal? Ini cerita zaman-zaman Mysore dulu lah. Di kala kami 100 pendatang dari Malaysia terkena diarrhea secara berjemaah. Kehkehkeh.. SERIOUS~!! Memang sangat lawak kalau ingat balik. Now CikSengal teringatkan GSC, Badsha Bazar, Abang Shoaib (ngaaa~!!), our batch owner Kak Sue, Lemon Tree, dan yang paling penting sekali kari kari kari dan kari.
Uihh.. Banyak lagi ni barang-barang yang menyimpan kenangan sejuta rasa. Memang sayang nak buang. Yang penting-penting, CikSengal simpan. Plastik gula-gula, plastik jajan semua tu CikSengal buang je lah. Tak ada projek sains nak dibuat. Nanti kalau ada, CikSengal akan gigihkan diri untuk kumpul balik. So, membongkar semua barang ambil masa 30 minit je. Nak mengemasnya, ambil masa lima hari. Hasilnya, tiga beg plastik hitam terisi dengan khazanah yang ingin dibuang. Bye-bye uolls~!! Sedih pulak CikSengal nak menghantarnya ke tong sampah. Huhuhuhu..
Bilik kat rumah dah siap, now it's time to think about my office room. Ni lagi satu gudang simpanan khazanah-khazanah CikSengal. Terlampau banyak kertas-kertas dan barang-barang yang tak sepatutnya ada kat sini. And you know what, I still have that office memos from year 2005. Hahahahahahhaa.. Just send me to the shrink...