Sunday, 3rd July 2011
Hari ketiga. Hari ni bersemangat bangun awal, nak keluar awal. Tapi bila dah siap-siap nak keluar tu, hujan turun dengan lebatnya. Sangat-sangat lebat. Adeii.. Macam mana nak jalan ni. Dari pukul 8 menginjak ke pukul 9. Dari pukul 9 alih-alih dah pukul 10. Ohh.. Marah lah jugak..
Yep. This is what you have to expect kalau jalan-jalan di Korea pada musim panas. Summer time is monsoon season. Hujan lebat most of the time. Pada awal-awal summer lah. Kalau dah hujung-hujung tu panas lah jugak. Kalau nak cuaca panas, tak hujan, jalan-jalan kat Korea ni, better pergi mid August to mid September. Puas hati nak jalan sana sini.
Hujan lebat..
Jadinya melangutlah aku duduk kat Sunshine sementara nak tunggu hujan berhenti. Mengunyah-ngunyah, minum-minum sambil tengok TV. Boringnya..
Sekali pandang macam minuman kacang peas..
Hujan pun tak ada menunjukkan tanda-tanda nak berhenti. Lepak lagi. Tapi dah lama-lama tu fedap jugak jadinya. Tak boleh jadi! Agak-agak dah kurang sikit lebatnya tu, kami terus keluar. Bawak baju hujan dan pinjam payung Sunshine. Kalau tak buat macam ni, memang tak berjalan lah kami. Kita redah je!
Menyusuri jalan-jalan di Insadong..
Hari ni kami bercadang untuk ke Bukchon Hanok Village. Dekat je dengan Sunshine ni. Jalan kaki pun boleh. Bukchon ni letaknya di antara Gyeongbokgung dan Changdeokgung. So, boleh expect lah, senibina rumah kat area tu macam mana rupanya.
Sebenarnya aku teringin nak ikut trail 8 Photo Spots kat Bukchon ni. Pernah tengok kat 1 Night 2 Days dulu. Macam best je. Berbekalkan peta di tangan kanan dan payung di tangan kiri, kami pun memulakan langkah menuju ke Bukchon. Nak cari photo spots ni tak susah mana. Janji kau ada sense of direction. Kalau spesis yang tak pandai baca peta tu maunya terkial-kial nak cari.
Some of the shops..
Going up~!!
Bagi aku, seronok jugak lah mencari photo spots ni. Macam buat treasure hunt gitu. Macam mana nak tau kita dah sampai kat photo spot yang dimaksudkan? Haaa.. Adanya plat besi kat jalan seperti gambar kat bawah ni.
You found me!!
1st Photo Spot.. Berlatar belakangkan Changdeokgung..
Jadinya, sepanjang jalan tu kerja kami mencari plat ni lah. Bila jumpa macam orang gila keseronokan. Macam menang sejuta hengget pun ada. Kehkehkeh.. Luckily masa ni hujan dah reda sikit. Renyai-renyai lah jugak tapi tahan je lah. Nak bergambar punya pasal. Sampai kelepot-kelepot tudung makcik. Bencilaaahh..
Then it's time to move to the 2nd photo spot. Agak jauh jugak lah dari 1st spot tadi. Takpe. Kita jalan slow-mlow. On the way sepanjang perjalanan, kerja aku snap gambar je.
Banyak kedai..
Kebanyakan tak bukak.. Maybe because it's Sunday?
Jalan punya jalan punya jalan, kami tiba di penghujungnya. Simpang tiga. Di hadapan kami letaknya lokasi yang satu ini...
Kenal tak dengan tempat ni?
Bagi peminat drama Korea especially Winter Sonata mesti boleh cam punyalah. Yep. Salah satu lokasi pengambaran drama tu. Choong Ang High School. Sekolah si watak-watak Winter Sonata ni lah. Teragak-agak aku dibuatnya kat pintu gate tu. Nak masuk tak nak. Nak masuk tak nak? Pak guard kat gate tu pandang semacam je. Aku cakap anyeonghaseyo and cepat-cepat masuk dalam. Dia boleh buat donno je. Chett pakcik ni. Memang tempat ni boleh masuk sesuka hati kot. Haha..
Yes. Tercapai jugak cita-cita aku nak cari sekolah ni. Gigih tau. Bila dah jumpa tu rasa seronok banget. So, kita round-round lah kat dalam. Serentak masuk je,hujan turun balik dengan lebatnya. DANGG~!! Berlindung sekejap kat celah-celah bangunan.
The School..
Hujan lebat gilerr~!!
Kawasan Sekolah..
Ada sejarah hokkay!!
Pemandangan from the other side..
Langit semakin gelap. Tak ada tanda-tanda nak reda balik. Jadinya kami redah je hujan ni. Meneroka setiap sudut yang ada kat kawasan sekolah ni. Chewaahhh~!!
Ni macam tempat siaran radio diorang tu kan? Kena check balik..
Some of the buildings.. Bangunan asal sekolah ni..
Ni kat belah dalam..
Macam universiti kooo..
Padang bola.. Sakan main bola hujan-hujan..
Balik~!!
Dah puas main hujan kat sekolah tu, kami stop sekejap kat kedai merchandise yang ada depan sekolah tu. Macam-macam ada ko. Cakap je lah. Tuan kedai tu akan korek satu kedai untuk cari apa yang kau nak. Aku ada lah juga beli barang seketul dua. Ehh.. Banyak ketul jugak ni. Habislah. Bankrap aku~!!
With some of the merchandise..
Belikan Ika Kembong.. Sengih sampai telinga minah tu..
Spot Bukchon belum habis lagi diteroka, tapi dah beli barang macam-macam. Nak tak nak, terpaksa tinggalkan dulu barang-barang kat kedai ahjumma ni dan teruskan perjalanan. Kebetulan hujan dah reda. Boleh cepat habis kot jalan-jalan kat Bukchon ni.
Menuruni bukit mencari 2nd spot..
2nd photo spot ni betul-betul di sebelah pagar Changdeokgung. Tapi masih ada rumah-rumah orang lah kat sini. Seperti kat 1st spot tadi, mata aku melilau cari plat besi kat atas jalan. Hehehe..
View of 2nd spot. Ni aku berdiri betul-betul atas plat tu..
Dah jumpa 2nd spot, kami terus bergerak ke 3rd spot. Jalan lagi naik bukit. Turun bukit. Memang kaw-kaw exercise ni.
Naik bukit..
Striking rumah ni..
Walaupun area Bukchon ni dinamakan salah satu tempat kunjungan tourist, tapi tempat ni masih lagi kawasan perumahan orang. Jadinya tak boleh lah kita buat macam-macam. Kena hormatkan privacy diorang.
Jangan bising~!
Kalau terasa-rasa sesat, no worries. At some point of this tour, ada disediakan peta Bukchon. Jadinya, boleh lah kita tengok kita ada kat mana sekarang ni.
Peta Bukchon..
Sampai juga kami ke 3rd spot. Kebetulan ada nenek tengah jalan slow motion kat sini. Tak nak ambik gambar dia! Hahaha.. Terpaksa tunggu dia blah dulu baru boleh ambik gambar.
3rd Spot~!
Ok. Jalan. Jalan. Mencari baki spots yang ada. Baki spots ni the other side of Bukchon. Kena lintas jalan besar. Walaupun agak jauh, kalau ada peta kat tangan tak susah sangat nak cari. Ikut je direction yang dia bagi.
Kindergarten?
Signboard..
Kedai..
Nak mencari 4th spot ni quite tricky jugak. Sebab kena masuk lorong-lorong kecik. Kena naik tangga lagi. Kami hampir-hampir termissed tempat ni sebab masuk salah lorong. Tapi jumpa jugak lah. 4th spot menunjukkan scenery bumbung-bumbung rumah di Bukchon.
4th Spot..
Not far from 4th spot, kami jumpa 5th spot. Kat 5th spot ni ramai pulak tourist yang ada. Most of them yang kami jumpa adalah dari Jepun. Masing-masing bawak guide. Kami relaks je jalan sendiri. Hahahaha..
5th Spot.. Ambik dari jauh.. Padahal plat besi tu ada kat depan tu..
Ngam-ngam je kat 5th spot ni, hujan turun dengan lebatnya. Humang aih~! Memang sangat lebat. Terpaksa berlindung sekejap kat pintu rumah orang. Hehehe.. Nasib lah. Kalau orang tu ajak masuk, nak aje aku masuk. :P
5th spot and 6th spot berada di jalan yang sama. Cumanya 5th spot mengadap ke atas dan 6th spot mengadap ke bawah. Berlari lah sekejap dalam hujan untuk berposing kat 6th spot.
6th spot..
Disebabkan hujan lebat, tak nampak sangat latar belakang kat 6th spot ni. Kalau tak ada kabus mesti cantik viewnya. Rumah-rumah tradisional berlatar belakang kan bangunan-bangunan moden.
Then off to find the 7th spot. Kat jalan belakang je ni. Tak susah mana nak cari.
7th Spot..
Sayang, masa kat 7th spot ni kami setakat duduk kat plat besi tu je. Cuba kalau kami terus turun ke bawah. Kami akan jumpa rumah Yoojin dalam drama Winter Sonata tu. Ciss.. Dah balik bilik baru perasan.
Bila dah sampai kat belah-belah sini, aku teringin nak cari satu rumah ni. Rumah yang agak glamour jugak lah. Beria aku mengskodeng semua jalan yang ada. Then. Jeng jeng jeng. Jumpa jugak rumahnya! Rumah siapa? Rumah kat bawah ni..
Rumah siapa ni?
Rumah ini~!!
Yep. Rumah dalam cerita Personal Taste tu. Aku ni tak habis tengok pun cerita tu. Stuck kat episode 6 tak reti nak gerak-gerak. Hahaha.. Well, kita layan exterior je lah ye. Sebab tak boleh masuk pun rumah ni. Rumah orang kan? Kalau dalam drama tu, interior buat kat studio.
Ok. Next spot. The final one. The 8th spot. Tempat ni pun agak tricky jugak nak cari. Kena bukak mata besar-besar untuk cari direction. Sebabnya, memang lalu celah-celah rumah orang. TERnampak ada yang tengah terbongkang tengok TV. Ada yang tengah lunch dengan family. Masing-masing pandang je kami ni. Hahaha.. Mintak maaplah ye. Kami nak mencari 8th spot.
Kena turun tangga..
8th Spot.. Air mengalir macam sungai..
Ok. 8th Spot ni sebenarnya tangga batu yang ada kat Bukchon ni. Dengar-dengarnya memang sejak azali lagi tangga batu ni dah ada kat situ. Dengar-dengar jugak tangga ni one of the first tangga yang ada. Dengar-dengarnya lah. Nak kena buat research ni.
Hujan memang lebat. Jalan pun slow motion je. Kaki aku pun dah berkocak-kocak. Kasut penuh dengan air. Walaupun pakai payung, pakai baju hujan, aku boleh terasa baju kat dalam ni pun basah lencun. Huhuhu.. Sebelum meneruskan perjalanan, kami stop sekejap kat Family Mart yang ada kat situ. Menunggu hujan reda.
Lebat tak lebat?
Minum Banana Milk. Sedap weh~!!
Bila dah kurang sikit lebatnya, kami menghala balik. Tapi sebelum balik, singgah kedai ahjumma tadi tu ambik barang. Sakan kau! Berat jugak. Hahaha.. On the way balik, kecempreeenggg~!! Berteraburan barang-barang merchandise ni kat jalan sebab paper bag yang mengisi barang-barang ni kebolosan. Wakakaka.. Macam orang tak betul dah. Nasib baik tak ada orang lalu lalang dan kedai-kedai kat situ semuanya tutup. Kalau tak, maunya kemaluan tengok Super Junior tergolek-golek kat jalan. Hahahaha..
Yoshh.. Sampai juga kami kat Sunshine ni. Basah kuyup jangan cakap lah. Bermula lah aktiviti merenyam kat bilik. Menyelongkar apa yang dah dibeli tadi. Dah tu gigih mengeringkan baju, beg, kasut etc. etc. dengan hair dryer. Sambil-sambil buat sambil layan Inkigayo. ^^
Peta Bukchon yang dah lunyai kena air hujan..
Mengeringkan barang-barang..
Beli payung ko...
Dah tu kami keluar. Cari makan dol. Lapar bebenor. Tak tau nak makan apa. Redah je lah masuk kedai kat belakang Sunshine ni. Makan Haemuljjim. Yoshh.. Masa makan kat Jeju dulu tu, versi kuah, Haemultang. Yang ni try versi kering pulak. Taugenya ya ampun! Jangan cakap lah. Menggunung! Gila banyak ni. Macam mana nak habis?
Haemuljjim..
Orang kat meja sebelah makan macam piranha. Siap order dua pinggan lagi. Tabik spring betul~! Boleh habis licin pulak tu. Aku dah hujung-hujung tu korek seafoodnya je. Tauge-tauge tu tak larat dah lah nak telan. Alhamdulillah. Kenyang giler~! Harga satu pinggan Haemuljjim tu KRW40,000. Gila mahal kan?
Then, tak tau nak buat apa. Kami decide untuk pergi jalan-jalan kat Myeongdong lah. Kalau jumpa money changer, boleh tukar duit sekali. Cuci mata je kat sini. Nak shopping tu tak ada lah kot. Nak skodeng SPAO jugak sebab nak beli baju. Tapi tutuplah pulak SPAO ni. Hari ahad memang tutup kot.
Myeongdong at night..
Meriah..
Dah jalan-jalan kat atas tanah, jalan-jalan kat bawah tanah pulak. Skodeng merchandise lagi. Biol aku dibuatnya. Rambang mata tapi tak boleh nak beli. Bankrap nanti. Hahaha.. Nampak SS3 Photobook. Walaweii.. Murah jugak ni. Tapi aku dah beli dah hari tu dari Hadiff. Cuma belum ambik je lagi. Bila nak turun KL entah aku ni. Banyak barang-barang belum dituntut lagi ni. Huhuhu..
Jalan-jalan kat underground shopping mall..
Dah tu kami jalan-jalan menghala ke Namdaemun. Nak survey souvenir murah-murah. Tapi kebanyakan kedai tutup dah. Adalah jugak kedai-kedai souvenir yang murah-murah. Tengok-tengok dulu, nanti kena peruntukkan satu hari untuk shopping souvenir.
Yoshh~!! Balik! Sempat lagi beli jajan kat subway station sana. Gila tembolok besar. Tadi dah makan, ni makan lagi. Hehehe.. Sampai kat bilik, gitu-gini, terus tidur. Kepenatan~!
Yum yum~!
Tamatlah sudah hari ketiga. Besok pagi nak jalan jauh. Till next entry~!!
Kos perbelanjaan hari ini :- KRW89,850
5 comments :
spot gambo tuh letih ooi... aku pi dr tghari sampai ke malam... ada gak tak jumpa.. sesat barat tetiba dah sampai kat insadong wakakakakakaka
kehkeh.. aku yang 8th spot tu aku macam nak give up dah.. hujan lebat giler pastu tak sampai2.. tapi nasib baik jumpa jugak..
I likeeeeee. Especially rumah personal taste tu!!!
Really enjoy seeing the pics of your trip. Yatt boleh buat thesis pasai korea dah ni! hehe
-Kak Sha
bee,
suka jugak dapat cari rumah personal taste tu.. ^^
k sha,
ehehe.. rajin k sha datang singgah sini.. kena tukar bidang lah saya camni k sha.. :P
Post a Comment