Monday, April 25, 2011

Cuti-cuti Tawau 3D2N

Jumaat 22hb April 2011

Hari Jumaat, cuti Good Friday. Aku dan geng mengambil kesempatan cuti weekend yang panjang ni untuk pergi jalan-jalan. Destinasi kami ialah Tawau. Yey! Dah dekat 6 tahun aku duduk kat Sabah ni. Baru terhegeh-hegeh nak menjejakkan kaki kat Tawau. Teruk betul. Aku tak ada kawan jalan-jalan sebenarnya. Kalau ada mesti dah lama dah aku jejak.

Nak kata pergi backpacking, aku memang bawak backpack. Tapi ni lebih kepada jalan-jalan gamble. Menonong je lah nanti kat Tawau tak tau arah tuju. Nasib baik ada mangsa kat Tawau tu. Hahahaha.. Gigih si mangsa tolong carikan hotel. Dengar-dengarnya dia willing nak ambik kami di airport. Bagus betul. Boleh Cik Dila bagi A nanti kan? Kuikuikuik... Flight kami pukul 12.20 tengahari. Tapi macam biasalah. Mesti nak delay punya. Pukul 1 baru gerak. Sampai Tawau dah dekat pukul 2.

Sepanjang atas flight aku tidur. Sebelum take off dah tidur. Bila tiba masa nak landing baru aku bukak mata. Cik Lolita kat sebelah tak berkelip-kelip tengok keindahan bumi Sabah dari atas kapal terbang. Kagum dia dengan tanaman kelapa sawit yang luas terbentang. Aku tak heran dah. Kalau balik JB sama je. Kelapa sawit sokmo. Cik Lolita balik Kedah. Mana nak nampak kelapa sawit. Harus nampak sawah padi je lah kot. Heheheh..

Mangsa kami kat Tawau ni tak lain tak bukan si Hairul Nizam. Student PLUMS. Semangat dia datang jemput lecturer-lecturer dia yang poyos tahap gaban ni. Jangan kau terkejut beruk dah la tengok kami yang senget ni. Hehehehe.. Kami pun bergerak keluar dari kawasan airport. Destinasi pertama kami kat Tawau ni menurut Hairul ialah rumah dia. Loh? Kok ke rumah dia? Hairul cakap ada kenduri. Oh My God!!! Aku yang ranggi-ranggi macam ni nak kena pergi kenduri? Oh tidak! Sengal betul budak sorang ni. Kalau ada plan nak jemput datang rumah bagitau lah awal-awal. Boleh pakai sopan sikit pergi kenduri. Huhuhuhu..


Malu-malu kucen kami masuk ke rumahnya. Nasib baik semua orang sempoi je. Pakai t-shirt dengan seluar je. Tak laa kami terasa janggal. Tapi kena lah jugak bersopan. Karang tunjuk perangai gila, maunya mak bapak si Hairul ni suruh Hairul tukar universiti! Kekeke.. Hidangan tengahari tu amatlah sedap. Banyak jugak aku makan. Tadi malu, tak mau masuk. Bila dah masuk tak tau malu pulak dah. Aishhh..

Dah settle makan kami terus ke hotel. Kami stay di Monaco Dynasty Hotel. Rate satu malam untuk 3 orang RM100 je. Sangat-sangat reasonable kan? Meh kita tengok apa yang ada.

our room..

Boleh lah kan?

Basic amenities semua adalah. Cuma iron je tak ada. Pantang aku kalau tak ada iron. Nak iron, kena hantar whatever benda nak diiron tu ke housekeeping. Malam-malam tak ada ye. Siang-siang je ada service ni start jam 8 pagi. Sabar je lah!! Selesai solat semua kami keluar semula. Driver nak bawak pusing-pusing Tawau. Hah, bawak lah. Aku pun tak tau nak menghala ke mana sebenarnya ni. Kepala pun masih blur-blur. Jalan-jalan takde plan, takde itinerary. Macam ni lah.

First stop kami ke Pasar Gantung. Kenapa namanya pasar gantung? Sebab baju gantung-gantung? Hehehe.. Maybe lah kot. Lupa pulak aku nak tanya orang Tawau apa asal usul pasar gantung ni. Kebanyakan baju-baju or fabrik yang ada kat sini datang dari Indonesia. Harganya pun errmm boleh tahan.. MAHAL!! Harga macam jual kat shopping complex kekdahnya. Tak kuasa lah aku nak membeli. Blouse, ladies T's kebanyakannya above RM30. Kalau beli benda yang sama kat Indonesia sana macam kat Tanah Abang tu boleh dapat dalam RM15 je. Hahaha.. Jangan bising lah Cik Sengal. Kalau kau nak murah kau pergi lah Indon sana!! DUSSHHH!!

Baju-baju gantung. Telekung pun ada..

Dah habis cuci mata, driver bawak pergi jalan-jalan lagi. Pusing-pusing Tawau lagi. Agak-agak dah gelap kami pun balik hotel. Habis dah. Aktiviti hari pertama stop kat sini.

Persiaran apa lah ni.. Tak full aku snap gambar ni..


----------------------------------------------------------------

Sabtu 23hb April 2011

Hari ni kami plan nak pergi ke Semporna. Kunun-kunun nak pergi tengok event Regatta Lepa Lepa. Tak silap aku ni acara tahunan kaum Bajau. Aku pun tak berapa clear sangat tentang sejarah regatta ni. Kita tengok sajalah apa yang ada kat sana.

Disebabkan perjalanan dari Tawau ke Semporna memakan masa hampir 2 jam (naik bas ekspress) kami harus bergerak awal. Awal-awal pagi macam ni tak adalah terasa panas sangat kot kalau nak berjalan-jalan meninjau regatta tu. Kami cuba kejar bas pukul 7.30 pagi. Gigih betul bangun awal. Tapi frust serta terasa kehampehan bila hotel tak ada air. NANGISS!!! Selamat tinggal lah bas pukul 7.30. Aku ingatkan hotel ni je yang tak ada air. Rupanya satu bandar Tawau ada problem. Dekat pukul 7 baru air keluar. Huh.. Memang tak sempat. Naik bas jam 9.30 lah jawabnya ni.

Bila dah jadi macam ni, kami pun tak adalah nak rushing. Semuanya buat slow and steady. Hairul pun sempat bawak kami pergi breakfast. Untuk breakfast aku men'try' Mi Tauhu. Hairul kata ni salah satu specialty di Tawau. Sedap katanya. Oklah. Mari kita cuba try test.

Mi Tauhu

Nampak macam sedap. Tapi kurang kena lah dengan tekak aku. Apa ya yang rasa pelik? Mungkin sup tauhunya. Aku macam kurang berminat. Makan tu memang boleh makan. Habis jugak. Aku kan dah diajar dari kecik jangan membazir makanan. Tapi untuk order lagi next time, aku terpaksa pass lah. Aku ni bab makan memang tak pernah cerewet. Tapi kalau bila dah tak boleh terima tu janganlah dipaksa-paksa lagi. Huhuhu..

Dah lepas breakfast kami terus ke stesen bas. Tiket ke Semporna berharga RM15 sehala. Kami beli siap-siap return tiket. Takut-takut dari Semporna nanti tak ada tiket balik. Almaklumlah, tengah hot dengan aktiviti regatta ni. Mesti ramai pengunjung or pelancong datang dari Tawau ni. Servis yang disediakan bas ni kira ok jugaklah. Dapat free air mineral sebotol.

Bas Manis ke Semporna..

Sebelum bas bertolak jauh, aku dah tertidur. Aku ni pantang. Asal atas benda bergerak je mesti nak tidur. Jadinya, memang aku tak ambik pusing lah dengan apa yang berlaku kat sekeliling aku. Sedar-sedar je kami tengah tersangkut dalam jem di Semporna. Gigih betul tidur tak hengat donia.

Banner welcoming the TYT of Sabah

Keadaan huru hara jugak lah kat luar tu. Jalan sesak. Ada polis trafik pun serupa tak ada. Almost setengah jam jugaklah kami terperangkap dalam jem. Bila dah sampai terminal, kami terperangkap pula dalam kesesakan orang ramai. Panas terik + ramai orang = SAKIT KEPALA!! Tapi haruslah kami gigihkan diri menuju ke pesta regatta ni.

Sesak!!

Banyak gerai-gerai menjual macam-macam barang. Dari makanan sampai ke pakaian. Barang-barang kraftangan lagi. Booth-booth pameran pun banyak. Dah jauh berjalan, tak nampak lagi sampan-sampan berhias ni. Lebih kurang 30minit juga lah menapak, barulah kami bertemu dengan lokasi sampan-sampan ni.

Sampan-sampan berhias..

Sampan lagi..

Penduduk nak balik ke pulau rasanya ni..

Keadaan aku tengok macam tak berapa meriah sangat. Sampan-sampan ni cuma statik kat situ je. Mungkin sebab tak ada aktiviti yang berkaitan dengan sampan ni berlangsung ataupun aktiviti tu dah selesai dijalankan awal pagi tadi. Tak sempat nak tengok lah ni. Bab-bab sampan ni je lah yang tak berapa nak meriah. Surrounding kat situ boleh rasa macam nak pecah kepala aku. Bukannya apa. Dah lah panas terik, orang ramai, boleh pulak ada pertandingan menyanyi. Lagu rock kapak pulak tu. Huh!! Serius sakit kepala terus. Walaupun kepala weng, kami jalan jugak menjenguk gerai dan booth yang ada.

Replika sampan regatta lepa lepa..

Menuju ke Taman Marine..

Bendera? Aku pun tak tau benda alah ni dipanggil apa..

Ko hengat kat JB je ada causeway. Sini pun ada tau!!

Kami berjalan dan berjalan menuju ke Taman Marine. Tapi tak sampai lah ke Taman Marine sana. Singgah berteduh di Semporna Ocean Tourism Centre. Sempat-sempat lah jugak berposing. View menghala ke laut angat-sangat cantik. View menghala ke darat ko jangan cakap lah. Sakit mata memandang.

Nice view..

Chalet yang ada..

Kami melepak di sini sementara menunggu kawan seCARIan aku datang. Hehehe.. Poyo je kan? Selalu berjumpa di alam siber. Tak pernah bertentang mata secara fizikal. Tapi boleh jadi geng. Itu lah penangan Internet yang boleh mencari dan mengumpul orang-orang yang mempunyai minat yang sama. Well, the gal's name is Nani. She's from Shah Alam, but works in Semporna as a teacher. Mengajar english lagi. Waduh.. Jauhnya mencari rezeki. Macam kes aku jugak lah ni. Tapi aku bernasib baik sebab di bandar. Kalau kena duduk pedalaman macam ni, harus tak kerasan kot?

We met up, borak-borak and had lunch together. Nani is one friendly gal lah. Suka bercakap jugak. Almaklumlah cikgu kan. So tak terasalah awkward ke apa on the first meeting macam ni. Managed to get along very very well. Nani kata rugi datang Semporna sekejap je. Tak sempat nak pergi jalan-jalan pulau. Semporna ni banyak pulau. Sipadan lah, Mabul lah, Kepalai lah. Semuanya cantik-cantik. Nani kata kalau nak pergi Mabul-Kepalai baru RM280++ per person termasuk boat transfer, overnight stay, makan and snorkelling 3 kali. Sangat-sangat murah! Next time lah Nani ye. Nanti kitorang segerombolan datang dari KK. Ni dah ada contact kat Semporna ni, kira senang jugak lah kalau nak datang lagi lain kali. ^^

Then it's time to go. Adoii.. Motip last 2 perenggan ni aku campur-campur english ni? Ngada-ngada betul. Haha.. Aku say bye-bye ke geng CARI aku yang baru tu, pi solat siap-siap kat masjid and off ke terminal bas. Menunggu bas untuk balik ke Tawau. Lambat pulak bas ni. Mesti sangkut dalam jem ni. Situasi menunggu yang lama macaam ni telah membuatkan aku membeli pisang goreng di gerai seberang jalan. Baru je lepas lunch! Besar gila tembolok kau ni! Pisang goreng panas-panas. Crunchy some more. Cicah pulak dengan sambal kicap. First time in Sabah aku nampak pisang goreng cicah sambal kicap. Terkagum sekejap. Ohhh.. Tiba-tiba teringat kampung halaman. Huhuhu..

Pisang Goreng + Sambal Kicap..

Cik Ita telah membeli karipap. Dia tak mau yang besar-besar, jadinya beli lah yang comel lote. 10 sen sebiji. Woww! Masih ada lagi kuih jual 10 sen kat sini? Disebabkan comel dan murah, tanpa memikir dengan lebih panjang lagi, karipap berjaya dirembat. Sekali bila makan, terkejut beruk sebab intinya mihun goreng! Hahahaha.. Karipap apa ni? Semporna style? Hehehe.. Terus mati selera Cik Ita. :p

Bas tiba setengah jam lewat. Adoi. Pukul berapa lah nak sampai Tawau ni. Maunya pukul 6 lebih ni. Nak singgah pasar pun dah tak sempat. Besok je lah kami cari barang-barang untuk di bawa balik ke KK.

Sampai di Tawau, driver yang baik hati telah datang menjemput. Gigihlah anak murid Cik Dila sorang ni. Kesian pulak aku tengok dia ke hulu ke hilir mengentertain kami. Lepas freshen up kat hotel, kami pergi makan Seafood. Kat kedai kecik je kat Tawau tu. Kami 4 orang makan ikan sweet and sour, sotong goreng tepung, udang butter, mixed vegetables serta drinks baru RM36. Hoh?? Macam tipu je. Cik Dila siap suruh kira lagi sekali. Tapi memang betul lah harga tu. Wow. Sangat murah!

Lauk yang ada.. Tak sempat snap semua sebab dah kelaparan..

Lepas aktiviti makan, kami balik ke hotel. Aku dan Cik Ita keluar sebentar ke convenient store berdekatan hotel tu untuk membeli air dan jajan-jajan. Makan lagi!! Huhuhu.. Cik Dila pulak buat tuisyen dengan anak muridnya itu di lobi hotel. Dah nak exam baru kelam kabut nak study. Hehe..

Aku dah sampai bilik, main tenet, terus terbongkang tak hengat dunia. Till hari esok!


----------------------------------------------------------------

Ahad 24hb April 2011

Hari ni merupakan hari terakhir kami di Tawau. Pagi ni tak ada buat apa-apa kecuali ke Pasar Tanjung. Beli apa-apa barang kering/souvenir yang patut. Sebelum tu kita breakfast dulu!!

Mi Goreng Mamak yang banyak.. Terkedu nak menghabiskannya..

Pasar Tanjung..

Apa yang ada kat Pasar Tanjung ni? Macam-macam ada. Pasar ni macam pasar umum yang biasa ada kat mana-mana tu lah. Ada jual barang kering, barang basah, etc. etc. Kami menuju ke tingkat atas untuk mengskodeng gerai-gerai yang menjual adik beradik ikan kering. Bagi aku yang biasa jugak lah membeli benda alah ikan kering ni, harga kat Tawau is reasonably murah. Kira boleh lah. Cik Dila dan Cik Ita menapau beberapa jenis ikan kering. Aku menapau setengah kilo ikan bilis hitam. Aku macam terjakun tengok ikan bilis ni sebab warnanya hitam. Macam ikan bilis yang aku makan kat Korea hari tu. Seriously, aku tak tipu, aku tak pernah tengok ikan bilis kaler kitam macam ni. Makcik tuan gerai tu kata, ikan bilis yang biasa kita makan tu dah direbus terlebih dahulu sebelum dijemur. Bila direbus, warnanya luntur. Tu yang ala-ala warna coklat cair ke arah putih-putih warnanya. Ooohhh.. Baru lah aku tau! Bengapnya aku ni. Huhuhu..

Gerai Ikan Kering dan adik beradiknya..

Dah habis menapau ikan kering, kami ke tingkat bawah. Mata aku melilau dan ternampak makanan ruji aku. Tempe!! Nak nangis rasanya bila dapat tau harga sebungkus cuma seringgit sahaja. Omo!! Saiznya 4x ganda lebih besar dari saiz tempe KK tau!! Tempe KK yang ciput kedekut tu je pun harga dah seringgit lebih. Tak boleh jadi! Selamat sudah aku beli itu tempe. Kalau orang tanya, kau beli apa di Tawau, boleh lah aku cakap aku beli tempe. Hehehe..

Petai galore..

Cik Dila beli petai jugak. Aku tak beli lah sebab aku tak makan. Kalau aku makan harus aku angkut jugak bawak balik KK.

Dah selesai beli barang basah, kami ke gerai makanan kering pulak. Aku berjaya mengangkut keropok amplang, kuih dorayaki doraemon (serius aku lupa namanya apa.. akak yang menjual tu panggil kuih dorayaki), keropok bawang dan lada putih. Yang buat aku temper sikit bila dapat tau harga lada hitam yang dijual oleh kakak tu lagi mahal dari harga lada putih. Dia nak temberang dengan orang yang dah biasa beli lada hitam dan lada putih ni (Cik Ina biasa mengirim.. Masak-masak semua harus dibuat dari scratch hokkay!!!). Jadinya aku beli lada putih setengah kilo je buat cukup syarat. Harga lada putih yang dioffer bagi aku reasonable jugaklah. Murah.

Dah selesai menyopping kami balik ke hotel. Malas nak menapak, kami naik cab. Agak kepoh jugak lah driver teksi kami tu. Gigih dia bercerita tentang sejarah Tawau. Kisah orang-orang Indonesia datang ke Tawau. Dia pun orang Indonesia jugak tu berketurunan Bugis. Dalam bercerita-cerita tu sempat lagi dia mengingatkan aku bahawasanya Sultan negeri aku berketurunan Bugis. E'ehhh mamat ni.. Yang tu, mestilah aku tau!!

Dah letak barang kat hotel, kami menapak ke Pasar Gantung lagi. Final round of aktiviti mencuci mata. Memang sungguh cuci mata saja ni. Tak beli apa pun. Cik Ita ada lah beli kain pelikat. Aku lenggang kangkung je. Tapi, di perhentian kedai yang terakhir aku kalah juga. Orang lain beli baju (aku tak beli sebab saiz tak ada yang padan), aku pulak beli tudung. Tudung yang aku selalu pakai susah nak cari tau. Special punya. Hahaha.. Aku ni kan old fashion. Tudung yang dipakai pun tudung 4 segi bercorak tu. Tak reti aku nak pakai tudung sarung-sarung tu. Apa entah nama tudung tu pun aku tak tau. Puas hati aku bila dapat jumpa. Harga RM10 sehelai kira ok sangat lah tu. Aku berjaya merembat sampai 3 helai. Tudung jenis macam ni memang susah nak cari sekarang. Even kat Jalan TAR, Jalan Masjid India pun susah nak cari. Dah. Stop shopping kat situ je. Sebelum balik ke hotel, kami melantak dulu di medan selera bersebelahan Pasar Gantung tu.

Murtabak

ABC.. SLURPP!!

Murtabak dan ABC for lunch. Fuh. Sedap jugak. Dah selesai tu kami menapak balik ke hotel, check out and off to the airport. Pakcik teksi yang bawa kami ke airport tu boleh tahan talkativenya. Lawak some more. Melekek-lekek kami gelak. Memang terbaeekk lah pakcik!!

Sampai airport, check in and terus ke gate. Staff kat kaunter check in tu kesengalan betul lah memotong web-checked-in boarding pass kami. Horror betul senget benget. Ni memang main koyak je ni. Tak pakai pembaris tak pakai apa. Macam budak tadika. Budak tadika pun pandai potong cantik-cantik. Then yang membuatkan aku panas hati bila melalui immigration. The-sangat-tak-user-friendly male immigration staf tu berkerut muka dia bila tengok boarding pass kami. Boleh pakai ke ni? Tanyanya. Excuse me? It's a boarding pass. Encik tak pernah tengok web-checked in punya boarding pass ke? Then dia panggil kawan dia. This double-triple-sangat-tak-user-friendly lady datang menjengah dengan muka masam. Marah-marah. LAIN KALI JANGAN KOYAK BENDA NI!! Katanya. EXCUSE MEEE??? Bukan aku yang koyak macam tu, staf kat kaunter yang tak sekolah tu yang koyak macam tu! Aku cuba explain dengan baik tapi sikit pun muka aku tak dipandangnya and suruh aku masuk je. Bagi balik boarding pass pada aku pun dengan aksi yang agak kurang ajar. E'eh makcik ni. Tengah menopos ke? Boleh ek macam tu? Kau tu bekerja jumpa orang ramai. Kalau perangai tak semenggah macam ni baik tak payah kerja. Memalukan je. Nak aja aku sound kaw-kaw depan dia. Tapi takut lah pulak. Buatnya aku tak dapat nak balik KK macam mana? Terpaksalah aku menetap kat Tawau. Hahahaha..

Overall, the trip was quite nice, cuma tercemar sikit dengan insiden dengan immigration tu. Go learn some manners woman!! Untuk tiga hari dua malam kat Tawau ni aku telah spent not more than RM200 untuk hotel, makan minum, transportation, souvenir, etc. Tak banyak kan? Mana taknya, ada driver free, makan free. Hehehe..

Till next jalan-jalan entry! Next week we're going to SANDAKAN!!

6 comments :

vanilla_zerome said...

hahaha.. kakak traveler ni p twau la.. my hometown.. klu maw mkan pisang goreng best p gerai atok aku... sngat sedap.. hehehe...

Unknown said...

Makanlah goreng pisang cheese.sedap tau msm cheeze wedges kfc

CikSengal said...

vanilla_zerome,
pisang goreng yang sedap ialah bila sambal kicapnya sedap.. :P

CikSengal said...

melvin,
saya old school.. makan pisang goreng dengan sambal kicap.. :)

Unknown said...

Bawang murah

CikSengal said...

mohd sng,
tempe pun murah..