Friday, September 23, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Final Words

Aku dah merepek bukak pasal edisi Summer Scent, baru teringat nak buat rumusan pasal Winter Sonata. Oklah. Secara keseluruhannya selama 9 hari kami meroyan kat Korea (6 Days Seoul + 3 Days Jeju) sana....


Kos Keseluruhan:

1. Tiket pergi balik Kuala Lumpur - Incheon = RM325
2. Tiket pergi balik Gimpo - Jeju = KRW85400 = RM245
3. Guesthouse, Transportation, Entrance Fees, Makan-makan, Souvenir, etc. = KRW579,600 = RM1651.85

TOTAL = RM2221.85

Quite cheap heh under 2.5K? Yes. Sebab tiket flight murah. Hehehe..


Things to take note:

Disebabkan trip ni pada musim sejuk yang sejuk yang amat, ada beberapa perkara lah nak kena take note:-


1. Kalau jenis tak tahan sejuk, dinasihatkan bawak banyak baju yang tebal-tebal. Pergilah beli thermal wear / long johns sana kat Universal Traveller tu. Jangan merungut kata mahal macam aku ni. Sampai tak beli. Yes memang mahal. Tapi amat berguna kat sana. Nasib baik aku ni jenis kebal jugak dengan sejuk. Tapi masih lagi pakai inner 2 lapis, tshirt, sweater, sebelum pakai coat kat luar. Beli jugak seluar thermal. Aku ni kat sana ngada-ngada pakai jeans selapis macam tu je. Memang boleh tahan. Tapi kaki akan jadi sejuk. Bila sejuk, bergesel pulak dengan jeans, tu yang kulit jadi pecah-pecah. Seksanya, Allah saja yang tahu. Memang padan dengan muka aku ni. Bawaklah muffler ke buat jerut kat leher tu. Pakai mask, sebab mulut boleh keras kejung herot berot disebabkan sejuk. Sarung tangan jangan lupa. Pilih yang paling sesuai. Beli yang kait punya tu mungkin tak berapa nak berkesan sebab udara still boleh masuk celah-celah lubang tu. Sejuk jugak tangan kau dibuatnya. Kalau beli yang leather bagus jugak. Tapi walau apa pun pastikan sarung tangan tu boleh digunakan untuk mengetik kamera. Hehehehe.. Karang parah pulak tak boleh nak bergambo sebab susah nak pegang kamera.

2. Berapa banyak nak bawak baju? Hahahaha.. DEPENDS pada diri sendiri. Disebabkan sejuk, confirmlah korang tak akan mandi hari-hari. Hahahaa.. Paling tidak pun 2 hari sekali baru mandi. Kita ni pergi jalan-jalan gamble. Lain lah nak pergi dating kena wangi sentiasa. Tak mandi pun tak apa sebenarnya, sebab tak berpeluh. And baju yang korang pakai tu boleh recycle banyak kali. Tak bacin punyalah baju tu. Kat tempat-tempat sejuk boleh la buat macam ni ye. Kalau kat Malaysia ni, memang nak kena lempang lah siapa yang tak mandi tu.

3. Bab makanan kat sana memang agak susah untuk Muslim macam aku ni. But still, kalau kau rajin cari kat internet, ada banyak tempat sebenarnya boleh dilantak. Especially around Itaewon banyak aja Halal Foods. Sediakan duit je lah. Nak makan hari-hari kat situ haruslah bankrap. Memang bankrap pun bab makan ni sebab kat sana memang mahal. Pilihan lain yang ada samada pergi Vegetarian Restaurant (banyaaaaaakk kat sana. Google je lah..) or makan seafood. Macam mana nak tau kedai tu ada jual seafood ke tak? Cari je kedai yang ada tulis 해물. Dalam ABC nya, 'HAEMUL' = Seafood lah. Biasanya kalau seafood ni menunya sama ada 해물탕 atau 해물찜. Tapi benda alah ni mahal sebab portionnya besar. Kalau makan ramai-ramai berbaloi. Kalau setakat nak makan seorang dua orang better lupakan sajalah. Last resort, kalau takut tak dapat cari makanan, tak cukup duit, bawaklah stok maggi ke, makanan kering ke. Yang simple-simple. Kita ni makan, bukan mentekedarah. Kalau nak lagi jimat, silalah berpuasa. Hehehehe.. Tapi kan, alangkah bestnya kalau ada restoran yang jual authentic Korean dish yang halal. Huhuhu.. K Awa kata, kalau ada orang yang tegur bagi salam kat kita, sila kejar orang tu untuk tanyakan tempat makan!

4. Siapa yang suka bergambar, berposing macam aku ni, dinasihatkan bawak extra battery for your camera. Cuaca sejuk, bateri cepat kong! Tak kisah lah, kamera ke, handphone ke, apa ke, memang cepat habis bateri. Jangan menyesal tak sudah macam aku hari tu. Baru jalan-jalan sejam, bateri dah habis. Berlari balik guesthouse ambik bateri yang masih dalam charging. Itu pun hayat dia tak lama. Memang monyok for the rest of the day. Kalau rasa-rasa bateri dah nak habis, sila keluarkan bateri itu dan kepit bawah ketiak. Hahahaha.. Ye gelaklah. Tapi berkesan!

5. Winter time, siang pendek malam panjang. Kebanyakan tourist spot buka pukul 9 pagi and tutup pukul 5-6 petang. So plan your journey. Jangan komplen kalau tak sempat nak ke mana-mana.

6. Orang-orang Korea kebanyakannya tak pandai cakap English. So it's kinda perlu jugak lah kalau kita dapat belajar some basic Korean. Tak payah yang susah-susah. Kalau malas nak belajar, bawak lah benda alah guidebook tu. Yang ada basic conversation semua tu. Trust me. Benda tu sangat-sangat helpful. Orang-orang Korea ni baik dan helpful. Sanggup nak tolong walaupun tak pandai nak explain. Kalau malu nak bertanya, buat-buat lost sambil pegang peta. Gerenti ada orang nak tolong. Tapi make sure peta tu kita bawak dua versi. Satu versi yang kita faham, satu lagi versi yang dia faham. Senang nak communicate macam tu.

7. The best way to move around Seoul is by subway. Naik teksi mahal! Naik bas pun ok jugak tapi tahanlah kau dengan jem. So, dicadangkan lah naik subway train. Belilah T-Money card untuk memudahkan perjalanan kita. Kat subway tu, kalau kita terperangkap dalam peak hours haruslah kita jadi macam mereka jugak. Jalan laju-laju. Kau jalan slow-slow memang nak kena pelangkung lah. Dah tu jangan eksen, pentingkan diri duduk kat eskalator tu macam eskelator tu bapak kau yang punya. Kalau kau tak rushing sila stay di sebelah kiri. Supaya orang yang rushing tu boleh merempit kat sebelah kanan. Dah tu, sila take note and be aware exit mana nak keluar kat subway tu. Almaklumlah exit banyak boleh cecah 15 exit. Salah keluar, entah ke mana-mana lah kau end up nanti. Dah tu, ada certain station yang tak ada eskalator, tak ada lif. Silalah exercise dari sekarang untuk keep fit. Hahahahaha..

Hurmm.. Apa lagi ye? Buat masa ni, itu dulu kot? Nanti ada lagi aku tambah lah. Sekian, terima kasih kerana sudi mengikuti pengembaraan kami ini. Till next time!

6 comments :

eKa said...

wow...tq...sgt informatif...nak tanya...kat eport strict tak...saya igt nak bapa beras je...saya ni manusia yg tak dpr nasi sehari menggigil 1 badan...ada tak derang nak rampas mknan cam megi/beras tu ye...

CikSengal said...

custom tak strict.. hari tu bawak jugak maggi tapi lepas je.. beras tu beli kat sana pun boleh.. tak pun nasi segera pun ada kat convenient store.. tinggal letak air sikit, masuk microwave, dah boleh makan..

rukiaichigo said...

yatt, bukan kat eskelator tu kena berdiri sebelah kanan ker?? yg berdiri sblh kiri tu kat sini kan.... ekekekeke ~ ke aku yg konpius ni? lol

CikSengal said...

ahahaha.. tak ingat weh.. pape pun ikut je orang yang jalan slow tu diri belah mana.. hihihihi..

CI said...

hye cik sengal..juz found ur blog.sgt2 suke bca blog psl jln2 nie..hope sy pon ade peluang mkn angin tpt org :)..hihi.cik sengal dh bpe kali g korea? yg n3 ni sept pnye trip eh

CikSengal said...

CI,
macey.. insyaAllah ada rezeki pergi lahh.. yang ni 2nd trip.. :)