Sunday, November 1, 2009

Makan Lagi..

Hari ni dah 1 November. Bulan baru. Sebelum apa-apa aku nak wish K Awa Happy Birthday. Semoga sukses dunia akhirat. :-)

Bulan Oktober bulan paling banyak aktiviti. Antaranya aktiviti makan. Awal oktober masih bulan raya, kerjanya asyik makan sajalah. Badan pun dah jadi montel dah. Huhuhu..

Sebelum-sebelum ni ramai yang mintak aku buat housewarming party. Tak kuasa rasanya. Nak housewarming apanya kalau setakat masuk rumah sewa. Lain lah kalau ada rumah aku sendiri. Baru best nak buat housewarming party. Tapi dek tak mo kecewakan ramai pihak (poyo je bunyinya), aku buatlah makan-makan sikit sempena raya baru-baru ni.


Dari dapur Cik Sengal..

Thanks pada K Siti, K Sal, Diela, Ita, Nora, Fathy, Mira, Murni, Sariah, K Maizura, K Azreen, K Rafidah and geng sebab sudi datang menghabiskan makanan yang aku masak. Hehehe..

Besoknya kami ada open house UMS lah pulak. Ada 33 gerai bertapak kat perkarangan Dewan Canselor. Memang meriah. Penat makan dari satu gerai ke gerai yang lain. Gerai SKTM jamu Mi Udang dengan makanan international. Ada masakan Algeria, Palestin and India. Ye lah. SKTM memang international. Ramai umat-umat asing. Alhamdulillah. Kenyang lagi.


Khemah jemputan.. Aku makan berdiri je.. hukhuk..

Weekend pula, aku menerima jemputan En Raffie Janau and En Azali. Makan lagi. Mula-mula segan juga nak pergi rumah En Raffie. Tapi dah namanya jiran depan rumah kan. Kalau tak pergi tak seronok lah. Errkk.. Kenyang lagi aku.


Meriah.. meriah.. best betul makan..

Dah habis makan, dah kenyang, masa untuk excercise lah pulokk! Chaiyokkk!!!

Related Posts:

  • Mari Memasak Tteokbokki Godek recipe kat internet, modify here and there and voila!! Tteokbokki versi Cik Sengal Rupa takde. Tapi rasa dia, PERGGHHHHH!!! Sedap. Sedap.. … Read More
  • Cerita Soto Aku Soto.. Soto.. Siapa sini peminat Soto? Yosshhh!! Boleh geng dengan aku ya. Tapi yang aku minat ni Soto yang aku buat sendiri lah. Sedap weh!! Motiplah kau perasan Soto kau sedap? Soto yang dijual kat kedai around KK ni aku … Read More
  • Lontong CikSengal Dah lama mengidam nak makan. Kalau duduk kat JB nun, maunya aku lari je ke gerai Pakcik Mansor. Tapi kat KK ni mana nak cari? Buat sendiri lah kan. Gigih godek internet cari resipi, sebab aku tak pandai nak buat. Makan j… Read More
  • Businesswoman Konon Atas permintaan ramai (wah keless ko nyah..) aku pun buat lah beberapa tapau. Meniaga lah ni kononnya. Tapi aku buat pun atas permintaan. Sebelum buat aku announce dulu kat fesbuk. Sapo nak soto besok sila bagitau. Bila dah… Read More
  • Laksa oh Laksa Dah berapa minggu ni aku teringin nak makan laksa. Cari kat PaRam tak ada lah pulak. Hurmm.. Nak kena masak sendiri lah macam ni ye? Pusing-pusing aku pergi mencari mi laksa. Entah berapa kedai aku masuk. Dah berapa hari… Read More

0 comments :