Tuesday, September 8, 2009

Cerita 5 September

Ramai yang tau aku spend weekends baru ni kat JB. Bukan suka-suka balik ngabiskan duit. Aku jumpa dear daddy sebelum dia berjalan jauh berhijrah ke bumi Arab. Sob sob sob..

Aku sampai JB tengahari 5 September. Sharir pun ikut balik. Ramai-ramai kaum kerabat berkumpul kat Pulai Utama. Kebetulan juga ada birthday nak di celebrate dan kenduri di surau sempena Pengerusinya letak jawatan. Hehehe..

Makanan order je untuk kenduri tu. Lauk best. Ada kambing masak apa ntah. Masak kurma kot. Pergghh.. Ngences! Kat rumah, aku dan kerahan tenaga yang lain bertungkus lumus buat kuih untuk dihantar ke surau.


Kuih onde-onde dan keria dipack masuk dalam tapau. Selit sekali kuih telinga keling..
So, birthday siapa yang disambut? Siapa lagi kalau tak birthday Wak Daut. 5 September 2009 genap Wak Daut 55 tahun. Macam lawak lah pulak. Ye lah. Wak Daut kata seumur hidup dia tak pernah sambut birthday. Tahun dia pencen pulak sambut kaw-kaw walaupun tak la kaw-kaw mana. Hahaha..


Birthday Cake Wak Daut????

Hahahahaa.. Mau kena lempang aku ni kalau aku bagi kek doraemon kat Wak Daut. Ni cake sepupu aku yang bernama Amirul Hakim. Umur genap 5 tahun pada 6 September 2009. Dah alang-alang semua berkumpul. Sambutlah sekali.


Aksi Wak Daut memotong 1st Birthday Cake ever!!

Ni baru betul. Kek Chocolate Indulgence dari Secret Recipe Jusco Taman U. Fuhh.. Sedap gila. Memang sakan aku melantak malam tu!

Besok paginya 6 September, rombongan cik kiah menyerbu airport Senai. Hantar Wak Daut sampai situ je. Nak pergi KL rasa macam tak sempat. Flight dari KL jam 3 petang. Lepas say babai, abah pun pergi. Huhuhu..


Warga GMM say bye bye..

Selamat dah abah sampai kat Jeddah sana. Semoga abah happy kat sana...

8 comments :

melovesfood said...

uwaaa.. rasa nak meleleh ayo mata baca entry ni.. dah takde dah wak daut kat GMM.. sapa yg aku nak jengok kalu gi UTM.. uwaaaaaa!

CikSengal said...

ko pi jenguk dia kat jeddah sana.. suruh dia balik UTM balik.. hehehe..

sitinurulhawa said...

wahhh ... 1st bday cake ever tuh.. hehe..cute

wak daut kire dah pencen dr UTM la ek, dah pencen pon nak gi pegi kerja jauh2. aku ni muda beli tp hari2 malas nak pi opis.. insaff

Yatt.. tahun depan kita bleh buat dokumentari.. 'Jejak Wak Daut' agak2 TV3 nak beli tak? hehe

yantie said...

Yatt, Wak Daut plan nak duk sana berapa lama?..gi sorg2 ke?..aduh, berjauhan di usia emas tu..

CikSengal said...

tak pencen lagi.. ni kira attachment pi arab sana.. masih lagi umat UTM.. vc bagi 6 bulan jek.. tapi kalau rasa best dok sana dia mintak extend..

bukan sorang je dia k yanti.. ramai yang pi.. antaranya pakcik sarudin kari.. kekeke.. dr AB pun pi.. en taib memang ada kat sana dah..

melovesfood said...

lahh.. tok ali pun pegi gak ke.. hehehe.. boleh ke tok ali tu dok kat bumi arab.. wak daut okla gak mcm pak arab.. tok ali tu mcm org putih daaa..

CikSengal said...

kekekeee.. dia nak jadi orang arab pulak.. kasi chance ler.. :p

kak uji said...

oh! tetiba jek rasa syahdu.. By the time tahun ni adik no.6 & no.7 dia raya kat kg, dia plak takde.. hahahaha.. kalau tak leh amik gmbr kat tangga lagi, kali ni 4+2. huhu
kalau sms dia guna no tel 013 tu leh sampai ke..?