Wednesday, December 16, 2009

Meroyan Di Bangkok - Day 6 (Final Day)

Wednesday, 8th April 2009

At last! Dah tiba hari penghabisan kami di Bangkok. Huhuhu.. Tak nak balik! Tak nak balik! Nak pergi jalan-jalan lagi! Floating market tak pergi lagi! Naik basikal belum lagi! Huhuhuhuhu.. Next time lah haa. Terjah Air Asia lagi ekk..

Hari terakhir. Nak pergi mana ye? Platinum lagi? Hahaha.. Wait and see lah. Kalau sempat, kami pergi lagi. Kuikuikui.. Flight balik JB pun pukul 5 lebih. Masih boleh nak pergi meroyan kalau nak. Pagi-pagi kami pergi bersarapan di bawah jambatan. Sadis betul bunyinya. Jambatan pun jambatan lah. Janji halal dan dapat melantak.



Basikal untuk pusing-pusing Bangkok. Free je. Tapi panas lah pulak nak naik basikal pusing-pusing Bangkok.




Tourism Centre


Gerai tempat kami melantak.. K Awa sempat DIY sirap bandung sendiri. Minta bahan-bahan pakai bahasa isyarat je. Terer gila. Hahahaha..

Tengah sedap makan, kami dikejutkan dengan bunyi bising. Dengan tak disangka-sangka..


The Reds tengah meronda Bangkok.

The Reds! Penyokong kipas-susah-mati Thaksin ni. Walaweii.. Seramnya aku tengok. Bukan satu kenderaan je. Lori, kereta, van, motor, semua ada meronda-ronda jalan-jalan di Bangkok. Dengan pembesar suara, bersorak sana sini. Depan mata kami lagi tu. Huhuhuu.. Masa tu aku cuma terpikir nak balik JB cepat-cepat. Err, Airport ok ke? Tak kena serang ke? Tak tutup kan? Huhuhuhu.. Macam-macam dah merewang dalam kepala. Tak boleh jadi ni. Walaupun baru 10 pagi, kita harus pergi ke airport SEKARANG JUGAK!!


Barang-barang yang dishopping. Hehehehe..

Dalam pukul 12 lebih gitu, kami dah ada di airport. Bertapalah kami sementara menunggu flight. Nasib baik keadaan di airport tenang. Kalau ada mogok ke, serangan ke, mau kami nangis tak balik. Huhuhu..


Duduk lepak-lepak..


Nok Air nokss.. Tak kuasa mak!!


Our flight home..

Syukur alhamdulillah. Selamat juga kami sampai di JB. A few days later keluar berita yang Bangkok huru-hara disebabkan The Reds, Blue and Yellow and entah macam-macam kaler lagi. Betapa bersyukurnya aku sempat balik sebelum semua ni berlaku. Alhamdulillah!

Seperti mana aktiviti backpacking aku di Medan, aku berjaya mengharungi 6 hari di Bangkok dan Ayutthaya, jalan-jalan, makan, shopping dan segalanya dengan harga kurang dari RM1K. Berbaloi-baloi kan? Kesimpulan yang aku dapat dari sini ialah, kalau nak pergi jalan-jalan gamble ke tempat orang dengan harga yang murah, pergi laa ke negara-negara yang nilai mata wangnya lebih rendah dari kita. Muahahahaha.. Confirm berbaloi-baloi!

Next backpacking entry? BALI!! Itu entah bila aku nak start mengarang. Kan best kalau buat research paper macam buat entry blog macam ni. Confirm aku dah ada 326 papers. Wakakakaka...

0 comments :