Thursday, September 18, 2008

Kisah Aku Dan Dia

Ini kisah aku dan dia
Bukan kisah tipu tapi semua benar belaka
Bukan nak kata apa, cuma nak kongsi aja
Peristiwa yang menyiat-nyiat aku punya jiwa raga

Kisah bermula dengan perkenalan aku dan dia
Mula-mula jumpa aku rasa pelik juga
Aku tahan je.. cuba tak cakap apa-apa
Tapi lama-lama tu aku jadi tak bermaya
Bila tiap-tiap hari mesti nak jumpa aku punya
Curahkan semua isi hati dia
Dari hal remeh kepada yang besar-besar semuanya
Walaupon kekadang aku rasa tak selesa
Nak tak nak dah kerja aku, terpaksalah tadah telinga

Bila dia bercakap aku jadik penat
Kenapa?? cara dia cakap tu sangat2 laa lambat
Satu-satu perkataan dia susun nak buat ayat
Buat kan aku hilang sabar, jadi kurang berminat
so, siapa dia ni? yang buat aku hilang semangat?
aku namakan dia Mat je laa nama panjang tak ingat

Mat ni client aku
Aku ni guru, secara otomatik dia adalah studentku
Bila disuruh buat kerja, mulalah buat muka sebu
Dengan kepala, kepala sekali dia garu
Alasan yang dibagi pulak boleh penuh satu buku

Dia bagitau dia takde kawan
Aku tengok perangai dia tak semenggah, camne nak ada kawan
Mula la dia buat muka kesian

Disuruh buat assignment, dia nak buat sorang-sorang
Aku kata "kan ada grup lain yang kosong, nape tak join diorang?"
Dia kata "buat sorang-sorang lebih senang
Takde orang yang mengarah sewenang-wenang"
Suka hati ko laa Mat, tak kuasa aku nak larang
Jangan pulak nanti ko banyak bunyi, tak pasal-pasal aku bagi pelempang

Satu hari aku kata "next week kita ada quiz ye!"
At the end of the class, aku repeat lagi bagi semua clear
Aku tengok si Mat pun angguk-angguk kepala dia
Ntah apa dalam fikiran dia, tak dapek aku nak teka

Seperti yang dijanjikan hari quiz pun tiba
Si Mat ala-ala terkejut, terpinga-pinga.
Dia pun datang ke depan dengan muka selamba
"Miss, kenapa saya tak tau ada quiz?" katanya tiba-tiba
Aku pun mulalah buat muka toya
"Minggu lepas, awak tak dengar ke apa yang saya kata?
Awak dok terangguk-angguk tu apa kebende?"
Mat terdiam tak tau nak kata apa
Tak lama tu dia pun bersuara
"Miss, kalau macam tu boleh saya balik ke?
saya tak studi apa2, confirm saya tak boleh jawab punye
daripada tak buat apa2, baik saya balik aje"
"APA???????????" Aku mula menyinga
Bertambah-tambah laa aku punya temper
"Awak ingat hari ni saya nak buat quiz aje??
Buat quiz sampai sejam dua?
Banyak lagi chapter yang saya nak cover!
Kalau habis semua chapter cepat, tak perlu buat kelas lagi, awak juga yang suka!"

Tak nak kalah, dia pun nak cakap jugak
"Tapi miss.. buku saya tak bawak
sebatang pen pun saya tak bawak
tadi saya ke bandar, ada urusan penting sangat-sangat yang tak dapat dielak"
perut aku tiba-tiba senak
"BANYAKLAA AWAK!!
Habis tu apa yang awak bawak?
BIAWAK??"
Yang lain-lain dah mula gelak
Tapi cepat-cepat berhenti bila tengok aku panas bergelegak
"Awak ni nak belajar ke tidak?
seribu daya ada kalau nak!"
Mat nak jawab tapi teragak-agak
Agaknye dia tak paham dengan aku punye lawak
Last-last dia pun duduk jugak

Berselang minggu lepas tu, raya pun hampir tiba
Aku pun pesan kat student-student aku semua
Mana-mana assignment perlu dihantar ke pejabat utama
sebab aku dah mula cuti raya
awal pulak tu, tak hengat dunia
Kalau cari aku kat bilik, memang aku tak ada

Alkisahnya dua minggu selepas cuti raya
Mat call aku, cakap pun ntah pape
Assignment saya belum dihantar, katanya
"Saya nak hantar ke bilik tapi miss tak ada"
Aku dah start sakit kepala
dah tak larat nak cakap apa-apa

Hujung sem, exam pun dijalankan
si Mat tak reti duduk diam, pandang kiri kanan
dah puas memandang dia pon termenung sakan
bila masa dah tamat, kertas pun dikutip pengawas peperiksaan
Mat tiba-tiba macam tersedar dari pengsan
Semua orang berjalan keluar dari dewan
tapi Mat pulak berjalan ke depan
"Miss.. saya ada banyak lagi tak jawab, boleh saya siapkan?"
HUK ALOH!! APA YANG KO MEREPEK NI SETAAAAAAAAANNN??
Dengan selamba badaknya dengan perangai tak makan saman,
Dia terus cari dia punya kertas jawapan
Astaghfirullah al azim.. cuba laa korang bayangkan
Aku cepat-cepat lesing dia, dan beria-ia kertas jawapan semua aku pertahankan
"EH!! AWAK NI KENAPA HA? BUAT BENDA YANG BUKAN2?
Masa menjawab kan dah habis, tak kan tu pon saya nak ingatkan?"
Aku mula laa rasa nak meroyan
Tapi dia boleh pulak buat muka takde perasaan
Last-last aku buat bolayan.. si Mat aku tak hiraukan
Paham-paham sendiri, dia pun pergi tinggalkan dewan

Orang macam ni tak patut dilayan
nanti semakin parah, aku jugak yang kena tekanan perasaan
harap-harap aku tak jumpa lagi dia sem depan
bila berselisih, tak nak aku bagi apa-apa senyuman
kalau dia cari, tak nak aku pergi berdepan
karang tak pasal-pasal, darah menyirap, ada yang kena tangan
untuk fyp pon aku tak nak supervise kan
kau cari laa orang lain yang sanggup tahan
dengan perangai ko yang amat-amat menyusahkan
sebab aku dah meluat, cukup-cukup tak berkenan
Biarlah orang nak kata apa, tak kan aku hiraukan
lepas mengharungi semua ni, wajarlah aku bersikap macam tu kan?




*Tengah aku mengemas dan mencuci notebook aku ni, aku terjumpa satu file notepad yang membuat aku terkenang zaman mula-mula aku start mengajar 2 tahun lepas. Satu karya yang dihasilkan di kala aku mengalami tekanan maha hebat sehingga aku rasa nak belasah je objek dalam karya aku tu. Bila fikir-fikir balik nak ketawa pun ada. Ye lah. Baru je start mengajar, aku dah tunjuk kehebatan aku mengamuk dalam kelas. Si Mat pun dah grad agaknya. Malas nak ambil tau. Lantak dia lah. Hahaha..

4 comments :

sitinurulhawa said...

best a yatt gurindam ko ni.. tak sia2 baca novel bnyk2 ahaks..

Ayuniez said...

hahaha. bagus la karya kak yatt. hebat! bleh kasik publish nih. hehe.

Anonymous said...

Mak Mertua,

Mak Mertua Kuuuuuuuu.... I Miss Youuuuuuuuuuuuuuu laaaaaa...

Eps, jan tensen.

Hebat sungguh pantun gurindam mak metua nih. Kalah penulis terkenal yang jalan jalan di bastand klang tu. Publish la ke newspaper ke, toiletpaper ke, mana mana la yang public. Boleh menghibur hati lecturer-lecturer yang berdepan dengan student biul seperti yang mak mertua jumpa ni. Kalau aku, hemh, sudah aku buang dalam tong sampah. Paling tidak pun aku maki nenek moyang dia.

Takkan takde pantun pujangga yang berkaitan dengan india.

Hehehee.

Semoga berbahagia dengan student student yang ntahhapeape.

CikSengal said...

k awa,
dah lama tak tambah koleksi.. belum lagi baca yang faizal tehrani, shahnon ahmad yang semua sasterawan negara punye novel tu.. kalau baca lagi malatopp gurindam ni.. hehehe..

ayu,
bila time bengang, apa je bley jadik.. gurindam pon boleh.. :p

liawas,
kalau ada proceeding sengal, aku publish kat situ.. ekekee..