Friday, October 3, 2008

Raya! Raya!

At last, dapat juga aku pegang notebook aku ni, setelah beberapa hari tak pegang. Sampai menggigil-gigil tak dapat meroyan gara-gara beraya kat kampung. Hehe..

Kisahnya, raya tahun ni diiringi dengan hujan lebat. Memang spoilt betul la mood raya kali ni. Tapi meriah, tetap meriah. Bila sekali sekala berkumpul ramai-ramai memang seronok. Nak-nak aku yang jauh di perantauan ni. Balik cuti macam ni, dapat lah jumpa semua kaum kerabat. Yang mengandung dah beranak, yang dulu baru belajar meniarap dah berlari. Cepat betul masa berlalu.

Pagi raya aku masih di Skudai. Abah sayang sangat nak tinggalkan surau. Kalau surau tu boleh dibawak ke mana-mana, dia dah bawak dah. Ramai juga yang solat aidilfitri kat surau tu. Ada lah dalam 40 orang yang datang. Orang melayu ada lah 10 orang. Yang lainnya Bangla. Hehe.. Ramai betul bangla kat sini. Vietnam pun ramai jugak. Kadang-kadang tu terasa macam duduk kat overseas pulak. Belum ditambah dengan Indon, Nepal dan lain-lain lagi. Tapi, sejak ramai Vietnam kat sini, anjing liar pun semakin kurang. Aku balik ni, macam dah tak ada dah. Kalau tak, bersidai-sidai kat tepi jalan tu, duduk bermesyuarat. Agaknya, dah selamat dimasak kari kot. Hiyerrkkk.. Kekeke..


Keluarga Wak Daut yang sengal..

Lepas zohor, kami bergerak ke Kulai. Singgah kampung abah kejap. Kat sana both my grandparents tak ada dah. Yang tinggal makcik je. Biasanya raya macam ni 4 orang je adik beradik abah berkumpul kat situ. Lagi 3 jarang balik. 2 balik Kedah rumah mertua masing-masing dan satu lagi kat Sabah nun. Tu memang tak balik langsung la. Bila cuti panjang je baru balik.


Family Potrait @ Kulai

Petang, baru balik Kota. Kereta agak banyak kat jalan. Jalan menghala ke JB dan Kulai memang sesak. Nasib baik jalan ke Kota tak berapa sangat. Agak lancar la juga perjalanan. Di Kota, semua adik beradik mak yang seramai 8 orang tu balik. Meriah, jangan cakaplah. Rumah penuh pun ye. Bilik air pulak memang kena berebut. Tak cukup tu, sepupu sepapat aku semua macam-macam pe'el. Yang sorang nangis, yang sorang melalak, yang sorang sepak terajang, yang sorang jadik superman. Sakit kepala pun ada. Kalau tu adik-adik aku, memang dah kena penampar jepun dah. Pakkal je bukan.


BBQ Chicken.. Slurrpp..

Hari raya kedua, kami buat BBQ. Seronok juga duduk belakang rumah, bawah pokok kelapa dok bakar ayam. Sambil-sambil bakar tu, masuk mulut. Belum habis bakar semua, separuh dah selesai. Makan panas-panas kan sedap. Petangnya, kami ke Tanjung Sedili. Tahun lepas pun kami ke sana juga. Raya kedua juga. Saja jalan-jalan. This time kami sepupu sepapat yang besar-besar je pergi. Yang kuat melalak, menangis memang kena tinggal kat rumah. Yang tua-tua pun tak ikut jugak. Kiranya, aktiviti jalan-jalan golongan remaja la ni. Aku pun termasuk jugak la tu. Hehehe..


Posing maut cucu-cucu Haji Saleh Tembak..

Kami melepak di Mutiara Motors Resort. Nama Mutiara Motors seems familiar? Memang lah. Keluarga hubby Juliana Banos yang punya. Pantai dia agak cantik, walaupun masa kami pergi ni air agak karat sikit. Mungkin kesan gempa bumi kat Filipina baru-baru ni kot. Haha.. Memandai je aku ni. Ada la jugak several chalets kat sini. Nak buat hari keluarga, camping, overnite memang sesuai sangat lah tu.


Dekat entrance Mutiara Motors Resort


Err.. Aku tak tau apa motifnya rimau ngan singa kat sini.. Kalau letak motor boleh la aku relate kan.

Malamnya kami berparti. Faiz, one of my cousin, sambut birthday yang ke-5. Biasalah kan. Budak-budak. Dengan belon semua. Pening bapak yayi ku. Tapi sengih je la nengok kerenah cucu-cucunya yang bermacam-macam pesen.

Hari ni, raya ketiga, kami duduk melepak je kat rumah. Satu demi satu, keluarga makcik-makcik ku beransur pulang. Aku sekeluarga pun balik ke Skudai hari ni. Cukup lah 2 hari 'beraya'. Baliknya, memang jem, jem sejem jemnya. Dari sejam setengah perjalanan, boleh merangkak hampir 2 jam setengah. Sabar je lah. Nasib baik highway Pasir Gudang tak jem. Kalau tak ada jugak kepala lutut yang tertanggal nanti.

Apa aku nak buat ekk hari-hari mendatang ni? Nak beraya ke rumah kawan, kawan tak ada. Macam tak percaya kan? Kawan-kawan aku semuanya jauh-jauh. Tak ramai yang dekat-dekat sini. Tengok lah nanti, aku serbu rumah K Sharin ke, K Awa ke, Ina Kembong ke, K Leen ke, Kelly ke. Harap-harap diorang ada lah kat rumah nanti. Once again, SELAMAT HARI RAYA!!

2 comments :

sitinurulhawa said...

ehehemm.. cam jeans baru je!
tawun ni tak beraya ke parit raja ke?

CikSengal said...

Baru beli tahun ni gak la. Hehe.. Tahun ni tak pegi la pulak. Semuanya macam takde mood nak jalan jauh2..