Friday, March 13, 2015

Namaste Mumbai! ~ Day 3: Haji Ali Dargah, Dhobi Ghat, Mani Bhavan, High Street Phonix Mall, Palladium Mall

Monday, 9th February 2015

Masuk hari ketiga kami di Mumbai ni, dah boleh lah kiranya blend sikit-sikit dengan locals. Paling bangga sekali, dah berani melintas jalan macam jalan tu bapak kau yang punya. Haha.. Well anyways, macam biasa, aktiviti untuk hari ni ialah hasil daripada apa yang telah di Google malam tadi. Nampaknya, ada beberapa places of interests yang berada di sekitar Central Guesthouse ni. Kalau dah berdekatan tu, boleh lah kita jalan kaki dan jimat kos!

Jalan kaki pun, setengah jam jugalah kami berjalan dari guesthouse ke lokasi yang pertama. Haji Ali Dargah namanya. Menurut apa yang aku sempat baca, Haji Ali Dargah ni merupakan antara attraction utama kat Mumbai. Kalau dah namanya main attraction, haruslah kita singgah menjenguk kan? Dari apa yang aku belek lagi di internet, gambar-gambar Haji Ali Dargah ni nampak macam menarik sebab lokasinya berada di tengah laut. Takde lah tengah-tengah sangat sampai nak kena naik bot bagai, tapi berada kat atas air jugak lah.

Haji Ali Juice Centre


Kalau nak ke Haji Ali Dargah ni kena cari satu bangunan kedai di tepi jalan yang bernama Haji Ali Juice Centre. Ini kiranya landmark lah, starting point kalau nak pergi ke Haji Ali Dargah ni. Kalau dah jumpa kedai juice ni, boleh lah masuk ke dalam kawasan tersebut dan ikut je lah laluan yang tersedia. Kiri kanan laluan, merupakan deretan kedai-kedai. Macam-macam ada dijual, tapi kebanyakannya menjual pakaian dan alat kelengkapan solat. Bila dah jalan jauh sikit, kita akan berjumpa open air space dan bermula lah laluan pejalan kaki atas laut menuju ke Haji Ali Dargah. Kebetulan, ketika kami sampai ni, air laut tengah surut. Jadinya, takde lah nampak dargah ni terapung atas air. Hehe..

Menuju ke Haji Ali Dargah..

Haji Ali Dargah ni merupakan sebuah masjid dan juga makam bagi seorang wali yang bernama Sayed Pir Haji Ali Shah Bukhari. Berasal dari Bukhara (Uzbekistan), travel around the world dan akhirnya settled down di Mumbai. Mumbai zaman sekarang lah. Zaman dulu, tak sure pulak aku apa nama tempat ni. Dikatakan, wali ni ada mukjizat - berjaya mengeluarkan minyak dari bawah tanah hanya dengan menekan ibu jarinya saja di atas tanah. Tapi disebabkan perbuatannya ni, beliau mengalami banyak mimpi buruk. Lalu pergilah merantau dan sampailah ke Mumbai, dan mula mengembangkan ajaran Islam kat sini. Pengikut pun menjadi semakin ramai.

Sebelum meninggal dunia, Haji Ali ni berpesan kepada pengikut-pengikutnya untuk "menguburkannya" di laut. Kat mana kain kapannya dijumpai, kat situ lah dia akan dikebumikan. Jadinya, Haji Ali Dargah ni dibina ditempat kain kapannya ditemui. Begitulah alkisahnya. Serba sedikit sejarah tentang Haji Ali Dargah yang aku baca kat sini disamping bacaan tambahan di Internet. Hehe..

Pintu masuk utama ke Haji Ali Dargah..
Makam Haji Ali..

Pengunjung yang datang ke sini terdiri daripada berbilang bangsa, kasta dan agama. Muslim serta non-muslim datang untuk berdoa dan meminta restu daripada Haji Ali ni. Ada yang datang menyumbang duit, ada yang datang bawak bunga, ada yang datang bawak kain untuk diletak ke atas makam. Yang perempuan di luar je. Yang lelaki boleh masuk ke dalam. Dah bagi sumbangan tu, mereka pun sujud di depan makam. Muslim dan non-muslim. Meminta hajat mungkin. Ok.. Aku rasa macam seram semacam. Jadinya, aku diam dan tengok je lah. Macam ni rupanya adat dan budaya mereka ye. Kita tengok, kita take note, dan kita belajar budaya masyarakat setempat. Kalau baik dijadikan tauladan, kalau buruk dijadikan sempadan. Tak gitu? Dah tu, kami cepat-cepat keluar dari situ, speechless. Hehe..

Ye lah, kan. Pertama kali dalam hidup aku nampak benda-benda macam ni. Mesti lah terkedu. Eh wait, dulu kat makam Sunan Ampel pun aku nampak macam ni jugak. Tapi yang tu cuma yang muslim je. Ini, berbilang agama yang datang. Dua kali speechless lah gitu. Hehe..

Berdoa dari luar..
Meminta restu..

Ok, habis cerita pasal aku terkedu, kita cerita benda lain pulak. Kadang-kadang pada hari Jumaat, ada persembahan Qawwali oleh pemuzik-pemuzik Sufi kat sini. Mereka menyanyi memuji kebesaran Tuhan dan seterusnya memuji Haji Ali ni. Oh, lupa nak khabar, pada sesiapa yang pernah tengok filem Fiza lakonan Hrithik Roshan dan Karisma Kapoor, ada satu babak tu diselitkan persembahan Qawwali kat Haji Ali Dargah ni. Boleh tengok kat sini. Hat ni pun aku rasa semacam je. I don't want to point to anything, tapi ye lah. Different people have different perceptions and stuff. Aku nak cakap lebih-lebih pun, aku bukan ahli dalam perkara ni. Banyak yang perlu aku belajar. ^___^

Settled satu tempat! Next, kami nak ke Nehru Planetarium. Kononnya nak jalan kaki jugak. Setakat 30 minit je, apa lah sangat. Haha.. Tapi, dah tengahari macam ni, ya ampun panas berdeting ko. Macam tak mampu pulak nak jalan kaki. Kebetulan, kat depan Haji Ali Juice ni punyalah banyak teksi menunggu, seorang driver ni cepat betul dia bertindak dan menjemput kami menaiki teksinya. Redha je lah. Haha..

Yang bongoknya kan, aku tak check pun Nehru Planetarium ni bukak ke tak hari Isnin, operating hoursnya pukul berapa, and so on. Padan muka, hari Isnin tak bukak! Ditambah pulak, satu lagi kebongokan aku tak tengok pulak teksi ni tak pakai meter. Tak pasal-pasal kena scam! Boleh dia mintak INR200 untuk trip yang tak sampai 10 minit perjalanan ni. Hey! Mau naik hantu kat situ. K Awa dah buat muka bengis. Aku sebenarnya takut lah jugak. Hehe.. Driver berkeras jugak nak 200 rupees tu. K Awa dah nak turun teksi. Aku pun berkira-kira nak turun jugak. Driver siap cakap, kalau turun sini, susah nak dapat transportation dah lepas ni. Hoh, aku takut dah. Sunyi jugak kawasan planetarium ni. Gaduh punya gaduh, kami setuju akan bayar INR200 kalau dia turunkan kami kat stesen keretapi Mahalaxmi. Punya panjang lebar K Awa ceramahkan dia. Siap cakap semalam naik teksi dalam 20 minit pun bayar INR100 je. Us ladies come to your country, bla bla bla.. This is against God, bla bla bla.. Last-last driver tu setuju. Nasib baik lah ada K Awa. Pandai kawtim. Aku tak pandai. Sebab aku penakut. Aku rela je bayar sebab takut diapa-apakan. Hehe.. 

So, sampai lah kami di Stesen Mahalaxmi. Bagi duit kat driver, cepat-cepat turun. Menyampah. Haha.. INR200 tu 12 hengget je kot. Boleh lah nak bayar, tapi mahal berganda-ganda daripada harga sepatutnya. Rezeki driver teksi tu lah. Lepas ni nak kena check, kalau naik teksi pastikan driver guna meter.

Ok, just outside stesen Mahalaxmi ni kita boleh tengok the largest open air laundry in the world, atau nama lainnya Dhobi Ghat. Haa, kat sini boleh lah kita tengok pendobi-pendobi ni mencuci berkilo-kilo kain yang datang dari merata tempat di Mumbai ni. Sedang kami mengskodeng kegiatan mencuci kain ni, kami dihampiri seorang budak perempuan dengan gelang jualannya. Umur lebih kurang 9-10 tahun. Aku buat-buat tak nampak, sebab tak nak kena paksa beli gelang. Haha.. Ye, memang mula-mula dia beria suruh kami beli gelang. Tapi memandangkan kami buat donno je, dia pun duduk menebeng sebelah kami. Sama-sama ikut pandang ke arah Dhobi Ghat. Lah, kenapa lah pulak budak ni? Pergi lah jauh-jauh. Huhu.. 

Tanpa disuruh, tiba-tiba budak tu mula bercerita tentang Dhobi Ghat ni. Katanya ada lebih 200 keluarga tinggal kat sini dan bekerja sebagai pencuci. Kebanyakan keluarga ni mempunyai tali persaudaraan, dan pekerjaan ni merupakan pekerjaan yang diwarisi turun temurun. Dari datuk, turun ke bapa, turun ke anak. Aku terus ternganga. 200 keluarga kat tempat yang sempit ni? Terus insaf sekejap. Insaf dan kagum jugak dengan budak perempuan ni yang boleh bercerita macam ni. Ceritanya lagi, kain baju yang dicuci ni kebanyakannya datang dari rumah kediaman, hotel dan jugak hospital. Terus rasa bersalah aku fikir yang bukan-bukan tadi. Dalam hati, dok syoh-syoh dia pergi. Haha.. Dah lah comot budak ni, tapi English dia jangan main-main memang tip top boleh paham punya. Aku baru terfikir nak bagi duit atas usaha gigihnya bercerita, tapi cepat-cepat dia pergi dari situ. Adui dik, aku doakan kau berjaya dalam hidup nanti. Kalau jadi tourist guide pun bagus jugak budak ni. 

Dhobi Ghat..
Berlatarbelakangkan skyscrapers..





So, now kita tau lah kan perkataan dobi tu datang dari mana. Tiba-tiba terfikir, Dhoby Ghaut yang ada kat Penang dan Singapore tu asalnya open air laundry macam ni jugak ke? Curious pulak tiba-tiba. Hehe..

Orait, dari stesen Mahalaxmi kami menaiki keretapi dan turun di stesen Grant Road untuk ke destinasi seterusnya. Tak jauh mana, hanya dua stop sahaja dari stesen Mahalaxmi. Tambang pula hanya INR5 sahaja. Cheap, cheap as always, suka betul naik public transport murah-murah macam ni. Hehe.. 

Aku tengah beratur boleh dia menyelit potong queue. Aku tepis dia. Mungkin dia kategori DIFFERENTLY ABLE. Otak tak centre rasanya..
Getting on ladies coach..

Keluar je dari stesen Grant Road tu kami "disambut" dengan sekumpulan Dabbawalla yang tengah mengagih-agihkan bekalan makanan. Uih, kalau macam ni gayanya, macam tak perlu nak pergi skodeng kat Churchgate ni. Tapi, kena pergi jugak! Sebab kat situ lagi meriah dengan para Dabbawalla ni. Hehe.. Kami stay sebentar dan melihat para Dabbawalla ni membuat kerja masing-masing.

Bekalan makanan yang dikirim dari rumah..
Dabbawalla beraksi..



Bila semua Dabbawalla dah berlalu pergi, kami pun meneruskan perjalanan berjalan kaki menuju ke Mani Bhavan, destinasi kami yang seterusnya. Mani Bhavan ni merupakan kediaman rasmi Mohandas Karamchand Gandhi atau lebih dikenali dengan nama Mahatma Gandhi di Mumbai pada tahun 1917 sehingga tahun 1934. Aku suka tengok sejarah, baca sejarah. Suka juga pergi muzium. Makanya, Mani Bhavan ni cannot be missed lah gitu. Nak-nak, Gandhi ni merupakan one of the important figures dalam sejarah India kan. Mesti lah sedikit sebanyak teringin nak tengok rumahnya dan cara kehidupannya pada masa dulu.

Lalu jejantas menuju ke Mani Bhavan..
Cuaca panas sangat-sangat, makan aiskrim dulu. Warna pun dan macam warna bendera India.. 

Dari stesen Grant Road, kami mengambil masa lebih kurang 15 minit berjalan kaki ke Mani Bhavan. Kedudukannya agak tersorok sedikit, bukan di tepi jalan besar. Boleh dikatakan kawasan ni merupakan kawasan kediaman jugak lah. Agak tenang dan sunyi. Berhampiran dengan Mani Bhavan ni ada sebuah Kolej Perempuan. Aku tengokkan these ladies berjalan kaki pun penuh sopan santun. Jalan ramai-ramai pun tak buat bising. Kalau aku jalan-jalan dengan geng, huh mau sebatu boleh dengar suara aku dan gelak ketawa aku yang bunyinya macam kuda ni. Hihi..

Jalan masuk ke Mani Bhavan..
Girls College berhampiran Mani Bhavan..



Mani Bhavan atau nama penuhnya Mani Bhavan Gandhi Sangrahalaya ni merupakan kediaman tiga tingkat (tiga tingkat lah bagi kita yang biasa kat Malaysia ni, tapi dua tingkat bagi orang luar) yang sangat lah sederhana je rupa parasnya. Macam rumah biasa-biasa je. Tak ada apa pun yang menonjol sangat tentang rumah ni. Rumah ni sebenarnya kepunyaan rakan baik Gandhi, dan setiap kali Gandhi datang ke Mumbai, rakannya tu akan menjemput dia tinggal di sini. Dah lama-lama tu, memang menetap terus lah kiranya. Selain tinggal kat sini, rumah ni juga merupakan tempat Gandhi berinteraksi tentang hal-hal gerakan pembebasan dengan rakan-rakan seperjuangannya. Sekarang ni Mani Bhavan dah dikategorikan sebagai sebuah muzium. Dijadikan sebuah memorial untuk Gandhi sejak tahun 1955 lagi.

Mani Bhavan..

Panda tanda di luar Mani Bhavan..

Masuk je ke dalam Mani Bhavan, aku ada rasa feeling lain macam sikit. Fefeeling macam, eh Gandhi pun masuk rumah dia ikut pintu ni. Haha.. Poyo nau kan? So, masuk je kita boleh nampak sculpture separuh badan Gandhi di satu sudut. Di sebelahnya pula penerangan tentang Mani Bhavan ni. Serba sedikit maklumat tentang apa itu Mani Bhavan, dan segala aktiviti yang berlaku di Mani Bhavan ni sepanjang Gandhi tinggal kat sini. Gambar-gambar lama Mani Bhavan pun ada dipaparkan di sudut ni.

Add caption

Di aras bawah Mani Bhavan ni letaknya pejabat pengurusan Mani Bhavan dan juga sebuah library. Dikatakan ada lebih kurang 40,000 buku di dalam library ni dan boleh dipinjam untuk dibuat rujukan. Ramai jugak orang awam yang datang ke sini untuk meminjam buku. Ketika kami berada di sini, ada beberapa pengunjung tengah duduk membuat rujukan. Dari gaya dan paras rupa, mungkin students, mungkin juga pekerja yang tengah membuat pengindeksan. Pada satu bahagian yang lain pula, ada beberapa pekerja tengah membaik-pulih buku-buku dan artikel yang ada.

Membuat rujukan di library..

Naik tangga setingkat, terdapat satu mini auditorium di mana kita boleh menonton dokumentari pendek tentang Gandhi. Kalau nak dengar audio recordings pun boleh jugak kat sini. Menurut info yang diletakkan di sini, auditorium ini juga digunakan untuk aktiviti mesyuarat, seminar dan juga perbincangan. Untuk staf di sini, dan juga mana-mana orang awam yang ingin menggunakannya.

Di sekeliling mini auditorium ini, dipaparkan tentang kisah hidup Gandhi daripada awal dilahirkan sehingga lah meninggal dunia akibat dibunuh. Legasi yang ditinggalkan pun ada dipaparkan di sini. Bagi aku, memang seronok lah, sebab kita boleh tau dengan lebih lanjut sejarah hidup Gandhi dan kepentingannya dalam sejarah India. Kat sini pun aku belajar tentang sejarah bendera India. Aku tau rupa bentuk bendera India macam mana, dengan simbol bulat kat tengah-tengah. Tapi aku tak tau pun yang "bulat" tu sebenarnya adalah "spinning wheel", yang sering dikaitkan dengan Gandhi.

Kenapa Gandhi dan spinning wheel? Sebab ada suatu ketika tu, Gandhi menyeru rakyat India pada masa tu memboikot produk-produk British, dan mula membuat pakaian sendiri dengan memintal benang menggunakan spinning wheel ni. Asalnya, Gandhi saja suka-suka je nak memintal benang ni ketika ditahan dipenjara untuk mengubat hati yang luka gitu, mengisi masa yang ada, tapi lama-kelamaan dah jadi sebati dan sinonim dengan Gandhi ni dan telah dijadikan satu kempen untuk kemerdekaan. Kempen buat baju sendiri, boikot baju British lah ni.

Tayangan dokumentari tentang Gandhi..
Surat kepada Adolf Hitler..
Asal usul bendera India..
Gandhi dan spinning wheelnya..

Naik tingkat paling atas, kita boleh nampak bilik tempat Gandhi bekerja. Kat sebelahnya pulak ada pameran kehidupan Gandhi dari mula lahir sampai lah meninggal dunia, diceritakan dengan menggunakan patung-patung miniature. Seronok tengok pameran ni. Boleh dapat tau yang dia pernah mencuri pada zaman kanak-kanaknya, terpaksa menjaga bapanya yang sakit, pergi belajar ke luar negara tapi dengan beberapa syarat, menjadi lawyer, berkahwin dengan Katsurba, menjadi mangsa apartheid ketika menaiki keretapi di Afrika Selatan, balik semula ke India setelah 21 tahun menetap di Afrika Selatan, memboikot produk-produk British, dibicarakan kerana menghasut dan dipenjarakan selama 6 tahun, Katsurba meninggal dunia di penjara, berpuasa untuk keharmonian masyarakat, dan akhirnya ditembak mati.

Serius, memang semuanya boleh dibaca kat sini. Perjuangan kemerdekaan, semangat kebangkitan orang India pada masa tu, aku pulak yang jadi sayu bila baca. Memang berbaloi-baloi lah datang ke sini. Sebab aku tak pernah tau pun ada tempat macam ni kat Mumbai ni, malam tadi google baru dapat info dan terus teringin nak ke sini. Dan tengah kami membelek-belek dan mengkagumi sejarah Gandhi ni, ada seorang perempuan India menegur kami. Kagum betul dia nampak budak perempuan poyo dua orang ni datang ke Mani Bhavan. Hehe.. Nak tau apa yang diborakkan, boleh baca coretan K Awa di sini.

Bilik kerja & tempat tidur Gandhi..
Menjaga ayahnya yang sakit..
Mangsa Apartheid di Afrika Selatan..
Dibicara dan dipenjarakan..
Berjumpa dengan Raja di London..
Kematian Katsurba..
Ditembak mati oleh Nathuram Godse..
Upacara pembakaran mayat Gandhi..
The last journey..

Sebagai tanda kenangan, aku beli set postcard Gandhi dari kedai cenderahati yang terletak di pejabat Mani Bhavan ni. It was really a pleasure to know the story of this one great man that would do anything for his country. Terasa semangat perjuangan tu terus meresap masuk ke dalam diri ni. Tapi rasa tu sekejap je lah. Lepas tu hilang terus tak jumpa-jumpa. Hehe..

Ok, kepada sesiapa yang berminat nak ke Mani Bhavan ni, boleh lah Google macam kami. Haha.. Boleh lah ke alamat Mani Bhavan Gandhi Sangrahalaya, 19 Laburnum Road, Gamdevi, Mumbai. Kalau naik keretapi 30 sen tu, boleh turun di stesen Grant Road, jalan kaki 15 minit, bukak peta sendiri kat Google Maps. Dibuka setiap hari, tak tutup-tutup dari pukul 9.30 pagi sehinggalah 6.00 petang. Dan yang penting, kemasukan adalah PERCUMA! Free admittance, tapi kita boleh bagi sumbangan seberapa yang kita nak untuk pengurusan muzium ni. Sekian!

Dah pukul 1 tengahari ni, kami bercadang untuk balik semula ke guesthouse, rehat dan solat sebelum ke destinasi seterusnya. Kalau ikutkan, memang nak teruskan je, tapi cuaca kat Mumbai ni ya ampun panas terik sangat-sangat. Minum air berbotol-botol pun susah nak hilangkan dahaga. Dapat mandi pun sedap jugak ni. 

Balik semula ke Grant Road station..
Sempat mereka buat kerja sekolah dalam train..

Balik guesthouse bukan alang-alang balik berehat. Memang terbongkang tidur terus. Haha.. Kepenatan sangat dah. Tidur, kumpul tenaga untuk aktiviti jalan-jalan yang seterusnya. Lebih kurang pukul 5 petang baru kami keluar. Sebelum sambung berjalan, kami cari makan dulu. Pagi tadi sarapan nan hado je. Ni, kita makan berat sikit.

Kami memilih untuk makan di restoran selang empat, lima pintu dari Central Guesthouse. Dekat je. Sahyadri namanya. It's a Muslim restaurant. Gila senang nak cari makanan halal kat Mumbai ni. Tak perlu nak susah-susah bawak bekal. Tapi kami bawak jugak lah, sebab nak jimat kos. Hehe..

Hat ni, dia punya pekerja pandai cakap English kalau nak compare dengan kedai sebelah tempat kami breakfast hari tu. Kami pun dengan confidentnya order Chicken Palao, Mutton Biryani dan juga Lassi, dan seterusnya pulangkan menu kepada pekerja yang ambil order tu. Pekerja tu terpinga-pinga. "Mam do you just want to eat rice?" Hah? Yang tu rice je ke tu? Hahaha.. Adeii lauk dikira asing-asing rupanya. Memang macam ni ek kalau order biryani? Aku ni kalau makan biryani kat KK ni, memang dah kira sekali masuk lauk. Haha.. Tak pasal-pasal tergelak dah kami kat situ. Punyalah konfiden macam apa. Pekerja tu sengih je. Jadinya, kita tukar menu! Kami ambil Prawn Pulao, Prawn Biryani, Chicken Tikka Masala, Mutton Shahi Korma, Mix Vege dan tak lupa juga Lassi. Haa, hambik kau sekali mengorder. Yang ni baru betul. Hehe..


Sedap kau..

Fuh, memang sedap gila kau. Mungkin sebab dah berapa hari makan ala kadar je, tiba-tiba dapat makan "mewah" macam ni terus rasa sedap. Ah, aku ni, apa je yang tak sedap. Semuanya sedap. Kecuali yang betul-betul tak sedap lah. Hehe. Habis licin kami makan. Senang pekerja restoran ni nak cuci pinggan. Jumlah kemusnahan? INR495 untuk dua orang. Lebih kurang RM15 lah seorang. Boleh lah kan. Sebagai pencuci mulut, kami diberi jintan manis untuk dikunyah. Yang ni ngeri sikit aku nak makan, sebab tak warna warni diselaput gula macam yang hari tu. Hehe..

Jintan manis..

Dah kenyang, kami bergerak ke stesen Mumbai Central. Cadangnya pada malam ni, kami nak pergi ke shopping mall paling mewah kat Mumbai ni. Ye lah, dah berapa hari tengok benda-benda yang sedih, kemiskinan, kekotoran, dan sebagainya, kali ni nak tengok pulak tempat yang berkelas sikit, yang bersih dan sebagainya yang ada kat Mumbai ni. So, kami pun Google lah "the largest shopping mall in mumbai" dan keluarlah result High Street Phoenix. Dah tu kami check pula lokasinya kat mana. Stesen keretapi terdekat ialah Lower Parel Station yang jauhnya cuma 2 stops saja dari Mumbai Central Station. Naik keretapi lah kita.

Mungkin disebabkan baru je after office hours, keadaan dalam train sangat menyesakkan. Ramai betul orang. Dalam ladies coach pun sama. Terpaksa lah berhimpit lebih sikit daripada biasa. Ye lah, ni baru first time kami berjalan waktu malam setelah beberapa hari kat Mumbai ni. Harus lah lain sikit kan. 

Dah tu, ramai juga yang turun di stesen Lower Parel ni. Eh, semuanya nak pergi shopping mall macam kami ke? Haha.. Perasan sangat. Rupanya jalan kedepan sikit setelah keluar dari stesen, kita berjumpa dengan deretan kedai, dan juga orang meniaga seakan-akan pasar malam. Gila meriah woi! Macam-macam yang diniagakan. Aku dan K Awa belek-belek je lah. Malas nak pikul apa-apa masuk shopping mall terbesar. Apa barang masuk high end shopping mall bawak beg plastik sayur kan? Haha.. Mentel sangat. 

Pasar malam..

Eh, boleh tahan jauh jugak ni berjalan kaki dari stesen Lower Parel ke High Street Phoenix ni. Dalam 20 minit lah jugak. Tapi, dengan adanya kemeriahan di kiri dan kanan jalan, kuranglah sikit rasa jauhnya tu. Jalan punya jalan, akhirnya sampai lah juga kami di High Street Phoenix tu. 

High Street Phoenix..

Kami pun masuk ke dalam High Street Phoenix. Nak masuk ke dalam, siap kena scan beg dengan badan-badan sekali. Macam kat airport tu. Sangat strict security kat sini. Macam-macam boleh jadi kan, diorang kenalah take precaution. Dah masuk dalam, aku tengok, eh, macam Jusco Bukit Indah je ni. Haha.. Takde lah nampak mewah sangat pun. Tapi, sedap lah juga mata memandang. Gembira juga lah bila dapat pergi ke tempat yang kemas dan bersih macam ni. Hehe..

Dah namanya the largest shopping mall kan, banyak lah juga kedai yang ada kat dalam ni. Tapi kan, kedai je banyak, orangnya aku macam boleh kira dengan jari. Macam tak ramai pulak orang datang ke sini. Mungkin sebab diorang tau kot kat sini harga lagi mahal. Entah lah. Aku pun tak tau. 

Inside High Street Phoenix..

High Street Phoenix shopping mall ni memang besar, tapi besar mana kalau nak compare dengan shopping mall kat Malaysia pun, aku tak reti sangat. Aku dan K Awa pun takde lah beria-ia nak berjalan ke seluruh pelosok shopping mall ni. Jalan gitu-gitu je. Dah tu kami pun keluar. Kat luar High Street Phoenix ni ada dataran yang agak luas. Dah tu kami nampak ada satu lagi shopping mall di hujung dataran. Palladium namanya. Jom kita masuk tengok Palladium pulak. Hehe..

Di luar dataran..
Sebahagian daripada kedai yang ada..
More kedai-kedai..
Masuk ke Palladium..

Entah kenapa nak masuk ke dalam Palladium Mall ni mengingatkan aku pada Pavillion Bukit Bintang. Bukannya sama pun. Haha.. Masuklah kami ke dalam. Yang ni aku rasa ada lagi banyak kedai high-end kalau nak compare dengan High Street Phoenix tadi. Kenapa aku rasa lagi high-end? Sebab kat sini ada sebuah hotel mewah, kedai pun nampak mewah ada butik Jimmy Choo dan jugak ada orang pakai suit main piano live lagu-lagu sezaman Mozart kat main lobby. Haha.. Mewah lah tu kan? Piano pulak dipasang ke speaker. Satu mall boleh dengar. Tenang je orang nak shopping. Haha..

Palladium Mall
Jimmy Choo..
Live piano performance..

Then kami masuk ke supermarket yang ada. Banyak jugak jajan dari Malaysia di jual di sini. Boleh lah hilangkan rindu. Tapi harga ko jangan tengok lah. Makan biryani tadi lagi murah. Haha..

Dap dap dap..
More jajan..
Sonang nak buat sandwich ni..

Dah alang-alang jadi orang kaya masuk high-end shopping mall, kami pun decided nak buang masa ala-ala orang kaya jugak. Masuk ke Costa Coffee, order minum, dan lepak. Memang kaya habis ni. Padahal dah penat berjalan. Nak lepak minum-minum, takde gerai lah pulak. Kalau ada gerai pun, macam lah kau nak lepak gerai dia. Confirm geli geleman. Haha.. Harga kopi dua cawan ni lagi mahal dari total makan petang tadi. Nak rasa sangat jadi orang kaya kan. Ha, rasakan!

Total INR534..

Dah puas melepak, kami pun balik. Naik teksi. Haha.. Tak larat lah sebenarnya nak jalan balik ke Lower Parel station sana. Dah lah jauh. Naik teksi sampai guesthouse 20 minit je. Sama je jauh dengan nak kena jalan kaki ke stesen, naik train, pastu jalan lagi. Tak kuasa mak. Tambang teksi pun ok jugak INR52 je. Sampai guesthouse, mandi, solat, belek internet untuk hari esok, lalu turu.... Sangat flat hokkay!

Bye bye Palladium..

Perbelanjaan Hari Ini:-

Teksi Penyangak = INR100.00
Train (ML to GR) = INR5.00
Ice Cream & Drinks = INR35.00
Postcard Gandhi = INR100.00
Train (GR to MS) = INR5.00
Dinner = INR247.50
Train (MS to LP) = INR5.00
Coffee Costa = INR267.00

TOTAL = INR764.50

0 comments :