Woot!! Lagi dua hari lagi neh. 19hb & 20hb. Palli-palli. Kena siapkan cepat-cepat!
Saturday, 19th February 2011
Awal pagi lagi kami dah bergerak keluar dari guesthouse. Almaklumlah nak kena jalan lagi ke subway, lepas tu nak kena tukar train lagi balik ke Jongno 3(sam) ga. Makan masa! Kami sampai di Tapgol Park lebih kurang pukul 9.15 pagi. Gitu gini chot chet chot chet kami pun naik lah bas persiaran yang dah sedia ada menunggu tu. Kat tangga bas, ahjusshi driver tu bagi kami tiket bas (return) dan tiket feri untuk masuk ke Nami Island nanti. Tak perlu lah nak risau-risau tentang apa-apa lagi. Jalan saja. Hampir penuh juga kat atas bas ni. Kebanyakannya pelancong macam kami jugak.
Tiket bas & tiket feri..
Sepanjang perjalanan ke Nami Island aku tertidur. Kekeke.. Sengal kan? Patutnya tengok lah pemandangan alam sekitar. Countryside Korea ni macam mana. Ni tak. Sedap betul membuta. Sedar-sedar je dah sampai. Dengan muka toya-toya, mamai-mamai, selamba kodok je turun bas. Ramai betul orang hari ni. Almaklumlah hari Sabtu. Semua ambik kesempatan datang ke sini.
Immigration check..
Jam dah menunjukkan lebih kurang pukul 11.30 pagi. Bergerak lah kami masuk ke Nami Island dengan menaiki feri. Dah macam sardin dah kat dalam feri ni. Terpenyek jugak lah aku dibuatnya. Perjalanan menaiki feri tak lah lama mana. Lebih kurang 5 minit je.
Bergerak meninggalkan Gapyeong Wharf
Menuju Nami Island yang dalam kesamaran..
Selamat Datang!!
Nami Island. Antara lokasi pengambaran drama Winter Sonata. Cantik je dalam drama tempat ni serba putih. Tapi, aku datang dah hujung winter. Tak ada snow dah. Tak dapat lah nak feeling-feeling winter sonata kan? Nami Island ni sangat unik sebab ia terletak di tengah-tengah Sungai Han. Bentuknya pulak seperti bentuk daun. Nama Nami pulak diambil sempena nama seorang general zaman-zaman tok kaduk dulu. Aku nak cerita panjang pun tak pandai. Nak maklumat lebih lanjut, boleh lah tanya Pakcik Google.
Bentuk Nami Island..
Kubur General Nami..
Aku ni sebenarnya tak ada idea nak tulis apa pasal Nami Island ni. Aku tepek gambar je lah dan menyampuk sikit-sikit sana sini. Almaklumlah dah 6 bulan berlalu. Banyak tragedi februari aku dah lupa. Huhuhuhu..
Ramai orang!!
Nami Island ni boleh dikatakan satu kerajaan lain. Siap ada duit sendiri lagi. Duit ni cuma boleh dipakai dalam pulau Nami ni saja.
Nami Island Currency..
Bagi orang yang datang kat sini, tak perlu risau lah. Kalau lapar, kedai makan banyak. Tapi yang halal ada ke? Yep!! ADA DONKK!! Yongajiga Lunch Box nama kedai makan tu. Siap ada halal certification lagi. Makanan yang dijual pun simple je. Nasi, telur & kimchi yang dimasukkan ke dalam lunch box. Sebelum makan kena goncang dulu lunch box tu. Baru meriah! Hehehe.. But wait! Nak goncang kena pakai sarung tangan. Panas box tu. Karang tak pasal-pasal melecet pulak tangan. Harga satu lunch box KRW4,000. Alhamdulillah.. Kenyang kami tengahari tu. ^^
Halal Certified..
Suasana tempat makan.. Orang sangat ramai hari tu.
Sebelum..
Selepas digoncang..
Tambah side dish - Kimchi Pancake..
Nak lagi sedap, orderlah Kimchi Pancake. Harga KRW3,000 kalau tak silap. Besar memang besar pancake ni. Sedap di makan time panas-panas. Bila dah sejuk rasa macam jemput-jemput basi. Hehehe.. Tapi masih sedaplah jugak. Aku.. Apa aja yang tak sedap. Hehehe..
Nak cari kedai Yongajiga ni senang aja. Cari galeri foto Winter Sonata. Yongajiga ni betul-betul sebelah galeri tu. Dah alang-alang kat galeri, kami pun masuk dan buat kerja-kerja yang tak berfaedah. Hahaha..
Ada orang Pajam datang sini...
Ni lah kerja tak berfaedah tu.. Hahaha.. Hope boleh baca balik nanti..
Menyelit..
Then off we go! Pergi meneroka pulau ni. Sampai ke ceruk tuk kun kami menjelajah. Tak ramai yang jalan sampai hujung macam ni. Kami je yang excited. Orang lain semua nak duduk dekat-dekat dengan bangunan. Kami pulak kalau boleh masuk sungai, kami masuk dah! Nami ni agak besar jugak lah. Kalau tak larat jalan boleh sewa basikal. Tapi, apa kelas naik basikal kan? Jalan kaki lagi best! Padahal nak jimat duit. Kehkehkeh..
Pokok yang tak ada daun..
Sungai yang beku..
Jauh kami berjalan. Memang banyak scene winter sonata shoot kat sini. Jeti, tempat first kiss, tempat jumpa balik. Etc. etc. etc. Dah tu kami cari port untuk solat. Kat celah-celah chalet kami solat. Hehehe.. Buat bodoh je lah. Janji boleh solat.
Final round of pusing-pusing sebelum balik ke Gapyeong Wharf. Seksa ya amat nak menghabiskan masa kat sini. Sampai dah tak tau nak buat apa dah. Next time kalau datang lagi, memang datang naik train. Dah habis pusing boleh terus balik. Sebelum bergerak ke jeti kami tinjau-tinjau bangunan UNICEF yang ada kat situ. Abe Wonbin jadik duta uolls..
Wonbin and charity works..
Dengan menderma dapat satu poskad Wonbin. Huh. Tak payah pikir panjang. Selamat aku rembat satu. Derma KRW1,000 je. Hehehe..
Then it's time to go. Bergerak lah kami ke jeti. Menunggu feri untuk kembali ke seberang sana. Masa ada lebih kurang setengah jam lagi. Kami lepak-lepak sambil makan kentang rebus. Sedap weh kentang tu! Lembut dan manis! Harganya KRW3,000 untuk satu tub. Kongsi 4 orang. Hehehe..
kat jeti..
Dah sampai Gapyeong Wharf..
Kentang! Kentang!!
Ada bungee jumping laa kat sini.. Tapi jangan harap aku nak naik. Aku ni gayat.. Huhuhu..
Off we go! Balik ke Seoul. Sampai di Seoul dah dekat pukul 6. Jem teruk. Cuaca pun sendu je. Dah nak gelap dah pun. Sekejap lagi maghrib lah ni. Kami cepat-cepat melangkah ke Cheonggyecheon. Cheonggyecheon ni stream buatan manusia. Asalnya longkang je hokkay!! Tapi dah diubahsuai. Cantik tempat ni. Dah jadi tempat rekrasi dah. Sungai Gombak kat KL nun boleh jugak buat macam ni.
Cheonggyecheon..
Jalan-jalan menyusuri Cheonggyecheon..
The starting point of Cheonggyecheon..
Ni menatang hapa aku tatau..
Hari dah semakin gelap. Jumpa pulak kami dengan mesin ni. Canggih tau. Kalau nak tau sejarah Cheonggyecheon, gambar-gambar dulu dan sekarang boleh check kat mesin ni. Siap boleh ambik gambar kita lagi. Dah snap tu dia akan email. Kami pun berposing sakan lah depan kamera kat mesin ni. Banyak kali pulak tu. Email address yang betul pun dah dimasukkan sekali. Tapi hampeh. Sampai ke sudah gambar tu tak sampai-sampai. Hahahahaha..
Mesin auta..
Kami jalan-jalan di sekitar Jongno. Ambik feel sebelum balik. Kira last lah ni. Besok dah nak balik dah. Tak datang sini lagi. Kami ke Jonggak Underground Shopping. Tempat Nott beli boots dia yang comel tu. Sekadar cuci mata je tengok baju-baju yang ada. Sangat murah tapi saiz aku jangan harap nak jumpa! Huuhuhu.. Then, this one winter coat caught my eyes. Sangat comel dan harga pun murah ok! KRW19,900 je! Tak sampai RM60!! Apa lagi. Cari saiz, testing-testing. Huh. Memang rezeki aku lah. Muat donk!! Tak payah tunggu lama. Terus aku rembat! Hahahaha.. Sengal betul. Besok dah nak balik, baru hari ni beli winter coat. Patutnya sampai-sampai first day hari tu dah beli dah. Kehkehkeh.. Nott jealous tengok aku beli coat. Selamat jugak lah dia rembat coat yang sama. Cheh!! Tak ada duit pun sanggup dia gores dan hutang. Murah punya pasal.
Then, kami singgah di Daiso. Berangan nak cari barang-barang murah yang melambangkan Korea. Ye lah kan. Barang-barang Daiso kan murah. Hambik!! Bila ditinjau-tinjau, set Sudu Korea kat sini lagi murah! Apa lagi. Borong lah aku. Buat souvenir. Sudu-sudu Korea kan unik. Bulat dan panjang. Macam senduk pun ada. Dekat KRW15,000 jugak aku spend kat sini.
hambik kau!! Daiso Malaysia ada jual tak? Hahaha..
Dah tu kami pun menghala ke subway station. On the way, kami menyinggah lagi sekali di kedai ahjumma udang. Tersengih ahjumma ni nampak kami. Dapat udang free lagi! Suka! Suka! Nanti summer scent I datang jengah lagi ye! Hehehehe.. Tak lupa juga tapau takoyaki. Boleh makan-makan kat guesthouse nanti.
Ahjumma udang yang glamer..
It's already late. Tak sempat aku nak singgah Insadong beli Kimchi Seaweed. Huwaaa!! Nangis lah aku. Hari tu tak nak beli sebab mengenangkan nak pergi Jeju. Berangan nak beli lepas balik dari Nami. Tapi tak sempat jugak! Memang padan muka.
Lebih kurang pukul 10 juga lah kami sampai di guesthouse. Kaki dah penat. Sampai-sampai je ni mesti terbongkang punya. Tidur tak hengat dunia. Sebelum tidur makan takoyaki dulu!!
Takoyaki..
Sekian! End of Day 8. One more day to go!!
Kos perbelanjaan hari ini :- KRW47,000
5 comments :
sukanya saya baca journey awk ke south korea ni...teringin nak pegi...tp saya ni basic korea langsung tak tau...watnya tersesat ke apa camne nak communicate...hmmm agak2 selamat tak kalu ke sana berdua dgn hasben
Kimchi tu apa?
Maknanya nami ni dekat je la kan.tp apsal ko ckp next time ko nk dtg naik train? Bkn ke kena jgk naik feri?
eka,
ok je.. kalau jalan sorang2 pun ok..
eliza,
kimchi tu jeruk sayur kobis dia tu ler.. ada macam2 jenis.. bukan kobis je.. Nami tu sejam stengah naik bas.. alternatif lain naik train.. ko tengok kat entry trip korea 2 aku..
Ooo jeruk sayur...haa aku br nk start baca trip summer tu..nantikan komen aku ye kikiii
authentic korean food tu...
Post a Comment