Saturday, March 15, 2014

Dynamic Busan ~ Day 6: Royal Tombs, Gimhae Central Market, Daeseong-dong Museum, Bonghwangdong Ruins, Seomyeon Station, Busan Yachting Center & Busan Cinema Studios

Wednesday, 11th September 2013

Day 6! Dah lima hari pusing satu Busan sampai tak tau nak pusing mana lagi dah. Poyo je kan. Padahal banyak lagi tempat tak terexplore. Tapi hari ni kami nak merewang secara santai lah pulak. Tak larat dah rasanya nak terkejar-kejar. Lagi pulak nak menyahut cabaran pakcik bilal masjid Busan tu. Makanya, tanpa melengah-lengahkan masa lagi, kita ke Gimhae!

Tapi sebelum ke Gimhae, kita singgah post office dulu lah ye. Tak jauh mana pun post office dari Miss Egg Hostel ni. Selang dua kedai je. Nak kirim poskad ke kawan-kawan yang dok mengirim. Seronok agaknye kan dapat poskad dari luar negara gitu. Aku pun sekarang dah pandai dah belajar kirim poskad ke diri sendiri. Hantar ke alamat office pulak tu kan. Bila dapat nanti boleh lah terkinja-kinja depan pigeon hole. Huhu.. 

Singgah sini kejap..
Okies, dah settle bab poskad, kami pun gerak lah ke Gimhae. Naik metro je. Tak susah mana pun. Dalam hati dah berbunga riang dok bayangkan dapat makan makanan yang sedap dan mengenyangkan. Tapi agak senget sikit lah kami ni sebab tak tau nak menuju ke arah mana. Pakcik bilal kata restoran Morocco tu dekaaaaaaaaaaaattt je dengan subway station. Tapi pakcik, subway station yang mana satu? Takkan nak pergi singgah semua station yang ada? Sobss.. Kita terjah je lah mana-mana subway station yang berkenan di hati. T__T

Dari Haeundae Station kami naik Metro Line 2 dan turun di Suyeong Station. Transfer ke Line 3 dan ambil train menuju ke Daejo Station. Nanti turun kat Daejo Station ni lah, stop terakhir. Dah tu transfer lagi ke Busan Gimhae Light Rail Transit menuju ke Kaya University dan berhenti di Royal Tomb of King Suro Station. Perghh.. Gila penat dan jauh nak ke Gimhae dari Haeundae ni. Dekat sejam setengah! Ini paling cepat lah. Kalau nak makan angin naik train, dari Haeundae Station tak payah turun kat Suyeong Station tapi terus je dan transfer ke Busan Gimhae Light Rail Transit kat Sasang Station. Tu entah berapa jam lah tu baru sampai. Apa-apa pun kena topup dulu Cashbee Card aku neh sebab tak cukup belen. Huhu..

Cuba kira berapa stops in between.. Nangis kauu..
Transfer kat Daejo Station..
Kenapa turun kat Royal Tomb of King Suro Station? Entah ye. Nama macam gah, makanya kami berhenti kat sini? Haha.. Sebenarnya malam tadi adalah jugak kami godek-godek kat internet, tengok apa yang menarik kat Gimhae ni. Kalau Busan taglinenya "Dynamic Busan", Gimhae ni pulak taglinenya ialah "Gimhae For You". Keles ko.. Apa yang aku dapat godek, Gimhae ni famous dengan sejarah Gaya Kingdom. Samolah ni kesnya dengan Busan. Busan dan Gimhae pernah jadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Gaya gitu. Kalau dah sama tu, maknanya kami bakal bertemu kuburan lagi lah kan kat Gimhae ni. Jalan-jalan Busan dah jadi jalan-jalan kuburan gitu jadinya. Bila digodek lagi, agak banyak jugak lah tempat yang boleh kita pergi kalau turun kat stesen Royal Tomb of King Suro ni. Sambil-sambil nak pergi mencari restoran Morocco tu, kita jalan-jalan dulu lah ye kat kawasan ni.

Turun dari Royal Tomb of King Suro Station..
Dah turun tu, kami menyeberang satu jambatan dan ikut jalan besar. Siap pakai WAZE ko nak make sure betul jalan nya ni. Hehe.. Jangan memain. Kat sebelah kanan jalan ada kawasan serupa taman rekreasi. Macam menarik je. Tapi kami tak singgah pun. Apa-apa pun kita pergi isi perut dulu. Dah kenyang baru boleh explore. Keke..

Kepala tombak dia macam-macam..
Taman rekreasi katanya..
Lebih kurang dalam 10 minit jugak lah kami berjalan, jumpa lah dengan Royal Tomb of King Suro. Agak besar jugak kawasan ni. Nak menapak ke pintu masuk pun agak mengah jugak lah. Hehe.. Kebetulan sebelum nak sampai ke pintu masuk tu ada Information Center. Apa lagi, acik masuk lah ke dalam kan. Ambik lah peta ke pamflet ke leaflet ke apa-apa yang patut. Tak lupa juga untuk bertanya dengan staff kat situ macam mana nak ke restoran Morocco tu. Hehe.. 

Royal Tomb of King Suro..
Marilah menapak..
Malangnya staff tu tak tau. Cissss.. Tapi dia kata, nak cari tu mungkin tak susah sebab kat tepi kawasan tomb Sultan Suro ni kan, ada satu lorong menuju ke deretan kedai-kedai. Katanya kat sini ala-ala international place gitu ada macam-macam jenis international restaurants. Siap ada pamflet lagi on "Gimhae Multicultural Food Restaurant". Ada nama restaurant, lokasinya kat mana dan macam mana nak ke sana. Terbaik sungguh! Dah ala-ala Itaewon lah gitu lebih kurang kan. Baik lah! Akan kami cari nanti. Sebelum kita pergi cari, kita masuk dulu melawat King Suro.
King Suro ni secara umumnya dikenali sebagai Kim Suro. So, siapakah Kim Suro ni? Bukan Kim Suro yang ni ye. Aku lesing kang. Haha.. King Suro ni merupakan founder dan juga raja bagi kerajaan Gaya. Berkahwin pulak dengan puteri raja dari kerajaan Ayuta di India yang bernama Heo Hwang-ok. Interesting kan? Budaya Korea dan India bersatu gitu? King Suro dan Queen Hwang-ok ni dikatakan the start of the Kim and Heo clan di Gimhae. Dan seterusnya meluas ke seluruh Korea. Boleh dikatakan kebanyakan rakyat Korea yang ber'surname'kan Kim ni datangnya dari keturunan raja dan permaisuri ni. Kalau Heo pulak memang katanya 100% confirm dari permaisuri ni. Wah, kalau macam tu, Heo Gayoon, Heo Gyeonghwan, Heo Youngsaeng, Huh Gak tu semua ada darah India lah ye mereka-mereka ni. Menarik.. ^___^

Tapi baca kat tempat lain pulak, ada yang kata Queen Hwang-ok ni bukan berasal dari India lah pulak. Haha.. Pening kepala aku. Sebabnya, dah puas gali kat kawasan pemerintahan Gaya ni, tak ada pun jumpa harta karun yang bercirikan India. 

Punyalah besar kawasan ni..
Hambik kau luasnya kawasan!!
Kena lah menapak sikit ye nak masuk ke dalam ni. Kawasan tomb ni agak besar. Siap dengan management office bagai. Dah tu ada macam-macam gate dan bangunan dalam kompleks kuburan ni. Bangunan-bangunan ni termasuk lah rumah-rumah dan jugak shrines. Tak silap, tiap-tiap tahun ada dibuat upacara keagamaan kat shrines ni untuk memperingati King Suro.

Laluan ke tomb..
King Suro's Tomb
Tu dia. Menggunung membukit tu kuburnya! Setelah belajar pasal kubur-kubur zaman-zaman dulu kat Bokcheon Museum hari tu, aku dapat simpulkan yang kubur ni ialah Silla style lah kot. Kubur Silla dan Baekje lebih kurang sama je dari segi luaran. Tapi dalamnya lain sikit dari segi susun atur. Tapi oleh kerana kerajaan Gaya ni letaknya dalam daerah kerajaan Silla, makanya kubur ni kubur Silla lah kan. Kot lah kan. Hehe..

Intai kubur dibalik gate..
Setengah jam jugak lah kami dok jalan-jalan kat sini. Ambik gambar bagai lagi. Dah tu, kami keluar lah untuk misi utama kami ke Gimhae ni iaitu makan! Memang ada satu lorong menuju ke deretan kedai kat tepi kompleks kuburan King Suro ni. Kita try our luck je lah ye. ^___^

Tengok peta dulu.. Kau ingat kat KK je ada Gaya Street?
Berjalan lah kami menyusuri lorong yang dimaksudkan. Masih sunyi sepi. Kebanyakan kedai masih belum bukak lagi. Dah dekat pukul 11 dah pun. Entah pukul berapa lah semuanya beroperasi ni. Mungkin kawasan sekitar bukan tumpuan orang ramai kot, makanya suka hati diorang lah tuan-tuan kedai ni nak buka kedai pukul berapa. 

Lengang..
Jalan punya jalan punya jalan, kami jumpa kedai halal. Banyak pulak tu. Kiri kanan jalan ada. Wah, senang lah ye nak cari bahan mentah yang halal kat sini. Kat Busan aku tak nampak lah pulak. Mungkin ada, tapi aku yang tak habis explore. Mari lah kita masuk tengok apa yang ada.

Kedai halal..
Lagi kedai halal..

Dah masuk kedai halal ni, aku pun pergi lah cari ramyun. Gigih sangat. Orang dah kata ramyun tu untuk dieksport je, tapi gatal jugak nak cari. Memang tak ada. Hampa lagi gitu. Hehe.. Tapi aku jumpa lah jugak satu ramyun sayuran ni. Ada tulis no meat. Harga sebungkus (ada 5 paket kat dalam) ialah KRW4,200. Huhuh.. Mahal. Tapi boleh lah beli sebungkus buat rasa. 

Ramyun sayuran.. 야채 = Vegetables..
Daging halal pun ada..
Boleh masak kari wehhh!!
Ok, dah dapat megi sayur, boleh lah teruskan perjalanan. Kat kawasan kedai halal tu berderet pulak lah kedai handphone/telco. Ternganga tengok signage kedai dalam Bahasa Indonesia. Wengg? Hahaha.. Macam pelik pulak rasa. Komuniti Indonesia ramai kot kat Gimhae ni. Ye lah, tengok kat masjid Busan hari tu. Orang dia saja.

Amikk kawwww..
Dengan harga terbaik lagi tu.. Huhu..
Bukan Bahasa Indonesia je. Bahasa Nepal pun ada, bahasa Vietnam, bahasa Philippine, memang sangat-sangat international. Orang yang lalu lalang pung orang-orang ni jugak. Orang local Korean macam kurang gitu. Hehe.. Ok. Teruskan jalan-jalan mencari restoran Morocco dan belek-belek kedai-kedai yang ada. Tepek gambar je lah ye.

Kedai-kedai yang ada..
Restoran Indonesia..
Restoran Uzbek..
Dah jalan-jalan kat bahagian luar, kita masuk pulak kat lorong-lorong dalam Gimhae Central Market. Kat dalam ni banyak jugak deretan kedai. Restoran pelbagai negara pun ada jugak. Bukan tu je, ada kedai runcit Philippine, kedai runcit Indonesia, Lembaga Konsultasi Indonesia, tempat nak karok lagu-lagu Vietnam pun ada! 

Gimhae Central Market..
Deretan kedai..
Kedai runcit Indonesia..
Lembaga Konsultasi Indonesia..
Kedai runcit Philippine..
Karok Vietnam!!
Akhirnya! Jumpa jugak dengan restoran Morocco ni. Casablanca Restaurant namanya. Marilah kita masuk dan makan!

Casablanca Restaurant..
Restoran ni tak besar mana. Kebetulan masa kami masuk baru je bukak. Belum ada customer pun yang datang. Ada seorang pekerja ni mengalu-alukan kedatangan kami macam VIP gitu konon. Hehe.. Idokler besar mana pun restoran ni. Tapi kind of homey lah jugak. 

Ruang makan..
Dapur..
Aku perhatikan tak ada lah ramai mana staf dalam restoran ni. Semuanya muka-muka middle east. Family business kot? Ada seorang tukang ambik menu, dan dua orang bersilat kat dapur. Boleh nampak diorang buat kerja kat dapur tu dari tempat duduk. Hehe..  

Yang tukang ambik order tu walaupun orang Morocco, macam liat sikit nak cakap English. Tak berapa reti sangat. Tapi cakap Korean kemain laju. Nasib baik lah menu yang dia bagi tu siap ada gambar makanan dan main ingredient nya. Berderet-deret kot gambar-gambar ikan, kambing, lembu, ayam. Haha.. Makanya, kita main tunjuk-tunjuk je lah apa yang nak dimakan. Senang!

Menu.. Mari order Chicken BBQ! KRW8000 je..
Okies. Kami berdua ni tengah kelaparan bagai nak rak gitu kan. Makanya sama-sama order Chicken Barbeque. Dah tu order pulak Samosa buat tambahan. Nak try lah jugak samosa dia kan. Mudah-mudahan habis semua di makan. Almaklumlah tengah lapar. Nafsu mengorder tu melampau-lampau nau. Hehe..

Tak lama tu akak yang ambik order tadi tu datang bawak satu chickpeas-dish dengan satu teko teh. Wah apa ini? Chickpeas ni appetizer ke? Alamak! Banyak lah jadinya makanan yang bakal dimakan. Adoyai. Haha.. Orang dah serve, makan je lah kan. Kena habiskan!

Apa namanya ni? Sedap! Teh dia pun sedap!
Dah tu samosa pun datang. Humang aih! Besar gila samosa ni. Haha.. Dah macam main course lah pulak portion dia. Adoii.. Gelak besar kami kat situ. Padan muka! Terus berpeluh tengok. Walau apa pun caranya, kena habiskan jugak ni! Siapa suruh order macam-macam kan. Haha.. 

Giant Samosa.. T___T
Then, the main course pun sampai. Mak datuk aramaaaakkk tuan.. Aku dan K Asni hanya mampu tersengih, lepas tu gelak kecik, bila ahkak tadi dah habis serve, memang kami bantai gelak habis-habisan. Adoiyaii ni portion orang Middle East ke apa ni punya lah banyak. Ayam dia separuh wei! Waduihh!! Kami ni perut-perut South East Asian je. Kecik je. Adehh.. Dah tu nampak roti dia sebakul. Wakaka.. Giler. Memang giler. Apa lagi. Mari lah kita makan! Oihh sedap weihhhh!! 

Hulalalalalallaa... Senakkk!!
Amekkk kawww!!
Punya lah slow motion kami makan. Dari restoran tak ada orang sampai ada customer datang 3 meja, dan mereka semua dah siap makan, dah balik, ditambah lagi customer lain datang, kami tak siap-siap lagi makan. Haha.. Slow and steady je nak habiskan semua. Memang mengenyangkan sungguh lah. Betul cakap bilal Masjid Busan tu. Harga murah dan sangat mengenyangkan. 

Tengah syok-syok makan tu ada seorang makcik ni masuk. Owner restoran kot. Pakai tudung, badan besar, putih melepak. Senyum je dia datang ke arah kami. Siap tanya macam mana kami boleh sampai makan kat sini. Bila aku cakap bilal Masjid Busan yang promote terus dia terkejut. "Is it?" katanya. Happy semacam makcik tu. Suka kemain. Siap cakap thank you thank you for coming banyak kali. Dia tak sangka sebenarnya ada orang Malaysia yang sampai ke sini. Katanya dia akan buka satu lagi restoran yang sama kat area Masjid Busan tu. Tapi aku pun tak tau lah sekarang ni dah bukak ke belum. Pada sesiapa yang berkesempatan singgah Busan tu boleh lah jenguk-jenguk ye, dah tu sila bagitau aku. Lain kali datang Busan, tak payah nak jalan-jalan jauh ke Gimhae untuk makan besar macam ni. Hehe..

Rajin makcik tu ajak borak-borak. Dah tu dia pergi ke dapur. Keluar bawak soda drink, hidang depan kami. Free katanya. WARRGHHHH!! Perut aku ni dah nak meletup dah pun! Dia kasi lagi air gas. Hahaha.. Pengsan lah macam ni. Harus lepas makan ni terus balik hostel ngorok. Adededehhh.. In the end, semua makanan berjaya kami habiskan cuma roti yang sebakul tu ada lah tinggal separuh. Tak mampu dah! Memang sangat kenyang. Total kemusnahan? KRW9,500 seorang! Not bad. Tak sampai RM30 pun. Kat Korea ni kalau sekali makan dapat bawah RM30 memang murah sangat dah. Nak-nak makan sampai senak macam ni. Huhu..

Orait, masa untuk teruskan perjalanan! Dengan perut yang memboyot, memang lah jalan slow-mo je. Nak bagi semua makanan turun ke usus gitu. Hehe.. Bukak peta, ada satu historical site yang berdekatan. The North Gate of The Wall of Gimhae. Asalnya ada wall lah kot kan yang mengelilingi Gimhae ni. Tapi zaman sekarang ni dah macam dah tinggal satu ni je. Gate bahagian utara. Yang timur barat selatan macam tak ada lah pulak. 

The North Gate of The Wall of Gimhae..
The Gate..
Kalau ikutkan boleh masuk dalam bangunan gate ni. Tapi tak bukak lah pulak. Kemain besor lock dia. Menarik je kawasan sekitar gate ni. Letaknya kat tengah-tengah roundabout. Dah tu kawasan sekeliling kawasan perumahan yang agak moden jugak lah. Sangat-sangat kontra bila tengok rumah-rumah moden, dah tu kat tengah-tengah ada historical site. ^__^

Ok, jalan lagi menuju ke utara. Kita pergi skodeng kubur Queen Hwang-ok pulak. Tadi dah tengok kubur laki dia. Now tengok kubur bini pulak. Punya lah jauh nak menapak ke sana. Naik jalan berbukit-bukit pulak tu. Dok kenangkan dah makan banyak tadi dan perlukan exercise, kami redha je lah.

Sampai dah!!
Huihhh luasnye kawasan..
Seperti yang dah diceritakan tadi lah kan Queen Hwang-ok ni datangnya dari India. Tahun 48 AD, masa umur dia 16 tahun dia datang naik kapal ke Kerajaan Garak (Gaya) dan kawen dengan King Suro. Meninggal dunia pada tahun 189 AD. Kisahnya lagi, sebelum Queen Hwang-ok ni passed away, dia dah siap-siap pesan kat anak dia dua orang untuk guna surname dia. Dari situ lah keturunan Heo bermula. Gitu lah ceritanya. Ehee..

Tengok dari jauh..
Pemandangan dari depan tomb..
Disebabkan matahari dah tegak atas kepala, dah mula panas, kami pun melangkah pergi. Pusing ikut jalan lain pulak untuk balik ke train station. Walaupun berjalan menyusuri jalan besar, tak banyak kereta yang lalu lalang. Sunyi je macam tak ada orang. Tenang dan relaks je. Mesti orang-orang Gimhae ni tak stress kan.

Lengang sangat..
Dah nak balik baru lah jumpa bangunan Gimhae Tourists Information Center. Sebesar-besar tidak. Cehh.. Tak apa lah. Takde nak ke mana dah. Jalan je lah cuci mata tengok bangunan-bangunan yang ada. Kat sebelah Gimhae Tourists Information Center tu letaknya Gimhae Citizen Bell. Boleh lah nak posing ambik gambar kat sini.

Gimhae Tourists Information Center..
Gimhae Citizen Bell..
Bertentangan dengan Gimhae Citizen Bell, ada satu kawasan yang bernama Daesong-dong Tombs Museum. Besar gila kawasan ni. Ni memang tapak kuburan sebenar lah ni kat Gimhae. Sama dengan kawasan Bokcheon Museum. Kat sini ada main building untuk muzium, ada open-air exhibition, ada excavation site, dan macam-macam lagi lah. Aku tengok kawasan excavation tu macam sama je dengan yang kat Bokcheon so aku takde lah merewang sampai sana. Tengok yang dekat-dekat je. Padahal malas dah nak menapak jauh-jauh.

Penatnya nak jalan!!
So, kami just tengok open-air exhibition hall, jalan-jalan kat tempat spirit apa entah namanya tu konon-konon kena kejar dengan tentera berkuda, dah tu jalan-jalan kat pine forest dan last sekali masuk muzium. Kat dalam muzium ni dok cerita lagi pasal kuburan kat sini. Sama jugak macam kat Bokcheon. So sekali pandang je lah aku ni. Nak-nak tak banyak nau penerangan dalam English. Malas nak pahamkan satu-satu tulisan Korean yang ada. Huhu..

Open Air Exhibition Hall
Kat dalam hall tu..
Cabaran jalan-jalan bukak kasut.. Ada berani?
LARIIII~!!
Daeseongdong Tombs Museum..
Pintu masuk ke Muzium..
Dalam setengah jam jugak lah kami dok menebeng kat area Daeseong-dong Tombs ni. Agak-agak dah puas merewang, kami pun melangkah lah untuk balik semula ke train station dan seterusnya balik ke Busan. Gitu gini dah dekat pukul 3 petang dah. Punya lah lama merewang kat Gimhae ni kan. Padahal yang lama tadi duduk kat dalam restoran je. Hehe..

Tadi datang, kami turun kat Royal Tomb of King Suro Station. Tapi baliknya nak naik ikut station lain lah pulak iaitu Bonghwang Station. Dah alang-alang nak naik train kat sini kan, boleh lah kami jalan-jalan kat kawasan yang konon-konon macam taman rekreasi yang kami nampak mula-mula sampai tadi. Setelah difahamkan, kawasan rekreasi ni sebenarnya merupakan kawasan puing-puing/runtuhan Bonghwangdong. Eh betul ke puing-puing? Fail sungguh BM aku. Kalau ikut Englishnya, Bonghwangdong Ruins. Betul lah kan ruins tu puing-puing? Hahaha.. 

Kawasan ni gila ya ampun besar! Tak kuasa lah aku nak berjalan ke setiap sudut. Kaki dah pun melecet, makanya kami jalan-jalan je kat tepi-tepi ruins ni ikut jalan besar. Boleh lah nampak tasik bagai. Siap ada sawah padi kat tengah-tengah bandar ni!

Kawasan perdagangan satu masa dulu?
Sawah padi kooo..
Jalan ke depan sikit sampai lah sudah kat Bonghwang Station. Marilah naik lif ala-ala orang OKU. Kaki dah lembik dah kan. Tak mampu nak naik tangga. Sesungguhnya memang cantik lah kawasan kat sekitar station ni. Ada sawah padi, boleh nampak ruins, ada sungai, tenang dan damai je gitu. 

Tak mampu dah mokcik nak jalan..
Sekitar Bonghwang Station
Katanya, kalau naik train light transit ni kena bukak besar-besar mata tengok kiri kanan boleh nampak kesan-kesan ruins di Gimhae ni. Tapi tak termampu pulak aku. Dah penat jalan, dapat duduk dalam tempat beraircond, perjalanan pun masih jauh lagi, apa lagi lah mokcik boleh buat. TIDO! Hehe..

Hasil melangkah di Gimhae.. Jalan kaki hampir 5km! Penat wooo..
Kalau diikutkan, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik yang boleh kita pergi kat Gimhae ni. Salah satunya ialah rumah zaman kanak-kanak bekas presiden Korea Selatan iaitu Roh Moohyun. Ni rumah tempat dia dilahirkan dan dibesarkan lah ni. Tak jauh dari rumah tu pulak, tempat dia dikebumikan. Tak jauh dari situ jugak letaknya Bueongbawi (Owl's Rock) tempat President Roh ni mati bunuh diri lepas terjun dari situ. Kalau ada banyak masa, nak aje aku pergi jalan-jalan kat sini. Tapi jauh lah pulak kat ceruk mana entah. Tak sempat nak study habis macam mana nak ke sana.

Ok, tadi time datang kami transfer train kat Daejo Station, tapi kali ni kami malas, makanya kami terus lepak dalam train dan berhenti di station terakhir iaitu Sasang Station. Dari Sasang Station boleh lah naik metro Line 2 balik ke Haeundae. Makanya, memang lalu lah depan Gimhae Airport. Kalau nak balik naik kapal terbang terus boleh lah berhenti kat Gimhae International Airport Station ni. Hehe..

Gimhae International Airport..
Baru pukul 4 petang. Masih awal lagi kalau nak balik ke hostel. Makanya kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan sekitar Seomyeon Station. Katanya, area ni sangat happening. The most crowded place in Busan gitu. So, mari lah kita check it out. Dah alang-alang tak tau nak ke mana dah kan. Nak ke sana just naik metro Line 2 je lah dan turun di Seomyeon Station.

Seomyeon Station ni bersambung dengan Lotte Department Store. So sepanjang laluan nak ke sana ada lah banyak deretan kedai kiri dan kanan. Yes, sangat happening dan ramai sangat orang. Sakit kepala lah juga nak tengok. Kat sini kami cuci-cuci mata je lah. Dah puas jalan bawah tanah, kami keluar dan jalan atas tanah lah pulak.

Jalan-jalan tempat takde orang..
Jalan-jalan atas tanah.. Belum happening lagi..
Banyak kedai tapi belum banyak orang..
Awal sangat kot kami sampai ni. Kat atas tanah belum happening lagi. Cuba datang time malam sikit. Mesti sesak sampai nak jalan-jalan pun susah. Agak-agak dah boring merewang kat sini, kami pun melangkah pergi. Baru pukul 5.30. Nak balik hostel sangat-sangat lah tak logik. Kang balik kang, malas dah nak keluar. Oleh itu kita all out habis-habisan jalan sementara hari belum gelap dan kaki belum pengkor sepenuhnya. Sakit tu jangan cakap ler, tapi teruskan jugak berjalan.

Menuju balik ke Seomyeon Station..
Naik train dan turun di Dongbaek Station. Nak jalan-jalan tengok marina kekdahnya. Tempat letaknya Busan Yachting Club. Dalam tv, tengok gambar-gambar kat internet macam cantik je tempat ni. Nak lah jugak merasa tengok depan mata kan. Tapi nak ke sana ya ampun. 15 minit kau jalan kaki dari the nearest metro station! Terbaik sangat lah. Makanya jalan kaki penuh sopan santun dan ayu lah gitu sebab kaki dah sengal-sengal.

Tagline Haeundae..
Marang perapu keponden parang skeper dah jadinya. Penat sangat nak sampai ke marina ni. Tapi mantop lah wei nak ambik gambar kat sini. Bestnya tengok kapal-kapal dan bot-bot yang ada kat sini. Tak pasti lah pulak aku samada kapal-kapal ni milik persendirian ataupun belong to the sailing federation. Kalau ada ala-ala open day kat sini kan best. Boleh masuk jenguk-jenguk dalam bot tu kan. Boleh berangan yang bukan-bukan. Huhu.. 

Marina..
Busan Sailing Federation..
Tempat ni jugak pernah jadi venue acara yachting masa Asian Games tahun 1986 dan Seoul Olympics tahun 1988. Selain dari yachting center ni, kat kawasan sekitar ada lah jugak surfing & scuba diving school. Ada duit lebih boleh lah belajar kat sini ye. 

Dah habis berposing kat sini kami singgah pulak kat Busan Cinema Studios. Seberang jalan je dari marina ni. Dari jauh dah boleh nampak. Mula-mula aku ingatkan Busan Cinema Studio dengan Busan Cinema Center benda yang sama dan lokasinya sama. Tapi rupanya lain-lain. Busan Cinema Center letaknya dekat Centum City. Kami dah pergi dah sebelum ni. Yang ni Busan Cinema Studios. Aku rasa tempat ni ala-ala FINAS kat Ulu Klang tu kot. Rasanya lah.

Busan Cinema Studios..
Kami sampai ni dah petang sangat kot makanya dah tutup dah pun Busan Cinema Studios ni. Tapi boleh lah jugak jalan-jalan kat area lobby. Ada lah penerangan sikit pasal studio ni, hall apa yang ada, latest tech apa yang digunakan dalam pembikinan filem kat Korea Selatan ni, dan macam-macam lagi lah. Kat satu sudut ada display beberapa filem yang pernah buat pengambaran dalam studio ni. Kebanyakan filem tu aku tak pernah dengar. Haha.. 

Tak dapat nak merewang..
Antara shooting scene kat Busan..
Tengah jalan-jalan kat lobby on the way nak keluar kami lalu satu bilik yang terang benderang. Ada ramai umat dalam bilik tu duduk keliling meja. Masing-masing dengan kertas yang tebal kat tangan. Wah.. Script-reading session ke ni? Gigih lah aku tenung sorang-sorang yang ada kat dalam tu kot-kot ada pelakon yang glamour kan. Tapi sorang pun aku tak kenal. Ke sebab masing-masing serabai tak pakai make up? Hehe..

Caterer bergerak untuk orang-orang dalam bilik tadi tu kot..
Pukul 7 malam. Langit pun dah mula gelap. Kami pun bercadang untuk balik terus ke hostel. Tapi ala-ala dah tak kuasa dah nak patah balik ke metro station yang jauh giler tu. Makanya, kami ambil keputusan untuk naik bas je balik ke hostel. Berangan sangat nak naik bas, tapi baru teringat yang Cashbee Card tak cukup balance. Haha.. Tapi kan, aku rasa macam boleh je kalau nak naik transport awam ni walaupun tak cukup balance. Kiranya kita hutang dulu lah. Aku macam pernah baca kat mana-mana. Tapi tak berani lah aku nak buat. :P

Malam sudeyy..
Kami pun berjalan lah kaki dengan harapan ada jumpa dengan convenience store yang boleh kami topup kan cashbee card dan seterusnya boleh naik bas. Berlagak sangat kan tak nak balik ke metro station. Padahal kat metro station tu ko boleh topup sampai muntah. Tapi mengenangkan nak patah balik tu eii malas sungguh. Dah tu mengenangkan kat Haeundae Station nanti nak kena naik tangga yang banyak tu tak mampu sangat dah lah. Nak dijadikan cerita, sepanjang jalan tu tak jumpa convenience store. Jalan punya jalan punya jalan punya jalan alih-alih dah sampai hotel The Westin Chosun. WENGGG~!!! La hai.. Dah sampai sini tak payah lah naik bas. Jalan kaki saja lah balik ke hostel. Huhu..

50 minit kau. Menapak dari Busan Cinema Studios sampai ke hostel. Ada lah dalam 3km kami jalan kaki. Hahaha.. Nasib baik lah angin sepoi-sepoi bahasa, cuaca nyaman je nak jalan-jalan. Kalau tengah-tengahari buta memang tak mampu lah kan. 

Gigih tak kami menapak? Huhu..
Okies! Sampai hostel apa lagi. Kaki pun mengucapkan good night. Baru duduk kejap, nak bangun balik tu ya ampun seksanya macam apa. Memang surrender habis lah ni. Nak makan pun tak larat dah. Malam tu tidur bertampalkan salon pas sana sini. Mudah-mudahan lega lah besok pagi. Besok dah nak balik Malaysia dah! Kang tak boleh jalan kang sapo nak dukung aku yang gemokk ni pi airport. Huhu..

Dah. Tak tau nak tulis apa dah. Stop kat sini dulu!


Perbelanjaan Hari Ini:-

Pos Postcard x 4 = KRW2,000.00
Cashbee Topup = KRW5,000.00
Casablanca Restaurant = KRW9,500.00
Vegie Ramyun = KRW4,200.00

Total = KRW20,700.00

3 comments :

Anonymous said...

Kak yatt memang letup... sampai tahu kubor Baekje ke Silla.. ahaha.. -Shida, SDK

CikSengal said...

shida,
wahahahaha.. gigih membaca tau!

Sizzling Suzai said...

Dahsyatt sgt details story sirah pn masuk skli! Haha sy bce pn sengal rs kaki ni phm sgt cmne rs..mmg backpack penat thp nk mati tp msg2 degil nk gak brjln kn! Hehe Hebat! Sy br nk plan cuti2 korea kmi bkn11 ni..will check ur other post mgkin brguna pd kmi :)