Wednesday, March 19, 2014

Korea 330K Won ~ Final Day: Hongdae, Apgujeong Rodeo & Sindangdong Ddeokbokki Town

Monday, 25th March 2013

Hari kelima merangkap hari terakhir kami di Seoul ni. Flight kami balik ke Malaysia adalah pada waktu petang. Aku dan Mulan lah. Leen pulak flight pagi. Makanya pagi-pagi ni aku dan Mulan hantar Leen naik subway train sampai Hongdae Station untuk naik AREX ke Incheon Airport. Dah tu kami yang tertinggal kat belakang ni pergi lah merewang last minute ke mana saja kaki ni ingin melangkah. Hehe..

Dah alang-alang sampai Hongdae kan, kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan cuci mata kat sini. Baru pukul 7.30 pagi. Kedai semua belum bukak. Termenung je lah kami ni. Takde buat apa pun kat sini melainkan aku tunjukkan Mulan jalan untuk pergi ke Trick Eye Museum dan Hello Kitty Cafe. Lain kali boleh lah dia pergi sendiri.

Trick Eye Museum Entrance..
Hello Kitty Cafe..

Dah habis jalan-jalan kat Hongdae, kami ke Apgujeong pulak. Gedik nau nak breakfast kat Kona Beans kan. Pagi-pagi ni gerenti dah bukak, dan tak ramai orang. Boleh lah minum kopi dengan aman. Dah tu nak cuba try test naik turun kat subway station yang terbaru tu --> Apgujeongrodeo Station.

Apgujeongrodeo Station..

Kami pikirkan tak ada orang. Tapi penuh kau! Gila betul. Baru pukul berapa ni. Haha.. Walaupun penuh, nasib kami agak baik jugak lah dapat tempat duduk. Kat smoking area pulak tu. Selamat lah terkokoh-kokoh kat situ dek asap rokok manusia-manusia yang berada disekitar. Tak ada lah pulak Sungjin pagi-pagi ni. Kalau ada best sikit nak cuci mata. Sobss.. 

Kona Beans..
Latte kot.. Entah ye lupa order apa..

Semakin lama semakin ramai manusia, beratur sampai ke luar kedai. Oleh sebab dah ramai sangat, kami pun angkat kaki. Jalan-jalan cuci mata sekitar Apgujeong Rodeo Street yang mana semua kedai rata-rata belum bukak lagi. Awal sangat kami ni keluar jalan-jalan.

Deretan kedai yang ada..
Uihhh??

Dah habis jalan-jalan tengok kedai yang belum bukak ni, kami mengambil keputusan untuk melawat Jungjin pulak. Haha.. Naik lah subway train ke Konkuk Univ Station. Sampai-sampai je MoBit, ya ampun! Lagi dasat queue yang ada kat sini. Sampai ke luar kedai. Aishh.. Tak mampu kami nak beratur. Angkat lah kaki menuju ke destinasi yang seterusnya.

Tengah jalan-jalan tu, tiba-tiba ada satu manusia ni tweet dia on the way ke KL...

Heyyyyyyyyy....
What? WHAT? WHYYY? Macam mana kau? Ehh? Hahaha.. Aku dan Mulan jadi konpius tahap gaban tergolek dah. Macam mana dia boleh ada kat Malaysia? Baru je malam tadi kami tengok dia terkinja-kinja jadi Son Dambi. Magic sungguh lah. Senyap-senyap je dia turun KL ya. Ada projek apa? Shooting drama? Shooting iklan? MoU dengan siapa-siapa? Jadi duta produk? Terus tak senang duduk kami ni. Berdebar-debar je rasa. Haha.. Sangat poyo. News pasal Siwon kat Malaysia boleh baca kat sini.

Di sebabkan anak pakcik Choi yang sengal tu lah, kami melangkah dengan perasaan yang tak tenteram dan terawang-awang. Sampai tak sedar alih-alih kami dah sampai kat Sindang-dong Ddeokbokki Town. Ekeke.. Dah sampai sini, mari lah kita makan ddeok dulu. 

Sindang-dong Ddeokbokki Town..

Pernah baca banyak review pasal makan ddeok kat Sindang ni. Sejak first trip dulu dah baca. Tapi trip yang kelima ni barulah berkesempatan nak pergi. Banyak review jugak kata sila pi makan kat satu restoran nenek ni. Tapi malangnya, sebab awal pagi lagi kot. Restoran nenek tu tak bukak lagi. Makanya kami pun melangkah ke restoran yang letaknya bertentangan dengan restoran nenek ni. I Love Sindangdong gitu nama kedainya.

I Love Sindangdong!!

Walaupun masih awal pagi, boleh tahan ramai jugak lah manusia yang tengah makan kat sini. Restoran ni agak besar. Banyak meja. Kami mengambil tempat duduk dan staff pun datang hulur menu. Tak susah mana nak mengorder sebab ada ditulis dalam English. Ingredients dalam hidangan ddeok pun ada disenaraikan sekali.

Dalam restoran..
Bukak Menu..
Pilih yang ini!!

Tak lama mana pun menunggu pesanan untuk sampai. Diletakkan satu kuali yang besar dengan segala ingredients kat atas dapur yang memang dah sedia ada atas meja tu. Mak oii.. Terbangak kami jadinya. Banyaknya! Boleh habis ke ni? Huhuhu.. Nasib baik tak breakfast berat-berat pagi tadi. Disertakan sekali pickle radish yang berwarna kuning tu. Sedap jugak lah rasa pickle radish tu. Hehe.. Dapur pun dihidupkan, dan segala bahan-bahan tu pun dibiarkan mendidih. Sambil-sambil tu kena lah kacau. Kalau idak, hangus kat belah bawah.

Hambik kawww..
Pickle yang sedap..

Jenuh sungguh nak makan. Kemain lama bertapa dalam restoran ni. Sikit-sikit. Lama-lama habis jugak lah. Habis makan bahan yang penting-penting je. Hehe.. 

Bila nak habis? Huwaaaaa..

Dah habis makan, kami pun balik lah semula ke hostel untuk ambil barang dan seterusnya ke airport. Dah nak balik Malaysia dah. Wuwuwuw.. Nanti kita datang lagi ye ke Seoul ni. Hehe.. Mau boring korang semua baca cerita aku jalan-jalan Seoul ni kan. Bertabah je lah ye!

Tamau balik! Tamau balik!


Bye-bye South Korea! See you soon. Sooner than you expected. Kuikuikuikuikuikiiiioooookkkk..

1 comments :

norsalihah shaleh said...

Assalamualaikum....


saya jalan2 baca pengalaman orang pergi korea then jumpa entry yg menarik ni!! hehe.. minat suju juga ke??? samalah kita.

jemput datang blog saya, ada juga saya share kisah saya kat korea :-)
salam kenal... zinziemeewah