Sunday, June 19, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 7: To Seoul! Kim's Gursthouse, Itaewon, Seoul Central Mosque, Namdaemun Market & KBS Building

Friday, 18th February 2011

It's time to say bye-bye to Jeju! Sedihnya. Entah bila boleh datang lagi kan? Oklah. Flight kami balik ke Seoul adalah pagi. Tak ingat lah pulak pukul berapa. Tapi yang pastinya seawal pukul 6 kami dah check out keluar dari hotel. Mr Kim, owner Smile Hotel bawa kami ke jalan besar (jalan kaki je) dan tahankan teksi untuk kami ke airport. Memang baik betul lah Mr Kim ni. Sempat lagi suruh kami datang lagi. Hehehe.. Next time lah ye.

Punyalah sejuk pagi-pagi buta ni. Entah berapa degrees entah suhu kat luar ni. Nasib baik senang dapat teksi. Kalau tak, haruslah menggigil-gigil dah. Taxi fare dari Smile Hotel ke airport dalam KRW4,000 je. Dah sampai tu, cepat-cepat mencicit lari masuk ke dalam terminal building. Cari tempat memanaskan badan. Hehehe.. Orang kat airport tak berapa ramai. Mungkin sebab masih awal lagi. Kami je yang tak sabar nak balik Seoul. Ye ke tak sabar? Nak buat macam mana, pagi-pagi macam ni lah tiket paling murah..


Check in..

Korea Airports punya ambassador? Bilalah nak tengok diorang reunite balik ye?

Departure gate..

Our breakfast..

Menebeng lah kami depan departure gate untuk the next hour. Makan biskut cicah coki-coki & kopi DIY. :p Lama-kelamaan orang semakin ramai. Woww.. Gerenti penuh ni atas flight. Kat atas flight, most of the time aku pengsan. Baik punya tidur. Tapi sebelum tidur tu, ada seorang stewardess ni request nak ambik gambar kami. Pelik kot dia tengok minah-minah pakai tudung ni pergi Jeju. Hehehe.. Tu je lah kot ingatan yang aku ada. Lepas tu ilekk. Tau-tau je dah nak landing. Kalau tak, boleh jugak aku join main game rock-paper-scissors tu. Boleh dapat hadiah. Ke tak main kali ni? Hahaha..

Gimpo Airport. Next destination perhaps? GIST is there.. Ngeeheeee..

Sesudah landing, kami gerak terus ke Sunshine Guesthouse. Ambil barang dan terus ke Kim's Guesthouse di Hapjeong. Si Taeyang gebu, anjing besor kat Sunshine Guesthouse tu macam sedih je tengok kami pergi. Sayu je muka dia. Wakakaka.. Bye bye Taeyang. Nanti aku datang jenguk kau lagi ye. Nak peluk kau, tak boleh. Hehehe..

Mengangkut barang..

Dimanakah gerangannya Kim's Guesthouse ni? Kalau nak suruh tunjuk dalam peta memang aku tak tau. Nak ke sana pun aku pening. Hahaha.. Yang pastinya, kami ikut je instruction owner Kim's Guesthouse tu. Dari stesen Jongno 3 kami transfer di stesen City Hall. Dari situ kami ambik line 2 dan turun di stesen Hapjeong. Dah tu? Keluar lah dari station. Exit 8. Dah tu? Naik teksi dol! Nak turun kat mana? Entah! Hahahaha.. Kisahnya, sistem alamat kat Seoul ni agak bercelaru. Kalau bagi alamat kat driver teksi tu, belum tentu lagi boleh sampai Kim's Guesthouse ni. Sudahnya, we let the guesthouse owner talk to the driver arah mana nak pergi. Tak sampai 5 minit, kami dah sampai Kim's Guesthouse. Dekat rupanya. Naik teksi dekat lah. Kalau jalan kaki confirm jauh ni.

Kim's Guesthouse..

Pintu masuk..

Another angle..

Di Kim's Guesthouse kami duduk berempat dalam satu bilik with double decker's bed. Ok jugak. KRW16,000 per head for one night. But.. Ada but nya taww. The not so nice thing about this place is, toilet asing kat luar bilik dah dikongsi bersama dengan guest-guest yang lain. SHARING TU, SHARING DENGAN ORANG JANTAN SEKALI TAU HOKKAYY!! Mau tak seram kalau tengah mandi, tengah gosok gigi, ada mamat gosok gigi jugak sebelah kita. Huhuhuhu.. Meremang bulu roma aku memikirkannya. Belum lagi kalau betul-betul kejadian depan mata. Urkkk!!

The owner was not around. Adik dia ada lah. He's a very nice guy. Dia lah yang dok bagi arah kat driver teksi kami. His english was gooooooooooood. Memang hospitable habis lah. Sibuk making sure kami ok ke tak, selesa ke tak and so on. Ye.. Ye.. Kami ok donk!! The ambiance is quite nice lah jugak kat Kim's Guesthouse. Cuma tu lah. Tak berapa nak suka pasal toiletnya. And ada kureng sikit dari segi lokasinya. Subway terdekat is Hapjeong! 10 minutes walk tau. Tak macam duduk kat Sunshine. Satu minit jalan dah sampai subway station. Jauhnya aku nak kena menapak to and fro Kim's ni. Huhuhu..

After everything settled down, dah dekat tengahari dah. Kami bercadang untuk pusing-pusing Itaweon. Menapaklah kami ke stesen Hapjeong. Sebelum tu, kami singgah sebentar di Family Mart untuk topup T-Money kami. KRW10,000 je. Then dari Hapjeong ambik line 6. Terus turun kat Itaewon station. Senang je tak payah transfer-transfer. Several friends of mine dok gigih kirim baju Hardrock Cafe. Katanya kat Itaewon lah kedainya nun. Sekali bila skodeng, dah tutup daaa Hardrock Seoul ni. Zaman bila tutup pun aku tatau. Hahaha.. Kempunanlah mereka-mereka yang nakkan baju Hardrock tu. :p

Keluar-keluar stesen je terus nampak kedai kat bawah ni. Apa lagi. Mari melantak!! Aku mamam lamb kebab. Harga? KRW4,000. Tutup mata, ngaaappp!!

Ankara Picnic..

Lamb Kebab.. SEDAAAAPPP!!

Dah kenyang, kami teruskan perjalanan. Misi seterusnya ialah mencari Seoul Central Mosque. Teringin jugak lah nak jejakkan kaki kat sini kan. Masjid ni ada sejarah dengan Malaysia. Nak tau lebih lanjut, google sendiri lah. Hahahaha.. Tapi, punyalah pusing-pusing kami kat situ sampai sesat barat. Mana masjid ni? Tak jumpa!! Boleh dengar azan. Tapi dari arah mana azan tu datang pun kami tak tau.

Adussss.. Mana masjid neh?

Sesat sampai sini..

Omigoshhh!!

Akhirnya, kami jumpa jugak masjid. Kesengalan betul. Kebetulan baru lepas waktu asar. Ramai jugak lah orang kat sekitar masjid. Rupanya kecik je kawasan masjid ni. Tak lah besar mana. Tapi atas bukit lah. Agak semput jugaklah aku naik ke atas. Kurang stamina aku ni. We met a few Malaysian tourists kat sini. Setakat senyum je lah. Takde pulak nak borak-borak segala. Sempat jugak aku solat jamak kat sini.

Masjid Seoul..

Dalam masjid..

Dah selesai urusan di masjid kami skodeng-skodeng kedai-kedai yang ada kat sekitar masjid. Senang juga nak cari makanan halal kat sini. Beli roti dua tiga ketul and off we go to Namdaemun!!

Sekitar Masjid..

Namdaemun. Apa yang ada kat sini? Basically Namdaemun ni kawasan pasar. Macam-macam ada jual kat sini. Tapi kami sampai dah petang. Most of the shops dah nak tutup. Apa yang ada je lah. Jalan-jalan cuci mata.

Namdaemun Market..

Sejarah Namdaemun..

Ada banyak juga gerai lelong baju. Baju-baju tebal setakat KRW5,000. Siapa tak mau beli woo? Bapak murah! Tapi terpaksa lah kau bergasak dengan ahjumma-ahjumma kat situ. Diorang memang pantang ada jualan murah, barang free and so on. Macam perang jadinya. Aku sempat grab this one coat. Tapi entah macam mana, hujung belah sana this one ahjumma dah pegang. Dia main tarik je. Huhuhuhu.. Melepas aku. I'm not in their league. Teringat aku kat Sera-nim. "Ini barang free aaa... Tidak bagus punya... Ini ahjumma paling suka.." Kekekeke..

Hoddeok!!

Jalan-jalan kat Namdaemun, jumpa gerai jual hoddeok. Apa lagi, kita melantak lagi! Hahaha.. Buruk betul perangai. Asal jumpa orang jual hoddeok je mesti nak beli. Asal jumpa je mesti nak stop by beli. Lama-lama jadi muka hoddeok aku ni. Tak apa, kita tolong ahjumma ni lariskan jualan dia. Hehehe..

Snack bar..

ulat amende ntah ni..

Jual makanan + kedai merchandize yang celup-celup..

Kat Namdaemun ni, tujuan aku cuma nak cari set sudu and brooch Korea. Sangap betul bila tak jumpa benda yang dicari ni. Almaklumlah Namdaemun tu besar. Tapi jalan punya jalan jumpa jugak lah dengan gerai-gerai jual set sudu. Banyak memang banyak gerai-gerai ni. Cuma nak kena cari tempat yang jual set sudu ni dengan harga yang murah. Sampai ke belakang-belakang kedai kami pergi. At last jumpa lah jugak. Tapi harganya tak murah mana pun. Tapi beli jugak lah. Takut tak jumpa lagi lepas ni. Nak buat apa set sudu ni? Bagi souvenir kat mak. Sudu Korea ni kan pelik sikit. Panjang dan bulat.

Gambar apa yang diambik ni?

Gambar kat atas ni keje K Awa. Melekek-lekek kami gelak. Bumper siapa tak cukup besar boleh laa beli seluar kat atas tu. Siap ada padding lagi. Hahaha.. Tengah gigih gelak, this one helmoni (nenek) pandang-pandang kami sambil tengok apa bendalah gambar yang diambik. Terfreeze keras kejung kami kat situ. Malaysian? Tanyanya. Terkejut kami. Kami jawab ye lah. Sekali makcik tu ajak borak daaa. Hahahaha.. Rupa-rupanya dia pernah duduk Malaysia in the 1980s. Lama dah tu. Excited dia bila dapat jumpa orang Malaysia. Macam-macam dia tanya. Nak refresh balik memory dia lah tu. K Awa and Nott lah melayan betul-betul. Aku pulak pergi skodeng apa yang dibeli K Abid. Dan terkedu aku bila pakcik yang meniaga tu cakap melayu. Hahahahaha.. Nampak sangat orang Malaysia suka shopping kat sini. Hehehe..

Dah habis meronggeng tu, kami cari kedai jual brooch. Kat belah mana lah pulak ni. Aku sempat lagi call Wak Daut yang jauh nun kat Arab tu tanya kat mana kedai brooch Namdaemun. Hahahaha.. Terkejut dia bila dia dapat tau aku call dari Seoul. Motip aku call bapak aku? Apa yang dia tau? Of courselah dia tau. Sebab dulu-dulu dia datang Seoul gigih beli brooch banyak-banyak kat Namdaemun ni. Cantik-cantik pulak tu. Kalau Wak Daut yang tak berapa pandai nak beli brooch, boleh beli brooch cantik-cantik, apa lagi aku ni yang tau menilai mana cantik and mana buruk? Hahahaha..

Dah penat berjalan, jumpa jugak akhirnya. Tapi dah macam bangunan tinggal dah tempatnya. Majoriti kedai dah tutup. Yang bukak pun berapa kerat je. Memang ada macam-macam brooch yang dijual. Tapi kebanyakkannya tak menepati citarasa aku. Dan sangat mahal!! Kenapa orang kata brooch-brooch ni murah? Kenapa Wak Daut boleh beli brooch murah-murah? Cantik-cantik pulak tu? Kenapa orang kata boleh dapat sepasang RM10? Aku tanya sebijik dah KRW3000. Tu dah RM9 dah. Baru sebijik. Kalau sepasang dah berapa? Iskkk.. Sebab kami ni tourist? Mencilah. Seriously aku frust!!

All sorts of Brooches

Walaupun frust, aku belilah jugak sebijik dua buat cukup syarat. Biar menyesal beli jangan menyesal tak beli. Tapi, kalau macam ni lah gayanya, tak over kalau aku cakap brooch kat pasar filipin lagi cantik dan murah. Huhuhuhu..


Dah habis merewang kat Namdaemun, it's time for us to go back to Kim's. Tapi aku dan K Abid melencong ke tempat lain. Hehehe.. Kami ke Yeouido. Gigih tau nak tengok EunTeuk kat Kiss The Radio. Hehehe.. Walaupun tak tau the exact cara untuk ke sana, kami beranikan diri jugak. Dah malam-malam macam ni harus ada rasa seram jugak lah kan. Dah sampai stesen Yeouido, we had to cross this park, barulah sampai ke KBS building. Mula-mula, kami terjah bangunan KBS yang belakang. Sekali silap bangunan daaa. Nasib baik ada pak guard yang baik hati tunjuk bangunan yang betul. Hensem jugak pak guard ni. Hehehe..

KBS Building..

Bergerak lah kami ke bangunan depan. Ada seorang pak guard lagi duduk kat situ. Aku cakaplah nak pergi tengok SUKIRA. Senyum je guard tu tunjuk jalan. Waduhh.. Hensem jugak. Hahahaha..

Tapi.... Too bad. Masa kami sampai, Super Junior tak ada! Sengal betul aku ni tak check jadual diorang betul-betul. Mana lah diorang nak ada, Super Show 3 in Japan donk!! Argghh.. Melepas nak jumpa EunTeuk. Lepas ni memang tak ada peluang dah. FRUSSSTTT lagi. Berapa kali nak frust daaa aku hari ni? Huhuhuhu..

Hyukjae takde!! Merajuk..

Ambik gambar konti je lah..

Kalau kami pergi siang kat KBS ni mesti boleh tengok team 2 Days 1 Night shooting. Biasa diorang shooting hari Jumaat. Takde luck kami ni. Duduk sekejap kat lobi KBS panaskan badan. Sejuk gila kat luar tu. Time nak balik, segerombolan orang-orang tua baru keluar dari one of the studios kat situ. Ni mesti audience-audience untuk rancangan orang tua-tua ni. Hahaha.. So, tak ada buat apa dah, kami pun balik je lah ke Kim's.

It's already late. Semacam aku dan K Abid je dua orang lenggang kangkung menyusuri jalan-jalan di Hapjeong yang sunyi tu. Sereeem pun ya. Sekali sekala beberapa buah motor lalu ditepi kami sambil tabur kad-kad kecik. Bersepah-sepah kat jalan. Banyak pulak tu. Kenapalah mereka tabur kat jalan ni? Aku yang curious ni pun, pick up lah kad-kad kat jalan tu. Shilakakkk betul. The card is nothing but gambar perempuan bogel plus alamat/no contact. Sialan.. Hahahaha.. Bagus punya marketing kan? Orang yang jalan kaki, memang akan curious dengan kad-kad yang bersepah ni dan seterusnya pick up the cards. The rest of the story, pandai-pandai lah buat sendiri. Patutnya aku kutip kad-kad ni buat souvenir. Hahaha..

Sampai kat Kim's around 11 something. Makan roti beli kat Itaewon tadi, and terus pengsan. Sungguh. Penat betul aku hari ni.



Kos Perbelanjaan Hari Ini :- KRW76,000

5 comments :

AiNa~ said...

nk tny, mase g korea naik air asia kan? klu bwk bag pack pastu xnk masuk under checked baggage, bape besar beg boleh lepas?

CikSengal said...

semua flight dah tetapkan standard size beg bawak naik atas kan.. sekali dengan berat.. not more than 7kg.. ikut yang tu lah..

e.l.i.z.@ said...

Hahahah kelakar wehhh aku igt sape la wak daut..aku tau nama bapwk ko daut..tp xsangka plak ko mmg call bapak ko..hahahah adei laa..
Eh tp kan,nape ko x habiskan area seoul dulu br p jeju?
Ke ni bahagian belah seoul yg lain ek? Kalu sama, mst ko duduk kt sunshine ..ni ko amik kim's..

CikSengal said...

hehehe.. nak tau sangat dia beli kat mana.. pi jeju tu sebab hari yang aku pegi tu je lah tix murah.. hari lain mahal.. duduk kat kim's tu saja2 nak tukar angin..

Anonymous said...

Kak, nak tanyalah... kita kne pakai bju berlapis2 yer? Atau sekadar pakai heattech dgn winter coat ckp.. pastu, kt mana akak beli winter coat dll yg pluss size.. kt sini or kat korea ada belambak plus size punya winter coat... inshaAllah nk pegi 2 mgu lg. Kut la sempat akak jawab..