Friday, March 7, 2014

Bercakap Dengan Cik Ti

Sejak dua menjak ni, semakin menjadi-jadi kaum kerabat Cik Ti dok buat sukaneka kat bumbung. Sampai rimas dibuatnya. Takut dia jatuh bolos masuk bilik je kan. Seram la woii. Cukup-cukup lah sekor buat hal kat dapur. Yang tu pun entah bila lah dapat dihalau keluar. Kupikirkan ia sudah lari, tapi sedap-sedap aku tangkap dia makan maggi aku. Chaiitt sungguh..

Makanya dek sebab dah tak tahan, aku pun google lah kan macam mana nak buat kaum kerabat ni duduk diam-diam. Hari-hari nak buat lompat jauh. Hari-hari nak buat lumba lari. Aku nak tidur pun tak tenang. Apa yang menarik setelah di google, ramai yang bagi pendapat bahawasanya, kaum kerabat ni tak boleh ditegur dengan kasar. Cuba cakap baik-baik, confirm diorang dengar kata.

Apa tengok-tengok? Mari bersenam!!


WHAT? I said whattt? Biar betul? Dah melekek macam orang gila kot aku ni bila baca pendapat-pendapat ni. Serious meh? Hahaha.. But, worth a try lah kot kan? Makanya aku pun siap susun ayat baik-baik nak 'cakap' dengan kaum kerabat Cik Ti ni.

Tengah diorang bergedeguk-gedeguk kat bumbung tu, aku pun bukak mulut. Sesopan yang mungkin tone suara aku gunakan. "Udah-udah lah tu ye main. Dah malam dah ni. Nak main, main besok pagi ye. Aku ni nak tidur. Tolong lah ye. Pleasssseeee..."

Gelak lah. Tapi tu lah ucapan hari raya aku kat tikus-tikus kat bumbung tu. Hasilnya? Memang aku terbangak habis sebab terus diam sediam diamnya. GILA! Dah tak ada dah bunyi bising! Oh my. This is scary. Hahaha.. Gila lah aku boleh berkomunikasi dengan tikus. Hahaha..

Serius aku tak tipu pasal diorang terus senyap. Dan lepas tu tak ada bunyi-bunyi bising kat bumbung tu selama beberapa minggu. Mejik betul lah. Rasa kagum pun ada. Memang mujarab tips yang ada kat internet tu. Lain kali, kalau ada bunyi bising lagi, tak perlu lah kan menjerit-jerit suruh diam. Kita cakap baik-baik dengan dia. InsyaAllah dia mendengar kata. Hehe..

Saya dah bercakap dengan tikus. Anda bila lagi? Huehuehue....

4 comments :

CT Humairah said...

pasang je prangkap.. letak kat dapur dua tiga prangkap.. puas hati.

CikSengal said...

CT,
ni cik ti jenis educated ni.. dia main acah-acah je depan perangkap.. memang tak jalan.. tak tau nak buat apa.. now dah pindah rumah so lega tak yah pikir.. haha..

Aliah Nuqmans said...

hahahahahah
ade tak org nk hire ko jd jurulath cik ti??

tihtihtihhhh

**try letak daun pandan or serai wangi byk2 kak.
semut lipas cicak tikus sume xsuke bau daun pandan ngn serai wangi

CikSengal said...

aliah,
melampau nau nak jadi coach.. hahaha..