Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, April 26, 2013

TransJava ~ Prologue

Kerja banyak, tapi ada hati nak berjalan. Ni lah jadinya. Besok nak meroyan TransJava. Sekarang aku tengah tergolek-golek kat lantai LCCT buat kerja. Terpaksa!
The Infosys thingy..

Oklah, relaks sekejap dari buat kerja, meh membebel pasal trip aku kali ni. TransJava katanya. Kenapa TransJava? Aku pun tak tau kenapa tapi maybe sebab kita akan menjelajah Pulau Jawa dari hujung ke hujung gitu? Lebih kurang lah kan. Ekceli bukan dari hujung ke hujung pun, Dari major city ke major city yang lain lah gitu.

Thursday, April 18, 2013

Ayam K-POP

Terbangak aku seketika bila kepsi kata dia keluarkan ayam ala-ala Korea. Lohhh Ayam KPOP ke. Sedap tak ye? Mari lah kita beli dan kita rasa.

Ayam K-POP

The verdict? Rasa sekali, sekali tu je lah rasa. T____T Rasa apa nehhhh?? Daripada buat camni, baik buat ayam masak merah cili gochujang ke, ayam goreng samgyetang ke. Ini setakat ayam goreng entah dengan rempah apa lepas tu tepek cili sos lepas tu renjis bijan dan terus cop ala-ala Korea. Orang Korea pun tak makan kot?

KEMBALIKAN AYAM HOT N SPICY! Itu sebenarnya yang aku nak cakap.. :P

Sunday, April 14, 2013

Hasil Rampasan Dari Korea

Tu dia.. Gila memborong..

Nyiaaaawww...

Santek tak beg kaler merah tu? KRW10,000 je. Hehehehehe.. 

Friday, April 12, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 6: Knobs Flat, Milford Sound, Mirror Lakes, Te Anau & Kingston

Tuesday, 1st May 2012
Knobs Flat --> Milford Sound --> Te Anau --> Kingston

Sambung karangan! Entah bila nak habis cerita jalan-jalan NZ ni. Baru day-6. Ada sampai day-13 nak cover! Wawawawa..

Oklah, kisah di hari ke-6 ni bermula dengan aku yang beku kat dalam campervan. Ni spesis hapa sejuknya ni aku pun tak tau. Sakit segala sendi-sendi. Entah minus berapa lah suhu malam tadi. Bila keluar je dari van, memang terbangak lah kami dibuatnya. Satu van diselaputi frost. Tebal pulak tu. Ya ampun! Kami tidur dalam peti ais rupanya! That's it. Lepas ni takmo tidur kat non-power site! Lantak lah kena bayar lebih sekali pun. Aku dah tak tahaaaannnnn...

Frost..

Tuesday, April 9, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 3: Kona Beans, TimeOut, Myeongdong & Olympic Park

Oii bilalah nak habis edisi Spring ni. Malas betul aku nak mengarang.. T___T

Sunday, 27th May 2012

Hari ni, hari merelakskan diri sedonia gitu. Malas nak berjalan sangat, malas nak memenatkan diri. Makanya, hari ni kita santai je lah ye. Ke mana kita? Kita lepak-lepak minum kopi gitu. Do it the Seoulites way. Iyolah tu kan.

Kita pergi minum kopi kat Kona Beans! Marilah menjenguk mak-mak mertua gitu. Gila perasan ada mak mertua Korea khenn? Gasak korang lah. Yang penting kita singgah tengok Kona Beans yang satu ni. Orang semua dok cerita. Errmm.. Orang-orang yang minat bebudak SuJu tu lah. Sebok memasing dapat jumpa mak budak-budak ni kan. Orang kata kalau tak jumpa orangnya, jumpa maknya pun takpe. Tak jumpa maknya, jumpa kedai maknya pun dah ok. Gitu lah kekdahnya.

Kona Beans!

Friday, April 5, 2013

K's House, Hiroshima

Moh sambung update pasal hostel/backpackers yang ada kat Jepang ni. Sempena menjejakkan kaki kat Hiroshima ni (tak ingat lah pulak aku hari ke berapa aku meronggeng kat Jepun ni), kami memilih untuk tinggal kat K's House. Kenapa K's House? Sebab bila time booking tu, tanya banyak-banyak hostel, hostel ni yang bagi respon dulu. Hehehehe..

K's House ni sebenarnya tak berapa jauh dari Hiroshima Station. Boleh jalan kaki. Kalau tak larat jalan kaki, boleh naik tram. Tapi kami ni kedukuttt taik hidung masin kan. Selagi boleh berjimat, kami jimat. Gasaklah jalan kaki 15 minit pikul beg 10kg. Aku kan terer. Hahaha..

Jalan kaki ikut anak panah..

Monday, April 1, 2013

Miyagi Guesthouse, Sendai

Kat Sendai. Kami stay kat sini untuk satu malam. Namanya Miyagi Guesthouse. Kami sampai Sendai dah malam dah. Tak ada lah malam mana pun baru pukul 6 lebih je sebenarnya tapi disebabkan winter time, dah malam sangat dah rasanya. Merangkak jugak lah nak mencari tempat ni walaupun lokasinya tak jauh mana dari Sendai Station. Jalan kaki dalam 15 minit je.

Mengikut maklumat yang diberi oleh tuan punya guesthouse, jalan je ikut penunjuk peta yang diberi dan berhenti bila nampak "Pink Car". Katanya guesthouse ni agak tersorok sikit. So indicatornya ialah Pink Car ni tadi. Now, now. What is this Pink Car? Kedai? Restaurant? Kedai aksesori kereta? Ataupun memang kereta warna pink? Ah gasaklah! Kita cari je lah Pink Car tu sampai jumpa.

Last sekali memang jumpa! And it was a pink car indeed. Kereta warna pink! Beetle pulak tu. Jumpa, dan terus belok ke kiri masuk ke lorong kecik. Sampai lah sudah ke Miyagi Guesthouse.

Pintu Masuk..