Monday, October 10, 2011

The Three Musketeers

All for One and One for All. Yey~~!!


Wayang beb! Dah lama aku tak layan wayang-mayang ni. Tak ada masa kekdahnya. Padahal kemut sebenarnya nak keluarkan duit. Hahahaha.. Tapi kali ni sangat nekad jugak nak pergi tengok The Three Musketeers. Ada dua sebab kenapa aku beria-ia nak tengok.

Satu - aku telah diracun oleh geng-geng di twitter. Masing-masing dah tengok. Masing-masing dok kepoh-kepoh betapa bestnya cerita ni. Hoh. Mana boleh jadi ini macam! Aku pun nak jugak join mereka mengepoh. Tak syoklah sorang-sorang terpinga-pinga tak tau apa-apa kan?

Dua - aku telah berjaya membeli tiket musical The Three Musketeers weh!! Musical? Malaysia ada meh musical ni? Hahaha.. Bukan kat Malaysia lah darling. Kat Seoul sana. MUAHAHAHA..

ngahaaaaaaa~!!

The Three Musketeers. Tak reti lah aku nak cerita! Sila baca kat sini. Bagi aku cerita ni entertaining lah. Especially part raja bongok tu. Hahaha.. Dan aku rasa cerita ni bakal ada sequelnya. Sebab Buckingkam tak habis lagi dendam dia. Dia baru je nak panaskan badan bawak kaum kerabat pergi France, tiba-tiba habis dah. Kalau ada sambungan, memang confirm aku akan pergi tengok.

Yoshh.. Gigihlah kan aku menonton movie ni. Semata-mata as a preparation untuk menonton musical yang bakal aku tak faham nanti tu. At least tau lah jalan ceritanya macam mana kan? Motip nak tengok musical ni sebab ada Kyuhyun je. Hahaha.. Kyuhyun as d'Artagnan. I LOOIIKKEE!! Kalau tak ada Kyuhyun, tak kuasa aku nak pergi. Apa nak buat. The Power of the Superior! Bum bu bum bum, bum bum!!

Related Posts:

  • Bangkok Dangerous Tengok di CP with K Rafidah n her hubby again. Not that great. Biasa-biasa je. Aku tidur 30 minit terakhir tu.. Kisah 'Ju-On' yang kami alami ketika dalam lif sebelum dan selepas tengok wayang ni lagi menarik. Apa kisahny… Read More
  • Rough Cut New movie. Two of my favourite actors berlakon, So Ji Sup (Sorry, I Love You) & Kang Ji Hwan (Hong Gil Dong). Nak-nak Ji Sup oppa baru balik dari military. Isk.. Meleleh je tengok diorang dua ni. Wakaka.. Cuci m… Read More
  • The Spirit Mati-mati aku ingatkan cerita hantu. Rupanya adaptasi dari komik. Lain kali do your homework, Yatt. Rajin-rajinkan diri tu kaji dulu apa-apa cerita sebelum pergi tengok kat wayang tu. Sudahnya sepanjang cerita aku gelak. G… Read More
  • 10000 BC Malam tadi buang tebiat pi tengok wayang. Bertiga aku, sariah n razak. Lawak betul. Tak penah2 aku sebagai anak dara jalan malam2 tengok wayang poyo2 camni. Konon2 aku baik laa selama ni. Hehehe.. Cerita yang ditengok? 1000… Read More
  • MIRЯORS Sape dah tengok cerita ni? Aku rasa nak nangis bila tengok cerita ni kat CP ahad lepas. Bukannya cerita sedih. Tapi cerita hantu! Cerita yang buat aku sekejap2 terkejut. Sekejap2 tersentap. Menjerit jangan cakap la. Paling … Read More

0 comments :