Wednesday, October 19, 2011

Cerita GMarket

For the past week, kami dok menggodek website GMarket ni semata-mata nak dapatkan tiket SS4. Penat dah. Last time, ketika berperang, kami tewas. Satu tiket pun tak dapat nak secure. Boleh masuk site tu, berjaya jugat dapatkan seat, tapi bermasalah kat payment. Dah tu, kena start all over again. Try lagi, semua dah ok, masalah lagi kat payment. Start all over again. Tengok-tengok semua tiket dah sold out. Angin betul.

Masing-masing memang frust menonggeng. Aku yang tak join perang tu, cuba masuk juga the next few days. Apa yang aku dapat, sama macam diorang. Stuck kat payment. Repeatedly macam tu. Apa masalahnya pun aku tak tau. Sakit jiwa aku dibuatnya.

Gigihkan bukak GMarket ni? Everything in Korean. Macam mana aku boleh paham apa nak buat? Tak susah mana. Sediakan google translator kat tepi. Translate sikit-sikit apa instruction dia. The rest ikut instinct.

For few days, kalau ada masa terluang, aku akan cuba masuk ke GMarket ni. Tapi setiap kali masuk, hampa rasanya. Kalau tak stuck kat payment, semedang Maejin. Bencilahh.. Berharap sangat ada orang cancel tiket mereka. Boleh lah aku try secure lagi. Tapi part payment tu lah. Hangguk-hangguk geleng-geleng.

Maejin = Sold Out..

Kadang-kadang dari muka depan dah tak boleh masuk. Kadang-kadang, boleh masuk tapi tak boleh nak pilih seat. Memang GMarket ni tak nak kawan dengan aku. Huhuhu..

Tak boleh nak pilih seats!!

Semalam, ketika aku sibuk berkursus SISEF (sibuk makan kuih sebenarnya sebab SISEF ni tak ada kena mengena dengan aku), some of my geng meroyan SMS suruh serang GMarket. Wohh? Ada sales kah? Yep. Sale one loh! Tapi hampeh lah kan, aku tak ada kat workstation. Memang tak dapat nak beli. Melepas lagi. Tapi bila aku balik ke office, tiket masih available. Apa lagi. Serang~!!

Entah lah, buat kesekian kalinya, stuck lagi kat payment. Walawei~!! Geram aku ni. Dah geram sangat, aku pergi email kat bahagian finance GMarket ni. Mengadu masalah aku. Hahahaha.. Poyo je. Nasib baik ada reply. Dia suruh guna paypal. Sudah. Aku mana ada paypal! Kat mana option paypal aku pun tak dapat nak cari. Kesudahannya, terlepas lagi tiket. Kembali Maejin. Huh~!

Tak ada rezeki kami ni. Alamatnya beratur sajalah kat stadium nanti dengan harapan masih ada lagi tiket untuk dijual. Kalau tak ada, bertapa lah kami kat Mt Seorak nanti. Buat flash mob and konsert sendirikk!!

2 comments :

rukia84 said...

wakakakakakaka ~ tang buat flash mob & concert sendiri kat Mt Seorak tu yg x tahan!!! ekekekekeke

CikSengal said...

tu mulan punya plan.. aku ngan leen ikut je.. hahahahhaa..