Friday, October 21, 2011

Super Junior SHAKE

Sedang sibuk membelek twitter aku ternampak Super Junior SHAKE berada di Worldwide trending topic. Menatang apakah Super Junior SHAKE tu? Setelah dibelek-belek rupanya Apple App. Hoh. Sakan lah aku mendownloadnya tanpa berpikir panjang.


Super Junior SHAKE..

Benda alah apa Super Junior SHAKE ni memang aku tak tau. Aku godek-godek, sekali tengok macam game yang adik aku pernah main kat komputer dia once upon a time. Ala-ala game TAP tu. Wah. Macam best je. Moh try!!

Mr Simple..

Gila baban.. Terpleot-pleot jari aku main benda alah ni. WARGHHH!! Sangat mengaddictkan! Boleh pilih 4 level dari Easy, Normal, Hard kepada Extreme. Speed pula ada 1x, 2x, 4x and 8x. Cuba main level Extreme dengan speed 8x. Maunya tercampak iPhone kau. Jari-jemari pulak harus cramp. Hahahahaha..

First time main.. F for FAILED.. Hahahaha..

Dah lama-lama tu baru lulus A.. Hehehe..

Gigih woo main. Mula-mula tu memang hampeh lah sebab buta rhythm. Dah lama-lama tu boleh lah ikut. Macam orang tak betul je sengih-sengih bila dapat A. Hahahahaa..

Bagi sesiapa yang download for free tu, cuma dapat 2 lagu je. Superman and U. Kalau nak tambah lagu kenalah bayar ye. Aku ni dah boring main dua lagu je, so tutup mata beli lagu lain. Hahahaha.. Semakin banyak koleksi lagu aku. Paling best main Mr Simple and Sorry Sorry. Ada jugak yang calar-balar skrin tu jadinya. Huhuhuhu..

Lagu-lagu yang ada.. With my high scores..

Main punya main score takat tu je. Macam mana orang lain boleh score sampai juta-juta pun aku tak tau. Tension aku dibuatnya..

Berjuta-juta lemon high scores..

Mesti ada tips and tricks yang aku tak tau tu. Takpe. Godek-godek dulu. Akan aku cuba main sampai cecah score 2 juta. Hahahahaha..

p/s: Game ni best, tapi consume bateri tak hengat. Sekali main satu lagu, hilang bateri 10%. Huhuhu..

2 comments :

rukia84 said...

mek, gigih ko kan main SJS sampai cramp jari2 ko. hahahaha ~ btw, yg fayerie tu kan, mgm biasa ku nmpk nama nyer. mcm org yg aku follow kat tumblr. wakakakakakakaka...

CikSengal said...

hahahaa.. dah pencen dah main.. sakit tangan wooo.. tangan kiri aku ni hujung ibu jari tak boleh nak capai hujung jari kelengkeng.. sakittt~~!! hahahahahaa...