Tuesday, October 4, 2011

Grand Borneo Hotel ~ Cerita Parking

Siapa pernah duduk Grand Borneo Hotel? Siapa tak pernah tu, aku nak share lah kan sikit-sikit. Aku telah berjaya melepakkan diri kat hotel ni selama 2 malam sempena Bengkel Infosys baru-baru ni. Gigih kan, walaupun rumah dekat dapat duduk hotel. Orang bagi duduk free, kita terima je lah. Hehehe..

Malas nak cerita banyak, aku tepek gambar je.

Katil..

Meja dan TV.. Ada KBS World lagi. Feewitt!! Aku suka!!


Shower..

Toilet..


Pemandangan dari bilik..


Pemandangan belah kanan..

Pemandangan belah kiri.. Can see Novotel loh!

Overall selesa jugak lah. The reception people agak baik. Time aku kena serve tu baiklah. Time kawan-kawan aku yang lain macam tak dilayan pun ada. OK. Your PR kena upgrade sikit ye. Sila lebihkan senyuman anda ittew dan jadi lah seorang yang customer-friendly. The food ok jugak. Time breakfast agak meriah, banyak makanan. Tengahari and makan malam tu kurang lah sikit sebab tak ramai kan. Kami-kami je yang melantak. Overall OK lah. Aku boleh kata puas hati lah. CUMA SATU JE.. Parking terhad. DAMNN!!

Parking yang dia provide cuma 9 petak je. First come first serve pulak tu. Walaweii.. Sabar je lah kan? Kalau tak dapat parking tu parking lah kat dalam 1Borneo tu. Bayar lah!! Tak adanya nak cop-cop free parking courtesy of staying at the hotel. Dah tu nak parking mana? Yeszaaaa.. Bersidai kat tepi jalan. Alah.. Tempat DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI REZAB JALAN tu. Now I know why, why, WHY orang suka sangat parking kat situ. Penat aku membebel, menyumpah-nyumpah seorang diri kat mereka-mereka yang suka parking kat situ. Tak paham ke? Signage punya besor gedabak kata tak boleh parking kat situ. Kau parking jugak! Rupanya ada reason. I mean, mereka yang duduk hotel lah. Yang sengaja parking sebab tak mampu nak bayar parking RM2 (tiket wayang RM10 boleh pulak beli..) tu memang nak kena makan penampor dengan aku lah. I mean, come on lah. Tak fikir ke pasal benda ni masa mula-mula construct dulu? Keselesaan tetamu patut didahulukan.

Mati larrr aku bantai Grand Borneo pasal parking ni. Hahahaha.. Sebab aku duduk kat Grand Borneo kan. Cuba kalau aku duduk kat Novotel. Novotel yang kena bantai. Hahaha.. Bukan Grand Borneo je ni. Aku rasa kesemua empat-empat hotel kat situ tak ada sediakan kemudahan parking yang selesa. Guests terpaksalah parking kat tepi jalan tu. Melainkan guests tu jenis macam aku ni, sanggup parking kat dalam 1Borneo sebab tak nak menyusahkan orang kat jalan. Baik benor lah aku kan? Sepanjang duduk 3 hari 2 malam kat sini, aku kena charge parking RM22. Banyak tu. Boleh makan Ayam Goreng Spicy Mekdi dua kali lunch tau! Huhuhuhu..

Dilarang meletakkan kenderaan di rezab jalan..

Diharap hotel-hotel ni dapat come up with satu penyelesaian lah. Sit down and berbincang dengan management 1Borneo. Kalau masalah parking ni settle, memang aku akan promote habis-habisan lah kat kawan-kawan aku. Duduk lah Grand Borneo. Selesa, berpatutan, good service, etc. etc. etc.

Yang paling penting, ada KBS World! Haahahaha..

0 comments :