Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya!!

Selamat Hari Raya UOLLSS!!

Sempat lagi aku menebeng kat sini ye raya-raya macam ni? Weh. Raya tahun ni macam tak meriah lah. Sedih Heenim nak masuk army. Wakakaka.. MOTIP lah aku ni. Tak nak beraya boleh tak? Duduk rumah je? Boleh bah kalau kau. Bersiap sedialah untuk kena pelangkong dengan Wak Daut.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, kami berpagi raya kat Skudai ni je. Dah tengahari sikit baru balik ke kampung. Kisahnya tahun lepas raya pertama dah beraya kat Kulai, kampung Wak Daut. Tahun ni kami ke Kota Tinggi pulak, kampung Cik Ina. Nak balik Kulai tak ada siapa. Semuanya beraya kat tempat lain dulu. Raya keempat, kelima baru ada. Jumpa nanti sajalah.

So. Hati-hati di jalan raya! Selamat beraya! Jangan makan banyak-banyak. Nanti gemuk. Hahaha.. Wallah... Aku ni baru duduk rumah berapa hari dah naik berat badan. Demmmmm!! My 900 calorie diet dah hilang ditelan kuah lodeh. Hahahaha..




Tahun ni tak amik gambo raya. MALAS kekdahnye. Huhuhu..

Monday, August 29, 2011

Projek Raya 3 - Cornflakes Madu

Hari ni aku meroyan sorang-sorang buat last minute punya shopping. Baru nak pergi shopping kekdahnya. Pergi Plaza Angsana tapi satu apa pun aku tak berkenan. Kenapa ye dah tak best? Kalau dulu kemain best nak shopping raya. Mungkin sebab dulu-dulu shopping boleh poww duit mak bapak. Sekarang poww duit sendiri. Tu sebab lah tak best. Hahaha.. Sudahnya aku beli cornflakes dua kotak kat UO nun. Sengal betul.

Balik rumah aku pun godak. Pakai resipi kat belakang kotak cornflakes tu. Hahaha..


Hasilnya.. Ni lah hasil kerja orang malas..

Cukuplah buat dua jenis je. Aku kan pemalas. Cik Ina dah buat tart nenas dah lah. Tu kuih wajib Cik Ina. Dulu-dulu Cik Ina rajin ambik order. Sekarang dah tua dah malas. Kalau dulu-dulu meniaga, Wak Daut tukang buat bunga letak atas jem nenas tu. Hahahahaha.. Sekarang Wak Daut dah malas. Nampak je tart nenas mesti dia nak ungkit balik cerita dulu-dulu. Hahahah.. Sabo je lah aku orang tua ni. ^^

Sunday, August 28, 2011

Projek Raya 2 - Blueberry Cheese Tart

Aku tak pernah buat kuih ni. Tahun ni gatal pulak nak menerai. Sekali hambik kau. Tak jadi!! Lantak lah. Ngap masuk perut je. Nasib baik buat satu adunan je. Fail lah aku ni. Tahun depan takmo buat dah!!


Hasilnya.. Nangis tengok!!

Adoi.. Almond London je ke kuih raya aku tahun ni?

Saturday, August 27, 2011

Projek Raya 1 - Almond London

Ni lah kuih raya yang wajib aku buat tiap-tiap kali raya. Tapi tiap-tipa tahun rasanya lain-lain. Hahaha.. Motip la kan? Sebab resipi lain-lain. Asal nak buat je cari resipi baru. Asal nak buat je cari resipi baru. Macam mana nak sama rasanya. Tapi banyak-banyak raya, resipi tahun ni paling best. Paling sedap almond london aku ni. Semuanya berkat cilok kat blog Mat Gebu. Terima kasih En. Mat! Raya nanti kita nak datang beraya boleh? Dekat je rumah kita ni. Hahaha..


Hasilnya..

Hurmm.. Siap satu jenis. Sampai 4 adunan aku kerjakan sorang-sorang. Besok nak buat kuih apa pulak ye?

Wednesday, August 24, 2011

Balik Raya!!

Hari ni Cik Sengal balik kampung. Yey!! Pukul 5 dah bergerak ke airport. Jammed teruk pulak tu. Nasib baik flight pukul 8.30. Masih ada masa lagi. Cik Sengal baru nak menerai balik JB naik Kunang-Kunang ni. Entah best entah tak.

Belum apa-apa dah tak keruan dibuatnya. Kaunter check in lambat bukak. Sudahnya aku berbuka lambat. Dah tu bila dah masuk ke dalam, main tukar-tukar gate pulak. Sekejap gate sini, sekejap gate sana. Nasib baik sebelah menyebelah. Kalau satu hujung sini satu hujung sana mau aku cari pasal. Dah tu delay lah pulak flight aku ni. Pukul 9 baru nampak batang hidung kapal terbang. Dah tu, kat atas flight, boleh pulak aku bertekak dengan seorang helmoni ni. Dia duduk kat seat aku. Dia suruh aku duduk tempat lain. E'ehh?? Seat tu aku beli laa nenek oi!! Bukannya free you know?? Still dia tak nak bangun. Dah tu aku cakap kuat-kuat. "SAYA NAK DUDUK SITU JUGAAAAKKK!!!" Hahaha.. Hambik kau! Pandai pulak dia bangun dan beralih tempat. Kurang ajar ke aku? Tak kan? Sebab tu hak aku. Hehehe.. Sengal betul. Dengan orang tua pun aku nak cari gaduh. Macam-macam cobaan nak balik ni. Huhuhu..

Selepas 2 jam 15 minit sampai lah aku di Johor bumi bertuah. Aku akan berada di sini selama 19 hari. Ye. Cuti sakan. Lantak lah aku nak cuti panjang kan? Suka hati aku lah! Hahahaha.. Banyak plan aku sepanjang cuti ni. Harap-harap semuanya terlaksana hendaknya. InsyaAllah, amin.. Sebenarnya aku saja balik lambat sebab malas nak ambik tau pasal minggu suai mesra orientasi segala tok nenek tu. Hehehe.. Syyyyy.. ^^

Apa-apa pun, korang semua enjoy your final days of Ramadhan. Semoga bergumbira di bulan Syawal nanti. Adios!!

Thursday, August 4, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 9 (Final Day): Dae Janggeum Theme Park & Hongdae

Sunday, 20th February 2011

It's the final day. Huhuuhu.. Akhirnya. Tiba juga hari untuk meninggalkan bumi Korea ni. Tak nak balik boleh tak? Hehehe.. Tu lah yang dok ulang-ulang dalam kepala aku. Tak nak balik. Tak nak balik. Tapi balik jugak. Dan pergi lagi during summer. Hahahaha..

Kalau ikut itinerary, memang tak ada plan apa-apa untuk hari ni. Kiranya cuma nak bermalas-malasan di hari terakhir. Tapi, time tengah breakfast tu, kami membuat keputusan drastik dan tiba-tiba untuk ke Yangju. Pergi ke MBC's Dae Janggeum Theme Park. Weehuu!! So, kemas-kemas dengan sepantas kilatnya, check out, letak barang and off we go!!


Bilik yang macam tongkang pecah..

Monday, August 1, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 8: Nami Island & Cheonggye Stream

Woot!! Lagi dua hari lagi neh. 19hb & 20hb. Palli-palli. Kena siapkan cepat-cepat!

Saturday, 19th February 2011

Hari ni kami ke Nami Island. Kami naik ikut tour bus dari Insadong. Lokasi menunggu bas adalah di tepi Tapgol Park. Tak susah nak cari tempat ni. Bas nya pun senang je nak detect. Ada gambar Nami Island kat badan bas. First time kan, and masih ada rasa taku t-takut nak keluar jauh dari Seoul. Jadinya kami ikut je lah naik bas ni. Kalau dah terer lain kali boleh pergi naik train.

Awal pagi lagi kami dah bergerak keluar dari guesthouse. Almaklumlah nak kena jalan lagi ke subway, lepas tu nak kena tukar train lagi balik ke Jongno 3(sam) ga. Makan masa! Kami sampai di Tapgol Park lebih kurang pukul 9.15 pagi. Gitu gini chot chet chot chet kami pun naik lah bas persiaran yang dah sedia ada menunggu tu. Kat tangga bas, ahjusshi driver tu bagi kami tiket bas (return) dan tiket feri untuk masuk ke Nami Island nanti. Tak perlu lah nak risau-risau tentang apa-apa lagi. Jalan saja. Hampir penuh juga kat atas bas ni. Kebanyakannya pelancong macam kami jugak.

Tiket bas & tiket feri..