Wednesday, August 24, 2011

Balik Raya!!

Hari ni Cik Sengal balik kampung. Yey!! Pukul 5 dah bergerak ke airport. Jammed teruk pulak tu. Nasib baik flight pukul 8.30. Masih ada masa lagi. Cik Sengal baru nak menerai balik JB naik Kunang-Kunang ni. Entah best entah tak.

Belum apa-apa dah tak keruan dibuatnya. Kaunter check in lambat bukak. Sudahnya aku berbuka lambat. Dah tu bila dah masuk ke dalam, main tukar-tukar gate pulak. Sekejap gate sini, sekejap gate sana. Nasib baik sebelah menyebelah. Kalau satu hujung sini satu hujung sana mau aku cari pasal. Dah tu delay lah pulak flight aku ni. Pukul 9 baru nampak batang hidung kapal terbang. Dah tu, kat atas flight, boleh pulak aku bertekak dengan seorang helmoni ni. Dia duduk kat seat aku. Dia suruh aku duduk tempat lain. E'ehh?? Seat tu aku beli laa nenek oi!! Bukannya free you know?? Still dia tak nak bangun. Dah tu aku cakap kuat-kuat. "SAYA NAK DUDUK SITU JUGAAAAKKK!!!" Hahaha.. Hambik kau! Pandai pulak dia bangun dan beralih tempat. Kurang ajar ke aku? Tak kan? Sebab tu hak aku. Hehehe.. Sengal betul. Dengan orang tua pun aku nak cari gaduh. Macam-macam cobaan nak balik ni. Huhuhu..

Selepas 2 jam 15 minit sampai lah aku di Johor bumi bertuah. Aku akan berada di sini selama 19 hari. Ye. Cuti sakan. Lantak lah aku nak cuti panjang kan? Suka hati aku lah! Hahahaha.. Banyak plan aku sepanjang cuti ni. Harap-harap semuanya terlaksana hendaknya. InsyaAllah, amin.. Sebenarnya aku saja balik lambat sebab malas nak ambik tau pasal minggu suai mesra orientasi segala tok nenek tu. Hehehe.. Syyyyy.. ^^

Apa-apa pun, korang semua enjoy your final days of Ramadhan. Semoga bergumbira di bulan Syawal nanti. Adios!!

0 comments :