Friday, May 27, 2011

Winter Sonata di Bumi Korea ~ Day 6: Jeju - Cheonjiyeon Falls, Teddy Bear Museum, Smile Hotel & Jeju City

Thursday, 17th February 2011

Diam tak diam dah hari ke-enam dah kami berada kat bumi Korea Selatan ni. Sekejap je. Ada lagi 3 hari nak meronggeng-ronggeng. Takmo balik! Takmo balik! Huhuhuhuhu..

Hari ni kami akan meninggal Seogwipo-si. Tinggalkan Seogwipo je. Balik ke Seoul besok pagi. Malam ni kami akan bermalam di Smile Hotel yang letaknya dekat Jeju-si. Smile Hotel ni lebih kurang 10 minit je dari dengan airport. Senanglah sikit nak gerak ke airport. Kalau nak gerak dari Seogwipo ni maunya kena bangun awal-awal pagi. Dengan cuaca sejuk macam ni, mampu ke, nak bangun pagi-pagi ye tak?

Sebelum pergi ke Jeju-si kami ronda-ronda for the final round. Konon-konon jalan-jalan to say goodbye lah ni.


Pemandangan Saeyeongyo Bridge dari depan Jeju Hiking Inn..




Kami turun jalan ke bawah menuju Saeyeongyo Bridge. Sebenarnya ada banyak lagi tourist spot kat area sini. Tapi tak mampu lah kami nak pergi semua sekali. Tak cukup masa! Awal-awal sampai hari tu, berangan jugak nak pergi ke pulau yang bersambung dengan Saeyeongyo Bridge tu. Tapi apakan daya, masa memang tak mengizinkan. Kena on the run.




Dah sampai bawah..


Dah sampai kat bawah kami terus bergerak ke Cheonjiyeon Falls. Kawasan air terjun je. Tapi nak tengok lah jugak sama ke tak air terjun dia dengan air terjun kat Malaysia ni. Hahaha.. Dah lamanya aku tak pergi kawasan air terjun. Dulu kecik-kecik selalu jugak pergi air terjun Kota Tinggi. Dah tua-tua macam ni tak pergi dah. Dengar-dengar entrance fees pun mahal. Belum lagi bayar parking. Huhuhu..

Bergerak menuju ke Cheonjiyeon Falls.. Macam Castle kat Europe kan?

Kami berjalan melepas beberapa kedai untuk ke pintu masuk Cheonjiyeon Falls. Sementara menunggu K abid pergi beli bateri kamera, aku dan lain-lain meninjau kawasan sekeliling. K Awa and Nott memang dah jalan ke depan. Terlalu engrossed dengan keindahan alam sekitar sampai tak dengar ahjumma kat kaunter ticket tu terjerit-jerit "Annyeonghaseyo, Annyeonghaseyo ticket, ticket!!~" Muahahaha.. Sabar je lah aku dua orang tu. Aku pun cepat-cepat lah ke kaunter. Bayar ticket siap-siap. Kesian ahjumma tu. Entrance fee masuk ke Cheonjiyeon Falls KRW2,000 seorang.

Ada Tourist Info centre. Yang jauh sikit tu kaunter ticket masuk Cheonjiyeon Falls.

Aku dan K Abid jalan masuk ke Cheonjiyeon Falls together-gether. K Awa and Nott memang dah layan blues masing-masing jauh ke depan. Selamba je. Entah tau ke tidak kena bayar entrance fee segala. Menonong je jalan. Hehehe.. The surrounding sangat-sangat best. Misty and all that. Macam masuk kat twilight zone pun ada. Hahaha.. Tapi aku memang suka lah suasana macam ni. Ala-ala mysterious gitu.

The park..

Ada stream..

Penerangan tentang Cheonjiyeon Falls..

Gambar Falls..

Ini realitinya. Chantek!

Masa mula-mula kami sampai ke falls ni tak ramai orang. Sekali tak lama tu macam berduyun-duyun yang datang. Ada family, ada couple, ada orang-orang tua exercise. Perghh.. Mula lah aku nak berlagak kata kami ni penarik yang boleh tarik orang datang ke tempat-tempat yang kami pergi ni. Muahahaha.. Ye lah. Kat kedai makan hari tu pun macam ni. Eheee... So the rest of the time kami menikmati keindahan alam je lah. Jalan-jalan hirup udara segar. Syiok..

On the way balik..

Boleh minum air ni..

Nice nice..

Jambatan yang sempoi..

Kedai Souvenir..

Kami singgah sekejap kat dalam kedai souvenir ni. Aku sempat beli keychain beberapa ketul and peta kain Jeju. Kalau framekan peta ni and then gantung kat dinding cantik jugak ni. Tapi bila pikir-pikir balik entah kat mana aku campak peta ni. Hahaha.. Kena selongkar balik lah. Satu beg jalan-jalan Korea tu masih lagi intact. Tak bukak-bukak lagi. Hahaha..

Dah tu jalan-jalan skodeng kedai-kedai yang ada kat luar Cheonjiyeon Falls. Menari, menarik. Ada jual jagung berbelang-belang. Unik. Tapi nampak rentung je. Rasa pun mungkin tak sedapkan? Aku beli sotong kering. Wakakaka.. Mahal jugak satu beg plastik kecik tu KRW5,000. Tapi belasah je. Boleh buat ngunyah-ngunyah time lapar.

Jagung, Sosej, etc. etc..

Yang besar gabak kat kiri tu sesungut sotong ye..

Dah habis jalan-jalan. Kami balik ke inn, ambik barang yang dah siap dipacking dari malam tadi, and terus check out. Bye-bye! Bila lah aku nak datang lagi ye? Harus datang ke Jeju semula especially during Spring time. Air Asia, silalah buat promo kaw-kaw macam ni lagi ye!

Jalan kaki menuju ke bus stop depan New Gyeongnam Hotel.

Next destination is Jungmun Resort. Actually banyak tempat yang boleh pergi kat Jungmun Resort ni. Tapi kami pilih satu tempat je. The Teddy Bear Museum. Kyaaa!!~~~ Boleh lah fefeeling macam dalam drama Princess Hours kan. Hahaha.. So, kami ke sana dengan menaiki airport bus yang sama macam kami sampai hari tu. And berhenti kat bus stop KTO kat Jungmun Resort tu. Tunggu bas kat depan New Gyeongnam Hotel ye. Tambang nak ke sana KRW1,500 seorang.

On the way nak ke Jungmun Resort ni, kami lalu banyak places of interest. Salah satunya Jeju World Cup Stadium. Tak sempat lah nak singgah. Kalau ada masa maunya nak terjah jugak stadium ni. Skodeng dari atas bas je lah.

Jeju World Cup Stadium

Around 20 minutes later kami sampai kat bus stop KTO. Kami berhenti betul-betul di depan Chocolate Land. Chocolate Land ni muzium coklat. Apa yang ada dalam muzium ni ye? Mungkin semua benda dalam muzium ni diperbuat dari coklat kot? Aku pun tak sure. Kami tak masuk pun ke dalam. Entrance fee untuk masuk ke Chocolate Land ni cuma KRW2,000.

Posing kat luar je lah. Ni semua gambar-gambar Korean Celebrities yang datang Chocolate Land ni..

Nott posing..

Dah belek-belek Chocolate Land tu kami ke bahagian belakang bangunan. Nampak KTO dari jauh. Try jugak nak masuk KTO tapi tutup lah pulak. Kalau tak, boleh jugak kami dapat info pasal Jeju ni. Hehehehe.. Dah nak balik dah, baru terhegeh-hegeh nak cari info.

Kami jalan straight. Dari jauh dah nampak dah Teddy Bear Museum ni. Unik jugak bangunannya. Bertentangan dengan Teddy Bear Museum ada Ripley's Believe it or Not Museum. Syok jugak kalau masuk Ripley's ni. Mesti banyak benda pelik-pelik dalam tu. Tengoklah. Kalau sempat, boleh pergi.

Ripley's Museum..

Sila parking sini..

Entrance masuk Teddy Bear Museum..

Kat luar..

Entrance fee untuk masuk Teddy Bear Museum ni ialah KRW7,000 seorang. Unik memang unik muzium ni. Masuk-masuk je terus tingkat 3. Kiranya pengunjung kena bergerak ke bawah. Level atas sekali ni tak ada apa-apa pun. Yang ada cuma kaunter tiket and adalah ruang sikit untuk orang lepak-lepak. Oh ye. Kat sini ada tempat letak beg. Lega!! Tak larat dah nak pikul beg ke hulu ke hilir dalam muzium. Letak dalam loker je.

Kedai Souvenir ambik dari atas..

Masuk lah kami ke dalam. Seriously boleh muntah hijau tengok teddy bear saja dalam muzium ni. Hahahaha.. Banyak betul! Teddy Bear zaman dulu lah. Teddy bear zaman sekarang lah. Teddy bear Marilyn Monroe lah. Banyak lah! Semua ada. Tapi sayang. Semua penerangan dalam bahasa Korea. Satu haprak aku tak paham. Kalau diorang ada translate ke English bagus jugak.

Mula-mula aku ingat Teddy Bear Museum ni cuma ada kat Korea je. Rupanya merata-rata tempat seluruh dunia. Aisehh.. Kenapalah aku baru tau? Kiranya muzium ni dah ala-ala macam Madame Tussaud's lah ni. Banyak cawangan tempat lain. Dushhh!!

Random pics..

More Teddies..

Elvis Presley

China's Clay Soldiers..

Monalisa

Kilang teddy..

Bear ini sangat-sangat COMFY!!!

Sebenarnya banyak gambar yang aku ambik kat dalam muzium ni. Tapi tak larat lah nak tepek semua kan. Teddy bear banyak-banyak dalam drama Princess Hours pun ada kat sini. Si Alfred pun ada. Alfred tu siapa? Teddy Bear si Prince Shin lah. Si Alfred ni ada jugak dijual kat Souvenir Shop. Tapi mahal gilos. KRW20,000++ kalau tak silap. Tak jadi nak beli. Huhuhuhu..

Dah jalan-jalan kat dalam, kami ke luar. Boleh tahan sejuk jugak hari ni. Kat luar ni tak ada apa-apa sebenarnya. Cuma ada taman and several scupltures lah. Teddy bears pun ada jugak. Sekejap je kami kat luar ni sebab kesejukan. Cepat-cepat masuk balik ke dalam lepas snap beberapa pics.

Fountain with Clock..

Limau Jeju..

Perut pun kelaparan. Ada restoran kat dalam Teddy bear museum ni. Tapi jenis makanan yang kami tak boleh nak makan lah. Kami naik ke tingkat atas. Ada disediakan ruang rehat and free green tea. Tapi green tea tawar. Hahaha.. Bantai je lah. Minum teh sambil makan sotong kering yang aku beli pagi tadi. Nasib baik lah ada beli jajan ni kan? Kalau tak, kebulur jugak lah kami.

Our Lunch..

Agak-agak dah malas nak jalan-jalan lagi kami terus keluar. Kami akan pergi ke Jeju-si. To be exact, nak pergi check in masuk Smile Hotel lah. Smile Hotel ni letaknya kat Yeondong. Aku dah try google pasal hotel ni tapi tak keluar apa-apa result pun. Mungkin sebab hotel ni masih baru lagi.

Kami ke sana naik airport limousine bus. Naik sampai ke airport. Dari airport, tuan Smile Hotel ni akan jemput kami. Bagus betul service dia. Tapinya tunggu bas ni lah hai. Lambat betul rasa. Dah lah sejuk, angin kuat. Menggigil-gigil dah dekat bus stop. Sabo je lah. Aku rasa dalam sejam jugak kot tunggu. Baru sampai bas. Tambang dari Teddy Bear Museum ke Airport kalau tak silap aku KRW4,000. Lupa dah aku.

Sampai kat airport kami terus call owner Smile Hotel tu. Sambil-sambil kami lepak-lepak merewang dalam airport. Tak silap there's a bunch of Malaysian jugak kat airport tu. Sengih-sengih bila nampak kami. Aku ni takut kalau orang sengih-sengih. Harus lari. Hahahaha.. Tak lama tu pakcik Smile pun datang. Sempoi je pakcik ni. English dia so-so lah. Still boleh communicate. Dia macam suka betul kami datang duduk hotel dia. Maybe tak ramai kot yang datang. Sempat lagi dia ajak kami pergi Giant. Hahaha.. Giant pulak. Dia ajak kami pergi supermarket. Nak shopping-shopping kekdahnya. Tapi kami terpaksa pass lah. Penat tak habis lagi. And kami perlu perlu perlu cari makan!!

The room is nice! Check out the photos below..

Internet free!!

The bed..

Jakun sekejap tengok kipas haba ni..

Satu bilik untuk 4 orang ni cuma KRW50,000. Sangat-sangat berbaloi! Dah letak barang, solat and everything kami pun keluar untuk cari makan. Jalan punya jalan, tak ada batang hidung restoran pun. Sedih bebenorlah kekdahnya. Dah lah kelaparan. Tapi masih gigih lagi jalan dan mencari.

KBS Building..

And we came to a junction. Ada restoran seafood kat situ. Restoran seafood lah kot sebab segala jenis makhluk air ada dalam aquarium kat luar restoran tu. Aku terus terjah masuk. Tuan kedai mengalu-alukan kedatangan kami. Lega kami. Boleh makan seafood!!

Menu..

Interior..

Seperti biasa, asal kami masuk restoran je, tak ada orang. Asal kami masuk je takde orang. Sama jugaklah dengan restoran ni. Tapi tak lama kemudian ramai pulak yang datang. Siap ada majlis hari jadi lagi. Meriah. Meriah. The owner tak cakap english langsung. Tapi dia paham lah kot apa yang kami nak makan. Hahahaha.. Haemultang. Berkat belajar dari staff kat pejabat Naminara Republic hari tu. Walaupun tak boleh cakap english, makcik ni boleh cakap jepun. Nott konon-konon paham lah sikit-sikit bahasa jepun. Dah, dibantainya ahjumma tu cakap jepun. Hahahaha..

Sambil layan.. James seu.. James seu.. Hahahhaa..

Mula-mula all the side dishes datang. Then ahjumma tu bawak satu kuali besar berisi segala jenis seafood yang ada. Dia letak atas dapur kat atas meja tu. Dalam kuali tu ada sotong kurita, ada abalone, macam-macam jenis kerang, ketam and so on. Banyak jugak menatang dalam kuali tu. Selain dari seafood ada some sort of mee ke hapa. Macam mi kuning pun ada jugak rupanya. Tak tau lah. Selagi tak godek tak tau lah.

And then ahjumma tu onkan dapur. Menunggu lah kami sementara semua benda alah tu masak. Tak lama tu.. Oh!! Ya Ampun!! Ya Allah!! Aaaaahhh.. OOOhhh.. UUhhhh.. Oh tidak!!! Hahahahahahahahahaa... Sengal betul masing-masing. Mana taknya. Rupanya segala seafood tu hidup lohh!! Kena rebus hidup-hidup. Menggeliat-geliat sotong kurita tu kepanasan. Terkejut beruk mak yeh aku. Ternganga aku bila menengoknya. Jakun tu memang jakun. Sebab tak pernah tengok kan. Hehehe.. Memang pengalaman yang priceless betul lah.

Sebelum..

Selepas.. Hahahaha..

Poyo je ingat yang macam mi tu mi. Sekali tauge lah. Boleh panjang-panjang pulak ek tauge diorang ni. Makanan ruji kot tauge ni. Mana tak tinggi-tinggi orang Korea ni. So, kalau nak anak tinggi-tinggi kasi makan tauge dari kecik ye. Hehehe..

Dah selesai makan kami pun keluar. Makan untuk 4 orang KRW50,000. Boleh lah. Mahal tu mahal lah jugak tapi berbaloi. Memang kenyang sangat-sangat.

Ni lah restaurantnya..

On the way balik hotel, tak lupa singgah Family Mart untuk minum kopi. Kekeke.. Dah jadi aktiviti wajib pulak dah minum kopi ni. Sampai bilik, aku layan TV. Terbuntang mata aku bila tertekan channel Playboy. Wakakaka.. Macam haram je. Tak pasal-pasal buta hati aku. Hahaha.. Layan jugak Dream High kat TV. Entah apa lah diorang dialogkan. Belasah je lah tengok. Then off to bed. Besok nak kena bangun pagi-pagi.....




Kos Perbelanjaan hari ni :- KRW60,000

0 comments :