Siang tadi aku ada terima 3 calls. Kesemua 3 calls aku tak jawab. Sebabnya? Sebab nombor KL. Malas aku nak angkat. Entah-entah orang nak jual insurance lah, orang nak verify credit card lah. So MALAS nak layan hokkay!! Nombor-nombor HP yang tak ada dalam phonebook aku pun aku tak layan. Kalau penting sangat sila SMS.
Kisahnya apa yang menarik pasal 3 calls ni, 2 calls yang mula-mula tu setakat ringing sekali je. Dalam hati aku, orang ni saja-saja nak mainkan aku ke apa ni? Then 10 minit lepas tu baru ringing panjaaaaaaaang sikit. Huh. Jangan harap aku nak angkat! Biar je. Tak lama lepas tu dapat mesej. Dari CIMB Bank. Please call back. Wakakakaka.. Tau pun. Kalau penting sila SMS ye! Hehe..
So aku call lah CIMB. Rupanya pasal aku dah terbayar lebih untuk credit card aku, padahal aku dah terminate dah kad tu. Kiranya dia nak pulangkan baki lah tu. Aigoo.. Susah-susah je kau call. Tranfer je lah siap-siap ke akaun bank aku. Tapi manalah tau kan, diorang nak authorization pengesahan segala. Ye lah. Den paham. Tapi yang menariknya masa mula-mula panggilan aku bersambut tu. "Saya call Puan tiga kali tadi tak berangkat.." Aku kelentonglah aku ada dalam meeting. Kekekeke..
Tadi, lepas buka puasa mata aku berat sangat. Tidur lah sekejap. Then aku terima call dari Cik Ina. Dia tanya " Kenapa orang bank cari kau?" Hoh?? Biar betul. Aku yang mamai-mamai tu tanyalah bank mana yang call. CIMB katanya. E'ehh.. Jauh bebenor lah Cik Kak tu mencari aku. Setelah borak-borak dengan Cik Ina, barulah aku tau misteri di sebalik 2 calls yang pertama (ringing sekejap) and call yang ketiga (ringing panjang). Melekek-lekek aku gelak. Terus besar mata aku. Tak jadi nak tidur. Hahahahahahhaa..
Cik kak CIMB: "Dua kali saya try call dia tadi, tapi keluar lagu cina. Saya salah nombor kot. Saya call rumah ni nak minta no handphone dia ni......"
Beria Cik Ina gelak. Aku bila dengar pun gelak guling-guling.. By the way Cik kak, itu bukan lagu cina ye. Itu lagu Korea. Harap Maklum.