Siang tadi aku ada terima 3 calls. Kesemua 3 calls aku tak jawab. Sebabnya? Sebab nombor KL. Malas aku nak angkat. Entah-entah orang nak jual insurance lah, orang nak verify credit card lah. So MALAS nak layan hokkay!! Nombor-nombor HP yang tak ada dalam phonebook aku pun aku tak layan. Kalau penting sangat sila SMS.
Kisahnya apa yang menarik pasal 3 calls ni, 2 calls yang mula-mula tu setakat ringing sekali je. Dalam hati aku, orang ni saja-saja nak mainkan aku ke apa ni? Then 10 minit lepas tu baru ringing panjaaaaaaaang sikit. Huh. Jangan harap aku nak angkat! Biar je. Tak lama lepas tu dapat mesej. Dari CIMB Bank. Please call back. Wakakakaka.. Tau pun. Kalau penting sila SMS ye! Hehe..
So aku call lah CIMB. Rupanya pasal aku dah terbayar lebih untuk credit card aku, padahal aku dah terminate dah kad tu. Kiranya dia nak pulangkan baki lah tu. Aigoo.. Susah-susah je kau call. Tranfer je lah siap-siap ke akaun bank aku. Tapi manalah tau kan, diorang nak authorization pengesahan segala. Ye lah. Den paham. Tapi yang menariknya masa mula-mula panggilan aku bersambut tu. "Saya call Puan tiga kali tadi tak berangkat.." Aku kelentonglah aku ada dalam meeting. Kekekeke..
Tadi, lepas buka puasa mata aku berat sangat. Tidur lah sekejap. Then aku terima call dari Cik Ina. Dia tanya " Kenapa orang bank cari kau?" Hoh?? Biar betul. Aku yang mamai-mamai tu tanyalah bank mana yang call. CIMB katanya. E'ehh.. Jauh bebenor lah Cik Kak tu mencari aku. Setelah borak-borak dengan Cik Ina, barulah aku tau misteri di sebalik 2 calls yang pertama (ringing sekejap) and call yang ketiga (ringing panjang). Melekek-lekek aku gelak. Terus besar mata aku. Tak jadi nak tidur. Hahahahahahhaa..
Cik kak CIMB: "Dua kali saya try call dia tadi, tapi keluar lagu cina. Saya salah nombor kot. Saya call rumah ni nak minta no handphone dia ni......"
Beria Cik Ina gelak. Aku bila dengar pun gelak guling-guling.. By the way Cik kak, itu bukan lagu cina ye. Itu lagu Korea. Harap Maklum.
3 comments :
Salam cik sengal
saya ni silent reader blog ni. especially bab bab backpackers.heheh. sangat suke!!!!n helpful!
tapi kali ni nak reach u for diff purpose. takde email cik sengal, so terpaksa kontek kat sini.
saya maybe akan ditugaskan ke KK. belah2 alamesra. nak tanya cik tentang mana nak cari rumah yang price dia ok dan sesuai utk a couple husband n wife nak tinggal..
tq in advance!
p/s: kot2 pasni leh refer cik utk jalan2 sabah, baru penah g snorkeling n ke kudat je..
sorry, baru bukak blog.. seminggu dok menghilangkan diri.. hehehe..
hurmm.. kalau area alamesra mungkin option yang baik boleh cari rumah di kawasan kingfisher, universiti apartment and indah permai dan disekitarnya lah.. alamesra ni bertentang dengan UMS.. so kawasan tu agak hectic sket.. selalu jem.. kalau bab pricing tu kurang arif sikit.. tapi standard kat sabah ni apartment 2 bilik around rm500-600.. kalau 3 bilik 700-800.. kalau rumah setingkat dua tingkat etc tengok jenis.. ada yang seribu lebih.. depends jugak.. yang pastinya sewa rumah kat KK ni MAHAL.. lagi lah kalau nak beli rumah.. NANGISSS.. hehehe..
perh...apartment ke flat yg 2 bilik tu??lebih kurang KL jugak mahalnye ye...ok2...tengkiu!!
Post a Comment