Monday, June 20, 2011

Ramyeon, Kimchi & Noraebang!!

Kelas hari ni supposed to be fun. Last week, Sera-nim kata kita buat KIMBAP!! Tapi bila sampai-sampai je Sera-nim tengah dok melepek kat meja kemalasan. Tak jadi buat kimbap katanya. Laaa.. Ottoke? Buku tak bawak ni. Dia kata lepak-lepak je lah makan ramyeon. Hahaha.. Suka hati lah cikgu!

Sera-nim sibuk potong kimchi..

Operasi mengagih-agih ramyeon. Aku tak makan. Tak halal kekdahnya..

Kimchi!! Yang ni aku makan. Perghh!! PEDASSSS!!

Aku tengok je lah masing-masing melantak ramyeon. Nak tumpang sekaki tak halal lah pulak. "Ini boleh makan punya. Cuma sapi saja bukan babi.." kata Sera-nim. Aigoo.. Rata-rata masih lagi kata kalau tak halal tu maksudnya piggy wiggy. Penat aku mengeksplain kat Sera-nim. Itu macam ka? Tanyanya. Pening dia. Hahaha..

Dah habis melantak, aktiviti seterusnya? Melalak!! Melalak kat satu tempat yang bernama DOREMI Noraebang. Kat Asia City jugak ni. Tak tau pun aku ada noraebang macam ni kat KK ni. Dey.. Berapa tahun dah kau duduk KK ni? Hahahaa.. Ye lah. Aku bukannya jenis orang yang suka berpoya-poya. Jenis duduk kat rumah je. The owner, Korean jugak. Spesis macam Sera-nim jugak ni. Dah berbelas tahun duduk Sabah. Cakap Sabah terer ohh!!

Sakan tau mereka-mereka ni menyanyi. Aku nak nyanyi apa pun tatau. Baca hangul masih fail. Nak nyanyi lagu yang aku hapal lirik pulak, tak ada dalam senarai. Dushh.. Takkan nak menari pulak dah. Tambourine banyak tu. Teringat pulak aku sesi karaoke dalam My Lovely Samsoon. Hahahaha..

Noraebang!!

Dah nak balik baru lah jumpa satu lagu yang aku hafal betul-betul. It Has To Be You. Yey!! Nyanyi lah makcik ni. Dapat score 95%. Fuhh.. Terer jugak aku ni. Hahahaha.. Adoiyaii. Sakan melalak ni tak sedor besok nak kena present proposal. Satu apa pun tak buat apa lagi ni. Huhuhuhu.. Nak tak nak pukul 9.30 kami cabut. Kalau tak kerana proposal tu, maunya sampai pagi jugak kami menebeng kat sini. Kekekekeke..

2 comments :

Anonymous said...

Boleh tanya itu noraebang hari ahad ada buka?

CikSengal said...

not sure... sekali tu je lah pergi lepas tu tak pergi2 dah.. hehehehe..