Saturday, 17th December 2011
Gigih tak gigih. Selepas habis benchmarking visit, aku tak terus balik ke KK. Kisahnya, aku ada gathering Alumni Infosys keesokan harinya kat Shah Alam. Pergi balik hari. Penat kau~!!
Gathering start pukul 2 petang di Intekma Resort and Convention Centre, Shah Alam. Aku dan Aida bergilir-gilir bawak kereta sampai ke sana. Sebelum sampai ke Shah Alam, aku dropkan Aida di MidValley. Kalau tak, boleh sangap dia nak tunggu aku kat Shah Alam nun. Masih ada masa. Jadinya, aku jalan-jalan lah sekejap kat MidValley tu.
Then, berpandukan GPS aku bergerak ke Shah Alam. Bongoknya aku tak pandai pakai GPS. Dia bawak aku balik ke MidValley. Hahahhaa.. Bangang betul. Last-last aku cari signboard ke Federal Highway je. Lagi senang~!! Terus aku pecut ke Shah Alam.
Dah sampai Shah Alam, satu hal pulak. GPS bawak aku ke Shah Alam Convention Centre. Dey~!! Aku nak pergi Intekma lah. Yang kau bawak aku pergi ke SACC apasal? Terus SETERESSS aku dalam kereta tu. Aku bukannya tak biasa jalan-jalan kat Shah Alam ni. Selalu jugak turun. Tapi selalunya bukan aku yang drive. Jadi bila tak drive tu, memang buta jalan lah jadinya. Dah tu ikut instinct je lah menonong jalan. Jumpa jugak akhirnya. Setelah aku mendapat parking yang ya ampun susahnya nak dapat, jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Wakakakaka.. VVVVVVIP gila aku ni~!!
So, ada speeches bla bla bla from Prof K, people from MDeC and representative from Infosys. Terkedu aku bila dengar job market sekarang kekurangan tenaga pakar dalam bidang ICT. Siapa kata graduan ICT tak boleh cari makan? Boleh. Kerja kosong berlambak. Yang menjadi masalah utama, korang graduan ICT ni ada ke tidak skills yang diperlukan untuk mengisi jawatan tu? Masak. Maunye masing-masing menuding jari balik ke universiti masing-masing. Kami tak belajar pun benda tu. Kami tak tau pun benda ni. Arghhh.. SETERESSSS..
Statistic on Supply-Demand Gap..
Well, I see some familiar faces!! Muka-muka Mysore. Hahahaha.. Best, best. Lepas ni boleh borak-borak. Then it's time for perasmian. Canggih kau. Hayun je remote. Macam main Wii. Hehehe..
Rasmi lah sudah Malaysian Infosys Alumni..
Then it's time to melantak~!! Ada nasi goreng, ada spaghetti bolognese, ada meatballs, ada ayam goreng, ada tart, ada buah-buahan, ada macam-macam lah~!! Makanan tak berapa berat sangat sebab baru lepas makan tengahari kan. Aku yang tak makan tengahari pun kekenyangan makan makanan-makanan ni.
Sambil makan, sambil ada cabutan bertuah. Hadiah kemain. Selain daripada hamper, ada grand prize tau. Ada Samsung Galaxy (galaxy spesis apa aku tak sure), ada BlackBerry, dan yang paling best, iPAD~!! Siapalah yang bertuah tu ye. Hehehehehehehhee.. Aku lah antaranya yang bertuah. Hahahahahahhaa... Kau bertuah dapat hamper ke nyah?? AHAHAAHHAHAHAHAHA~!!
Speech by our Tok Penghulu..
Jajan~!! Our Mysore batch!! Batch paling hyper seantero batch. Ngaaaaa...
Well, sempat jugak aku mingled around with the 2nd batch. Dah lama tak jumpa kan. It's been 3 years since our crazy Mysore days. Ahahaha.. Kalau diingat balik jenayah-jenayah yang kami lakukan kat sana. Wakakaka.. Boleh bengong dibuatnya. Cerita pasal Mysore, banyak entry Mysore masih terperuk dalam draft. Dah 3 tahun dah. Mampu ke nak sambung balik?
So, we had fun. But I got to make a move. Nak kena berkejar pulak balik ke JB. Flight balik ke KK besok paginya pukul 9.30 pagi. Flight pagi kan. Kalau flight malam, boleh overnite kat KL ni. Siang-siang baru balik. Selepas say bye-bye, aku singgah balik MidValley ambik si minah seorang tu. Nasib baik dia ada kawan melepak. Tak lah boring. Not long after that kami pun choww balik~!!
Hurmmm.. Hadiah cabutan bertuah? Hamper apa kelas noks~!! Inilah hadiah cabutan bertuah aku. Hehehehe..
BB Curve..
Aku godek-godek, aku telek-telek, sampai naik seteressss aku dibuatnya. Nak switch off pun tak pandai. Sudahnya, ia menjadi milik Aida. Mesti ramai yang menyumpah-nyumpah aku kan. Hahahahahahahhahahahahahhaaaa..