Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, March 30, 2014

UCC Showhouse

Umur dah berapa tapi tak beli rumah lagi. Bila nak kumpul harta lah aku ni kan. Asyik menghabiskan duit pergi jalan-jalan je. Cuba duit tu buat beli rumah. Boleh? OH TIDAAAAKKK.. 

Kewangan tak berapa mengizinkan lah gitu. Kalau aku beli rumah, confirm 100% memang aku tak boleh pergi jalan-jalan ke mana dah. Melainkan aku pi sambung study. Kalau aku sambung study, gaji naik. Hahaha.. Bila lah nak sampai waktunya tu.

Tapi keinginan nak beli tu ada lah jugak khenn. Makanya, mana-mana showhouse yang ada kat KK ni gigih nau aku pergi tengok. Salah satunya UCC ni. Nama penuh aku tak ingat apa. Yang pasti ada University dan ada Condominium. Condo kau. Tapi 5 tingkat je. Takdok lif!

Saturday, March 29, 2014

You And Me

You and me. We used to be together. Everyday together always....

Ada apa dengan 50 sen?

Jumpa dalam tabungan. This little thing here is as old as me. Semoga kita akan terus bersama sehingga ke akhir hayat.

Haha.. Tengah mereng.. 

Thursday, March 27, 2014

Konnichiwa Japan! ~ Day 8: Miyajima Island, Atomic Bomb Dome & Hiroshima Peace Memorial Museum

Saturday, 26th January 2013

Kita sambung ye cerita haritu. Pada previous entry, endingnya ialah naik nobi-nobi dari Tokyo menuju ke Himeji. Ni nak sambung lah pulak cerita apa yang kami buat bila dah sampai kat Himeji ni. Tidur dalam nobi-nobi kali ni tak berapa best. Tak seselesa kali pertama naik dulu dari Osaka ke Tokyo. Mungkin disebabkan aku tidur kat tingkat atas. Kat tingkat atas ni, heaternya tak berapa nak kuat. Boleh tahan sejuk jugak lah sepanjang malam. 

Kami dijangkakan tiba di Himeji pada pukul 5.24 pagi. Pukul 5 lagi aku dah bangun. Dah bersiap sedia untuk lompat dari tingkat atas ni dan berlari keluar dari train. Lebih kurang pukul 5.20 pagi gitu, train attendant buat round check dan bagitau train ni delay sikit dan bakal tiba lebih kurang pukul 6. Alahai, lambat lah pulak. Nak sambung tidur lagi pun boleh sangat.

Dah sampai tu kami terus cari port untuk solat subuh dan seterusnya pergi redeem tiket shinkansen untuk ke Hiroshima. Perjalanan dari Himeji ke Hiroshima mengambil masa lebih kurang satu jam gitu naik shinkansen ni. Gitu gini, lebih kurang pukul 8 jugak lah nanti kami sampai di Hiroshima Station.

Lepak depan heater.. Sejuk wei!!

Tuesday, March 25, 2014

Dynamic Busan ~ Final Day: Haeundae to Gimhae Airport

Thursday, 12th September 2013

Final day! Petang ni dah nak balik Malaysia. Wuwuwuw.. Tak nak balik! Nak jalan-jalan lagi. Huhu.. Tak best sungguh lah perasaan tu bila memikirkan hari ni hari terakhir nak jalan-jalan Busan ni sebelum balik ke Malaysia. Tapi dah sampai Malaysia nanti, aku akan sambung jalan-jalan lagi. Memang tak duduk diam lah aku ni. Mesti officemate aku semua rindu kat aku kan. Hahaha..

Hari terakhir ni kami takde buat apa. Sekadar jalan-jalan last kopek sekitar Haeundae. Ambik gambar kat sini, ambik gambar kat sana. Posing depan kedai. Posing depan stesen. Semua lah. Dah ambik gambar, pergi shopping-shopping pulak. Macam banyak nau duit aku ni. Gigih sangat buat aktiviti gores dan hutang. Sobss..

Memang takde buat aktiviti apa pun, makanya aku tepek gambar saja. ^__^

Sekitar Miss Egg Hostel..

Monday, March 24, 2014

Baju Baru

Saya ialah ahli taraf-taraf ikan bilis. Tapi dapat jugak baju. Hehehe..

National Team gitu..
See you in the next activity!

Sunday, March 23, 2014

Sabah Versions

Siapa yang tak pernah datang Sabah atau tak ada kenal orang Sabah atau tak ada kawan orang Sabah, mesti tak tau kan kat Sabah ni bekalan roti sangat lah terhad dan tak best. Itu pasalnya kalau kat airport, section roti macam kena serang garuda. Ramai yang bawak balik berbondong-bondong roti-roti ni. Tapi nak bawak banyak-banyak sekali harung pun tak tahan lama. Bila dah habis stok macam mana? Tunggu je lah the next trip ke Semenanjung gitu. Haru sangat!

Bukannya tak ada roti kat Sabah ni. Ada. Tapi tak berapa nak memenuhi sangat tekak aku. Gardenia yang kononnya enak dimakan begitu saja? Hokkk kirim salam aje lah Gardenia yang made in Sabah ni. Keras kematu. Sangat tak best.

Sedap tak?

Awal-awal dulu ada roti putih je. Sekarang ni dah upgrade dah ada wholemeal dengan butterscotch. Kalau yang roti putih pun tak sama rasanya, apa lagi roti hijau dan roti kuning tu kan. Huhuhuh..

Aku masih boleh tahan lagi lah tak makan roti. Kalau orang yang jenis gila makan roti, memang sedih banget lah duduk kat Sabah ni. Hehe.. 

Friday, March 21, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 5: Taman Sriwedari, Museum Radya Pustaka, Pasar Klewer, Keraton Surakarta Hadiningrat, EDU Hostel, Jalan Malioboro, Alun-Alun Kidul

Tuesday, 30th April 2013

Hari kelima! Bangun pagi ala-ala malas gitu. Kawasan hotel pun sunyi sepi je. Mungkin kami je kot yang ada kat sini. Dah settle mewangikan diri dan kemas semua barang kami pun turun untuk breakfast. Breakfast dia meriah kau. Berat dan hebat. Dah tu kami-kami je yang breakfast kat sini. Makanya, boleh lah makan sampai senak!

First Round..

Wednesday, March 19, 2014

Korea 330K Won ~ Final Day: Hongdae, Apgujeong Rodeo & Sindangdong Ddeokbokki Town

Monday, 25th March 2013

Hari kelima merangkap hari terakhir kami di Seoul ni. Flight kami balik ke Malaysia adalah pada waktu petang. Aku dan Mulan lah. Leen pulak flight pagi. Makanya pagi-pagi ni aku dan Mulan hantar Leen naik subway train sampai Hongdae Station untuk naik AREX ke Incheon Airport. Dah tu kami yang tertinggal kat belakang ni pergi lah merewang last minute ke mana saja kaki ni ingin melangkah. Hehe..

Dah alang-alang sampai Hongdae kan, kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan cuci mata kat sini. Baru pukul 7.30 pagi. Kedai semua belum bukak. Termenung je lah kami ni. Takde buat apa pun kat sini melainkan aku tunjukkan Mulan jalan untuk pergi ke Trick Eye Museum dan Hello Kitty Cafe. Lain kali boleh lah dia pergi sendiri.

Trick Eye Museum Entrance..

Monday, March 17, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Kick-Off!

Thursday, 9th January 2014

Kali ni kita ke China bebeh! A sudden trip gitu. Aku dan Mulan tengah sama-sama gila. Buang tebiat. Mulan kata "jom pergi Shanghai?", aku kata "jom", Mulan kata "Eh jom?", aku kata "eh jom lahhhh.." Hahahaha.. Beli tiket, plan itinerary dah tu bye-bye Malaysia! Kalau cerita sudden trip macam ni, jangan ditanyalah pasal tiket flightnya. Haruslah mahal menggila kan. Hehe.. Tapi nak buat macam mana. Tengah sewel, senget, bengong dan yang sewaktu dengannya. Kita gores dan hutang dulu. Dah balik dari trip baru pikir total kemusnahan dan macam mana nak bayar. Hahaha..

Aku tak pernah lagi sampai China. Salah satu sebabnya mungkin nak ke China ni nak kena ada visa. Dah tu leceh lah pulak kekdahnya kan kalau nak buat visa ni. Aku lebih suka jalan-jalan ke negara yang tak memerlukan visa. Relaks lenggang kangkung je. Tapi alhamdulillah lah jugak, apply visa ke China ni takde lah susah mana. Sediakan duit seguni je. InsyaAllah settle semua. :P

China ni besar. Kami memilih untuk ke Shanghai. Nak tengok cenggane Shanghai ni. Orang kata kota metropolitan yang sangat sibuk, sangat canggih, sangat moden dan yang sewaktu dengannya. Bila belek-belek internet, banyak jugak tempat-tempat menarik yang boleh kami pergi. Membuatkan aku excited lah jugak. Nak-nak tengok gambar-gambar The Bund. Bangunan-bangunan yang ada kat sana perghhh.. I'm a sucker for historical buildings and architectures gitu. Sangat-sangat minat. Makanya sangat sesuai sangat lah aku ni untuk pergi jalan-jalan ke Shanghai.

Shanghai Skyline.. from: andyvance.com

Saturday, March 15, 2014

Dynamic Busan ~ Day 6: Royal Tombs, Gimhae Central Market, Daeseong-dong Museum, Bonghwangdong Ruins, Seomyeon Station, Busan Yachting Center & Busan Cinema Studios

Wednesday, 11th September 2013

Day 6! Dah lima hari pusing satu Busan sampai tak tau nak pusing mana lagi dah. Poyo je kan. Padahal banyak lagi tempat tak terexplore. Tapi hari ni kami nak merewang secara santai lah pulak. Tak larat dah rasanya nak terkejar-kejar. Lagi pulak nak menyahut cabaran pakcik bilal masjid Busan tu. Makanya, tanpa melengah-lengahkan masa lagi, kita ke Gimhae!

Tapi sebelum ke Gimhae, kita singgah post office dulu lah ye. Tak jauh mana pun post office dari Miss Egg Hostel ni. Selang dua kedai je. Nak kirim poskad ke kawan-kawan yang dok mengirim. Seronok agaknye kan dapat poskad dari luar negara gitu. Aku pun sekarang dah pandai dah belajar kirim poskad ke diri sendiri. Hantar ke alamat office pulak tu kan. Bila dapat nanti boleh lah terkinja-kinja depan pigeon hole. Huhu.. 

Singgah sini kejap..

Wednesday, March 12, 2014

Korea 330K Won ~ Day 5: Olympic Park - World Peace Gate, Hanseong Baekje Museum

Sunday, 24th March 2013

Hari ni memang hari lenggang kangkung sedunia lah. Disebabkan insiden hari semalam (special entry belum siap lagi), hari ni kami terpaksa berhati-hati dengan apa yang perlu dibuat. Kalau perlu menangis, merayu melutut pun kami sanggup buat. Hahaha..

Nothing much to do, pagi ni just jalan-jalan cari barang kiriman orang kat Namdaemun. Dah tu jalan-jalan Myeongdong pulak. Tak payah lah aku nak cerita apa aku buat kat sini dan macam mana nak ke sini. Namdaemun dan Myeongdong pun dah muak tengok muka aku ni kot. Huhu..

Cari pasal di Namdaemun..

Monday, March 10, 2014

MH370

Sebagai penumpang kapal terbang yang setia, sudah tentunya berita MH370 mengejutkan aku. Siapa sangka, kapal terbang yang serba canggih di zaman moden ni boleh terputus hubungan dan hilang dari radar. Susah kita nak percaya, tapi jika itulah ketentuan Allah kita tak boleh nak menafikannya. Kun Fayakun, "Be! and it is".

Aku selalu ke sana sini senyap-senyap tak bagitau sesiapa. Alih-alih dah ada kat KL, alih-alih dah kat JB, dan paling dahsyat alih-alih dah ada dat Seoul. Kadang-kadang tak bagitau family sedikit pun. Sebab takut kena marah asyik berjalan sana-sini tak reti duduk diam-diam kat rumah. Kalau ada pun aku bagitau, sekadar bagitau destinasi yang dituju dan berapa lama di sana. ITU SAJA.

Walaupun banyak berita tentang kemalangan pesawat berlaku, aku buat tak endah. Tapi berita tentang MH370 ni memang betul-betul buat aku terkesan. Malang tak berbau. I could have been on this flight. I could have been one of the passengers, yang pergi senyap-senyap ke Beijing. Who could have known.

Apa agaknya perasaan keluarga aku sekiranya aku yang tersenarai dalam penumpang kapal terbang malang ni? Perasaan mak abah. Perasaan adik beradik. Perasaan ahli keluarga yang lain. Bertuah sungguh budak ni tak reti duduk diam-diam, pergi jalan-jalan tak bagitau. Marah? Terkejut? Sedih? Kalau marah mungkin ayatnya "Nanti kau, kau balik, aku cabut kepala kau macam sotong". Kalau terkejut mungkin ayatnya " Eh, tak ada cerita apa-apa pun dia nak ke mana-mana, macam mana boleh jadi macam ni?" Kalau sedih mungkin..... Entah lah, yang ni aku tak tau. Tak dapat aku nak bayangkan.

Lepas ni sebagai peringatan untuk aku, kalau nak pergi mana-mana kenalah "canang satu kampung". Tak boleh pergi senyap-senyap. Dah tu, kena bagitau maklumat penerbangan selengkapnya. Dari mana, ke mana, tarikhnya bila, penerbangan apa, flight no berapa, expected time to depart, expected time to arrive. Kena marah pun, kena marah lah kan. At least, ada yang tau aku kat mana masa tu. Benda-benda macam ni kita tak boleh nak jangka..

Aku tumpang bersedih dengan tragedi MH370 ni. Banyak spekulasi, banyak cerita yang ditokok tambah, banyak komen yang tidak sensitif bersepah-sepah di media sosial melebihi berita rasmi dari pihak yang berkenaan. Sama seperti mereka, aku pun ternanti-nanti perkhabaran terbaru yang dapat meredakan kegelisahan yang melanda sekarang ni. Kalau tak banyak, sedikit pun jadi lah. Tapi nampaknya, belum masanya lagi.

55 hours and counting. MH370, we need you to come back.

As shared on twitter.. Thank you to the owner of the pic..


#PrayforMH370 

Saturday, March 8, 2014

Weight Management Challenge Part 2

Part 2 kekdahnya. Part 1 dah buat tahun lepas bulan 10. Huru-hara kau, sebab aku tak bersenam langsung pun. Tak jaga makan pun. Seram sejuk je nak kena buat check up lagi sekali. Memang pejam mata dan bakal tutup telinga lah kejap lagi kena lecture dengan doktor. Haha..

Hambik kauuu.. Naik sekilo! Adey lahh.. Bertambah-tambah lah overweight aku. Huwaaa!! Kena exercise. Kena exercise. Memang tadah telinga je lah kena bebel. Next weigh in bulan 8 nanti. Masak ler aku. Raya ni mesti bertambah-tambah kena pam. Macam mana nak kurus? Dah lah takde motivasi langsung. Sobss..

Siapa yang sudi tolong aku lose some weight? Desperate dah kot ni. Huhu..


Friday, March 7, 2014

Bercakap Dengan Cik Ti

Sejak dua menjak ni, semakin menjadi-jadi kaum kerabat Cik Ti dok buat sukaneka kat bumbung. Sampai rimas dibuatnya. Takut dia jatuh bolos masuk bilik je kan. Seram la woii. Cukup-cukup lah sekor buat hal kat dapur. Yang tu pun entah bila lah dapat dihalau keluar. Kupikirkan ia sudah lari, tapi sedap-sedap aku tangkap dia makan maggi aku. Chaiitt sungguh..

Makanya dek sebab dah tak tahan, aku pun google lah kan macam mana nak buat kaum kerabat ni duduk diam-diam. Hari-hari nak buat lompat jauh. Hari-hari nak buat lumba lari. Aku nak tidur pun tak tenang. Apa yang menarik setelah di google, ramai yang bagi pendapat bahawasanya, kaum kerabat ni tak boleh ditegur dengan kasar. Cuba cakap baik-baik, confirm diorang dengar kata.

Apa tengok-tengok? Mari bersenam!!

Thursday, March 6, 2014

Lab Jawa

Sabo je lah aku dengan bebudak ni. Java dah jadik Jawa..


Marang perapu keponden parang skeper kekdahnya..

Tuesday, March 4, 2014

Briskwalking

Asyik next Monday, next Monday aje aku ni. Tapi hari ni aku nekad. Kena jugak digerakkan badan yang gebu ni untuk exercise. Tapi takde lah exercise sangat pun. Jalan-jalan Briskwalking lah kononnya. Orang briskwalking, jalan laju-laju. Tapi aku briskwalking ya ampun jalan lema lembut sopan santun penuh gemalai. Jalan orang malas ni namanya.

Gigih tau aku dan partner in crime jalan keliling kampus. Lalu jalan besar lah. Start jalan time orang balik kerja. Memang muka-muka wanted kami ni. Ada saja kereta yang hon ke arah kami. Dah tu yang tukang hon tu dok gelak-gelak. Heyyy.. Hampeh sungguh.

Weehuuuu!!

Untuk permulaan dapatlah 6615 langkah. Jalan selama sejam lebih. Boleh lah kan. Untuk kick-off. Hari ni kita warm up dulu. Besok-besok kita boleh jalan jauh-jauh. 

Tapi dengan perangai aku ni macam tak confident je nak teruskan. Hahaha..

Sunday, March 2, 2014

Hotel Toyo, Osaka

Ini lah tempat tidur kami untuk satu malam di Osaka. Namanya Hotel Toyo. Nama je hotel, tapi sebenarnya taraf-taraf hostel backpackers je ni. Kami memilih untuk tidur kat sini sebab harganya murah kalau nak compare dengan tempat-tempat yang lain. Lokasi Hotel Toyo ni ialah berhampiran dengan stesen JR Shin-Imamiya dan stesen subway Dobutsuenmae Station. Dalam 5 minit je kalau jalan kaki dari stesen-stesen ni. Tak ada lah jauh mana pun.

Lokasi Hotel Toyo..