Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Friday, March 29, 2013

Girls Generation Hostel, Seoul

Hostel Ahjumma dah naik harga, makanya, terpaksalah cari tempat lain sebagai alternatif kan. Kita ni bukannya nak duduk dalam bilik tu 24 jam sehari. Untuk tidur je pun. Tu pun 4-5 jam je lebih kurang kot. Masa selebihnya digunakan untuk meronggeng!

It's Girl's Generation Hostel. Mula-mula dengar tu, hah? What? Hostel Soshit? What? Tsskk.. Kenapa namanya gitu? Aku ni dah lah tak minat anak-anak jin 9 ekor tu. Tapi kalau dah murah tu, persetankan je! Nama je kot untuk hostel ni. Bukannya hostel anak-anak jin tu. Hehehe.. Nak-nak hostel ni, untuk perempuan je. Memang pilihan yang terbaik lah kan. :P So, lokasinya kat mana? Senang je. Tak jauh dari station Euljiro-3-ga. Nak pergi Myeongdong dekat je boleh jalan kaki.

Lokasi..

Wednesday, March 27, 2013

Anak Pakcik Choi in KL

Anak Pakcik Choi tetiba tweet.............

Iskk..

Hambik kau. Terkejut dinosaur aku dibuatnya. Macam mana dia boleh ada kat Malaysia? Baru je malam sebelumnya aku tengok dia terkinja-kinja kat Olympic Park. Magic betul lah. Datang KL buat apa? Bikin saspen nak main speku-speku macam ni. Then dia tweet lagi..

Kedongdong ko..

Ohoooiii.. Nak main kejar-kejar lah ni ye? Hurkk.. Sekali keluar paper..


Misteri sangat..

Buat iklan rupanya. Untuk LINE app. Gigih lah ko Siwon naik RapidKL bagai kan. Kekekke..


The final product..

Some extras...




Kemain. Lepas ni memang rajin lah ko datang sini kan....

Tuesday, March 26, 2013

youniQ Hotel

Aku ni dah biasa homeless kat airport. Tidur tergolek kat lantai LCCT, tidur dengan selesa kat kerusi KLIA, no problem lah bagi aku. Cumanya, pagi besoknya tu antara rajin tak rajin je nak mandi pagi sebelum menuju ke destinasi yang seterusnya. Hehehe..

Oklah, entri ni ditujukan kepada sesiapa yang tak larat nak homeless kat airport lah. Nak duduk Tune Hotel mahal kemain kan? Nak duduk Concorde Inn, ok je tapi macam tak berbaloi je kalau setakat buat tidur. Nak duduk Sama-Sama Hotel lagi lah tak mampu kan? So, kat sini aku cadangkan satu hotel yang sesuai untuk dibuat landing oleh sesiapa yang on transit ni. ^___^

It's youniQ Hotel! Memang lah sangat unik hotel ni. Sesuai dengan namanya. Aku sampai pun dah malam. Humang aih. Dari jauh nampak striking. 

Hambik kau. Pepel~!!

Masuk-masuk je memang ternganga sekejap lah aku. Ni hotel ke spa ke lounge club ke hapa ni. Hahahaha.. Sebab lain dari yang lain kan. Memang striking habis. 

Bilik yang ada kat hotel ni ada macam-macam jenis. Ikut saiz lah. Kami ambik yang saiz kecik. Makanya satu malam tu harganya RM100 je. Kongsi dua orang baru RM50. Sangat berbaloi-baloi lah jugak. Kita tengok nanti biliknya macam mana.

Kaunter check in / check out..

Lepak-lepak kat lobby..

Elevator..

Corridor..

Menonong gila aku macam orang tak betul cari bilik tak jumpa. Bukan tak jumpa sebab apa, sebab setiap bilik yang ada tu tak ada nombor bilik. Aku ni rabun tahap gaban ke memang diorang suruh main teka-teki ke hapa ke aku pun tak tau. Sekali, aku rasa nak maki hamun pun ada. Punya lah besar nombor bilik tu kan. Tapi kat belah bawah dia letak. Hurrrrrrrrrrrrrr...

Bilik no 301.. Demmittt tak nampak~!!

Masuk ke dalam bilik, aku rasa puas hati jugak lah. Memang berbaloi-baloi RM50. Segala basic amenities ada je dalam bilik ni. Aircond ada, TV ada. Kalau Tune hotel kena bayar extra kan? Hehehe..

TV, kettle..

The bed.. Nice and comfy..

Pintu ke toilet..

Jamban..

Sinki..

Okeh. Nice! Pagi-pagi ada disediakan breakfast. Light breakfast lah. Roti dengan macam-macam jenis sapuan serve with coffee and tea. Ok lah kan? Simple yet nice yet berbaloi-baloi. Boleh jugak mengalas perut sebelum pergi ke airport.

Tempat breakfast..

Coffee in the morning..

Allright! Aku suka tempat ni. So? Macam mana nak ke sini? Kalau kita dari airport, ada transportation disediakan. Aku hari tu turun kat LCCT. Makanya, tunggu kat depan Coffee Beans. Nanti ada staf dari youniQ Hotel ni akan datang jemput naik van. Bayaran yang dikenakan cuma RM5 je. Ok sangat lah tu. Cuma kalau perlukan airport transfer ni, kena maklumkan awal dengan pihak hotel. 

Lokasi youniQ Hotel.

Alamat..

So amacam? Boleh diconsider lah kan? For more info, klik sini --> The youniQ Hotel Have a nice stay!


Kemain aku promote macam aku kerja sini pulak. Hahahaha..

Monday, March 18, 2013

Konnichiwa Japan! ~ Kick Off

Entri edisi jalan-jalan ke Jepun akan bermula tak lama lagi. Sebelum tu aku bagi sneak peak sikit lah, ke mana aku merewang selama 10 hari kat negara matahari terbit tu.

Merewang sampai muntah..

Tungguuuuuuuuuuuuuuuu~~!! ^__________^

Saturday, March 16, 2013

Are You Protected?

Are you protected? Adakah anda semua jenis yang suka meroyan jalan-jalan ke luar negara macam aku? Pernah tak terfikir nak ambik suntikan sebelum ke luar negara? Aku sendiri pun tak pernah terfikir. Tak terlintas langsung kat dalam kepala.

Well, my cousin passed away a few days ago. Doktor kata sebab jangkitan kuman kat otak. Bahaya kan? Kalau jangkitan kuman ni, lebih kepada meningitis tak? Aku pun tak berapa paham sangat istilah perubatan ni. My cousin ada buat online business. Arwah biasa pergi ke China & Vietnam untuk ambik stok business dia.

Aku akan jalan-jalan ke luar negara lagi. My mom dah bising-bising. Sebelum pergi tu, sila ambik suntikan dulu. Ambik langkah berjaga-jaga. Kat tempat orang. Kita tak tau apa jenis penyakit yang terdedah kepada kita ye tak?

So I went to the clinic lah. Suntikan yang disyorkan, suntikan INFLUENZA. Selamat. Kena cucuk. Tapi sebelum kena cucuk tu, banyak jugak lah test dibuat. 

Got mine!

Rujukan suntikan..

Jalan tu jalan lah jugak. Tapi kesihatan kita kena jaga. Ambik lah langkah-langkah keselamatan yang diperlukan.

Thursday, March 14, 2013

Happy Me!

One of the reasons to be happy. Bila nampak macam-macam roti kat para roti kat mana-mana kedai. Hahahaha..

Serbu!

Jangan gelak! Aku ni kekadang boleh emo tengok roti banyak-banyak macam ni. Almaklumlah kat KK tak jumpa. Bila jumpa macam ni, tanpa segan silu aku memborong dengan banyaknya.....

Monday, March 11, 2013

Koe House, Fujikawaguchiko

Hokkay! Sempena jalan-jalan ke kawasan Mount Fuji, kami duduk kat Koe House ni untuk satu malam. Harga satu bilik JPY5600. Satu bilik ni boleh duduk dua orang. Yep. Mahal ko. Tapi ini lah yang paling murah kalau nak compare dengan tempat-tempat lain, time kami datang ke area Fuji ni. 

Location-wise? Sangat strategik. Keluar je station terakhir ~ Kawaguchiko Station, terus nampak guesthouse ni. Jalan kaki tak sampai 5 minit pun. The owner sangat friendly. Kami jumpa dua orang. Masa kami check in, owner yang perempuan yang melayan kami. English dia limited tapi masih ok lagi. Masih boleh faham lagi. Sampai-sampai je, dia terus jamu hot green tea. Nyaman.. Masa kami check out pulak owner lelaki yang entertain. Yang ni English perghhh.. Berabuk habis. US slang some more. So, senang lah kan. Tak ada masalah untuk communicate.

Tepek gambar lah ye..

Harga satu malam per person?

Friday, March 8, 2013

Kia Ora, Aotearoa! ~ Day 5: Portobello, Sandfly Bay, Te Anau & Knobs Flat

Hurkkk!! Mari update lagi entry jalan-jalan yang dah basi ni..

Monday, 30th April 2012
Portobello --> Sandfly Bay --> Te Anau --> Knobs Flat

Malam tadi hujan. Makanya cuaca jadi sejuk. Nasib baik tidur kat power-site. Dapat jugak tidur bertemankan heater. Tak larat dah lah nak membeku kan diri lagi. Huhuhu.. So pagi-pagi ni bangun, dan terus siap-siap buat breakfast. Malam tadi dah mandi, kira aci lah, pagi ni tak payah mandi dah. Harharhar.. Breakfast pagi ni pun sempoi-sempoi je. Menghabiskan stok maggi yang ada.

Breakfast yang lazat..

Wednesday, March 6, 2013

Spring Waltz di Bumi Korea ~ Day 2: Handel n Gretel, KBS Building, Hangang Park Biking, Seoul Museum of History, Gyeonghui Palace, Gwanghwamun Square, Cheonggye Stream, KTO, Insadong. & Olympic Park

Deyyy... Baru nak update..

Saturday, 26th May 2012

Hari kedua edisi spring yang tak berapa nak spring sangat ni. Ambik feeling je lah. Tempias-tempias sikit. Nak kata summer pun tak jugak sebab cuaca tak berapa panas. Just nice lah untuk pergi jalan-jalan. Kami keluar agak pagi jugak lah. Nak pergi merewang ke Yeouido. Tapi belum apa-apa lagi aku dah buat lawak sarkas terkunci pintu bilik dari luar. Berapa banyak kali dah Ahjumma tu pesan jangan kunci satu lock ni sebab tak ada kunci nak bukak, tapi aku sengal sangat pergi kunci. Kan.. Memang cari nahas lah. Dengan muka sebiknya aku pergi mengadu kat Ahjumma. Ahjumma geleng kepala dan suruh aku tunggu kejap. Sekali Ahjumma datang acu pisau kat aku. HOHHH!! Makcik ni nak membunuh ke hapa. Ada yang masuk front page paper kang besok. Rupa-rupanya dia suruh godek pintu yang terkunci tu pakai pisau. Hahahahaha.. Serious lawak lah kau Ahjumma. Tapi berkesan sungguh pakai pisau tu. Sekali godek je pintu tu dah terbukak. Macam-macam... 

Off to Yeouido. Banyak aktiviti nak buat ni. Sebelum pergi buat aktiviti kita singgah dulu breakfast kat kedai favourite kami. Favourite lah kononnya ni kan. Favourite sebab boleh cuci mata. Tapi orang yang nak dicuci mata tu tak ada pulak kat kaunter. Tak datang lagi kot. Kita duduk makan diam-diam je lah ye. Sayang. Kedai ni dah tutup dah sekarang. Tauke dah dapat tempat lagi besar dan selesa. Lain kali kalau datang lagi harus terjah itu kedai pulak!

Kedai Favourite..

Tuesday, March 5, 2013

Panic Attack

Disebabkan isu semasa yang tengah hangat sekarang ni, keadaan kat KK agak huru-hara jugak lah. Bukan huru-hara sebab apa. Huru-hara sebab lengang! Magik sungguh. Tak pernah aku jalan-jalan kat bandar KK dengan tenang, tak ramai orang. Mungkin ramai yang takut nak keluar. Takut terjadi apa-apa.

Lagi kita menyorok, lagi lah diorang suka nak menerjah kan? Lagi senang diorang nak buat strategi. So the best way, kita buat macam biasa. Tak perlu rasa takut apa-apa.

Beras kat Giant..

Jalan-jalan kat supermarket, aku tengok je customers yang ada merembat beras like there's no tomorrow. Ye lah, masing-masing panik kan takut bekalan beras tak mencukupi. Tapi aku boleh pulak relaks je. Macam takde apa-apa. Entah ye. Mungkin aku boleh lagi survive tanpa makan nasi. Stok kat rumah pun masih banyak lagi. Aku hold dulu lah. Bila dah terpaksa nanti, baru boleh shopping kaw-kaw.

Apa-apa pun, harap-harap isu ni cepat selesai. It's not good you know. Program Infosys aku pun dah macam terumbang-ambing disebabkan isu ni. Le sobs..

Sunday, March 3, 2013

Muar Outing

Sempena balik JB baru-baru ni, aku berkesempatan pergi ke Muo. Yay! Dah lama betul aku tak ke Muo ni. Kali terakhir aku datang sini, tahun 2007. Wow. Dah 6 tahun dah. Mesti banyak dah berubah Muo ni.

Kenapa jalan-jalan ke sini? Cik Ina ajak. Kawan sekolah dia yang dah lebih 30 tahun tak jumpa, jemput makan nasi minyak. Anaknya kahwin ler. Anak Cik Ina entah bila lagi kan? Kohkohkoh..

Welcome to Muar..

Huru-hara jugak lah nak cari lokasi majlis kahwin tu. Nasib baik ada GPS kan. Aku dah tak kenal dah jalan-jalan kat Muar ni. Lain bebenor dah. Kat rumah pengantin, aku tengok sesi jejak kasih. Hehehe.. 

Makan!!

Dah lepas makan nasi pengantin, buat apa? Yoshh.. Tak kan lah nak balik terus kan. Marilah kita ronda-ronda Muar ni sekejap. Tengok apa-apa yang patut.

Ni boleh jumpa kat Muar je.. Hehehe..

Lokas pertama? Lepak kat Tanjung Emas. Lepak-lepak sambil ambik angin laut. Laut ke? Sungai ye lah. Hehehe.. Lepak-lepak. Kalau dah lepak-lepak ni tak sah lah kalau tak melantak kan? Teruk nau. Dah makan nasi pengantin pun, masih besar lagi tembolok ni. Kita makan yang ringan-ringan je lah. Rojak petis & ABC special. Slurpppp.. Sedap..

Lepak kat Tanjung..

Menketedarah!!

Ingatkan nak pekena mi bandung. Tapi perut ni macam rasa tak muat pulak lah kan. Makanya, kita beli je perencah dia. Nanti bila-bila nak merasa mi bandung boleh lah masak. Ni orang malas punya style ni. Campak-campak je dalam periuk.

Perencah Mi Bandung..

Dah melantak? Ronda-ronda lah. Sampai ke Tanjung Agas sana. Nostalgia sungguh Tanjung Agas ni. Banyak kenangan kat sana. Yang sedih, yang gembira, yang gedik-gedik. Hehehehe.. Kat sini lah aku bertapa selama 2 tahun.

Here!!

Oh My School!

Rindunya aku kat tempat ni..

How I missed this place. Kalau ikutkan hati, nak aja aku masuk dalam, layan blues kat sini. Hurmm.. Kengkawan seSAMURA, bila kita nak buat reunion?

Balik semula ke Bandar Muar..

On the way nak ke exit Pagoh, singgah lah sekejap kat Ladang Nasuha ni. Ladang ni dah wujud sejak zaman aku sekolah lagi. Tapi tak pernah sekali pun terfikir nak singgah. So kali ni kita singgah. Banyak lagi masa nak dibuang.

Ladang Nasuha..

Ladang ni besar sebenarnya. Ada macam-macam jenis tanaman kat sini. Cuma aku takde lah gigih sangat nak skodeng satu persatu. Kita pergi kat centre dia je lah..

Centre dia ni..

Some of the product..

Cuba teka buah apakah ini?

Pusing-pusing tengok produk yang dijual. Nampak semua macaam best je. Tapi aku takde hati pulak nak membelinya. Cik Ina adalah beli seketul dua. 

Dah! Next destination? Skudai ler. Kita balik rumah. Tamatlah sudah jalan-jalan ke Muar. ^___^