Friday, September 7, 2012

From Taipei With Love ~ Day 5 & 6 (Final Day): Chiang Kai Shek Memorial Hall, U.P.i, Lantern Festival

Tuesday, 7th February 2012

Hari kelima kami di Taipei. Cuaca hari ini tersangatlah sendu, lemau dan mendung. Hujan renyai-renyai pulak tu. Mungkin langit Taipei tengah menangisi kepulangan Aleng ke Malaysia. Hehehe.. Yeps. Aleng balik hari ni. Dia tak dapat cuti lama-lama, makanya dia balik dulu. Lagi tiga termasuk aku, balik besok. 

Untuk hari ni, kami tak ada plan untuk pergi ke mana-mana. Jalan sajalah. Sebelum jalan-jalan kami hantar Aleng ke stesen bas. Agak mengkonfiuskan jugak dengan stesen bas di Taipei ni. Bas ke airport letaknya di stesen lain. Tidak sama dengan stesen bas utama Taipei, tempat kami naik bas ke Luodong semalam. Aleng yang sudah berapa kali datang ke Taipei, menonong lead kami ke stesen bas yang dimaksudkan. Tak jauh mana pun kalau jalan kaki dari Taipei Backpackers ni.

Taipei Backpackers :: Taipei Bus Station :: Taipei Bus Station (to Airport)

Stesen bas ni kecik je. Kaunter pun ada berapa kerat je. Sesak pun tak. Mungkin sebab destinasinya terhad. Suasana agak santai-santai jugak lah kat sini. Selepas membeli tiket, kami duduk-duduk memerhatikan gelagat orang lalu lalang. Buat modal bercerita. Dah boring duduk-duduk, aku merewang sekitar stesen. Tengok apa yang ada.

Stesen yang kecik..

Kelesss nama hotel ni..

Then it's time to say byebye to Aleng. Jumpa lagi nanti kat KL for the next aktiviti meronggeng. Hehehe..

Bye Aleng!

Jaa! Nak pergi mana ni. The rain's been teasing us since morning. Sekejap renyai-renyai, sekejap berhenti, sekejap lebat lah pulak. Haduih.. Memang tak syok berjalan. Nasib baik kami bawak baju hujan. Tapi baju hujan RM5 beli kat Daiso tu tak dapat nak membantu sangat. Basah jugak aku dibuatnya.

Dari stesen bas kami naik train menuju ke Chiang Kai Shek Memorial Hall. Dari Taipei Main Station cuma dua stops je. Sebenarnya kami ni tak tau nak ke mana dah ditambah dengan hujan lagi. Setakat berhenti sekejap kat sini, tengok sana sini, ambil gambar dan gerak pergi. 

Chiang Kai Shek ni bekas presiden Taiwan. Kat area memorial hall ni ada dua bangunan lain yang terletak kat belah kiri dan kanan. Ada National Theater dan National Concert Hall. Masa kami kat sini, semacam ada aktiviti yang tengah berjalan. Tapi tak ada lah nak sibuk mengskodeng aktiviti apakah yang berlangsung tu. 


Peta Memorial Park..

National Theater

National Concert Hall


Chiang Kai Shek Memorial Hall

Pintu gerbang masuk..

Senaman Taichi Warga Tua..

Tak lama tu kami melangkah keluar. Masih ada masa, boleh pergi ke muzium. Tapi lepas tu rasa malas pulak nak menapak ke sana sebab nampak dalam peta macam jauh je. Hehehehe.. Kami meronggeng-ronggeng lagi kat sekitar kawasan memorial tu dan seterusnya pergi ke train station.

Ada jamban kat luar..

Destinasi seterusnya? Melantak! Kami melantak di Enjoy Kitchen. Best! Dah habis melantak kami balik semula ke backpackers. Perut kenyang suka hati, hujan some more marilah tidur kejap. :P

Sesampainya di backpackers kami terus buat booking teksi untuk gerak ke airport besok pagi. Barang banyak, flight awal pagi, makanya kami ambil teksi je. Tiga orang tong tong duit lagi berbaloi daripada naik bas. Dah selesai booking kami di approach oleh tuan backpackers  Katanya, ada reporter nak datang malam ni buat interview dengan penginap-penginap backpackers ni. Walawei.. Seram sejuk aku dibuatnya. Interview apa ni? Masuk tv ke? Tak nak ler. Takut aku. Hahahaha.. Bila diexplain untuk travel magazine, aku jadi lega sikit. Setelah dipujuk-pujuk dirayu-rayu oleh tuan backpackers, kami pun bersetuju untuk interview tu. Ngaaaaaaaaaa~!! Mampuih ler aku!

After a few hours relax, kami keluar semula. Jalan-jalan di Taipei Main Station underground shopping mall. Masuk kedai, keluar kedai. Cuci mata. Banyak kedai bawah ni. Tak perlu nak pergi jauh-jauh kalau nak cari barang. Kami jalan sampai penat.

Kedai CD..

Ada gay section ko.. Eeeuuuwwww...

Dah penat jalan bawah tanah kami keluar dan jalan kat atas tanah pulak. Kami keluar di exit underground yang paling hujung. Beberapa hari lepas abuji si Kyuhyun ada bukak akademi kat Taipei ni, marilah skodeng kalau jumpa. Belasah je lah jalan kan. Kalau jumpa, jumpa lah. Kalau tak, bukan rezeki kami. Nak dijadikan cerita, sekeluarnya kami dari exit tu, terus nampak akademi tu. Exit Z10 ye. Walaweii.. Terkejut jugak lah. Tak sangka kami exit di jalan yang betul. Oklah. Dah nampak ni boleh lah balik. Hahahaha..

Akademi abah Kyuhyun.. 
Alamat: 3F,No.15,Sec 1,Chongqing S.Road,Zhongzheng Dist,Taipei City 100,Taiwan R.O.C

Sapo nak belajar bahasa Korea boleh lah datang sini..


Minum dulu!!

Next destination kami menuju ke Sun Yat Sen Memorial Hall. Kebetulan ada Lantern Festival selama 10 hari kat Taipei ni. Dah alang-alang tu boleh lah mengskodeng. Besar jugak festival ni. Macam-macam jenis lantern yang ada. Pelbagai organisasi, sekolah, turut serta dalam festival ni. Yang paling penting, temanya ialah DRAAAAAGGOOOONNN. Sebut gaya Mushu ye. Sempena the year of Dragon lah ni kan. Sana sini dragon semedang. Yang ganas, yang comel, yang gagah perkasa, yang macam kartun, semua ada.

Dragon hijau comel..

Dragon bajet ganas..

Dragon macho..

Anak Dragon?

Flying dragon..

Dragon yang suka berparty..


Antara sekolah yang terlibat..


Tema bangunan..

Taipei 101 dari jauh..

Then it's time to go home. Sesampainya kami kat backpackers, reporter tu dah standby kat lobby. Alamak. Gila terketar-ketar. Hahahaha.. Reporter merangkap photographer tu namanya Peter. Dia tengah kumpul bahan untuk buat artikel tentang backpacking untuk satu majalah travel kat Taiwan ni. Gigih kau.. Peter ikut kami masuk ke dalam dorm. Walaweeeiii.. Dah lah bersepah. Macam kartun kami kemas.

Santai je sebenarnya interview tu. Tanya datang Taipei buat apa, pergi mana, beli apa. Yang basic-basic je. Dah tu sesi ambik gambar. Posing tepi katil lah, posing dengan t-shirt Taiwan lah, posing dengan dimsum lah. Macam-macam. Sumpah aku cakap mesti buruk gambar-gambar aku ni. Bengong betul. Dah tu, dia suruh posing dengan backpack. Aku dah nak tergelak dah. Nama je duduk backpackers tapi kami bawak beg tarik. Miahahahahaha.. Tersengih Peter. Dah macam salah konsep pulak jadinya. Apa pun belasah je. Posing lah dengan backpack kecik. Kebetulan ada bawak kan. Dah siap tu dia say bye bye dan pergi interview tuan backpackers pulak di tingkat bawah.

Once dah balik Malaysia, Peter ada emailkan gambar-gambar yang dia ambik. SUMPAH HUDUHHH!! Huwaaaaaaaaaa.. Tak payah lah kau masukkan dalam magazine. Nangis aku kalau tengok. T__________T

Interview habis dalam pukul 10. Dah tu kami takde nak buat apa dah. Nak keluar lagi pun malas sebab sejuk kat luar tu. Sudahnya kami santai-santai menghabiskan stok makanan yang ada. Dah selesai makan, packing, it's time to sleep. Besok pagi kami akan keluar menuju ke airport seawal jam 6 pagi.

Dinner malam tu..

Yoshhh.. Pagi-pagi dalam gelap, sejuk bukan main lagi, kami keluar menuju ke airport. Kami akan balik melalui terminal yang berlainan. Aku balik ke KK dengan AirAsia manakala dak dua orang tu balik ke KL dengan Cathay Pacific via Hong Kong. Pakcik teksi hantar aku dulu sebelum hantar yang lain. Kami berpisah di situ. Jumpa balik kat Malaysia nanti. Or kat tempat lain pulak. Hahahaha.. Oh ya tambang teksi ke airport lebih kurang NTD1000.

Masih awal tapi ramai orang kat airport. Yang pastinya, ramai yang pelik tengok aku. Nak-nak bila aku check in. Soheh. Aku seorang je yang bertudung kat situ. Yang lain semua Chinese pelbagai negara. Tak pun mat dan minah saleh.

My baggage..

Masih ada masa. Aku pun tertidur dengan sedapnya kat kerusi yang ada kat situ. Sedar-sedar, seorang pun tak ada kat situ. Ah sudah. Gabra aku dibuatnya. Cepat-cepat aku menuju ke gate. Nasib baik belum ada apa-apa announcement dibuat. Lega...

Takde orang..

Habis sudah jalan-jalan ke Taipei. Next time kena datang lagi untuk konker satu Taiwan. Jalan-jalan sekejap macam ni tak best nau. Till next entry jalan-jalan. Bye!

Perbelanjaan keseluruhan hari ini:- NTD723

0 comments :