Wednesday, September 5, 2012

Welcome New Intakes!!

Weekend yang lepas, pelajar baru mula mendaftarkan diri. Minggu ni pulak minggu orientasi. Aku yang kesengalan ni terlibat jugak lah. Dengan aktiviti yang melibatkan sekolah. 

Tu dia...

Tak ada apa sangat pun. Setakat memperkenalkan diri je. Tu pun ada orang tak ingat nama aku siapa. Memang segenggam kepalan penumbuk sudah ready aku keluarkan. Huh..

Welcome.. Welcome~!!

Then it's time to meet amongst the program. Aku sekadar menyemak menunjuk muka. Biasalah aku kan. Gila glamer. :P Nasib baik aku datang tau! Sebab macam-macam soalan budak-budak ni tanya yang tak dapat dijawab oleh penasihat akademik yang sedia ada. Almaklumlah, masing-masing dah tiga empat tahun meninggalkan tempat ni pergi sambung belajar. Agak lost jugak lah. Aku yang agak otai yang tak reti-reti sambung belajar ni dapat lah jugak membantu serba sedikit menjawab soalan yang dikemukakan.

Masih innocent..

Yosh adik-adik sekalian. Belajar rajin-rajin ye! Maintain lah innocent sampai ke tahun akhir walaupun ianya mustahil. Hahahaha..

0 comments :