Nama saya Demok. Saya adik Kakak Dila. Kakak Dila sangat sayangkan saya. Itu sebablah saya gedik dan mengada-ngada.
Saya datang jenguk Kakak Dila bila saya lapar. Kakak Dila memang ada sediakan makanan untuk saya 24/7. Saya hanya perlu mengiau-ngiau di depan pintu. Kakak Dila akan bukak pintu dan beri saya masuk untuk makan.
Selepas makan, saya akan baring-baring sejam dua untuk menarik perhatian Kakak Dila. Mula-mula saya baring mengiring. Kakak Dila buat bodoh tak pedulikan saya. Saya pun datang mendekati Kakak Dila dan baring di kakinya. Sekali sekala saya guling-guling macam aksi dugong sarkas. Dengan harapan Kakak Dila akan nampak penat lelah saya lalu mengagah-agah saya macam baby.
Kadang-kadang Kakak Yatt datang menjenguk saya. Saya suka kalau Kakak Yatt datang. Sebab saya boleh tunjukkan aksi gedik saya kepada dia pulak. Baru-baru ni saya telah mencipta aksi baru iaitu baring terlentang di atas sofa. Mesti Kakak Yatt suka kalau saya tunjuk aksi ni pada dia.
Kakak Yatt tergelak. Dia menendang-menendang manja ke montot saya yang gebu ni. Lakonan saya berjaya jugak akhirnya! Hasilnya, Kakak Yatt mula menggomol-gomol saya. Bahagia sungguh hidup saya. Ramai betul kakak-kakak yang sayangkan saya.
Kakak Yatt. Kakak Yatt dah lama tak datang jenguk saya. Marilah datang sini. Saya ada aksi baru nak tunjuk kat Kakak Yatt. Kakak Dila dah tengok banyak kali dah aksi ni. Datang ye Kakak Yatt? Datang lah.. Meeeooowwwwww....

Kakak Yatt~!! Jangan lah paparazzi kite~!!
Kakak Yatt suka melayan saya. Saya pun suka dilayan. Macam biasa, selepas saya menunjukkan aksi sarkas saya pada Kakak Dila, saya akan buat encore untuk Kakak Yatt pulak. Kakak Yatt akan bertepuk tangan gembira apabila saya mula menggedik.
Tapi, kadang-kadang Kakak Yatt jahat. Dia selalu makan sendiri-sendiri tak nak ajak saya. Saya pun mula lah memprotes. Saya merajuk dan baring jauh-jauh. Tapi Kakak Yatt tak nak datang memujuk. Ini tak boleh jadi! Saya harus menunjukkan yang saya sedang merajuk. Makanya saya pergi ke kaki Kakak Yatt dan membuat aksi guling-guling di situ. Kakak Yatt buat donno. HUL~!! Daebak lah ini Kakak Yatt. Tension betul saya dibuatnya. Argghhh~!! Saya buat aksi mati kejung lah macam ni! Biar Kakak Yatt kesian kat saya.
Kakak Yatt tak nak bagi kite makan.. Kite merajuk!!
Kakak Yatt tergelak. Dia menendang-menendang manja ke montot saya yang gebu ni. Lakonan saya berjaya jugak akhirnya! Hasilnya, Kakak Yatt mula menggomol-gomol saya. Bahagia sungguh hidup saya. Ramai betul kakak-kakak yang sayangkan saya.
Kakak Yatt. Kakak Yatt dah lama tak datang jenguk saya. Marilah datang sini. Saya ada aksi baru nak tunjuk kat Kakak Yatt. Kakak Dila dah tengok banyak kali dah aksi ni. Datang ye Kakak Yatt? Datang lah.. Meeeooowwwwww....
1 comments :
tomeeeeeeeiiiiiinye demok..rasa nak cubit2 je badan nye yg demok ituee
Post a Comment