Tuesday, September 11, 2012

Buku Hikmat

Aku kalau pergi jalan-jalan, benda ni memang tak boleh tinggal. Buku nota dan pen. Kalau tak ada benda ni, tak lengkap rasanya gear jalan-jalan aku.

Buku nota ni aku namakan buku hikmat. Walaupun dah macam belacan rupa parasnya, ia dah banyak berjasa. Dalam buku ni lah tempat aku mencatatkan kesemua benda yang berkaitan dengan aktiviti jalan-jalan aku. Dari itinerary sehinggalah budgeting, kos perbelanjaan dan lain-lain. Asal ada benda yang menarik sepanjang perjalanan mesti aku nak jot down. 

Buku nota cilok dari PanPac KLIA..

Perbelanjaan di New Zealand..

Setelah dibelek-belek, buku ni menyimpan details tentang dua trip aku ke Korea, trip ke Taipei, trip ke Bangkok dan juga trip ke New Zealand. Kalau hilang buku ni, nangis lah aku tak ada benda reference untuk dibuat bahan repekan kat blog ni.

So siapa yang nak pergi jalan-jalan tu, disarankan untuk bawak satu buku nota macam ni. Trust me. Sangat-sangat membantu sepanjang perjalanan.

2 comments :

Anonymous said...

next destination ke mana plak lepas ni CIk Sengal? :)

Anonymous said...

teringin nak g backpackers mcm u.leh join group backpackers u tak?selalu g ikut travel agent je.kdg2 tmpt yg kita tak nak kena g.leceh.pastu ramau2 dah mcm rombongan cik kiah.huhuhuhu
next destinasi ke mana?
klu sudi menerima email sy ye
adikmanja80@yahoo.com
love to travel around the world wit ciput budget ;)