Thursday, October 9, 2008

Obsessi Ku..

Yep. Apa yang dikatakan K Awa dalam entrinya OBSESSI tentang aku teramat lah benar sekali. Aktiviti menghabiskan duit ni dah lama aku jadikan hobi. Sejak zaman sekolah lagi. Aku rasa puas dan bangga bila melihat koleksi novel, majalah, vcd dan dvd drama Korea, yang aku dah kumpul selama ni. Jumlah novel dah tak terkira banyaknya. Sampai aku sendiri lupa, novel apa yang aku dah jadikan koleksi. Banyak kali juga, ketika aku di kedai buku memegang novel, aku mesti tertanya-tanya, "aku dah beli ke belum novel ni? " Aku sanggup telefon ke rumah, tanya orang-orang di rumah minta tolong periksa samada aku dah beli atau tidak novel yang dimaksudkan tu!

Koleksi novel, aku tinggalkan di rumah JB. Tiap-tiap kali balik, aku pasti akan tengok dan belek koleksi ku itu. Tapi sayang. Aku tidak tegas. Koleksi novel aku semakin kurang. Ada yang membacanya tanpa meletakkan kembali ke tempat yang sepatutnya. Ada yang meminjam bawa balik ke rumah dan tak reti-reti nak pulangkannya. Aku sendiri dah lost count dan tak tahu novel apa yang missing dari rak buku ku itu. Aku jadi marah. Selalunya, marahku ku lemparkan pada Ika. Sebab menurut mak, Ika yang melayan novel-novel aku dan lepas habis baca, dia akan campak ke mana-mana. Ika yang kuat menjawab tu memang akan menjawab. "Pasal novel je, nak bising!" Bisanya telinga aku mendengar. Novel tu aku beli dengan duit PTPTN, duit JPA dan duit Gaji aku! Aku jaga baik-baik. Sampai berbalut sampul plastik lagi. Mana tak aku marah kalau harta kesayangan aku dicampak merata-rata. Patutnya aku simpan dalam kotak je kesemua novel-novel ku itu. Selotape terus. Biar semua orang tak boleh baca. Puas hati aku!

Dah lama sebenarnya hobi ku ini tidak aktif. Sejak aku ke India rasanya. Baru-baru ni, aku singgah ke kedai buku. Ku kira-kira ada dalam 17 novel yang harus ku jadikan koleksi! Kesemuanya dari penulis kegemaranku. Belum lagi dari penulis separa kegemaran. Bila dicongak-congak boleh jadi bankrap kalau ku ambil semuanya. Untuk mengaktifkan kembali hobi aku ni, aku beli 3 buah novel dulu. Itu pun sampai ke hari ni, sampul plastiknya belum ku buka lagi. Hehehe.. Bila la agaknya aku nak baca ye.

Vcd dan dvd drama korea ku? Yang ini, aku angkut semuanya ke KK. Aku tak rela hartaku yang ini dipinjam orang dan dibuat harta mereka dan keluarga mereka. Hehehe.. Barang mahal, kena lah tuannya sendiri yang jaga. Kalau aku tinggalkan di JB, memang entah ke mana-mana la jawabnya. Menangis tak berlagu aku. Setakat ni lebih kurang 30 judul drama korea telah ku jadikan koleksi, dan akan semakin bertambah. Tapi buat masa ni, terpaksa ku hentikan dulu. Bajet takde. Hehehe..

Aku sebenarnya ada misi besar. Bukannya suka-suka aku membuat koleksi novel dan dvd ni semua. Aku ingin membuka library ku sendiri. Atau lebih tepat lagi, satu hari nanti aku ingin membuka restoren atau cafe tempat orang bersantai-santai, makan-makan, relaks-relaks sambil baca novel ataupun menonton koleksi dvd aku tu. K Awa pasti tau apa yang aku maksudkan di sini. Nak cerita lebih-lebih tak boleh lah. Hehe.. Tiap-tiap hari aku berangan. Bila agaknye nak tercapai ye?

2 comments :

sitinurulhawa said...

bestnye berangan ek yatt...

mlm ni jadi tak? boleh kite gi survey tempat yg kita angan2kan hahaha

CikSengal said...

Memang best. Bila nak jadi kenyataan tu entah.

Lain kali kita pegi la ek. Syok betul layan ayat-ayat cinta.