Awal dulu dipanggil Magic Cube. Pada tahun 1980 ditukar namanya menjadi Rubik's Cube sempena nama penciptanya Ernő Rubik. Dan dikatakan juga, Rubik's Cube ni menjadi world's best-selling toy. Fuh, jangan main-main tu!
Rubik's Cube
Nak dijadikan cerita, Udin Gemokk bawak balik kotak ajaib ni ke rumah sepanjang cuti raya ni. Rasa geram pun ada bila nampak. Sebabnya, aku tak pernah dapat selesaikan sampai habis. Bagi aku, orang yang pandai selesaikan kotak ajaib ni, memang genius tahap dewa. Tu dulu lah. Sebelum aku tau teknik-tekniknya. Hehe..
Pernah dulu, ketika zaman aku kanak-kanak ribena lagi (sekarang pun masih ribena lagi what.. hikhik..), mak pernah belikan aku kotak ajaib ni. Walaupun 2nd hand beli kat car boot sale, masih nampak baru lagi. Patutnya mak belikan la aku Barbie Doll ke, mainan masak-masak ke. Ini benda alah kotak kaler-kaler ni yang dibelikan. Apa kes? Lama-kelamaan tu baru lah aku tau. Mak nak aku belajar pikir macam mana nak selesaikan masalah. Main Barbie Doll tak payah nak pikir-pikir. Setakat pakaikan baju, seluar dan kasut je. Dahsyat betul harapan mak masa tu ye. Haha..
Aku pun mula laa putar punya putar, tapi tak dapat-dapat. Ini kes tak tau teknik nak menyelesaikan masalah la ni. Budak-budak. Apa ada kesabaran nak belajar macam mana nak selesaikan sampai habis? Lagipun, zaman-zaman tok kaduk dulu. Penyelesaian bukan di hujung jari. Takde wikipedia. Takde youtube. Sekarang ni berlambak kat internet macam mana nak selesaikan kotak ajaib ni. Last-last apa aku buat? Aku tanggalkan sticker warna tu satu persatu dan lekatkan ikut kumpulan warna yang sama. Tadaaa.. Aku tunjuk kat mak. Siap dah! Mak geleng kepala. Hangguk kau! Berdas-das mak aku membebel. Ada ke main tanggal-tanggalkan kalernya. Aku tarik muncung 14. Dah tu, aku campak je kotak ajaib tu ke tepi. Malas nak tengok dah. Main masak-masak lagi best. Hahaha..
Sekarang, bila aku nampak lagi sekali benda alah ni, aku nekad. Akan sabar belajar dan selesaikan sampai habis. Setelah berhempas pulas belajar teknik dan trick untuk selesaikan kotak ajaib ni, aku berjaya jugak akhirnya. Sampai berpeluh-peluh aku dibuatnya. Sampai ketagih pun ada. Sambil sediakan bahan-bahan untuk masak pagi raya, tangan aku memutar-mutar benda alah ni. Mak jeling aje. Practice makes perfect, kataku. Haha.. Dulu mak jugak yang suruh selesaikan. Ye tak? Tak lama tu, aku jadi terer. Tak sangka aku. Selepas 17 tahun aku diperkenalkan dengan kotak ni, tahun ni, selepas 17 tahun baru aku berjaya selesaikan. Cayalah! Memang terer. Bukan nak berlagak, at some point, tutup mata pun boleh selesaikan. Hahaha..
Nampaknya, sekarang ni aku tergolong dalam orang yang genius la ye. Bluwehhh..
So, macam mana nak selesaikan Rubik's Cube ni? Kau Google je. Jangan malas. Banyak jawapan kat situ. :P

0 comments :
Post a Comment