Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Sunday, April 12, 2015

Jordan & Our Touch ~ Day 1: Downtown Amman

Friday, 13th February 2015

It's a new day in Amman! Malam tadi sebelum tidur, dah plan macam-macam dah untuk hari ni. Gigihlah kononnya nak bangun awal dan keluar jalan-jalan di sekitar kawasan hotel tempat kami tinggal di downtown Amman ni. Tapi, disebabkan penat mengharungi macam-macam drama semalam, dan keadaan dalam bilik ni boleh tahan sejuk, suhu kat luar pun lebih kurang 7° Celsius, memang sesuai sangatlah untuk terus berkelubung dalam selimut yang tebal tu, guling-guling dulu sampai puas, sebelum buat apa-apa yang patut.

Program kami di Jordan ni secara rasminya akan bermula pada hari Ahad, 15 Febuari 2015. Majoriti sukarelawan yang mengikuti program ni akan sampai ke sini pada hari Sabtu. Jadinya, untuk dua hari ni, buat kami yang dah tersampai awal ni, sekadar free and easy lah. Boleh pergi merambu-ramba ke sana-sini. Itu pun rasanya, rambu-ramba sekitar hotel ni je lah, mana yang boleh sampai dengan berjalan kaki je. Nak jalan jauh-jauh, kena fikir kos yang perlu dibelanjakan. Almaklumlah, poket masih nipis dan perangai kedekut tu masih ada. Hehe.. Selepas sarapan simple bubur nasi dengan sambal ikan bilis dan serunding, kami pun bersiap-siap untuk keluar. Itu pun dah pukul 10.30 pagi. 

Bubur nasi je..


Biasanya, sebelum pergi mengembara ke mana-mana negara, memang aku akan buat research untuk tengok apa yang menarik kat tempat tu, macam mana nak pegi ke situ, kat mana boleh pergi makan-makan, dan sebagainya. Aku ni sebenarnya tak reti nak go with the flow, dah sampai baru fikir nak buat apa. Lagi-lagi kalau negara tu aku belum pernah jejak lagi. Lain lah kalau negara yang aku dah pergi lebih 10 kali tu. Kihkih.. Paling-paling, mesti ada senarai tempat nak pergi dan macam mana nak pergi. Nak pergi hari apa, bila, itu lain cerita. Cumanya, disebabkan trip ke Jordan ni, penganjur dah aturkan program dan aktiviti selama 8 hari (full dari pagi sampai ke malam), makanya aku tak ambik port sangat untuk buat apa-apa research. Memang dah set dalam kepala, nak relaks-relaks dan ikut je aktiviti yang dah disediakan. Tempat-tempat menarik kat Amman pun, aku tak check. Apa nak dibuat selama 8 hari kat Jordan ni pun, aku sekadar jeling-jeling je itinerarynya. Bila ternampak dalam itinerary ada tulis Petra, aku dah cukup happy dah. Lain-lain, malas nak fikir. Memang pasrah dan reda betul. Mungkin sebab dah tak larat nak fikir kot, sebab dah penat berabis susun itinerary untuk trip India yang baru kami redah ni. 

Jadinya, bila terdatang awal dua hari ni, aku jadi gabra sikit. Alamak, kita nak buat apa ni? Nak pergi mana? Kita ni, kat Amman kat belah mana ni? Kat tengah bandar besar ke? Kat pinggir bandar ke? Kenapa tempat ni namanya downtown? Bukan city center ke? Serious, aku tak ada idea langsung. Yang aku tau, lagi dua hari semua sukarelawan kena berkumpul kat Art Hotel downtown Amman. Jadinya, kami cari dulu penginapan yang berdekatan untuk dua hari ni, dan apa nak dibuat, nanti baru fikir. Dah jadi macam ni, terpaksa lah gunakan go with the flow method tu, dengan harapan berbaloi lah aktiviti jalan-jalan pada hari ni. Tu lah, siapa suruh tak prepare apa-apa kan? Padan muka!

Kami keluar dari hotel dan menyusuri jalan besar menuju ke arah yang ku kirakan pusat kepada downtown Amman ni. Aku main teka-teka je, sebab tengok ramai betul orang berjalan menghala ke sana. Takkan ramai-ramai ni nak balik rumah kan? Jalan punya jalan, berjumpalah kami dengan pasar sayur-sayuran dan buah-buahan. Seorang sahabat pernah berkata, "Kita kalau nak kenal orang dan budaya sesuatu tempat tu, kita kena pergi pasar dia!" Betul lah juga apa yang dia cakap tu. Kat pasar macam ni lah kita boleh tengok macam-macam ragam manusia. Ok, masuk ke pasar lah kita!

Pasar sayur..

Pasar buah..

Bermacam jenis jeruk olives & cheese..

E'eh, ada Indomie..


Pasar ni letaknya di celah-celah bangunan, di sebuah alley yang agak sempit. Dari arah kami datang,  kita akan berjumpa dengan sayur-sayuran dulu, lepas tu buah-buahan pulak, dah hujung-hujungnya ada rempah ratus, jeruk dan cheese. Kalau masuk ke dalam lorong yang lain pulak, ada jual barang-barang kering juga. Cumanya, kami tak ke sana. Aku lebih suka cuci mata tengok fresh farm produce yang dijual ni. Geram betul tengok sayur-sayuran dan buah-buahan yang gemuk-gemuk dan berwarna-warni menyala-nyala. Memang memanggil-manggil mintak dibeli. Tengah jalan-jalan tanpa arah tuju ni, tak payah ler nak cari pasal menyopping sana sini. Buat berat je nak mengangkut. Tapi, beli jugak keledek 2 ketul berharga JOD0.50. Hehe.. Kecik dan ringan je. Masih mampu untuk dibawa ke sana sini. Balik hotel nanti boleh rebus. Oihh, terbayang kenikmatan makan keledek rebus di kala musim sejuk beku ni. :P

Entah lorong-lorong mana entah yang kami lalu dalam pasar tu, alih-alih bila keluar ke jalan besar, terus nampak some sort of tinggalan zaman Roman di seberang jalan. Mula-mula tu macam pelik jugak, kenapa pulak ada ala-ala Romans kat sini. Ni lah ni, minat sejarah tapi tak mengaji sampai habis. Aku mengaku kan tak buat apa-apa research pasal Jordan. Tu yang bengap sikit. Hehe.. Kisahnya, zaman dahulu kala, Jordan ni memang termasuk dalam kawasan Roman Empire. Tu sebab boleh nampak kesan-kesan tinggalan Roman sana-sini. Dan, ruins yang kami nampak ni namanya The Nymphaeum, sebuah monumen berupa kolam air pancut awam yang dibina pada kurun ke-2. Kenapa nama dia Nymphaeum? Sebab monumen ni kononnya dibina untuk meraikan dan memperingati the Nymphs (Greek Goddess). Rasanya air pancut ni, tempat Nymphs turun untuk mandi-manda kot. Alah, macam kepercayaan orang-orang kita zaman dulu, kolam dan tasik jadi tempat mandi-mana puteri bunian, puteri kayangan bagai tu. Lebih kurang kot lah ni kan. 

The Nymphaeum..

Katanya, Nymphaeum ni unik sebab ada ukiran Nymphs pada tiang-tiang yang ada tu. Tapi kubelek-belek dari jauh, tak nampak pulak Nymph nya tu. Dah hilang ditelan zaman kot. Tengok pun dari luar pagar je. Nak masuk ke dalam, entrancenya dikunci lah pulak. Mungkin ditutup untuk buat kerja-kerja baikpulih. 

Kami berjalan lagi, dan berjumpa dengan sebuah masjid. Grand Husseini Mosque namanya. Asalnya, masjid ni dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab (634M-644M). Kagum, tak kagum? Punya lah lama kan asal usulnya? Kemudian, dibaikpulih pulak ketika zaman pemerintahan Bani Umaiyyah (661M-750M). Over the years, macam-macam terjadi pada masjid tu sehinggalah ia dibangunkan semula pada tahun 1924 ketika pemerintahan Raja Abdullah I, dan kekal sampai sekarang. Conclusionnya, boleh dikatakanlah masjid ni merupakan masjid tertua di Amman sebab tapaknya dah wujud sejak kurun ke-7 lagi. 

Grand Husseini Mosque..

Dalam satu-satu masa, masjid ni boleh menampung sehingga 2600 orang jemaah. Cumanya, kami tak berkesempatan pun nak masuk ke dalam masjid, sekadar tengok dari luar je. Hari Jumaat kan. Orang ramai dah mula berkumpul di perkarangan masjid untuk solat Jumaat. Timing tak berapa nak sesuai untuk jenguk sana sini. Nanti lah, kita datang lagi.

Dari Grand Husseini Mosque, kami menyeberangi jalan dah berjalan menghala ke arah Art Hotel. Nak tengok lah jugak kan, di manakah gerangannya lokasi penginapan kami for the next 8 days. On the way tu, aku perasan kesemua bangunan di kiri kanan jalan, warnanya coklat-coklat, kuning-kuning belaka. Dari semalam lagi sebenarnya aku dok perhatikan. Macam sendu je bila tengok. Nampak macam berdebu, kotor pun ya. Setelah diGoogle, bangunan-bangunan lama ni kebanyakannya diperbuat daripada batu kapur (limestone). Kisahnya, sekitar Amman ni banyak kuari batu kapur. Disebabkan tu, batu kapur menjadi bahan yang popular untuk membuat bangunan. Memang dari dulu lagi macam ni. Kiranya, dah memang tradisi negara Jordan lah ni. Warna batu original, tak perlu nak cat bagai. Aku tepek je lah ye gambar-gambar bangunan yang berjaya disnap sepanjang kami berjalan kaki tu. 

Downtown Amman..

The oldest townhouse in Amman..

Art Hotel. Our accommodation for the next 8 days..

Bank of Jordan. Bakal tempat mencucuk duit..

Kedai Shawarma..

Book stall. Macam comel je..

Banyak kedai tutup..

Tangga ni je kot yang aku nampak warna-warni sikit.. 


Dah penat berjalan tu, kami singgah masuk ke dalam sebuah coffee shop. Kononnya, nak lepak-lepak lah sekejap minum kopi panas, setelah kebekuan berjalan-jalan kat luar. Dah tengahari dah pun, kuharapkan ada lah matahari, panas lah sikit berbanding dengan pagi tadi. Tapi suhu sekadar naik 1° je. 8° Celsius masih sejuk weh! Dah pakai thermal wear pun masih terasa sejuknya sampai ke tulang. Kalau berterusan macam ni sampai ke penghujung program, boleh jadi masalah ni. Maunya bad mood sepanjang masa, nak memerap dalam bangunan je kerjanya nanti. Huhu..

So, coffee shop ni sunyi sepi je, tak ada pelanggan. Seorang pakcik yang dah agak berusia, tersengih menjemput kami masuk. Seperti yang diduga, no Englishee hokkay. Hehe.. Tapi pakcik ni pandai, terus tunjuk menu yang ada English translation. Oleh itu, kita gunakanlah skill tunjuk-menunjuk dan pesanan minuman pun berjaya dilakukan. Masing-masing order Turkish Coffee uols. Tak ada Jordanian Coffee, kita orderlah Turkish Coffee. Nak sedapkan hati lah kononnya, Turkey ni dah dekat dengan Jordan, manalah tau kopinya rasa lebih kurang sama. Haha.. Memandai je buat teori konspirasi sendiri. FYI, seumur hidup aku, aku tak pernah rasa Turkish Coffee ni macam mana. Sedap kot kan?

Menu.. Ikut rate semasa, JOD1.00 lebih kurang MYR5.30..

Turkish Coffee..

SEDAP LAH SANGAT! Masa first sip tu, terasa nak tersembur keluar kopi yang dah masuk ke dalam mulut tu. Haha.. Adoiyai. Rasanya kok macam ni? Kopi ke apa ni? Memang tak boleh telan. Ini testimoni ikhlas lah ye. Haha.. Pakcik tu dah macam geli hati tengok gelagat kami minum kopi ni. Aku pun tergelak lah. K Awa punya terkejut dengan rasa kopi tu, sampai tertumpah kopinya. Pakcik cepat-cepat datang tolong bersihkan, dan buatkan kopi yang baru. FOC tau! Bayangkan lah, berderai aku ketawa sampai tak boleh cover-cover dah. Ingatkan dah tertumpah tu, selamat dah, tinggal sikit je lagi nak kena minum. Sekali dapat kopi baru full cup. Hahaha.. Dah jadi macam cerita Mr Bean makan beef tartare kat hotel tu. Punyalah dia sorokkan tartare tu sana sini dalam pasu bunga, handbag orang meja sebelah, dalam poket bagai sebab tak sedap, last-last waiter datang bagi beef tartare yang baru. Sama lah feelingnya tu! Sampai keluar air mata aku ketawa. Tapi dah lama-lama tu, aku boleh terima lah juga Turkish Coffee ni, walaupun langsung tak kena dengan selera tekak aku. Tekniknya, kena hirup sikit-sikit hujung lidah. Tak boleh minum one shot terus. Hehe..

Simple one-man coffee shop..


Dah habis minum kopi, kami balik dulu ke hotel untuk solat dan rehat-rehat. Kemudian kami keluar semula untuk bertemu dengan Anis dan husbandnya si Kunang-Kunang yang baru tiba dari Jeddah. Anis dan Kunang ni merupakan founder kepada Our Touch Community (OT), NGO yang menganjurkan program voluntourism kami ke Jordan ni. Kiranya, boleh dikatakan hampir keseluruhan proses untuk mencari tempat, uruskan transportation dan accommodation, membuat kerjasama dengan local NGO, etc.etc., dilakukan oleh Anis dan Kunang. Kami tinggal datang je. Kalau tak silap aku lah. Aku memang betul-betul grateful dengan mereka berdua ni. Kalau tak kerana usaha Anis dan Kunang, mungkin lambat lagi lah aku nak menjejakkan kaki ke bumi Jordan ni. 

Kami bertemu di Art Hotel (Anis dan Kunang datang-datang terus stay sana), dan kemudiannya terus ke Restoran Hashem yang letaknya beberapa langkah je dari Art Hotel. Boleh tahan ramai juga orang datang makan kat sini. Mana taknya, Restoran Hashem ni agak famous jugak lah. Banyak orang kenaaman dari dalam dan luar negara serta artis-artis tempatan pernah datang makan kat sini. Raja Jordan, Raja Abdullah II pun pernah datang dengan Permaisuri Rania ngeteh-ngeteh kat sini. Antara makanan yang ada kat sini ialah falafel, hummus, fol, fatat, fateerah dan juga pelbagai jenis sandwich. Sila lah Google setiap nama makanan tu kalau nak tau bentuk rupa parasnya macam mana. Bagi aku, makanan yang ada kat restoran ni bukanlah jenis makanan berat, sebab takde bernasi-nasi bagai. Lebih kepada kategori street food lah ni. Tapi street food yang berkelas sebab makan dalam kedai. Kami order falafel, hummus, fol, fries dengan salad dan roti. Nak bagitau lah, fol tu kan, sebijik macam kacang pool kat Johor nun, cuma takde telur goyang je kat atasnya. Dah memang asal usul kacang pool tu dari negara belah-belah sini, buat-buat terkejut pulak aku ni kan. Makan kat Restoran Hashem ni, kami spent JOD2.00 (lebih kurang MYR10.60) setiap seorang.

MAKAN!!


Hari pertama menikmati makanan Jordan ni, aku rasa seronok. Semuanya, aku rasa sedap dan kena dengan tekak aku. Tapi kita tengoklah nanti macam mana. Kalau hari-hari makanannya sepesen macam ni, takde rasa pedas-pedas, bersiap sedia lah untuk merendam Maggi kari dan masak tomyam dalam rice cooker. Hehe..

Selepas makan, di luar Restoran Hashem, kami didekati seorang lelaki yang dressingnya ala-ala underground boss yang macam kita tengok kat TV tu, if you know what I mean. Aku macam dah cuak dah bila mamat tu mula bercakap dalam bahasa Arab dengan kami. Weh, siapa ni? Nasib baik lah Anis dan Kunang pandai berbahasa Arab sebab memang menetap kat Jeddah. Gaya percakapan pun macam nak cari gaduh je. Tapi, tau-tau je lah kan siapa yang pernah berurusan dengan Arab ni memang cakapnya macam tu. Macam kita ni ada buat salah je. But on the serious note, aku memang langsung tak tau apa yang tengah berlaku sekarang ni. Jantung tiba-tiba jadi laju. Perasaan berdebar-debar tu, dah macam apa entah. Alih-alih, entah macam mana kami semua dah masuk dan duduk dalam kereta lelaki 'boss' tu. Kalau kau, kau tak rasa seram ke? 

Aku dan K Awa berdiam diri je, sebab seram punya pasal kan. Biar Anis dan Kunang yang berurusan dengan si boss tu. Baru dua hari kat Jordan ni, dah macam-macam drama yang muncul. Ada orang dapat tau kami nak buat aktiviti sukarelawan ke? Ada yang tak suka ke? Salah ke kami buat semua ni? Masuk as a tourist tapi pergi buat kerja-kerja amal? Ke mamat imigresen kat airport semalam tu hantar spy sampai ke sini? Hahaha.. Memang macam-macam dah dalam kepala aku ni. Setelah keadaan agak tenang, baru lah aku dapat tau si boss tu merupakan salah seorang yang biasa berurusan dengan Tasbeera, NGO tempatan yang bekerjasama dengan OT untuk program kat Jordan ni. Hahaha adeii, penat betul lah aku ni mencuakkan diri. Ye lah. Entah siapa-siapa kan, datang menghampiri pastu suruh masuk dalam kereta. Macam nak kena culik pun ada kot? Kenapa kena masuk dalam kereta? Sebab boss kata kat luar ni sejuk. Masuk lah dalam kereta, ada heater. Alamak tuan, berapa banyak dah aku ketawa hari ni. Penat dah pipi aku. Hahaha.. 

Dari dalam kereta ni, dengan si boss duduk bertenggek di tingkap macam ahli mesyuarat tingkap, urusan pembelian barang-barang untuk disumbangkan ke kem-kem pelarian pun dijalankan. Boss ni akan tolong cari dan belikan barang-barang yang diperlukan. Sementara Kunang jadi tukang cakap, aku dan Anis kat belakang jadi tukang kira duit. K Awa tukang ambik gambar. Dia punya situasi tu kan, dah macam gaya sesi jual beli barang terlarang pun ada jugak. Macam rahsia sangat, macam tak boleh orang lain tau. Kira duit pun senyap-senyap. Banyak pulak tu. Dah tu asyik salah kira je. Haha.. Macam-macam lah oii. 

Tukang cakap..

Tukang kira duit..


Dah selesai semua, kami balik semula ke Art Hotel. On the way tu, singgah sekejap kat kedai phone untuk beli local simcard. Senang sikit bila ada local line dan data Internet ni. Nak roaming tak mampu oii, Maxis mahal kedaung rate roamingnya. Harga simcard yang dibeli ialah JOD10.00 je untuk data 1GB. Kalau tak silap aku lah. InsyaAllah, cukup untuk penggunaan 9 hari kat Jordan ni. Nak guna pun masa kat luar kawasan je. Dalam hotel, kita pakai wifi hotel.

Dah sampai Art Hotel, kami lepak sekejap kat lobby sambil-sambil orang-orang kuat OT ni sambung balik perbincangan yang seterusnya. Aku bukan ahli OT, tapi ahli menyemak yang sibuk nak ikut aktiviti OT ni, makanya aku duduk diam-diam je kat tepi. Then, kami pergi bertemu pulak dengan beberapa orang pelajar Malaysia yang ada kat Amman ni. Hat ni, kami pergi jumpa di luar downtown. Entah kat mana aku tak ingat. Mungkin kat Amman city center kot sebab nampak bangunan besar-besar dan agak moden. Jalan raya pun dah macam highway

Perjumpaan dengan pelajar Malaysia ni, aku tak berapa nak ingat jumpa pasal apa. Rasanya pasal urusan transportation untuk ke sana sini kot. Pelajar Malaysia ni kenalkan OT dengan transportation company yang boleh dipercayai. Kalau tak silap aku lah. Dan, seperti kejadian tadi jugak, semua perbincangan dibuat dalam kereta. Interesting betul kan? Kita kat sini, bincang-bincang kat kedai mamak. Orang sana bincang-bincang dalam kereta. Hehe..

Perbincangan di lobby hotel..

Bincang-bincang lagi dalam kereta..


Segala urusan selesai lebih kurang pukul 9 malam, dan balik lah kami semua ke hotel masing-masing. Besok is another day. Hari untuk pindah hotel dan bertemu dengan semua sukarelawan yang join program ni. Ada 22 orang semuanya. 2 orang saja lelaki, dan selebihnya gegurls. Memang gegurls ni suka betul pergi jalan-jalan kan? Semua sukarelawan ni aku tak pernah kenal dan tak pernah jumpa melainkan my travelmate K Awa, dan officemate Cik Dil. Anis dan Kunang pun aku baru kenal hari ni. Macam-macam perasaan yang timbul. Boleh ke kepala aku masuk dengan mereka ni? Dan boleh ke kepala mereka masuk dengan aku ni? Skema kah mereka? Poyo kah mereka? Semuanya, we will see tomorrow lah ye. 

Untuk menjawab persoalan awal pagi tadi, berbaloi ke tidak untuk go with the flow, main terjah-terjah je tanpa arah tuju? Aku rasa berbaloi sebab macam banyak benda yang berjaya dibuat pada hari ni, dan banyak kejadian yang boleh diceritakan semula untuk dibuat stok gelak-gelak. Next time boleh lah buat lagi. Hehe..

Till the next entry. Babai!

Friday, April 10, 2015

Mumbai to Amman via Kuwait. And the drama..

12th February 2015

Finally, the D-Day! Haa gitteww.. Tibalah juga akhirnya hari yang ditunggu-tunggu. Hari untuk kami ke Amman, Jordan setelah hampir seminggu melencong dan melancong di Mumbai, India. Tak ada patah-patah balik dah ni. The real deal dah ni. Makanya, dengan ini bermulalah episod pengembaraan sambil membuat kerja sukarelawan kami di bumi Jordan. Dalam hati tu, ada rasa ketar jugak lah. Selama ni asyik dengar je pasal Jordan. Tak pernah terfikir sekali pun dapat sampai ke sini. Alhamdulillah jugak lah diberi peluang oleh Our Touch untuk mengikuti sesi voluntourism pada kali ini.

Flight kami dari Mumbai ke Amman via Kuwait menaiki Kuwait Airways adalah pada pukul 6.10 pagi. Agak awal, jadinya kami mengambil keputusan untuk bergerak dari Central Guesthouse lebih kurang pukul 12 tengah malam. Setengah jam kemudian, kami selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj. Walaupun waktu ni waktu tidur, susah betul aku nak melelapkan mata. Agak pelik jugak lah, memandangkan aku ni kat mana-mana, dan bila-bila masa je boleh tertidur sebenarnya. Berdiri dalam Seoul Subway sambil peluk tiang pun boleh. Hihi.. Mungkin disebabkan waktu untuk check in pun tak lama lagi. Takut jugak kalau dah tidur mati tu, tak tersedar terus, tertinggal flight, say bye bye lah jawabnya.

Cari tempat lepak yang lengang sikit..

Tuesday, April 7, 2015

Arab Tower Hotel, Amman

Oleh kerana kami sampai awal sebelum bermulanya aktiviti-aktiviti sukarelawan bersama Our Touch, kami menginap di Arab Tower Hotel selama 3 hari 2 malam. Hotel ni agak murah harganya kalau nak compare dengan hotel-hotel yang lain dan mendapat review yang bagus di Booking.com. Cumanya, entrance hotel ni bukan lah letaknya betul-betul di tepi jalan besar. Kena masuk sedikit lorong dan naik tangga. Kalau yang bawak beg besar tu, agak mengah jugak lah. Tapi boleh je minta tolong abang-abang sado yang ada di kawasan sekitar untuk angkat beg kita ni. Mostly mereka ni gentlemen. Hehe..

Naik tangga sikit..

Taraaa.. Main entrance..
Lobby..

Thursday, April 2, 2015

A Fortnight in Saudi Arabia ~ At the Beginning

Ke Saudi Arabia kita besok ni! Hehe.. Almaklumlah parents duduk kat sana di sebuah pekan bernama Rabigh. Mesti lah sekali-sekala nak pergi melawat kan. Ini merupakan kali kedua aku ke sana. Sebelum ni, back in 2010. Sekejap je rasa walaupun dah 5 tahun berlalu. Mak dan Abah kata, banyak dah berubah Rabigh ni. Huh! Tak sabar nak berhuwal fadang fasiru tak adudil fokok kayuei fanas turikuk. :D

Kisahnya, nak cerita pasal beg hitam ni. Kali pertama dan terakhir pakai beg ni ialah masa datang  ke KK untuk lapor diri. Abah yang semangat belikan sebab excited anak dia dapat kerja jauh. Now after almost 10 years, baru nak pakai balik. Kali ni terbalik lah pulak. Si anak excited nak visit abah yang kerja jauh. Hehe..

Beg abah belikan..

Tuesday, March 31, 2015

Namaste Mumbai! ~ Summary: 5D4N Itinerary & Expenses

Alright, sebelum kita tutup buku, aku nak summarizekan sikit lah tentang trip kami ke Mumbai selama 5 hari 4 malam ni (7 - 11 Feb 2015). Sedikit sebanyak boleh lah kot kan dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak berjalan-jalan ke Mumbai. Mungkin kita ada dengar, "Alaa, ada apa kat Mumbai tu..", tak pun "Artis Bollywood je yang ada kat sana..", tapi sebenarnya banyak tempat-tempat menarik yang kita boleh kunjungi kat sini. Kena rajin menggodek Internet dan tanya pakcik Google. :-)

The Gateway of India

Sunday, March 29, 2015

A New Baby Sebelum GST

My new baby! Beberapa hari sebelum GST dilaksanakan, kena lah pergi shopping kan. Kebetulan, laptop dah tak berapa nak ok, tekan huruf ni keluar huruf tu, kejap-kejap hang, buat sakit hati je nak menaip apa-apa. Kita beli baru lah!

Ini lah baby nya..

ASUS Transformer Book gitu. Boleh cabut-cabut. Aku pun macam, eh best jugak ni boleh jadi tablet. Harga pun aku rasa macam ok jugak tak sampai RM2.5K. Tapi part nak membeli tu, kuss semangat. Berbagai jenis kedai aku masuk. Macam-macam yang aku tanya kepada penjual-penjual tu, tapi soalan basic pun diorang tak boleh jawab. Tapi nasib baik lah, kedai yang terakhir aku masuk memang penjualnya tip top. Semua yang aku tanya, dia boleh jawab. Dari segi fizikal laptop tu, bahagian teknikal nya, semua lah. Tak payah tunggu lama, aku terus beli dengan dia. Rezeki kau lah dik.

Dah tu, dapat banyak accessories pulak tu. Bertambah-tambah sayang aku kat budak ni. Hehe.. Kebetulan pendrive aku pun dah weng, headphone aku pun dah tak keluar suara sangat. Suka betul aku dibuatnya. 

Accessories..

Balik ke rumah dengan hati yang gumbira. Dah tak perlu nak menyumpah-nyumpah tekan keyboard, tak perlu nak maki hamun bila keluar skrin biru gila tu. Semoga rajin menaip lah lepas ni. Hehe..

Kita cabut-cabut dia..

Urmmm, ada beberapa hari lagi ni, nak beli apa pulak ye? ^___^

Saturday, March 28, 2015

Satu Pagi di Teluk Likas

Kalau tengah rajin, pukul 6 pagi aku dah tercongok kat Taman Awam Teluk Likas ni. Tak buat apa sangat pun, sekadar ambil angin pagi sambil cuci mata. Tengok pemandangan pun ye jugak. Orang lain seronok berjogging, aku jalan lenggang kangkung je. Asal boleh je lah. Bersenam jugak tu namanya kan. Hehe..

Bangunan kerajaan negeri yang baru dari jauh..

Wednesday, March 25, 2015

Namaste Mumbai! ~ Final Day: DDLJ, Bandra, VAG Metro, Minara Masjid

Wednesday, 11th February 2015

Our final day here in Mumbai! Makanya, tak buat apa sangat lah hari ni, sekadar bersantai-santai dan go with the flow je. To kick off the day, pagi-pagi ni kami sarapan nasi, maggi ayam, sambal tempe dengan ikan bilis dan juga telur goreng yang tak ada rupa telur goreng sangat. Janji boleh! Banyak jugak makan ni. Dah alang-alang tu, kita cuba try test untuk ringankan beg sebelum ke destinasi seterusnya. :-)

Breakfast..
Dah selesai makan, kami pun start packing sikit-sikit. Tinggalkan apa yang perlu je, yang lain semua selamat dah dihumban dan diseal di dalam beg. Disebabkan flight kami keluar dari Mumbai adalah pada pukul 6.10 pagi esok, kami memang sengaja tambah one extra night kat guesthouse ni. Sempat lagi kalau nak pergi jalan-jalan untuk satu hari ni, tanpa nak kisah mana nak campak beg dan barang-barang Our Touch yang berkilo-kilo tu. Makanya, boleh je nak check out tengah malam nanti ngam-ngam tiba waktu nak ke airport. Tuan guesthouse pun kata, Mumbai ni alive 24 jam. Pagi-pagi buta pun, banyak je teksi lalu lalang. Lega sikit lah bila dah dengar macam tu.

Monday, March 23, 2015

Visa ke Arab Saudi

Nak pergi Arab Saudi weii, weehuu!!

Kisahnya, abah keroje kat negara Arab nun. Dah dekat enam tahun dah. Mak pun ikut sekali duduk kat sana temankan abah. Cumanya sebelum ni mak datang sekali sekala je time cuti sekolah, sebab ada adik yang masih sekolah. Laa ni, dah habis sekolah, mak memang ikut duduk sana terus lah.

Ceritanya, ni haa aku nak pergi sana melawat abah dan mak kononnya lah kan. Dah alang-alang melawat tu, boleh lah buat umrah sekali. Dulu aku dah pernah pergi dah Arab Saudi ni pada tahun 2010. Tapi tak sempat nak menulis lagi cerita pertama kali menjejakkan kaki ke Arab Saudi. Which was kelakar jugak lah masa tu. Kali ni, aku nak cerita lah pasal trip kedua ni. Bermula dengan permohonan visa gittew..

Visa yang dah siap..

Visa ke Arab Saudi ni ada macam-macam. Yang biasa orang kita buat merupakan visa umrah, visa haji, visa business, visa apa lagi ek? Yang tu je kot yang paling biasa dan glamour sekali. Setiap visa ni lain-lain tau tujuannya. Yang aku nak buat ni, visa lawatan. Kenapa visa lawatan? Sebab tujuannya nak melawat ahli keluarga kita yang bekerja kat sana.


Saturday, March 21, 2015

Strawberry 우유 & Melon 우유

Sebelum ni kat AEON ada Banana Uyu je. Sekarang ni dah meriah dengan Strawberry Uyu dan Melon Uyu! Tak perlu dah nak mengangkut bagai kalau balik kampung Seoul kan? Cumanya, harganya tu bikin penasaran jugak lah. Hehe..

Uyu!!

Tapi ikut nasib jugak lah. Kadang-kadang pergi tu, jangan kata semua perisa. Satu perisa, seketul pack pun takde. Kempunan jugak lah dibuatnya. Sobs..

Friday, March 20, 2015

Pisang Hijau

Hey Uolsss! Ha ni nak habaq mai sini, kalau ada datang singgah pasar malam kat sebelah Pasar Kraftangan (Pasar Philippines) tu, jangan lupa pekena Pisang Hijau sekali eh! 

Amende Pisang Hijau ni? Cuba Google, tengok macam mana bentuk rupa parasnya. Tapi bila di Google, banyak keluar gambar pisang hijau versi Indonesia. So, tengok je lah gambar kat bawah ni. Pisang hijau versi Sabah. Ngencess tak? Hehe.. 

Pisang Hijau Special!

Thursday, March 19, 2015

Sunset at UMS ODEC

Kepada peminat sunset, kot ada kat tengah jalan-jalan kat KK ni kan, boleh lah try masuk ke UMS dan pergi ke ODEC untuk melihat sunset. Macam-macam jenis sunset ada depends on bulan berapa korang pergi tengok tu. Kadang-kadang sunset tengah laut, kadang-kadang sunset celah Pulau Gaya, memang best lah kalau duduk layan blues kat tepi jeti ni. 

Cekup!

Wednesday, March 18, 2015

UMS Peak

Dah 10 tahun kot aku kerja kat sini, tapi ni baru first time aku nak naik UMS Peak! Hampeh betul lah. Aku bukannya apa, cuma tak rajin je nak menapak mendaki bagai ni. Terbongkok-bongkok, tertonggeng-tonggeng naik ke atas, memang challenging betul. Hehe..

Tapi hari ni aku gagahkan diri jugak lah. Memang semput, putus nafas aku dibuatnya. Yang semputnya dari jalan besar nak naik sampai ke tangki air tu. Nampak macam senang, jalan tar sepanjang jalan, tapi dia punya darjah kecuraman dia tu, fuh rasa nak merangkak je sampai ke atas. 

Permulaan masuk hutan..

Monday, March 16, 2015

Namaste Mumbai! ~ Day 4: Nariman Point, Dabbawala in Action, Gateway of India.

Tuesday, 10th February 2015

It's day 4! Tinggal hari ni dan besok je lagi kat Mumbai ni. Lusa, kami akan terbang ke destinasi yang seterusnya pula.

Semalam kami dah nampak secara tak sengaja para Dabbawala membuat kerja-kerja mengagih dabba di Grant Road Station. Hari ni kami nak tengok mereka buat kerja-kerja ni di Churchgate Station pulak. Kalau nak tengok mereka ni kat Churchgate Station, kena datang lebih kurang pukul 11 pagi. Tapi disebabkan masih awal, dan lambat lagi nak sampai pukul 11 ni, makanya kami plan melencong ke tempat lain dulu. 

Bergerak lah kami ke Mumbai Central Station. Selalunya, kami masuk ke stesen ni ikut jalan tikus. Tak lah jalan tikus mana pun sebenarnya, cumanya lorong pejalan kaki yang agak kecil dan sesak. Kali ni, kami masuk ikut pintu depan pulak. Pintu utama. Macam tak berapa ramai pulak orang keluar masuk ikut sini kalau nak compare dengan jalan tikus tu. Mungkin jauh kot nak kena jalan sampai ke kaunter tiket dan ke trek keretapi. Tapi kan, aku lagi suka kot jalan ikut sini sebab luas nak jalan. Tak lah berlaga-laga, menghidu bau kari sokmo. Hehe..

Ikut pintu depan..

Friday, March 13, 2015

Namaste Mumbai! ~ Day 3: Haji Ali Dargah, Dhobi Ghat, Mani Bhavan, High Street Phonix Mall, Palladium Mall

Monday, 9th February 2015

Masuk hari ketiga kami di Mumbai ni, dah boleh lah kiranya blend sikit-sikit dengan locals. Paling bangga sekali, dah berani melintas jalan macam jalan tu bapak kau yang punya. Haha.. Well anyways, macam biasa, aktiviti untuk hari ni ialah hasil daripada apa yang telah di Google malam tadi. Nampaknya, ada beberapa places of interests yang berada di sekitar Central Guesthouse ni. Kalau dah berdekatan tu, boleh lah kita jalan kaki dan jimat kos!

Jalan kaki pun, setengah jam jugalah kami berjalan dari guesthouse ke lokasi yang pertama. Haji Ali Dargah namanya. Menurut apa yang aku sempat baca, Haji Ali Dargah ni merupakan antara attraction utama kat Mumbai. Kalau dah namanya main attraction, haruslah kita singgah menjenguk kan? Dari apa yang aku belek lagi di internet, gambar-gambar Haji Ali Dargah ni nampak macam menarik sebab lokasinya berada di tengah laut. Takde lah tengah-tengah sangat sampai nak kena naik bot bagai, tapi berada kat atas air jugak lah.

Haji Ali Juice Centre

Tuesday, March 10, 2015

Namaste Mumbai! ~ Day 2: Churchgate Station, Cross Maidan Garden, Flora Fountain, Rajabai Clock Tower, David Sassoon Library, Chhatrapati Shivaji Maharaj Vastu Sangrahalaya, Chhatrapati Shivaji Terminus, Kala Ghoda Arts Festival

Sunday, 8th February 2015

Kita kira hari ni hari kedua lah ek, edisi jalan-jalan sekitar Mumbai. Malam tadi kononnya dah survey dah sikit-sikit tentang attractions yang ada kat Mumbai ni. Makanya, hari ni kita try lah pergi ke tempat-tempat ni semampu yang boleh. So, dari Mumbai Central Station, kami naik train dan turun di Churchgate Station.

Sebelum keluar tu kami tanya tentang teksi untuk ke airport dari guesthouse ni pada hari terakhir nanti. Tuan guesthouse kata teksi sentiasa ada 24 jam. No worries katanya, Mumbai never sleeps. Bila dia dah kata macam tu, kami pun mengambil keputusan untuk tambah satu malam lagi duduk kat guesthouse ni. Kisahnya, flight kami pada 12 Februari nanti pada pukul 6.10 pagi. So nak check out siap-siap lah kononnya pada 11 Februari tu, dan lepas tu overnight kat airport je sementara menunggu flight pagi. Tapi bila pikir nak check out awal, dah tu nak tinggal beg yang bertimbun, pastu nak pergi jalan-jalan lagi, macam tak berbaloi je. Makanya, tambah je satu malam lagi, dan kami akan bergerak ke airport pada pukul 12 malam atau 1 pagi je.

Dapat port tepi pintu.. Alhamdulillah tak tergolek keluar.. 

Friday, March 6, 2015

Namaste Mumbai! ~ Day 1: Mumbai and Museum

Saturday, 7th February 2015

Ok, jom masuk bandar Mumbai! Rasa macam seram sejuk je aku nak tinggalkan airport ni. Sebabnya, aku dah tau dah kan environment India ni macam mana secara amnya. K Awa pulak nampak excited, tak sabar-sabar nak tengok India. Nanti, tengok je lah dengan mata kepala sendiri. Aku nak explain pun tak reti macam mana. Hehe..

Dari airport kami menaiki teksi ke guesthouse yang kami dah book siap-siap di Malaysia. Nama guesthouse ni ialah Central Guesthouse. Ceritanya lah kan, tak ada satu pun gambar Central Guesthouse ni dekat website Agoda. Main belasah je buat booking mana yang paling murah. Guesthouse lain tu dah tahap luxury dah aku rasa. Bukan kedekut, tapi entah lah, tak cukup bajet tapi gatal nak jalan-jalan sebenarnya. Kita wait and see je lah ye. Kalau hampeh, hampeh lah jawabnya. Dalam hati aku, aku rasa guesthouse tu hampeh. Haha..

Kaunter teksi..

Tuesday, March 3, 2015

Namaste Mumbai! ~ Day 0: Singapore to Mumbai

Friday, 6th February 2015

Setelah berhabis duit untuk persediaan pengembaraan ni, akhirnya tibalah hari untuk kami menerbangkan diri. Today is the day! Kami akan ke Amman, Jordan untuk menyertai program Our Touch for Syrian Refugee. Tapi sebelum tu, kita pergi jalan-jalan ke tempat lain dulu. Kita jalan-jalan Mumbai yeah!

Mumbai, India. Entah lah. Tak tau nak expect macam mana. Tapi India as a whole tu dah boleh lah imagine macam mana rupa parasnya. Hehe.. This is my 2nd time traveling to India. Dulu tahun 2008 dah pernah pergi ke Mysore, bertapa untuk 2 bulan pulak tu kat sana untuk program Infosys Foundation Program. Memang culture shock gila lah masa tu. Dah tu, bila balik Malaysia, dekat 6 bulan jugak lah tak boleh nampak kari. Kalau nampak je, terus loya tekak. Haha..

So, nak ke Mumbai ni kami naik Malaysia Airlines dari Singapore. Kemudiannya singgah di KL sebelum terus terbang ke Mumbai. Kebetulan lah pulak my mommy and daddy nak balik ke Jeddah via Changi pada hari ni jugak, makanya aku tunggu K Awa datang ke rumah, dan together-gether lah kami gerak dari rumah ke Changi Airport.

Bekalan untuk 18 hari..

Saturday, February 28, 2015

Tiga Negara, Satu Pengembaraan ~ Mulanya Di Sini

Tiga negara, satu pengembaraan. Bukan main poyo tajuknya. Tapi, memang itu lah apa yang aku nak ceritakan kat sini. Pergi jalan-jalan tiga negara sekali harung, India, Jordan dan jugak UAE. Oh wait, kalau rasa ngada-ngada sangat boleh jugak nak jadikan lima negara, kalau masukkan Singapura dan Kuwait sekali. Hehe..

Kisahnya, aku ikut program Our Touch for Syrian Refugee ke Jordan. Aku pada asalnya bukanlah ahli Our Touch (OT) pun. Aku setakat dengar-dengar je dari K Awa, yang merupakan salah satu orang kuat OT. K Awa cerita pasal program OT yang seterusnya, pasal nak pergi Jordan, pasal nak pergi kem pelarian, dan macam-macam lagi lah. Dengar cerita macam tu je terus aku rasa seronok, best jugak kan kalau dapat ikut? Malangnya bilangan ahli rombongan dah terlalu ramai. Dah tak ada kekosongan. Makanya, kita diam-diam je lah duduk kat tepi. Hehe..

Our Touch to Jordan..

Friday, February 6, 2015

Off Again!!

Aku nak ke Mumbai noks! Hehe.. Sebenarnya en-route nak ke Amman, Jordan. Tapi on the way tu, kita singgah-singgah lah dulu mana yang patut. Saja je kan nak menghabiskan duit dan menghabiskan cuti di awal tahun ni. Huhu..

Jom! Gedik naik dari Changi. Hehe..

Aku dah pernah ke India sebelum ni. Culture shock bagai lah masa tu. Ni dah matang sikit (ye lah tu matang), mungkin dah hilang sikit kot shock nya tu nanti. Apa-apa pun, 100% sure, this Mumbai trip would be VERY INTERESTING.

So, yunggu lah ye entriesnya! 

Sunday, January 25, 2015

Lemak

Tiba-tiba teringin nak masak nasi lemak. Mengada sungguh lah tekak ni, beli kat kedai depan tu tak sampai dua ringgit pun. Ni nak masak bagai. Dah la fail gila-gila masakan yang melibatkan santan ni. Huhu..

Punyalah baca Bismillah banyak-banyak takut nasi tak masak dengan betul. Bila konon dah siap masak tu, ku belek-belek, memang masih mentah! Aku on lagi rice cooker tu kasi masak lagi. Tapi lepas setengah jam, masih lagi tak berapa masak. Nak menangis aku rasa. Last-last aku kukus je nasi tu. Masak akhirnya!

Suka hati punya lemak..

Friday, January 23, 2015

Perjumpaan Khas

Kena paksa pergi. Haha.. Entah ler. Nak memeriahkan majlis kot. Bukannya kami staf UMS je, malahan semua warga pendidik kat Sabah ni dijemput hadir. Ko bayangkan kalau semua cikgu datang, tenggelam kita ni. Haha..

Majlis perjumpaan katanya..

Kat dalam dewan, fuh penuh dengan manusia. Nak cari tempat duduk pun susah. Nasib baik lah dah ada kawan yang tolong copkan tempat duduk. Macam budak-budak je kan. So, kita tunggu je lah apa yang menariknya perjumpaan ni.

Sunday, January 18, 2015

Aquaria UMS

Siapa-siapa yang saja-saja masuk ke dalam UMS untuk jalan-jalan tengok bangunan dan landscape dan alam sekitar, boleh lah singgah di Akuarium dan Muzium Marin. Letaknya di Institut Penyelidikan Marin Borneo. Paling hujung sekali dalam UMS ni berdekatan dengan pantai. 

Akuarium dan Muzium Marin..

Harga tiket masuk ke dalam Aquaria ni cuma RM2. Tapi kalau masuk dengan aku yang staf ni, free of charge je. Haha.. Konon-kononnya, aku datang bawak tetamu gitu. Kalau nak masuk free, boleh lah roger-roger aku dulu ye. 

Saturday, January 17, 2015

Restoran Masakan Sedap, Kota Kinabalu

*Update 2019: Dah ada balik sijil Halal JAKIM! Jom pergi! 

*Update 2016: Restoran ni dah takde sijil Halal Jakim dah! Tiba-tiba bertukar jadi Serve No Pork, No Lard. Hurmm.. 

Kalau aku takde kerja, kerja aku ialah makan. Makan, makan dan makan. Selagi ada tempat yang dikatakan sedap untuk makan, aku akan pergi check it out. Kebetulan a friend of mine datang ke KK dari JB, kami pun pergilah food hunting. Yang kelakarnya, dia lagi terer bab-bab cari makan kat KK ni. Malu iols tau. Aku ni, kalau takde geng, memang payah sikit nak keluar JJCM. Tak reti, takut kena tipu tak sedap, mahal dan sebagainya. Baik aku main masak-masak kat rumah je kan? 

So kisahnya, this friend bawak lah aku ke Restoran Masakan Sedap. Letaknya di kawasan Luyang, berdekatan dengan bangunan Prudential. It's a Chinese Seafood Restaurant. Tapi ada sijil Halal Jakim. Makanya, aku pun on je lah kan. Dah sampai, dah duduk, terus order makanan. Dah tu tunggu lah. :D

Kami order...

Soft Shell Crab goreng tepung..