Friday, March 20, 2015

Pisang Hijau

Hey Uolsss! Ha ni nak habaq mai sini, kalau ada datang singgah pasar malam kat sebelah Pasar Kraftangan (Pasar Philippines) tu, jangan lupa pekena Pisang Hijau sekali eh! 

Amende Pisang Hijau ni? Cuba Google, tengok macam mana bentuk rupa parasnya. Tapi bila di Google, banyak keluar gambar pisang hijau versi Indonesia. So, tengok je lah gambar kat bawah ni. Pisang hijau versi Sabah. Ngencess tak? Hehe.. 

Pisang Hijau Special!



Tak nampak sangat kan content pisang hijau ni, hijaunya nampak sejemput je kat atas tu. Hehe.. Ok lah, aku explain sikit. Kalau mengikut pemerhatian aku yang gigih tengokkan je peniaga tu dok prepare, asas pisang hijau ni merupakan pisang yang dibalut dengan lempeng hijau. Lempeng macam nak buat kuih ketayap tu. Haa, tak tau kuih ketayap tu apa, boleh lah Google. Hehe.. Dah tu, dihiris tebal, dan dimasukkan ke dalam mangkuk. Dah tu, ditambah dengan tepung beras warna hijau yang dah dikukus. Entah ye, aku rasa tepung beras tu. Haha.. Dah tu letak kacang tanah, dan disiram dengan kuah cendol. Kalau nak upgrade jadi special, boleh tambah milo dan nestum. Pergghhh.. Terangkat beb!

Dah ngadap, tak pandang kiri kanan dah..

Macam dah kena mandrem, setiap kali singgah mesti aku nak pekena pisang hijau ni. Datang seorang-seorang pun no hal punya lah. Demi pisang hijau.. Kehkehkeh..

Related Posts:

  • Beijing BBQ Steamboat, Kota Kinabalu Seumur hidup duduk kat KK ni tak pernah datang makan kat sini. Bukannya tak mau, sebab tak ada geng nak pergi melantak. Aku kan lone ranger yang terasing. Tak ada kawan buat peneman. Huhuhuhu.. Kali ni aku pergi sebab na… Read More
  • Fish Spa Kg Luanti Fish Spa Kg Luanti ni bukan sebarangan fish spa. Tak main lah pakai besen. Tak main jugak lah ikan kecik-kecik yang cute tu. Fish spa ni, kena terjun masuk sungai. Ikan dia pulak gabak-gabak besar lengan aku yang gebus ni. … Read More
  • Puncak Borneo Resort Baru-baru ni aku dan mek kpop Kia pergi meronggeng di Kundasang & Ranau. Officemate mek Kia buat kenduri kahwin. So, aku pun bawaklah dia pergi sana. Semangat betul aku datang menyemak kat majlis orang. Sempena ron… Read More
  • QPR in Kota Kinabalu Sigh... Sigh... Double Sigh.. QPR in Kota Kinabalu. Datang sempena jelajah Asia Tour katanya. Ada apa dengan QPR ni? Aku bukannya minat QPR pun. Tak kenal pun pemain-pemain QPR ni. Berita diorang nak datang KK ni pun dah la… Read More
  • Kembara Off-Road SK Magandai Tak pernah seumur hidup aku terfikir nak ikut kembara off-road macam ni. Almaklumlah aku ni jenis yang lemah lembut sopan santun. Tak sesuai nak ikut aktiviti lasak. Hah.. Chitpoodah sangat lah kan. Terjadinya kembara of… Read More

0 comments :