Friday, April 10, 2015

Mumbai to Amman via Kuwait. And the drama..

12th February 2015

Finally, the D-Day! Haa gitteww.. Tibalah juga akhirnya hari yang ditunggu-tunggu. Hari untuk kami ke Amman, Jordan setelah hampir seminggu melencong dan melancong di Mumbai, India. Tak ada patah-patah balik dah ni. The real deal dah ni. Makanya, dengan ini bermulalah episod pengembaraan sambil membuat kerja sukarelawan kami di bumi Jordan. Dalam hati tu, ada rasa ketar jugak lah. Selama ni asyik dengar je pasal Jordan. Tak pernah terfikir sekali pun dapat sampai ke sini. Alhamdulillah jugak lah diberi peluang oleh Our Touch untuk mengikuti sesi voluntourism pada kali ini.

Flight kami dari Mumbai ke Amman via Kuwait menaiki Kuwait Airways adalah pada pukul 6.10 pagi. Agak awal, jadinya kami mengambil keputusan untuk bergerak dari Central Guesthouse lebih kurang pukul 12 tengah malam. Setengah jam kemudian, kami selamat sampai di lapangan terbang antarabangsa Chhatrapati Shivaji Maharaj. Walaupun waktu ni waktu tidur, susah betul aku nak melelapkan mata. Agak pelik jugak lah, memandangkan aku ni kat mana-mana, dan bila-bila masa je boleh tertidur sebenarnya. Berdiri dalam Seoul Subway sambil peluk tiang pun boleh. Hihi.. Mungkin disebabkan waktu untuk check in pun tak lama lagi. Takut jugak kalau dah tidur mati tu, tak tersedar terus, tertinggal flight, say bye bye lah jawabnya.

Cari tempat lepak yang lengang sikit..

Lebih kurang pukul 3 pagi, kami mula beratur untuk check in. Tadi dah ketar, ini ketar lagi. Sepanjang masa beratur tu rasa menggigil ada, rasa nak muntah pun ada, nak terberak, terkencing, eh semualah! Sebabnya, baggage kami overweight by 5kgs. Hihi.. Ha ni lah ni, salah susun plan. Beli macam-macam kat Mumbai sebab harga ya ampun murah especially buku/novel, lepas tu bila timbang-timbang, terlebih berat lah pulak. Kalau tau lah kan, bagus jalan-jalan Mumbai selepas habis program di Jordan. Nak beli barang pun hati senang.

Lagi pulak, hari tu kami datang menaiki MAS. Dapat baggage allowance sebanyak 30kg seorang. Memang kami susun betul-betul supaya tak terlebih berat. Tapi, bila nak naik Kuwait Airways ni, baggage allowance nya cuma 20kg sahaja. Agak padan muka jugak lah, sebab tak check betul-betul sebelum beli, main select je mana-mana tiket yang murah. Dari guesthouse tadi kami berpusing kepala, mencari akal macam mana nak selesaikan masalah ni. Kesemua sekali ada 59kg. 100 pasang jersey bola JDT untuk anak-anak Syria dan juga barang-barang kami. Check in 40kg, ada baki 19kg. Aku handcarry 7kg, K Awa 7kg, masih lagi berbaki 5kg. Waduh, stress fikir! Sudahnya, K Awa menggunakan skill backpacking nya menyelit mana-mana yang boleh dan berjaya memasukkan 3kg ke dalam handcarry yang akan dibawanya. Nanti kat airport, kena buat muka confident "oh my bag is not heavy". Hehe.. Aku pulak, memang 7kg je yang mampu aku bawak. Lagi 2kg lebihan tu, pandai-pandai lah buat muka comel nanti depan abang kaunter. Kalau lah kat kaunter tu abang kan? Hehe..

Sampai depan kaunter, debaran dan ketaran makin memuncak. Tapi aku cuba sedaya upaya control supaya tak kantoi. Tu lah, buat lagi kerja jahat kan? Pada mulanya, semua macam ok je. Aku laju-laju berdoa agar abang (ye abang!) kaunter tu tutup sebelah mata je dengan lebihan 2kg tu. Tak lama tu, dia pun berdiri dan melihat kesemua bagasi kami. Aku dah mula cuak bila si bhaiyya ni menyuruh K Awa meletakkan handcarry nya di atas belt. Habis lah, beg tu extra 3kg! Menangis lah kami kalau disuruh bayar hampir RM200 untuk setiap lebihan 5kg atau sebahagiannya. Dah disorok-sorok pun, nampak jugak si bhaiyya tu dengan handcarry K Awa. Dah diberitahu handcarry pun, bhaiyya suruh juga letak atas belt. Lagi laju lah aku berdoa (Teruk benar kan mintak doa untuk buat jahat? Haha..).

Memang rasa resah gelisah sungguh. Dari lebihan 5kg pada awalnya, dah jadi lebihan 12kg. Iye lah, kalau dah beg 10kg tu, terpaksa lah buat baggage check in. Dari mulanya nak kena bayar RM200 je, dah jadi RM600. Hahaha.. Padan muka. Tapi kan, tapi kan, bhaiyya kaunter tu relaks je. Kesemua check in baggage 42kg + 10kg handcarry K Awa tadi tu diletakkan baggage tags. Handcarry aku yang 7kg tu pun ditagnya sekali. Adess.. RM800 lah ni melayang? Sudahnya kami diam je lah. Muka ala-ala dah redha, menunggu bhaiyya tu menyelesaikan tugas-tugasnya. Aku pun mula keluarkan purse dan bersedia untuk membayar kesemua excess baggage tu. Siapa suruh menipu kan? Hehe..

Dah selesai semua, dia pun memandang kami sambil tersenyum. Amboi bang, senyum nak dapat duit excess baggage ke? Haha.. Aku pun senyum balik, cuba memujuk hati. Tapi, apa bhaiyya tu cakap lepas tu, terus membuatkan aku rasa nak nangis. Rupa-rupanya, dia tukarkan kami dari economy class ke business class. Dapat baggage allowance 30kg seorang. "There you go, you won't have excess baggage now. That's all I can help". Aku terus blank. Eh apa? Business Class? Eh kejap. APA? Macam tak percaya pun ada. Hampir ketawa si bhaiyya tu dok ulang balik apa yang dia dah cakap. Mulut aku pulak tak berhenti-henti ucap terima kasih. Kalau boleh kupeluk, dah peluk dah bhaiyya tu. Kekeke..

Lalu kami pun beredar dari kaunter sambil tersengih-sengih. Masih ada masa lagi sebelum kami dikehendaki untuk melalui custom dan immigration clearance. Kami lepak-lepak saja di kawasan kaunter tu, tersenyum-senyum, tergelak-gelak memikirkan insiden tadi. Tak lama tu, bhaiyya kaunter tadi tu datang menghampiri kami.

"My officer wants to meet you" ujarnya. Haaaa apa lagi ni...........................................

Officer nya ni bukan set-set bhaiyya dah, tapi abeoji. Eh, pitaji. Hehe.. Dah abah-abah dah rupa parasnya. Orangnya agak tinggi, senyum je bila nampak kami berjalan ke arahnya. Selepas mengucapkan selamat pagi, dia pun meminta untuk melihat passport kami. Katanya kami ni nak ke Amman, tapi kenapa tak ada visa Jordan di dalam passport kami. Aku pun berkerut. Malaysians yang ke Jordan hanya perlu buat VOA sahaja sebaik mendarat di lapangan terbang sana. Mungkin dia tak tahu kot tentang kemudahan yang diberikan pada kami ni. Gigih kami meyakinkan dia tentang VOA tu. Akhirnya dia pun OK, terima jawapan kami. Dah tu, dia tanya lagi selepas Jordan nak ke mana pulak? Kami sebulat suara menyebut Dubai. Dia pun meminta untuk melihat tiket Amman-Dubai kami. Ah sudah.......

The thing is, kami tak ada tiket Amman-Dubai! Bukannya tak nak beli siap-siap. Aku dah cuba banyak kali untuk beli tiket dari Amman ke Dubai ni menerusi website FlyDubai, tapi tak pernahnya berjaya. Setiap kali nak buat payment ada popup message mengatakan sila beli di office FlyDubai di Amman. Hampir setiap hari aku cuba beli selama 2 minggu. Hari berangkat dari Singapore pun aku cuba beli jugak, tapi tak berhasil. Sudahnya, kami membuat keputusan untuk mencari office FlyDubai di Amman je lah nanti. Tak sangka pulak ditanya soalan begini. Selama kami di Mumbai ni, tak pernah terfikir pulak nak cuba beli. Hadoii...

Kami cuba menerangkan sebaik mungkin keadaan kami. Pitaji tu pun dah pening. Macam mana kami tak ada tiket dari Amman ke Dubai tapi ada tiket dari Dubai ke Singapore? Singapore pulak tu, bukan Malaysia. Kenapa tak ada tiket balik Malaysia? Hahahah aku pun pening nak explain. Kalau aku cakap aku naik bas je nanti dari Singapore ke Malaysia, maunya dia pengsan terus. Hihi.. Dah tu, bertalu-talu soalan yang ditanya. Berapa hari kat Amman, buat apa kat sana, kenapa datang Mumbai ni, berapa hari kat Mumbai, etc. Sekali lagi aku rasa nak nangis.

Akhirnya dia pun berterus terang mengatakan yang kami ni ada problem besar. Tak ada visa Jordan, dah tu tak ada tiket keluar dari Jordan pulak tu. Kalau terjadinya apa-apa masalah kat immigration Amman nanti, kami akan dihantar balik ke tempat departure kami which is Mumbai. Tapi, disebabkan kami ni cuma ada single entry visa sahaja ke India ni, nak masuk India semula pun impossible. Kalau masuk jugak, memang jadi PATI. Hahahaha mampuih laa weii.. Walaupun apa yang dikatakan pitaji ni agak menakutkan, tapi cara dia bercakap dengan lembut tu buat aku tak takut sangat. Tapi lepas tu jadi horror lima kali gandabila dia tak bagi kami boarding disebabkan tak ada tiket keluar dari Jordan.

Kami menghela nafas panjang. Dia mencadangkan untuk membeli sahaja tiket Amman-Dubai tu di travel agent yang ada di luar departure area ni. Salah seorang stafnya akan mengiringi kami ke sana. Sampai di kaunter travel agent, kami bertanyakan harga tiket sehala Amman-Dubai. Rasa macam dihempap batu besar bila staf travel agent tu mengatakan harga tiket sehala Amman-Dubai untuk dua orang menaiki FlyDubai ialah lebih kurang JOD600. Sedangkan kalau beli di website tak sampai JOD300 pun untuk dua orang. Memang gedebushh ni!

Aku pun tanpa melengahkan masa cuba untuk yang kesekian kalinya membeli tiket dari website FlyDubai. Yang menyakitkan hati, wifi di airport ni macam chipsmore. Sekejap ada, sekejap tak ada. Memang stress betul. Balik-balik fail, tak boleh loading. Bila dah sampai payment, fail lagi. Rasa nak mengaruk je aku kat situ. K Awa dah terdiam kat tepi. Sempat lagi staf pengiring tadi tu tanya K Awa amende lah mek Yatt tu buat sampai muka macam nak makan orang. Hahaha.. Bila dijelaskan yang aku cuba membeli tiket di website sebab harganya jauh lebih murah, staf tu terkejut tapi mengangguk faham. Sekali sekala dia membelek jam tangannya. Kamu harus masuk ke dalam ni, katanya. Bila aku tengok masa dah agak suntuk, rasa nak hempas je handphone tu dan nangis guling-guling atas lantai. Menyumpah-nyumpah dalam hati kenapa lah aku tak beli local sim card.

And finally, selepas hampir 15 minit, dapat juga aku membeli tiket! Hampir terjerit aku kat situ. K Awa dan staf pengiring yang sedari tadi menjauhi aku supaya aku dapat membeli tiket dengan tenang, terus cepat-cepat berjalan ke arah aku. Syukur Alhamdulillah! Aku tunjukkan email pengesahan pembelian tiket kepada staf pengiring, staf tu pun pergi memberitahu staf travel agent yang kami tak jadi beli tiket, dan terus cepat-cepat bawa kami berjumpa dengan pitaji. Pitaji pun tersenyum bila kami bagitahu kami dah ada tiket. Bila dia kata have a nice journey je terus kami berlari ke imigresen. Fuhhh.. Serius lega.. Hehe.. The ticket costs us JOD273 sahaja berbanding JOD600 di kaunter travel agent. Yihh jauh gila beza dia kan..

Lega dah masuk dalam..

Lalu boarding lah kami ke business class seat Kuwait Airways. Nama je business class tapi tak nampak business class sangat pun. Haha.. Orang dah bagi seat bagus, banyak komplen lah pulak kan? Ye lah, ye lah, bersyukur sangat-sangat ni sebab dapat upgrade for free. Yang penting more baggage allowance tu. :-)

Business Class Kuwait Airways

Makan!!

Selamat lah kami naik flight keluar dari Mumbai. Walaupun, macam-macam experience yang kami lalui sepanjang hampir seminggu sehingga ke saat terakhir ni, ianya tak mematahkan semangat aku untuk datang ke India lagi. Ecehh.. Mesti datang lagi wei! Kita cuba belah utara pulak lepas ni. InsyaAllah..

So, flight kami dari Mumbai ke Amman ni akan transit sebentar di Kuwait. Kena tukar kapal lah jugak ni. Tapi nasib baik lah tak lama mana transit nya. Nak pergi minum kopi pun macam tak sempat. Bukan tak sempat, sebenarnya kami terkedu tengok harga kopi yang dipaparkan. Bila di convert jadi RM, terus geleng kepala, tak apa lah, lain kali lah jawabnya. Almaklumlah, KWD1 bersamaan dengan RM11++. Hahaha pengsan..

Kensel minum kopi..

Cuci mata..

Boarding..

Business class lagi. Makan lagi..

Lebih kurang pukul 12.45 tengahari, tibalah kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia, Amman. Dari keluar kapal sehinggalah ke imigresen smooth je perjalanan. Sebelum berurusan di kaunter imigresen, kami menukar sedikit JOD untuk pembayaran VOA disebabkan aku tak berkesempatan nak menukar JOD siap-siap di Malaysia. Eh, kalau kat KK ni memang tak ada pun JOD tu. Susah betul nak cari, terpaksalah aku tukar ke USD saja. Nak-nak, mak aku dah bagitahu awal-awal ada sebuah money changer berhampiran dengan kaunter imigresen, jadinya agak mudah jugak lah tak perlu ada JOD at hand siap-siap untuk bayar VOA. Keless kan, bila mak kau yang bagi info pasal jalan-jalan kat Jordan ni. Orang dah pernah datang sini. Hehe.. Walaupun mudah adanya money changer kat sini, aku tukar sikit je JOD tu sekadar cukup untuk bayar VOA dan naik public transport ke downtown Amman. Almaklumlah rate kat airport ni kemain mahal kan. Nanti dah keluar, boleh cari money changer yang lain.

Bayaran yang dikenakan untuk VOA Jordan ialah sebanyak JOD40.00, lebih kurang RM215 mengikut kadar tukaran semasa. Agak mahal jugak lah kan? Kadar tukarannya dah lebih kurang sama dengan GBP dah ni. Boleh cepat miskin ni kalau stay lama-lama kat Jordan ni. Hihi.. Dah settled tukar duit, beratur lah kami di kaunter imigresen. Mungkin masih awal, ataupun kami ni memang antara yang last keluar dari kapal, jalan pun slow motion je, tak berapa ramai orang yang tinggal beratur di kaunter. Mungkin kebanyakannya warga tempatan, tak perlu bersusah-susah untuk menguruskan VOA, selesai urusan, terus keluar.

Yay dah sampai!!

Jordan's Visa on Arrival..

Urusan imigresen amat mudah. Pegawai tidak bercakap banyak. Aku membayar VOA, stem visa dilekatkan di dalam passport, dan tak lama tu, kesemuanya selesai. Aku pun melepasi kaunter, menghala ke tempat pengambilan bagasi. Oleh kerana K Awa beratur di belakang aku, aku tunggu di tepi sementara urusan K Awa selesai. K Awa pun tidak mempunyai masalah apa-apa ketika berurusan, dan kami pun mula berjalan keluar. Tapi dengan tak disangka-sangka, tiba-tiba nama aku dipanggil oleh pegawai di kaunter tadi.

"Miss Norhayati, can you wait for a moment? My boss wants to see you.."

Ya rabbiiiii... APA LAGI NIII??? Siap sebut nama aku lagi. Me? Why, why, why! Tak semena-mena kisah suspen dan thriller di Mumbai pagi tadi, terus masuk dalam kepala aku. Aku dah mula cuak buat yang kesekian kalinya. Episod debaran dan ketaran pun bermula. Tangan dah gigil. Ala-ala lifeless tak bermaya, aku pun bergerak mengikut pegawai tadi. K Awa yang sebenarnya tak dipanggil pun, disuruh ikut serta juga. Kalau tak disuruh ikut pun, aku akan paksa ikut jugak. Hehe.. Seram weii, kalau aku seorang je yang kena. Kot kena tahan ke, kena interrogate ke, at least ada orang kat sebelah sama-sama kena tahan dan kena interrogate. Keke..

Kami dibawa masuk ke sebuah bilik yang kecil. Bilik kecil yang cuma ada kerusi dan meja sahaja. Waduh, dah macam cerita CSI, FBI segala tok nenek yang aku tengok kat TV tu lah. Confirm 100% ni aku bakal disoal siasat. Tangan dah sejuk, kaki dah tak boleh duduk diam. Nak tenangkan diri pun macam susah dah. Muka pun agaknya dah pucat lesi. Tak pasal-pasal nampak macam orang bersalah. Hehe..

Tak lama tu, seorang lelaki masuk. Early 40s kot, agak tinggi, berpakaian pejabat biasa, pakai spek, dan agak comel jugak lah. Hehehe.. Kemain dia tersenyum sambil duduk di hadapan aku dan K Awa. Dia pun memperkenalkan diri dan memberitahu kami tujuan dia panggil kami masuk ke bilik ni. A standard procedure katanya. Sambil membelek-belek passport aku, dia pun mula bertanyakan beberapa soalan. Soalan-soalan yang ditanya pada awalnya tu pun soalan-soalan biasa yang selalunya ditanya oleh pegawai imigresen di kaunter. Agaknya ini kot lah kan, tadi kat kaunter senyap je tak tanya apa, rupanya ada sesi pertanyaan kaw-kaw kat dalam bilik ni.

"What is your purpose coming to Jordan?", "How many days?", "Where are you staying?", "What are your activities in Jordan?" antara soalan-soalan yang ditanya. Soalan standard kan? Kami pun menjawab dengan mudah. Cumanya, tak ada lah kami cakap kami nak pergi ke kem-kem pelarian Syria dan Palestin, maunya kami ni terus dihantar balik, susah pulak kan. Hehe.. Nak selamat, jawab je kami ni tourists. Nasib baik jugak lah, maklumat tempat tinggal, rough travel itinerary ada sikit-sikit dalam kepala.

Next set of questions yang ditanya ni lebih ditumpukan kepada aku. "What is your occupation?", "Where do you work?", "Where is your family?", "Is your father still working?", "Where does he work?", "What about your mother?", etc. Amboih, ni dah agak personal ni. Satu-satu aku jawab dengan tenang. Bila sebut tang abah kerja kat Arab Saudi tu, dia pun berkerut. Alamak, aku salah cakap ke? Mampus lah.. Aku cakap lah abah mengajar kat universiti kat Arab nun. Terus dia berubah riak muka, "Oh, same as you!". Haaaa kenapa kalau same pun. Salah ke? Hahahahaha.. Pening dah aku.

Dia tanya lagi, "Is this your first time in Jordan?", "Only the two of you?", "How much money do you have with you?", "Do you have any Jordanian friends?". Yang ini kami macam agak fail jugak lah menjawab tapi masih ok lagi. Nak kata kami ni sebenarnya ada 25 orang, nanti dia tanya lah pulak mana yang lain-lain. Agaknya dia pelik kot tengok kami berdua yang comel lote dari negara yang jarang dia dengar datang jalan-jalan ke Jordan sendirian. Kalau minah saleh, dia tak hairan agaknya. Nak kata ada Jordanian friends tu, macam tak ada lah betul-betul friend pun. Sekadar PIC yang in charge menguruskan activities kami sepanjang masa kat Jordan ni. Orangnya pun aku tak kenal. Tau nama je. Mula dah aku doa laju-laju supaya tak ditanya soalan pelik-pelik lagi.

Tak habis lagi, dia tanya lagi, "Where are you from before coming to Jordan?", "What do you do in India?", "How many days in India?", "Where do you go after this?", "And after that you'll go home?". Huuuu... Bila nak habis ni? Nasib baik lah kau comel. Kekeke.. Tapi takde lah rasa nak lepak lama-lama kat situ begging him to ask me more, ask me MORE! Gila apa..

Passport aku dibelek-belek lagi. Dia terdiam sebentar. Macam dah tak tau nak tanya apa dah, tapi nak tanya lagi. Agaknya dalam kepala dia tu dok fikir soalan apa lagi yang perlu ditanya ni. Tak pun, dia tengah buat keputusan sama ada nak lepaskan kami, tahan kami sampai besok, atau terus hantar naik kapal terbang, balik terus. Terus double, triple suspen dibuatnya. Tak lama tu, finally soalan yang terakhir yang ditanya straight ke mata aku, soalan paling cepumas...........

"Are you single?"

...................................................... ehhh? *krik krik krik*

"Come again, sir?" Aku tanya semula, konon-konon tak dengar. Punya lah dia ketawa besar kat situ. Cepat-cepat dia berdiri dan kata nah ambik passport kau, sila lah enjoy Jordan.

Eh? 

Ehhhhh???

Entah macam mana, alih-alih aku dan K Awa dah berada di luar bilik berjalan menuju ke tempat pengambilan bagasi. Dah kat luar tu, terus terhambur ketawa kami. K Awa mengusik "Sebenarnya dia nak tanya kau tu single ke tak je tu. Soalan awal-awal tu saja-saja je..", Puuuiiiii.. Dari muka orang tu comel terus aku rasa dia bukan lagi taste aku. Haha.. Tiba-tiba rasa hangin pulak satu badan. Sabar je lah kan, nak beramah mesra macam tu. Buang masa pun ada. Haduii.. Tapi tak apa lah kan, tak kisah sangat pun sebenarnya, janji kami tak ada buat salah apa-apa dan boleh jalan-jalan Jordan dengan tenang hati. Yay! 

Selesai ambil beg, kami singgah solat di surau yang ada di Arrival Hall tu, dan terus keluar menuju ke sebuah kaunter tiket bas. Cuaca di luar boleh tahan sejuk, angin kuat pulak tu. Dah lah aku ni tak bawak proper winter jacket. Nasib baik tergerak hati bawak thermal wear. Cumanya, takde lah aku pakai siap-siap thermal wear tu dari Mumbai. Gilo opo, Mumbai panas gila! Terpaksa lah bertahan kesejukan sekejap. Huhu..

Arrival Hall..
Musykil simbol surau dia hehe..

Tambang bas dari airport ke downtown Amman (Balad) berharga JOD3.25 seorang. Itu pun, bukannya direct bus ke Balad. Bas akan berhenti di satu terminal, dan dari terminal tu, kami diberitahu untuk menaiki kereta sapu ke Balad. Kita layan kan je lah. Naik je lah bas tu, nanti dah sampai terminal tu, baru fikir macam mana nak dapatkan kereta sapu.

Mencari kaunter tiket bas..

Naik bas..

Lebih kurang 25-30 minit kemudian kami tiba di terminal bas. Rupanya bila dah sampai terminal tu, banyak je kereta sapu menanti. Dah macam pasar, main rebut-rebut pelanggan. Agak seram jugak lah, tapi buat muka confident je naik kereta sapu tu. Berdua macam ni ok, kalau aku seorang, aku sanggup lagi naik teksi. Mahal pun mahal lah. Hehe.. Tambang satu kereta sapu tu JOD5.00. Perjalanan ke Balad pulak mengambil masa dalam 25-30 minit lagi. Layan kan je lah.

Sebenarnya program kami bersama Our Touch hanya akan bermula pada 15hb Februari. Kebanyakan sukarelawan akan sampai pada 14hb. Kami ni je yang extra awal, 12hb dah tercongok kat Amman. Bukannya apa, sementara ada masa, boleh lah kami jalan-jalan free and easy terlebih dahulu di Amman ni. Nanti dah start buat kerja, agak susah nak jalan-jalan, walaupun ada jugak diselitkan aktiviti jalan-jalan bersama Our Touch tu. Hehe..

Untuk 3 hari 2 malam ni kami menginap di Arab Tower Hotel, downtown Amman. Hotel ni tak jauh mana dengan hotel yang disediakan oleh Our Touch sepanjang program berlangsung. Boleh jalan kaki. Kira ok jugak lah, tak terlalu susah untuk pindah nanti. Kawasan sekitar hotel pun agak ok. Ada pasar, ada supermarket, restoran pun banyak. Agak mudah jugak lah.

Disebabkan kami sampai pun dah petang, kami tak keluar ke mana pun lepas tu. Stay je dalam hotel, makan maggi. Sebenarnya tak tahan sejuk nak jalan-jalan. Lagi pulak, hari ni dah penat sangat dengan adegan-adegan yang macam-macam yang dah tak larat dah kami nak fikir. Hehe.. Besok je lah kita mulakan aktiviti aci redah kita di Amman ni. Tunggu!!

0 comments :