Wednesday, March 25, 2015

Namaste Mumbai! ~ Final Day: DDLJ, Bandra, VAG Metro, Minara Masjid

Wednesday, 11th February 2015

Our final day here in Mumbai! Makanya, tak buat apa sangat lah hari ni, sekadar bersantai-santai dan go with the flow je. To kick off the day, pagi-pagi ni kami sarapan nasi, maggi ayam, sambal tempe dengan ikan bilis dan juga telur goreng yang tak ada rupa telur goreng sangat. Janji boleh! Banyak jugak makan ni. Dah alang-alang tu, kita cuba try test untuk ringankan beg sebelum ke destinasi seterusnya. :-)

Breakfast..
Dah selesai makan, kami pun start packing sikit-sikit. Tinggalkan apa yang perlu je, yang lain semua selamat dah dihumban dan diseal di dalam beg. Disebabkan flight kami keluar dari Mumbai adalah pada pukul 6.10 pagi esok, kami memang sengaja tambah one extra night kat guesthouse ni. Sempat lagi kalau nak pergi jalan-jalan untuk satu hari ni, tanpa nak kisah mana nak campak beg dan barang-barang Our Touch yang berkilo-kilo tu. Makanya, boleh je nak check out tengah malam nanti ngam-ngam tiba waktu nak ke airport. Tuan guesthouse pun kata, Mumbai ni alive 24 jam. Pagi-pagi buta pun, banyak je teksi lalu lalang. Lega sikit lah bila dah dengar macam tu.


Dah packing apa yang patut, kami pun keluar jalan-jalan buat kali terakhir untuk trip Mumbai kali ni. Mana lah tau kan, nanti-nanti ada rezeki boleh datang lagi. Sebabnya, aku rasa macam belum habis lagi explore satu Mumbai ni. Tak puas! Ni pun disebabkan tak plan apa-apa, go with the flow ikut suka hati naluri nak jalan ke mana, decide on the spot. Cuba kalau plan betul-betul. Memang kaw-kaw itinerary sehari-hari, dan maunya boleh melepek kepenatan. Hehe.. Next time datang, nak try jalan-jalan ke utara juga, dan kalau gigih nak juga sampai ke Delhi. Harus repeat balik Delhi ni sebab trip dulu entah apa-apa dan menyakitkan hati. Make my blood go upstairs sungguh. :P

Alright, sebenarnya malam tadi, ada kenalan K Hawa (tak ingat kenalan atau pun pengikut FB page Kembara Poket Nipis) mengatakan, kalau ada masa terluang boleh lah pergi singgah tengok filem Hindi "Dilwale Dulhania Le Jayenge" kat Maratha Mandir, Mumbai. Dikatakan, filem ini tak pernah berhenti ditayangkan sejak hari pertama ia ditayangkan pada tahun 1995. Dah 20 tahun kot tahun ni! Aku bila fikir-fikir balik, eh macam pernah dengar lah pasal ni. Memang ada pernah terbaca yang filem ni masih ongoing ditayangkan kat satu panggung wayang di India ni. Cumanya aku tak tau kat mana je. So, ni kiranya dah dapat taulah, tayangannya adalah di Maratha Mandir. Kat Mumbai pulak tu! Dah alang-alang ni, jom lah kita kan?

So, aku pun Google lah, dimanakah gerangan letaknya lokasi Maratha Mandir ni. Yang membuatkan aku tergelak macam orang gila ialah, bila hasil carian Google tu menunjukkan Maratha Mandir tu letaknya seberang jalan je dari guesthouse kami ni. Whaaattt.. Dokek yo ghopenye! Tak perlu nak memeningkan kepala fikir nak menghala ke mana kan? Hehe.. So, jom lah kita ke sana.

Maratha Mandir.. 

Maratha Mandir ni aku tengok macam sendu je rupa parasnya. Macam tak percaya tempat ni merupakan sebuah panggung. Tapi kan, kat sana ada digantung satu banner bosau filem Dilwale Dulhania Le Jayenge ni dek non. Celebrating its 1000 week gitu! Katanya, semua pelakon utama filem DDLJ ni datang ke Maratha Mandir ni untuk celebrate tayangan selama 1000 minggu ni. Hari yang kami pergi ni? Dah 1008 minggu dah. Kalau aku datang 8 minggu awal, mesti boleh join the crowd kan? Haha.. Berangan je lah.

Dah 1008 minggu ditayangkan!

So, aku pun terfikir, ada termasuk dalam Guinness Book of Records ke tak filem ni ek? Lama betul tu tempoh tayangannya. Bila ku Google, rupanya ada filem lain yang masih ditayangkan sehingga kini sejak tahun 1980. Perrghh.. Aku pun belum lahir lagi time tu. Bila difikir-fikir lagi, bila ada inisiatif untuk menayang filem-filem dalam tempoh yang lama ni, lama-lama boleh dijadikan salah satu tourist attractions kan? Memang orang akan datang untuk tengok apa yang membuatnya bertahan begitu lama, dan immersed themselves dan jadi sebahagian daripada sejarah ni. Haha ayat aku, kemain.

Nak tengok filem DDLJ ni, kena lah beli tiket macam masuk mana-mana panggung wayang tu. Tiket pulak berharga INR20.00 untuk seat balcony, INR17.00 untuk seat circle dan INR15.00 untuk stall. Entah lah macam mana layout kat dalam tu kan, kami memilih untuk ambil seat balcony. RM1.20 je kot harga tiketnya, boleh sangat kalau nak merasa duduk kat balcony jadi golongan have-have ni. Hehe.. Masa tayangan pulak, rasanya sekali je kot ditayangkan dalam sehari. Pukul 11.30 pagi. Kena lah susun jadual ye, kalau nak datang melayan Shahrukh Khan dengan Kajol ni. Hehe..

Acah-acah orang bangsawan duduk kat Balcony seat. Hehe..

Aku kan, confuse ya amat tau. Ingatkan aku dan K Awa je yang nak pergi menonton, rupanya ramai jugak manusia lain yang datang untuk tengok filem ni hari ni. Aik, uols macam weols ke, datang tengok movie macam tourists? Kemain uols kan? Hehe.. Tapi tengok gaya, macam penduduk Mumbai jugak je ni. Tengok gaya lah. Aku pun tak tau. Mungkin ada juga yang datang dari jauh, dari Chennai ke Bangalore ke, semata-mata nak tengok movie ni macam kami. Hehe.. Entah-entah juga, mereka ni tak ada kerja nak buat, tiket setakat singgit doposen je, memang boleh sangat-sangat lah membuang masa daripada tak buat apa-apa.

Tak lama tu, masuk lah kami ke dalam. Beratur punya lah panjang berhimpit-himpit, rapat-rapat macam lepas kena raid dengan imigresen aku tengokkan. Haha.. Aku dan K Awa bergerak ke belakang, untuk bagi laluan kepada mereka-mereka ni masuk dulu. Korang ni, dah tengok banyak kali pun, gaya macam tak pernah tengok je. Macam lah lari si Kajol tu kalau tak cepat-cepat masuk ke dalam.

Ramai yang menunggu kat luar pawagam..
Beratur masuk..

Dah masuk ke dalam, aku rasa macam menarik juga dewan tayangan filem DDLJ ni. Tak macam pawagam kat tempat kita, pawagam ni aku tengok dah macam jenis orang tengok teater. Tak pun jenis tengok persembahan orkestra. Ada upper level dan lower level. Seating balcony yang kami pilih ni kat upper level. Memang betul balcony lah ni. Seat memang banyak, dan majoritinya kosong tak ada orang. Mungkin yang ramai-ramai masuk tadi duduk kat level bawah. Kami je yang fefeeling bangsawan, orang have-have nak duduk balcony bagai. :P

Kisahnya lagi, tiket wayang ni tak ada seat number. Suka hati kau lah, nak duduk kat mana. Free seating kekdahnya. Kau nak baring melintang pun boleh juga. Janji nampak skrin.

Balcony seat..
Tak ramai orang kat balcony..

Dan, bermula lah tayangan Dilwale Dulhania Le Jayenge ni. Buat pengetahuan uols semua, tayangan ni tak ada subtitle langsung ye. Paham-paham sendiri je lah. Nasib baik lah aku ni dulu hantu filem Hindustan. Setakat DDLJ ni, jalan cerita dia, dialog dia, lirik lagu dia pun aku dah hafal. Haha..

Pertemuan pertama hero-heroin..

Tau tak, tang mana part paling best bila tengok wayang kat India ni? Part bila hero dan heroin terpisah, cinta terhalang, terpaksa menempuh ranjau dan onak duri, berenang lautan api, akhirnya bertemu dan memadu kasih gitu. Tak semena-mena satu panggung bersorak riang. Macam tengok konsert ko! Dah tu siap ikut joget-joget! Keluar je lagu best, ada yang ikut menari. Dah puas menari, bila scene kena debik-debik tapi last-last hero menang pun, ya ampun mak aih. Bertepuk tangan, bersorak-sorak macam menang duit sejuta Who Want's To Be A Millionaire. Very, very interesting tengok orang India ni bersemangat tengok wayang. Kalau first time filem ditayangkan, aku rasa ok lagi kot. Tapi ni dah 20 tahun kot. Masih boleh bersorak lagi walaupun dah tengok berkali-kali? Tapi, tak mungkin lah kan yang dalam panggung ni semuanya baru first time tengok DDLJ ni. Maybe, saja je kot mereka ni bersorak. Dah culture mereka. Memeriahkan majlis katanya. Hehe..

Ok, selesai dah tengok wayang. Dah tu, fikir punya fikir, apa kata kita pergi skodeng rumah Shahrukh Khan? Haha.. Penangan tengok DDLJ tadi lah ni. Gila punya idea kan? Tapi rasanya aktiviti skodeng-skodeng dan lepak-lepak depan rumah artis ni biasa je kat Mumbai ni. Kalau tak, takdenya guesthouse kami tu pergi tepek alamat rumah artis Bollywood ni terang-terangan kat dinding guesthose kan? Kalau ada rezeki, boleh lah bertembung dengan artis tu keluar masuk rumah. Tak pun lambai-lambai je macam yang Amitabh Bachchan selalu buat.

Kami pun naik train dari Mumbai Central Station ke Bandra Station. Lebih kurang 7 stops. Tapi kan, nak dijadikan cerita, cuaca menjadi makin terik. Sampai sakit kepala kami dibuatnya. Dah tu, dengan  auto rickshaw bersepah-sepah depan stesen Bandra, dok hon-hon, terus aduii sakitnya kepala dan EH MALAS LAH nak pergi skodeng Shahrukh Khan. Haha.. Cuaca memang ya ampun sangat. Almost 40 degrees. Memang kering kami kat situ. Jadinya skodeng-skodeng station je lah. Lain kali je lah aku cari Shahrukh Khan. :P

Bandra Station..

More views on Bandra Station..
Auto yang banyak dan kuat membunyikan hon..

Eh, bila fikir balik, aku selama jalan-jalan kat Mumbai ni, belum pernah jumpa seketul pun auto ni tau! Dah sampai Bandra Station ni, baru lah nampak. Pelik! Dulu kat Mysore, memang naik auto ni je pergi ke mana-mana. Dia punya rempit tu, memang boleh tergolek keluar, berguling atas jalanraya, tak semena-mena terus jadi heroin Hindustan. Hehe.. Bila aku Google, baru lah aku tau, auto ni tak dibenarkan masuk ke Old Mumbai ataupun South Mumbai. Sempadannya memang Bandra ni lah. Ooo gitu rupanya ye? Patutlah tak nampak langsung kat kawasan Mumbai Central dan Churchgate Station. Haa, kalau korang nak try naik auto kat Mumbai ni, kena lah datang ke kawasan Bandra umpanya untuk try test naik. Boleh pusing-pusing, mintak driver hantar pergi jalan-jalan rumah Shahrukh Khan. Haha..

Dah puas skodeng auto, kami masuk semula ke train station dan naik train lagi menuju ke Andheri. Kisahnya, kami ni nak try naik Mumbai Metro lah pulak. Dah empat hari merasa naik keretapi lama, kita try naik "keretapi" moden lah pulak hari ni. Memang dah banyak projek metro ni dibangunkan di Mumbai, tapi buat masa sekarang cuma ada satu laluan je yang menghubungkan kejiranan Versova dengan Ghatkopar. Laluan ni juga dikenali dengan laluan Metro 1 ataupun VAG iaitu Versova-Andheri-Ghatkopar. Moh lah kita try naik!

Jomm...

Dah berapa hari naik keretapi buruk, bila naik keretapi baru macam ni, mula lah terasa jakun. Mula lah macam, WOW dah maju dah Mumbai ni. Ekeke.. Kadang-kadang memang ada perasaan pelik tu. Macam hari tu dah terbiasa tengok slum, tiba-tiba macam sampai kat negara lain bila masuk dia punya largest shopping mall tu. Yang ini pun perasaannya macam tu jugak. Macam kat negara lain rasanya. Eh, dulu-dulu pun rasa benda yang sama. Kat Mysore Campus macam kat negara mana entah, bila keluar pagar baru teringat eh, kat India rupanya aku ni. Hihihi..

Menuju ke Ghatkopar..

Kami menaiki metro train menuju ke Ghatkopar. Saja nak rasa-rasa macam mana naik metro train kat Mumbai ni. Sama je sebenarnya macam LRT kita tu. Moden lah sikit. Manusia-manusia yang naik tu, nampak macam beradab juga lah kalau nak dibandingkan dengan naik keretapi biasa tu. Pandai beratur dan tak kelam kabut. Dan, of course lah, harga tambang naik metro train ni 3 kali ganda harga train biasa. But still, masih boleh dikategorikan sebagai murah oleh kita-kita yang have-have celup ni. :P

Metro Train..
Macam boleh turun Airport..

Dah sampai Ghatkopar Station, kami tukar naik keretapi biasa, tukar lagi di Dadar Station dan seterusnya balik ke Mumbai Central Station. Tamat lah sudah aktiviti jalan-jalan naik keretapi kami pada hari ini. That was the last one gitu lah, dah tak naik dah lepas ni, memang bye-bye lah. Balik ke guesthouse, mandi-mandi, solat dan rehat-rehat sebelum buat aktiviti yang seterusnya.

Aktiviti yang seterusnya tu sebenarnya pergi jalan-jalan rumah Mariam. Alah, Mariam kawan K Awa yang kami terjah kenduri doa selamat dia hari tu, tu. Hehe.. Beria sangatlah dia ajak datang ke rumah. Aku dan K Awa pun ikut kan je lah. Kami ke sana menaiki teksi. Sumpah aku tak tau kat mana rumah Mariam ni. Cuma yang diberitahu, naik teksi ke Minara Masjid dan cari bangunan sekian-sekian. Whatt.. Apa punya instruction si Mariam bagi ni. Haha.. Nasib baik lah Minara Masjid tu sangat terkenal. Pakcik teksi tu pun tau kat mana Minara Masjid tu, dan terus ke sana tanpa banyak soal. Tambang teksi dari guesthouse ke sana adalah sebanyak INR60. Sama pulak dengan harga tambang naik metro train tadi. Hihi.. Perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 20 minit.

Minara Masjid..

Kawasan Minara Masjid ni sangat sesak! Terlalu ramai sangat orang kat sini. Bila ada masjid ni, memang kita boleh agak lah kan, yang kawasan ni penuh dengan Muslim. Kiri kanan jalan memang kedai-kedai dan restoran Muslim saja. Memang senang kalau nak cari makan kat sini. Dia punya streetfood pun nampak sangat-sangat inviting. Nampak sedap. Tapi aku tak berani jugak nak ambik risiko untuk beli dan makan. Jauh lagi perjalanan ni. Susah kalau dah tercherry-berry. :P

Kami pun masuk ke jalan besar yang ada di depan masjid. Susah rupanya nak cari rumah si Mariam ni, kebanyakannya orang yang ditanya tak familiar dengan nama bangunan kediaman Mariam ni. Hampir ke penghujung jalan kami berjalan, tapi nasib baik lah, dah last-last tu ada juga yang tau. Selamat juga lah sampai depan pintu rumah Mariam. Itu pun, menakutkan juga nak naik ke atas tu. Dalam hati aku, ini rumah ke? Haha..

Kemain seronok Mariam menjemput kami masuk ke rumahnya. Mariam ni tinggal dengan keluarga mertua. Rumahnya kecil je, tak banyak perabot. Dah macam orang Tabligh pulak dah aku tengokkan. Masa kami datang ni, cuma ada Mariam dan mak mertua dia je. Husband keluar dan anak-anak Mariam ada kelas tuisyen. Mak mertua Mariam nampak peramah, tapi tak pandai nak cakap English. Terpaksa lah Mariam jadi translator. Kami dok borak-borak dan jamah snack. Bila dihidang makanan ni, tiba-tiba perut aku berbunyi. Lapar rupanya aku ni, dan baru lah teringat yang hari ni kami makan waktu breakfast je. Chicken lollipop, kata Mariam. Aku macam pernah nampak ayam jenis gini bila attend event kat hotel. Tapi namanya macam lain. Boxing chicken ke apa. Haha.. Tak kisah lah namanya apa, janji sedap dimakan.

Lollipop & smiley potato.. Hehe..

Tak lama tu, anak-anak Mariam pun balik. Yang perempuan umurnya dalam 8 tahun, malu-malu bila nampak kami. Tapi lepas tu, rajin pulak dia bertanya. Malaysia kat mana, macam mana nak cakap Bahasa Melayu. Sempat lah juga dia belajar satu dua perkataan. Seronok betul aku tengok budak-budak yang bersemangat macam ni. 

Then, it's time to go. Dah say bye-bye, kami keluar semula ke jalan besar depan Minara Masjid untuk tahan teksi dan balik semula ke guesthouse. Dah sampai guesthouse, kami lepak-lepak, relaks-relaks dulu dan kemas-kemas apa yang patut. Tepat pukul 12 tengah malam, kami pun check out. Nak turun ke bawah tu, siap upah porter mintak tolong angkat beg. Berat dowh! Hehe.. Dah sampai bawah, teksi dah setia menunggu. Rupanya tuan guesthouse dah tolong tahankan teksi untuk kami ke airport. Angkat semua barang, dan off we go! Bye-bye Central Guesthouse yang menakutkan! Hehe..

Perjalanan ke airport tak sampai setengah jam. Lebih kurang 12.30 pagi kami dah masuk ke departure hall. Tunggu je lah sekejap kat sini, flight 6 pagi, pukul 3 pagi dah boleh check in. 

Mumbai Airport..

Ok, habis dah cerita jalan-jalan kat Mumbai ni. Next destination adalah Amman, Jordan. Nak naik kapal terbang ni pun, ada drama yang sangat hebat sampai nak terkencing, terberak, menggigil-gigil aku dibuatnya. Tunggu lah ceritanya di next entry ye. Hehe.. Till then, sila lah tunggu sampai aku rajin menulis lagi. :P


Perbelanjaan Hari Ini:-

Movie Ticket = INR20.00
Train (MS to BD) = INR10.00
Train (BD to AD) = 5.00
Metro (AD to GP) = 30.00
Train (GP to MS) = INR10.00
Jajan & Drinks = INR78.00
Taxi to Mariam's House = INR30.00
Taxi to Guesthouse = INR20.00
Bag Porter = INR50.00
Taxi to Airport = INR200.00

TOTAL = INR453.00

0 comments :