Huangpu River Cruise, Shanghai

Menyengal 5 hari 4 malam di Shanghai..

Hallasan, JEJU!

One of my favourite place on earth..

Madinah, Saudi Arabia

CikSengal jadi budak baik bila pergi ke sini..

The Peak, Hong Kong

Ni tahun depan baru update entries..

Wednesday, April 30, 2014

Padang-Bukittinggi RM210! ~ At The Beginning

Mabuk! Dalam tempoh sebulan je, aku gila susun trip pergi Shanghai, dah tu Seoul, dah tu Padang pulak. Duit yang mengalir keluar pun adehh.. Menangis tengok excel sheet perbelanjaan pergi merewang-rewang ni. Nasib baik lah ongkos yang diperlukan untuk jalan-jalan kat Padang ni tak mahal mana. Tak mahal ke? Tengok lah kat tajuk entry ni. Hehe.. Nanti aku cerita ya macam mana boleh dapat RM210 tu. :P

Nak pergi jalan-jalan ke Padang ni tak plan pun sebenarnya. Mek Mulan bagitau yang AA ada buat promo ke Padang. Dia dan keluarga makcik dia plan nak sana, balik kampung halaman tengok asal-usul katanya. Aku pun ala-alan menyebok lah kan. Nak jugak beli sebab murah. Berpakat lah aku dengan ahkak-ahkak backpackers yang lain. Dah discuss panjang lebar, terus confirm. 4 orang gadis manis yang akan pergi. Aku, K Awa, K Ayu dan K Abid.

Pinjam dari website padang.go.id












Tapi bila dah sampai tarikh nak jalan, satu apa pun tak prepare, itinerary entah ke mana, plan pun takde, K Ayu dan K Abid tak boleh nak join trip ni, terasa macam "alamak, bungkus lah trip kita kali ni". Aku cakap kat K Awa, tinggal kita berdua je ni, nak teruskan jugak ke? K Awa kata ehhh kenapa pulak nak kensel? Ohh pergi jugak lah ni? ON SAJA! Hehe..

Monday, April 28, 2014

South Korea 7th Edition ~ Di Sini Bermulanya...

Sewel.. Tu je kot yang aku boleh katakan. Hari ni kata, eh aku nak pergi Seoul lah bulan depan, besoknya terus beli tiket. Mana tak kena marah je kan. Balik-balik Seoul, balik-balik Seoul. Kejadassss sangat. Semua orang pun dah naik fedapp dah dengar aku pergi Seoul sokmo. Yang dok fedapp tu mesti tak pernah sampai Seoul kan? Hehe.. Mungkin jugak pernah sampai tapi mereka-mereka ni tak obses pergi jalan-jalan kat sana macam aku!

Kenapa tiba-tiba? Sebab tiba-tiba gatal nak pergi tengok musical Ghost. Joo Won lah punya pasal. Cerita Ghost pulak tu. Haishh.. Tak boleh jadi ni. Mesti nak kena pergi tengok jugak. Dah tu at the same time ada musical The Moon Embrace The Sun pulak tu. Budak dumok Kyuhyun tu pulak dah berlakon. Memang berganda-ganda lah kan mengada-ngada nak ke sana. Memang set dah, kali ni jalan-jalan memang nak tengok musical je. Hehe..



Saturday, April 26, 2014

Goodbye..

Budak sekor ni. Pagi tadi kat belakang, aku tengok dok sendu je kat tepi washing machine. Semalam kemain ko aktif, tapi hari ni macam tak bermaya. Sakit kot lah kan. So aku pun bawak lah dia pergi vet. Vet kata ada infection kuman ni. Kesian, mengiau dengan kuat dia bila kena cucuk. 

Vet pun kata jangan bagi kena air. Dapat bekal vitamin lagi supaya dia stay kuat, Ku bawak lah balik rumah. Dalam kereta diusik, masih bergerak lagi. Dah sampai rumah, tak sampai 10 minit, aku usik terus diam. WHATTT? Kejung dah dia. What? Why? Kenapa? Salah injek kah? Wuwuwuw? Aku nak bagi kau sihat tapi kau.............. Terus sedih kot aku ni. Huhu..

Hurrrr...
Walaupun kucing ni cuma kucing yang rajin datang main-main kat rumah aku, aku tak bela pun dia, tapi aku rasa sedih sebab hari-hari nampak. Lepas ni tak nampak dah. Sobss.. Bye-bye lah kiranya little one. Ku kuburkan dia kat sebelah kubur abang dia. Ye, dua dah mati! Abang lain bapak gittew, dan beranak lain tahun gittew..

Sobsss...

Wednesday, April 23, 2014

Maco Vintage, Johor Bahru ~ Again!

Gedik sangat datang sini lagi. Hehe.. Dulu dah pernah datang. Ni datang lagi. Saja je datang lepak-lepak kat sini sebab nak celebrate birthday Mek Pijah. Dah tu, boleh lah kita try menu yang belum kita pernah try khenn??

Special today..

Tuesday, April 22, 2014

Almost Famous Cafe, Johor Bahru

Another cafe tempat lepak-lepak suka hati. Ni lah kerja aku sekarang kalau balik JB. Kerjanya nak meng'cafe hunting' dan cafe hopping je. Tapi best jugak lah kan, sebab banyak nau cafe yang unik-unik ada kat sekitar JB ni. 

Almost Famous is another cafe. Masa kami sampai, dia belum bukak lagi. Entah pukul berapa lah nak bukak kan, so kami duduk lepak lah kat Chaiwalla & Co. dulu. Dah penat lepak, tengok-tengok cafe ni dah bukak, so berpindah lah kami. Hehe..

Almost Famous..

Monday, April 21, 2014

Chaiwalla & Co. Container Cafe, Johor Bahru

Katanya tempat ni dah dibuka sejak 2012. Tapi kenapa aku tak tau? Sebab aku orang JB yang tak duduk kat JB dan tak sempat nak pi ronda-ronda gitu. Hehe.. Bila geng makan ajak keluar mengexplore tempat-tempat makan kat JB ni, memang aku tak tolak punya lah. 

So Chaiwalla & Co. Container Cafe. Kenapa container cafe? Sebab it's a cafe operated using a container! Siapa pernah terpikir? Aku tak pernah. :P Memang unik lah kan. Aku pun baru first time tengok. Kat luar negara mungkin dah banyak dah cafe serupa macam ni. Tapi kat Malaysia baru first time aku nampak. Tapi aku tak tau lah kan kalau kat other parts of Malaysia dah buat dah this style of cafe. 


Unik khennn??

Sunday, April 20, 2014

IT Roo Cafe, Johor Bahru

Banyak dah review kat Internet pasal IT Roo Cafe ni. Kali ni review aku pulak. Mana boleh aku ketinggalan kat belakang kan. Kisahnya lah kan, the best chicken chop in town gitu. Best sangat ke? Sedap ekk? Tu dia punya tagline. Dan hopefully they live up to it lah. Let's check out the kedai!

IT Roo Cafe..

Friday, April 18, 2014

City Square's Dapur Kita, Johor Bahru

Aku tak ingat dah berapa lama dah aku tak menjejakkan kaki ke City Square ni. Ni datang pun sebab nak jumpa dengan geng jalan-jalan. Kalau jumpa, mesti lah nak kena lepak-lepak. Dah alang-alang berada kat City Square ni, meh kita lepak kat Food Court dia.

Food Court City Square ni diberi nama Dapur Kita. Food Mall gitu. Terletak di tingkat paling atas. Entah bila wujud tingkat ni pun aku tak tau. Siap ada kolam ikan lagi kat luar tu. So, kat sini, order makanan pakai kad ye. Beli kad dan topup siap-siap kat cashier, then masa order makanan tu, time bayar kita tolak je lah value dari kad tu. Sonang khennn??

Main entrance..

Thursday, April 17, 2014

Konnichiwa Japan! ~ Final Day: Osaka to Kansai Airport

Monday, 28th January 2013

Hari terakhir, flight balik Malaysia pukul 4.30 petang, makanya kami tak ke mana dah hari ni. Seluruh pagi, masa dihabiskan untuk mengemas, mempacking dan segala mem lah. Dah tu pening pikir macam mana nak pikul barang banyak-banyak ni. Takde buat aktiviti shopping mana pun, tapi entah kenapa beg semakin berat. 

Check out pukul 11 pagi. Macam dihalau-halau je kami ni. Tak boleh lambat satu minit pun. Sungguh tak user friendly pakcik hostel ni. So, dari hostel kami menapak ke Shinimamiya Station. Kami terus pergi ke platform untuk Airport Train ~ agak jauh sikit lah nak menapaknya. Shinimamiya Station ni ada dua bahagian. Satu route yang biasa untuk pergi pusing-pusing Osaka, dan satu lagi khas untuk ke airport. Kena tengok betul-betul.

Oleh kerana JR Pass kami dah expired dah semalam, dah 7 hari dah kami pakai, makanya hari ni punya tiket terpaksalah keluarkan duit. One way ke airport berharga JPY890. 

Tiket train..


Tuesday, April 15, 2014

AA New Routes from JB~!!

Sakan laa wei orang-orang JOHOR!! Kemain dah semakin banyak destinasi from Senai Airport. Aku pun ikut happy jugak sebab boleh lah balik kampung dulu sebelum pergi merewang. Tak gitu?


Korang orang Johor ada yang dah beli tiket dah? :P

Sunday, April 13, 2014

TransJava Yuk! ~ Day 6: Candi Borobudur, Candi Prambanan, Mount Merapi, Muzium Sonobudoyo Jogjakarta

Wednesday, 1st May 2013

Lip lap lip lap anak mami sekejap je dah hari ke-enam. Ada tiga hari lagi sebelum pengembaraan kami ni berakhir di Jakarta. Ni baru sampai Jogjakarta. Jauhnya lagi! 

Seperti hari-hari sebelumnya, kami ni baru hari ni nak jalan, baru lah terhegeh-hegeh plan nak berjalan ke mana. Dah agak lewat jugak lah, bila kami membuat keputusan untuk ke Borobudur, Prambanan dan Merapi. Tinggi tu cita-cita! Bajet macam dekat je semua tempat-tempat tu, tapi realitinya, perghh.. Silap perancangan sungguh. Walaupun salah bajet, kami berjaya jugak lah pergi ke semua tempat tu. Kelam kabut jugak lah jadinya. Lain kali keluar pagi-pagi buta ye. Ni dah pukul 9 matahari dah tegak baru nak keluar.

Destinasi pertama kami ialah ke Candi Borobudur. Dari Jogja ni takde lah jauh mana, dalam 45km gitu. Dari segi kilometer memang lah tak jauh. Dari segi timing nak sampai sana lebih kurang sejam lebih jugak lah. Kami menggunakan khidmat supir pakcik teksi malam tadi yang bawa kami dari Jalan Malioboro ke Alun-Alun Kidul. Murah kok bayaran yang dikenakan. Bila dah ditong-tong bahagi dengan tiga orang tinggal berapa je nak keluarkan duit.

Our supir~!!

Monday, April 7, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Day 1: Yuyuan Garden & The Bund

Friday, 10th January 2014

Hari pertama kat Shanghai! Kisahnya entri ni sambungan dari malam sebelumnya lah ye. Boleh baca kat sini. Sepanjang atas flight aku tidur mati. Tak ingat dunia kot aku ni kalau dah terbongkang. Sedar-sedar dah nak landing. Biasalah aku ni kan asal letak kepala je, memang terus tidur. Atas flight, lantai airport, dalam bas, peluk tiang dalam subway train pun boleh jugak jalan tidur aku ni. 

Alhamdulillah, immigration dan customs kat airport Shanghai Pudong ni tak banyak songeh. Dalam 20 minit je dah settle. Mula-mula tu agak takut dan cuak jugaklah. Masuk ke negara Komunis gitu. Macam mana treatment yang diberikan ke kita ye? Tak pasal-pasal automatik gerak geri penuh sopan santun. Manalah tau, kot-kot tersalah silap kat mana-mana mau kena tangkap, naya kang. Dah kena tangkap kena jail. Dah kena jail kena torture lah pulak. Dah tu, kena investigate, interrogate bagai. Kemain imaginasi aku tinggi sangat gitu. 

Photo from http://uk.ceair.com/


Saturday, April 5, 2014

Konnichiwa Japan! ~ Day 9: Osaka Castle, Den Den Town, Kuromon Market, Minami Namba

Sunday, 27th January 2013

Pejam celik, pejam celik, dah sembilan hari dah kami kat bumi Jepun ni. Tinggal hari ni saja nak merewang sampai pengsan sebab besok dah nak balik Malaysia dah. Rasa sedih plus excited. Sedih sebab dah nak habis dah holiday. Excited sebab dah tak sabar dah nak menikmati cuaca panas Malaysia. Hehe..

Masih lagi di Hiroshima. Makanya, hari ni jugak kami harus balik ke Osaka. Memang rushing habis trip kami ni. Tamak sangat nak pergi semua tempat dalam satu masa. Padahal boleh je datang lain kali kalau ada duit banyak. South Korea boleh pergi banyak kali, takkan Japan tak boleh kan. Muahaha.. 

Kami naik shinkansen dari Hiroshima ke Shin-Osaka Station. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam setengah. Dah sampai di Shin-Osaka kami terus naik JR train ke Shin-Imamiya Station untuk ke Hotel Toyo, tempat kami bermalam untuk malam ni. 

Shinkansen Ticket from Hiroshima to Osaka..

Thursday, April 3, 2014

Dynamic Busan ~ Summary

Yeah! Entry yang dinanti-nantikan gitu kan. Mari kita rumuskan sikit tentang trip 7 hari 6 malam kami di Busan dan Gimhae ni. Boleh lah kot nanti dibuat panduan untuk siapa-siapa yang berhajat nak ke sana.

Busan from Busan Tower