Monday, April 7, 2014

Ni Hao Shanghai! ~ Day 1: Yuyuan Garden & The Bund

Friday, 10th January 2014

Hari pertama kat Shanghai! Kisahnya entri ni sambungan dari malam sebelumnya lah ye. Boleh baca kat sini. Sepanjang atas flight aku tidur mati. Tak ingat dunia kot aku ni kalau dah terbongkang. Sedar-sedar dah nak landing. Biasalah aku ni kan asal letak kepala je, memang terus tidur. Atas flight, lantai airport, dalam bas, peluk tiang dalam subway train pun boleh jugak jalan tidur aku ni. 

Alhamdulillah, immigration dan customs kat airport Shanghai Pudong ni tak banyak songeh. Dalam 20 minit je dah settle. Mula-mula tu agak takut dan cuak jugaklah. Masuk ke negara Komunis gitu. Macam mana treatment yang diberikan ke kita ye? Tak pasal-pasal automatik gerak geri penuh sopan santun. Manalah tau, kot-kot tersalah silap kat mana-mana mau kena tangkap, naya kang. Dah kena tangkap kena jail. Dah kena jail kena torture lah pulak. Dah tu, kena investigate, interrogate bagai. Kemain imaginasi aku tinggi sangat gitu. 

Photo from http://uk.ceair.com/


Dah selesai collect luggage, pergi jamban freshened up bagai, kami pun melangkah keluar. Perkara pertama yang perlu disettlekan ialah mencari local simcard. Konon senang lah kan kalau berdata plan bagai. Tapi sengal jugak kami ni. Dataplan berkoyan-koyan pun bukannya boleh akses Twitter, Facebook, Youtube bagai. Yang lepas cuma Instagram je. Nak update apa-apa, terpaksalah update kat situ. Sedih betul jadinya buat kami ratu-ratu gedik SNS ni yang gila menghapdet. Walaupun kebanyakan web apps tak boleh pakai, jangan risau, Gmail boleh pakai untuk hantar email. LINE, Whatsapp, Viber pun boleh pakai untuk communicate. Takdenye ko terperap jadik kodok bawah coconut shell tak berhubung dengan dunia luar sepanjang ko kat China nun.

Kaunter Simcard..

So kisahnya, simcard ni boleh dibeli kat airport. Kaunter untuk beli simcard ni letaknya kat pintu keluar selepas ambik luggage. Sila pergi ke sebelah kanan. Memang boleh nampak kaunter macam gambar kat atas ni. Nak cerita lah, simcard ni GILA BABENG MAHAL. CNY200 nokss untuk dataplan 300MB. Kedekut taik hidung masin! Dah tu valid untuk sebulan je. Ciss.. Tapi, menyumpah-nyumpah sebab mahal pun kami ambiklah jugak. Kot-kot nak guna WAZE ke, nak guna Google Maps ke kan kalau tiba-tiba tersesat barat. Manalah tau. Dah lah kami ni tak prepare sangat untuk trip ni. Main terjah je menonong ikut suka hati. 

Dah settle bab simcard, kami pun mula lah bergerak keluar dari airport dan off to downtown Shanghai. Nak cerita lah ni. Kami ni konon nak jimat duit bagai. So tak nak lah ambik teksi. Rela tau ambik option paling murah. Makanya kami plan naik Metro je untuk ke hostel. Nasib baik lah kan ada Metro Station kat airport Pudong ni. Gigih sangat nak naik metro sampai sanggup tu nak tukar stesen sampai 2 kali. Tu maknanya 3 kali turun naik train yang berbeza. Belasah je lah. Kata nak jimat kan. So, pergi lah kami ke Metro Station. 

Maglev or Metro?

Kat sebelah Metro Station tu aku ni ternampak lah Maglev Station. Another option kalau nak cepat sampai katanya. Tapi, bukannya sampai kat city center pun. Masih jauh lagi. Walaupun jauh, kalau kita naik Maglev ni boleh cut journey time lah gitu. Dari 30 minit jadi 8 minit. Woweee.. Kelajuan macam manakah ittew ye. Maglev ni diderived dari perkataan magnetic levitation gitu. Kiranya transportation ni menggunakan kuasa magnet lah gitu lebih kurang. Tak main lah tayar-tayar, roda-roda ni. Kelajuan Maglev Shanghai ni boleh mencecah 431 km/j. Gila laju tu! Kalah shinkansen yang aku naik hari tu. Shinkansen yang aku naik lah. Shinkansen yang aku tak naik boleh cecah lagi tinggi. Hehe.. 

So pergi lah riki-riki kat kaunter tiket Maglev tu. Staf kat kaunter tu ya ampun masamnya muka. Ala-ala malas nak melayan orang yang datang. Ke sebab aku ni pakai tudung, makanya dia malas nak terkial-kial cakap English? Aku pun tanyalah dengan English yang paling simple, bodo-bodo punya English, Maglev ni ada day-passes ke tak? Dia jawab PIPTI YUEN (CNY50). Heh? Aku tanya lagi, ada return ticket ke tak dia jawab PIPTI YUEN jugak. Aku tanya dia how to use, cuba teka dia jawab apa? Hohh.. PIPTI YUENNN~!! Ini manusia ke programmed-robot ni. Sabar je lah haku. Disebabkan balik-balik pipti yuen kan, kami tak kuasa nak ambik Maglev. Melangkah lah kami ke stesen Metro yang ada kat situ.

Berurusan dengan staf kat kaunter Metro lagi senang dan efisien. Dah lah terer cakap English. Terasa macam langit dengan bumi je kaunter metro dengan kaunter maglev tu. So kami beli lah transportation card Shanghai yang berharga CNY20. Harga tu dah siap sekali dengan value yang ada kat dalamnya. Kalau habis value, topup saja. Senang cerita. Transportation card ni valid for 5 years. So, next time (Ada next time? Kuikuikuik..) datang Shanghai boleh guna lagi. 

Shanghai Public Transporation Card..

Dah settle transportation card, kami pun masuk ke dalam stesen. Sistem sekuriti kat sini kemain ketat. Kagum sungguh aku. Masuk metro stesen pun kena scan beg bagai. Tergolek-golek kami mengangkat beg untuk discan. Seram sejuk je dibuatnya. Takut kita bawak benda-benda larangan lah kot kan. So dah settle scan tu, dah tak ada masalah dah. Terus lah kami pergi menunggu train dan seterusnya ke Luban Road Station, stesen metro yang terdekat dengan hostel kami.

Pudong Airport Station..
Mari hafal~!!
Shanghai Metro ni ada 14 metro line tau! Berpinar-pinar mata nak tengok macam-macam kaler yang ada kat situ. Walaupun sampai 14 line, ku kirakan masih ok lagi. Seoul Subway lagi bengong. Tapi, yang paling bengong ialah Tokyo punya subway dan JR line. Muntah unicorn pelangi nak tengok satu-satu. Untuk interactive Shanghai Metro Map ni boleh belek http://www.exploreshanghai.com/metro/

Dari airport kami bertukar-tukar train kat Guanglan Road Station dan Century Avenue Station. Guanglan Road tu ok lagi lah. Century Avenue tu ya ampun rasa nak pitam tergolek-golek kami dibawa arus kesesakan. Ramai sangat orang! Mungkin sebab stesen tu stesen pertukaran kan. Macam-macam pesen orang yang kami jumpa. Tapi rata-rata semuanya jenis mafia ganas tahap gaban lah. Baik yang muda, baik yang tua-tua. Semuanya belasah je main tolak-tolak tak pikir pasal orang lain. Janji diri sendiri lepas. Memang gila babi lah experience kat Century Avenue ni. Kami ni dengan bawak beg besornya lagi. Hazabedah sungguh. Start dari detik dan waktu itu, kami berazam takkan tukar train kat Century Avenue ni lagi. Hahaha..

Seat dia takde heater! Gila kesejukan..

Selepas sejam setengah kami bergasak dengan warga Shanghai yang ganas-ganas ni, sampai lah juga kat Luban Road Station. Hostel kami Blue Mountain Youth Hostel (Luwan) letaknya kat seberang jalan je dari stesen ni. Convenient sangat-sangat. Dah check in bagai kami pun freshened up betul-betul. Cuaca kat luar sangat lah sejuk. Kat dalam bilik ni lagi lah. Cari heater dalam bilik tak jumpa. Takkan takde heater kan. Mati kejung lah kami dalam bilik ni nanti. Bila ditanya kat kaunter, rupanya heater tu all in one sekali dengan aircond. Haha.. Jakun sungguh kami ni tak tau. Tapi bila dah pasang heater tu, masih lagi sejuk. Baca doa banyak-banyak je lah malam ni sebelum tidur. 

Sila keluar Exit 3 Luban Road Station..
Tu dia hostel.. Keluar-keluar station terus nampak..

Rasa-rasa dah settle semua, kami pun keluar. Destinasi pertama kami ialah Yuyuan Garden. Kami ke garden ni sebab baca kat internet ada tempat makan. Puahaha.. Nak pergi makan lah ni kiranya. Dah kebulur macam apa dah ni. Selagi tak isi perut, takde mood nak pergi jalan-jalan enjoy-enjoy. Dari Luban Road Station kami naik metro train dan tukar di South Xizang Road Station, dan Laoximen Station. Baru lah sampai kat Yuyuan Garden Station. Memang masak ler banyak kali tukar train. Tapi masih ok lagi sebab perjalanan tak berapa jauh. Dalam 20 minit lah lebih kurang. 

Sama jugak macam metro station kat Pudong Airport tadi, nak masuk je ke dalam station kita kena scan beg bagai. Scan je lah kan. Mula-mula memang rasa kekok. Dah lama-lama nanti ok lah jugak tu. Tapi aku tengok macam berapa ketul je yang ikut peraturan. Yang lain-lain tu agak degil lah jugak main jalan menonong je. Dipanggil-panggil dijerit-jerit suruh scan pun takmo. Risau je kang ada sesi kejar mengejar tangkap menangkap. Sereeemmmm..

Dah sampai Yuyuan Garden Station, kami keluar ikut Exit 1, pusing balik ke belakang dan jalan masuk ke Fuyou Road di sebelah kiri. Jalan lah straight sampai jumpa tempat momommm gitu. Katanya kena jalan terus melepasi Yuyuan Garden. Baiklah! Kami jalan lah ke depan dulu. Dah kenyang nanti, baru kami patah balik untuk jalan-jalan kat sini. Suasana sangat meriah mungkin sebab nak sambut CNY tak lama lagi. Kedai kiri kanan penuh dengan jualan tanglung saja. 

Tak jauh berjalan tu kami nampak Masjid Fuyou Road di belah kanan jalan. Simple je masjid ni. Dalam deretan bangunan kedai yang ada. Kebetulan dah dekat waktu solat Jumaat, makanya kami takde lah nak menyibukkan diri masuk ke dalam masjid. Nanti-nanti boleh lah singgah. 

Fuyou Road Mosque..
Tanglung.. Tanglung..

Jalan ke depan lagi, baru lah nampak kedai-kedai yang lagi meriah dengan architecture nya yang unik. Menarik sungguh untuk dipandang. Dah macam masuk ke zaman dahulu kala dah. Kisahnya lah kan Yuyuan Garden ni a part of Shanghai Old City. Kalau dah old tu memang old lah. Tak sabar ni nak explore!

Satu gambar dulu..

Time jalan-jalan mencari tempat makan ni, aku ditahan oleh dua orang budak perempuan. Katanya nak mintak tolong aku ambikkan gambar diorang. Aku terus cuak. Terus teringat kat hostel tadi masa lepak-lepak lepas check in, ada memo ditepek kat notice board kata jangan layan orang yang approach kita, Kemungkinan besar mereka tu scammers. Modus operandi diorang, approach kita, mintak tolong ambik gambar, tanya-tanya gitu gini, dah tu paksa pergi kat satu tempat. Apa lagi, aku terus geleng-geleng kan kepala TAKMO. Tapi budak tu insist jugak. Terus bagi kamera kat tangan aku. Aku pun dengan nervousnya pun tolong lah ambikkan gambar. Dah ambik tu, aku berkira-kira nak lari dah. Boleh pulak dia ajak borak tanya dari mana, nak pergi mana etc. etc. Heol cuak gila dah masa tu. Aku sengih je ler. Nasib baik dah abis tanya tu diorang terus pergi dari situ. Fuhh.. Lega gila. Terasa melayang roh aku sekejap.

Dah jalan ke depan sikit dalam 5 minit melepasi Yuyuan Garden, mata aku terus terbuntang nampak seorang pakcik pakai kopiah di hadapan sebuah kedai. Hohhh, sebesar-besar alam aku ternampak signboard warna hijau dengan perkataan Halal kat atas tu. Ini lah ni kedainya ni. Terjenguk-jenguk lah kami, aku tolak Mulan, Mulan tolak aku untuk jadi orang yang first masuk ke dalam. Agaknya dah macam apa dah kan kami ni terkinja-kinja kat depan kedai, pakcik tu pun sampai terperasan dan dengan senang hati mempelawa kami masuk ke dalam sambil cakap "halal, halal!". Apo laie. Marilah kita makan. Yay!!

Yay boleh makan!

Kedainya kecik ya ampun. Cuma ada 4 meja je. Dah tu 3 kerusi je setiap meja. Cenonet sangat lah alahai. Ni kalau peak hours ni mau kena makan laju-laju. Bila dah duduk tu kami pun mula lah terpinga-pinga. Apa nak makan ni? Macam mana nak order? Pakcik tu mula lah bercong ceng cong ceng dengan kami. Adoimakk.. Padan muka aku. Siapa suruh tak sambung belajar Mandarin dulu. Kan dah tak paham dah. Apa yang boleh aku tangkap cuma pakcik tu tanya nak makan apa je. Ah sudah. Menu langsung tarak, melainkan gambar-gambar yang ada kat dinding kedai yang takdok tulisan rumi langsung. Ye lah, diorang pakai characters dia lah kan kejadah nak pakai ABC. Nak sebut nama makanan pun tak reti. Sudahnya aku dan Mulan pun bangun, pergi rapat-rapat kat dinding tu dan terkial-kial terjengket-jengket (aku lah sebab aku pendek) tunjuk gambar makanan pilihan hati. Pakcik terus kata OKAAAYYY. Haha.. Senang cerita! Lepas ni kalau datang makan kat kedai-kedai macam ni, kita tunjuk gambar kat dinding je ye. 

Hambekk kauu.. Tunjuk saja dehh..

Kedai ni merupakan kedai mi tarik. Made to order gitu. Dah order baru lah pakcik tu pi tarik-tarik tepung untuk dijadikan mi. Wah best gilak ni. Pernah lah jugak makan mi tarik macam ni kat KK tapi kat sini lagi authentic lah kononnya kan. Pakcik tu tengah syok-syok main tarik-tarik tepung rajin pulak lah nak ajak berborak. Aku ni tak paham lah pakcik oi. Tapi kelakor jugak lah sebab dia tau sikit-sikit perkataan English. Dia pergi bantai sebut satu-satu. Hello, good morning, thank you. Tu je. Dah tu dia gelak. Hehe.. Comel lah pakcik ni. Dan yang paling memeranjatkan aku tiba-tiba dia cakap Ni Hao Apa Khabar. Terus terbangak kami kat situ. Itu pun lepas dia terkial-kial tanya kami dari mana. Lepas sebut Malaysia terus dia cakap apa khabar. Apa khabar je lah perkataan yang dia tau. Hehe.. Nak sebut perkataan Malaysia tu pun aku terpaksa baku kan ikut Mandarin slang sebut satu-satu ma-lai-si-ahh. Kalau tak, mau haramjadass dia tak paham. Meleisye, Meleisye gitu kan. 

Lagi satu, kedai mi tarik macam ni tak ada sediakan minuman. Aku rasa takde lah kot sebab pakcik tu tak tanya pun kami ni nak minum apa. Tengok meja-meja sebelah pun customernya takde order minum jugak. So buat kesimpulan sendiri lah takde minum-minum. Makanya, jangan lupa bawak bekal air ye kalau tak nak terbelahak time makan tu.

Mula menarik mi..

Tak lama tu makanan pun sampai. Nampak menarik sangat ni. Entah apa lah namanya kan. Kita bedal je lah. Sekali hirup, hurmm sedap! Dua kali hirup, perghhh nyaman banget. Nak-nak time sejuk-sejuk 6 deg celsius kat luar tu kan. Memang seronok sangat lah makan sup panas-panas macam ni. Nyamnyamnyam.. 

Mi Tatauapanamadiakitahantamsajalah..
Cedap cedap cedap~!!

Memang gone with the wind dengan cepat lah makanan yang ada kat depan mata. Perut dah kenyang, makanya boleh lah mulakan sesi jalan-jalan tengok bangunan. Harga semangkuk mi yang aku tak tau nama tadi tu CNY15. Untuk menjaga kesihatan jantung, sila jangan convert. Hehe.. Okies, mari lah kita patah balik dan jalan-jalan kat Yuyuan Garden!

Yuyuan Garden or Yu Garden ni seperti namanya merupakan sebuah taman gitu. Tapi sampai-sampai je sini deretan kedai-kedai je yang aku nampak. Ceruk tuk kun mana lah ye lokasi taman tu kena lah kita cari khenn.. Selagi belum jumpa garden yang dimaksudkan tu, kita ronda-ronda lah dulu kat kawasan kedai-kedai ni. Ada 4 jenis major business yang kat sini. Ada business makan-makan, ada business jual jewelry, ada business jual baju and last but not least jual souvenirs. Kat setiap pintu masuk ke dalam kompleks kedai-kedai ni ada disediakan peta kedai. Boleh lah terus pilih nak menghala ke kedai yang mana kita nak.

Kedudukan kedai dalam Yuyuan Market gitu..

Jalan-jalan lah kami kat sini mengskodeng kedai-kedai yang ada. Meriah sana sini ramai orang. Kat tengah-tengah square pulak ada lantern display. Banyak dan besar-besar pulak tu. Makanya banyak jugak lah aku posing sakan kat sini. Ada satu restoran ni ya ampun ramainya orang sampai kena beratur panjang kat luar. Jual dimsum kot. Lupa dah aku. Mesti sedap kan? Pakkal je lah aku tak boleh makan. Hehe..

Aku tepek je lah ye gambar-gambar dalam Yuyuan Market ni. Malas kekdahnya aku nak mengeksplain. :P

Bangunan yang unik..
More buildings..

Lanterns..
More lanterns..
Manyak busaaatt ini lantern..
Masi pun ada~!!

Then, bertemu lah kami dengan jambatan zig zag. Aku pun tak tau lah nama dia apa. Zig Zag Bridge lah kot. Sebab memang macam zig zag pun. Ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan. Dah tu kan, sesak pulak tu ramai orang. Jambatan dia pun bukannya besar mana pun. Berlaga bontot jugak lah. Jadinya, takde lah kami nak posing sangat lah kat sini. Ambik gambar pun, hasilnya sangat sendu. Huhu..

Konon dari atas jambatan zig zag..
Lagi dari atas jambatan..

Dah habis pusing-pusing Yuyuan Market tu, aku tak tau lah kenapa kami terus keluar. Padahal nak pergi masuk garden. Dah keluar tu kami pergi jalan-jalan belah luar pulak. Dah tu patah balik masuk dalam. Dah jadi satu kerja pulak keluar masuk. Time jalan-jalan kat luar tu sempat lah jugak singgah Masjid Fuyou Road tu. Tapi ambik gambar kat luar je sebab bila kami nak masuk semua orang pandang semacam. Dah tu ramai pulak orang lelaki lepak-lepak kat pintu masuk macam tak bagi kami masuk. Isskk.. 

Brief info pasal masjid..

Laluan ke dalam masjid..

Dah tu masuk balik Yuyuan Market untuk cari Yuyuan Garden. Entah ikut jalan mana entah kami ni pusing-pusing. Padahal ada je map kat situ. Konon macam cari laluan tersembunyi lah gitu kan. Memang pun. Pintu masuk ke garden tu agak tersorok sikit. Sekali pandang takde rupa entrance pun.

Sebenarnya Yuyuan Garden ni ada dua entrance. Satu yang kami jumpa ni, dan satu lagi kat jambatan zig zag tadi. Tapi tadi kami tak nampak lah pulak entrance nya sebab ramai nau orang. Yang kami masuk ikut belakang ni tak sure samada main entrance atau pun tak. Entrance ni berdekatan dengan City God Temple. 

Lupa pulak dah.. Lalu celah sini ke? Hurmm..
Kaunter tiket City God Temple.. Kelessss ko.. Sobss..

Tiket berharga CNY30. Nasib baik ada proper counter bukan main tebuk kat dinding je. Hehe.. Opening hours untuk masuk ke garden ni ialah dari pukul 8.30 pagi sehingga lah 5.00 petang. Baru pukul 2 petang. Boleh jalan-jalan kat dalam ni dengan tenang tak perlu nak rushing-rushing.

Beli tiket..
Tiket masuk.. Ada deraaagggoorrrnnnn...
Tecit je entrance nya..

Aku quote sikit dari Wikipedia guna ayat senget aku.
Dibina pada tahun 1559, Yu Garden merupakan sebuah taman persendirian hadiah dari seorang anak untuk bapak dia yang dah tua. Bapak dia tu salah seorang menteri pada zaman pemerintahan Dinasti Ming. Start dibina sebab si anak fail exam. Tapi lepas si anak dilantik jadi governer Sichuan, pembinaan taman ni tergendala lah gitu hampir 20 tahun. Dikatakan the largest and the most prestigious garden di Shanghai pada zaman tu. Disebabkan garden ni sangat gah, development dan maintenance dia harus lah super kaw-kaw kan. Lama-lama pemiliknya pun jatuh bankrap. Lebih kurang lah macam tu. 
Ada enam bahagian utama dalam garden ni. Tapi aku sendiri pun tak tau nak bezakan setiap satu bahagian ni. Almaklumlah tak ada signboard pun kata ni bahagian ni, tu bahagian tu. Ada leaflet penerangan tapi entah kenapa aku malas gila kot nak baca. Ni pun terpaksa godek-godek kat internet baca sikit-sikit semata-mata nak tulis entry ni. Sila lah google dengan lebih lanjut ye sebab aku pun malas nak cerita kat sini.

Suasana dalam garden ni agak tenang dan nyaman jugak lah. Memang sesuai untuk buat lepak-lepak. Tapi besau nauu. Kot-kot lah kan bapak dia hilang dalam taman ni, memang ambik masa lah nak cari. Nak miscall tak boleh. :P Aku tepek gambar je lah ye. 


Ada kawasan batu-batuan.. Unik-unik betuk dia..
Ada pameran jugak dalam bangunan yang ada..
Ada banyak kolam dalam taman ni..


Got brisge some more.. 

Ikan sana sini.. Semua kolam ada ikan kot.. Huhuhu..

Antara corak yang ada kat permukaan jalan..
Tenang dan damai gitu..
NGAPPP~!!
Favourite view.. Cantik sangat..

Pokok-pokok togel..


Kami lalu kat laluan utama je ni. Itu pun dah makan masa lama. Kalau kami masuk lorong-lorong kecik yang ada entah bila lah nak habis pusing. Overall, memang best jugak lah nak lepak kat dalam garden ni. Tapi pakkal je lah cuaca sejuk kan. Tak kuasa kot nak duduk kat open air macam ni lama-lama.

Dah tu kami pun keluarlah. Keluar ikut pintu lagi satu yang menemukan kami dengan zig zag bridge. Orang semakin lama, semakin ramai kat atas jambatan ni. Jalan laju-laju langgar orang sini sana. Diorang pun ganas main langgar je kan, so kita langgar dia balik. Kat Yuyuan Garden ni, aku beli lah poskad sekeping dua. Buat gedik-gedik pos ke diri sendiri kat Malaysia.

Okies, to our next destination iaitu The Bund, yay! Seronok kemain aku bila pikirkan The Bund ni. Mana taknya, tengok kat internet kemain best, kemain cantik lagi tempat ni. Architecture dan susun atur bangunan dah macam kat Europe gitu khenn. Boleh lah fefeeling macam kat sana. Ambik gambar pelbagai pose gitu. Aku suka, aku suka!!

Jalan keluar dari Yuyuan Garden..

Nampak dah Oriental Pearl Tower~!!


Makanya, nak ke The Bund ni, boleh naik metro train dan berhenti kat East Nanjing Road Station. Tapi disebabkan kami ni dari Yuyuan Garden, East Nanjing Road station tu cuma satu stop je dari sini. Macam tak berbaloi lah pulak kan nak naik train. Makanya, kami pun ala-ala confident je lah boleh jalan kaki ke sana. Tengok peta macam dekat je kan. Nak jimat duit punya pasal, kita belasah je lah jalan kaki. Sambil jalan, sambil tengok persekitaran. Not bad jugak lah. Tapi... Angin dia kus semangat! Gila kuat. Memang beku lah kami ni jadinya. Sobs..

Jalan punya jalan, dalam 15 minit jugak lah exercise, sampai lah kami kat permulaan The Bund. Kat hujunggg sekali, the start of deretan bangunan The Bund ni. Aku takde lah belek dengan details sangat bangunan apa yang ada kat sini tapi kebanyakannya merupakan bank. Macam-macam bank ada kat sini. Kalau nak tau dengan lebih lanjut boleh lah belek kat gambar ni --> The Bund.


Bangunan-bangunan kat The Bunds..

So, kami pun promenading lah sepanjang-panjang jalan di The Bund ni. Memang syiok sangat jalan-jalan kat sini kalau tak disebabkan angin yang gila kuat! ARGHHH~!! Melayang-layang jugak lah kami dibuatnya. Orang lain steady je. Aku je yang tergedik-gedik kesejukan. Beku tangan, beku kaki. Tapi, beku-beku pun, posing sakan tak boleh tinggal. :P

Close up sikit..



Sebelah kiri jalan, The Bund. Sebelah kanan jalan, sungai ler. Tapi seberang sungai sana iaitu Pudong area, pun view dia kemain cantik. Ada beberapa bangunan tinggi-tinggi termasuk lah the infamous Oriental Pearl Tower. Nak kena naik ni tower ni! Mesti view marvelous dari atas sana tu. Kisahnya lah kan, kami sekadar jalan-jalan ambik gambar je kat sini. Dah tu tengok gelagat orang yang lalu lalang. Ramai bebenor manusia yang kami nampak dressing kemain cantik dan kemas pakai spek mata hitam and pakai mask lalu lalang kat sini. Maybe artis kot? Kalau kenal syiok jugak ni nak tegur. Hehe..

Pudong...
Dari hujung satu lagi..

Van jual air.. 


Chen Yi.. First Mayor of Shanghai after 1949..

Ada information center sepanjang The Bund ni..

Kami jalan sampai ke hujung dan sampai lah ke Suzhou Creek. Ni kalau jalan kaki ikut creek ni maunya sampai Suzhou kot? Memang boleh sampai. Tapi kena jalan kaki 125km lah. Haha.. Kat sini view pun boleh tahan cantik kalau nak ambik gambar. Boleh nampak Pudong area dengan lebih jelas. Dah tu, kat sini jugak ada monumen People's Heroes. Dibina pada tahun 1990-an untuk memperingati pejuang-pejuang zaman revolusi dan mereka-mereka yang terkorban akibat bencana alam gitu.

People's Heroes Monument..


Berdekatan dengan Suzhou Creek ni letaknya The Peninsula. Hotel orang kaya ni. Entah berapa lah rate satu malam, tak mampu nak tengok hehe.. Makanya kita skodeng dari luar je lah. Dah lah hotel mahal, kedai-kedai yang ada kat sekitanya pun kedai-kedai mahal. Rolex lah, Ralph Lauren lah, Prada lah. Kedai-kedai not CikSengal-friendly gitu. Lain lah kalau ada Daiso ke kedai 2 hengget ke kan. :P

Bila boleh duduk sini?


Sekejap je, dah nak maghrib dah pun. Langit pun dah mula gelap. Dah malam macam ni, dengan sejuknya, dengan sendunya, alamatnya perut pun mula lah menyanyi-nyanyi. Mengada sungguh. Padahal dah makan dah pagi tadi. Konon nak makan satu hari sekali je kat Shanghai ni. Tapi disebabkan senang nau nak cari tempat makan kan, makanya kita makan je lah. Hehe..

Kenapa aku kata senang? Memang senang. Bersepah-sepah tempat makan halal kat sini. Kena pandai cari je. Kalau cari dengan hidung memang lah tak jumpa kan. Cari lah dengan lebih gigih kat internet tu. Google kan ada. Jangan malas ye. Kalau malas jugak, sila pergi rujuk kat blog ni --> From Malaysia to the world. Ada banyak option yang dia bagi. Aku pakai option yang no 3. Senang dan mudah dan perut pun happy gitu. Kebanyakan kedai halal ni ialah kedai mi tarik macam yang aku makan pagi tadi lah. So, kena prepare perut tu makan mi or nasi dengan lauk-lauk yang ada. Kalau perut mengada-ngada sangat tak boleh terima, tekak pun tak boleh terima, ko jalan-jalan kat dalam Malaysia je lah.

So, bila dah google ni, dalam map tu ada satu kedai mi tarik kat belakang The Peninsula ni. Dah dekat sangat dah ni. Boleh lah kita pergi melantak! Makanya jalan kaki je lah menyusuri jalan kat situ. Suasana agak lengang tak ramai orang. Scary pun ye jugak. Tapi demi sesuap makanan, kami gagahkan diri jugak. Kehkeh.. Tak jauh mana pun. Jalan kaki tak sampai 10 minit. Bila dah masuk tu, apa lagi khenn? Kita gunakan skill menunjuk gambar makanan. Hehe..

Jalan yang lengang..

Dah sampai!!

Tunjuk jangan tak tunjukkkk..

Nyamnyamnyammm..

Siang tadi dah makan mi, malam ni kita makan nasi pulak. Kenyang gila weiii portion nasi dia besar ya ampun. Tak habis! Aku ni jenis orang yang tak pernah tinggalkan sisa makanan. Tapi ni memang tak boleh nak habis. Banyak sangat dalam pinggan tu. Sedih banget kot terpaksa tinggalkan. Kesian lah kan nanti nasi-nasi tu nangis. Sobss.. Tinggalkan nasi je aku ni. Lauk dia selamat habis dibedal. Huahuahua.. Harga "sedulang" nasi ni cuma CNY13 sahaja. 

Dah kenyang makan tu, kami balik semula ke The Bund. Nak tengok scenery waktu malam pulak. Dah malam-malam ni banyak lampu so meriah ler. Orang pun lagi ramai waktu malam ni compare dengan waktu siang. Angin malam pun semakin menggila. Sejuk-sejuk macam ni pun ada jugak yang buat wedding photoshoot kat sini. Adeii togel-togel camtu tak sejuk ke. Wuwuwu.. 

Pudong area..

The Bund buildings..

Dah habis jalan-jalan kami pun balik lah semula ke hostel. Naik metro train sebab tak mampu dah nak jalan kaki. Haha.. So pergi ke stesen yang terdekat iaitu East Nanjing Road Station (walaupun dekat, kena jalan kaki 15 minit) dan balik lah semula ke Luban Road Station through Laoximen Station dan South Xizang Road Station. Ponek betul nak transfer-transfer train ni.

Sampai hostel, bukak pintu bilik, terasa macam masuk dalam peti sejuk dah. Pandai sangat kan, tak bukak heater siap-siap. Cadar dan selimut pun tak boleh nak dipegang. Tapi disebabkan dah lalok sangat, aku tergolek jugak lah atas katil tu, sementara tunggu turn bilik air. Mandi, solat, and finally... BOBOK TIME~!! Walaupun malam masih muda. Hehe..



Habis~!!

Kos perbelanjaan hari ni:-

Hostel (4 nights)  = CNY380.00
Simcard = CNY200.00
Transportation Card = CNY20.00
Makan-makan = CNY28.00
Yuyuan Garden Entrance Fee = CNY30.00

TOTAL = CNY658.00

1 comments :

Scdha Sein (SS) said...

Check in sini... Buat rujukan... :-)